I
nna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim. Beliau yang terjatuh di RTM di dalam satu persembahan sempena sambutan Idulfitri pagi ini disahkan meninggal di Hospital Pantai jam 10.30 pagi.
Pemergiannya tidak disangka-sangka kerana tidak pernah tahu bahawa beliau mengalami sakit jantung. Saya mengenali beliau sewaktu masih kecil sebagai budak baik sewaktu mengajarnya di sekolah dahulu. Beliau adalah anak murid paling baik dan berakhlak. Tetapi setelah menjadi terkenal dalam kumpulan nasyid dia adalah rakan saya yang amat dikagumi.
Menurut rakan-rakannya yang lain beliau adalah seorang yang warak, tidak pernah dilihat meninggalkan solat malam walaupun sibuk dan letih dengan persembahan.
Al-Fatihah buat, Ustaz Asri Bin Ibrahim - Rabbani semoga rohnya dirahmati Allah.
Kepada isteri dan anak-anaknya, bersabarlah dengan ujian ini dan ingatlah Allah sayangkannya.
Hakikatnya kematian itu adalah pasti untuk setiap makhluk kejadian tuhan. Sedar atau tidak setiap dari kita sedang berbondong-bondong menuju ke aras satu pintu iaitu pintu kematian.
Suatu yang terlintas di hati saya ketika mendengar berita kematian tersebut adalah..., Betapa indahnya kematian yang menimpa Ustaz Asri. Ketika ini para malaikat sedang mempersiapkan hamparan untuk menyambut Roh....beliau yang kembali kepada Azali.
Zikir-zikir... serta lagu -lagu nasyid yang beliau telah tinggalkan dibelakang untuk rujukan dan sebagai halwa telinga kita akan terus menjadi saham yang memberikan keuntungan yang berterusan kepada beliau Insyaallah.
Oleh : Ahmad Baei Jaafar ( Diambil daripada blog Cina Islam)
Thursday, August 13, 2009
USTAZ ASRI IBRAHIM MENINGGAL DUNIA -AL-FATIHAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment