Sunday, August 9, 2009

Jejak Raja Ikan ( Kelah)






E
kspidisi menjejak Ikan kelah bermula apabila rakan-rakan ditempat kerja dapat menakluk Raja Ikan Air tawar ini beberapa minggu yang lalu. Terdetik dihati kami, bagaimana perasaannya apabila berjaya mendapatkan Raja Ikan ini? Maka kami pun membuat perancangan untuk menjejak ikan ini di jeram air putih.


Ekpedisi kami bermula apabila merancang bersama rakan-rakan yang agak senior atau professional di dalam bidang ini. Walaubagaimanapun kesemua rakan-rakan yang diharapkan itu terpaksa membatalkan niat mereka kerana banyak urusan-urusan lain. Tinggal ler kami berlima…kaki pancing yang amatur bersama harapan dan semangat yang menggunung. Kami namakan kumpulan kami ini “Geng Kelah”

Walaupun kami tahu memperolehi Ikan kelah bukanlah kerja mudah melainkan mereka yang berpengalaman yang tahu habitat sebenar Ikan kelah sahaja mampu menaikkan ikan tersebut. Tak tahu ler kalau memang dah rezeki kami…..Tak dapat kelah….. ikan lain seperti lampam, sebarau, tengas, , baung, kejor dan terbul pun boleh la…….
Perjalanan kami bermula pada 5/08/2009 pada pukul 1000 pagi di mana kami bertolak ke Air Putih bersama peralatan-peralatan seperti; pelampung, joran, pukat, penyodok, gergaji@Chain Saw, bekalan air minum dan bekalan makanan. Kami sampai di pekan Air Putih lebih kurang pukul 1200 tengahari dan singgah menjamu selera di gerai berhadapan dengan Pejabat Pos. Makan ler mee goreng, keropok, goreng pisang dan goreng cempedak.

Kami berlima meneruskan perjalanan merentasi jalan balak lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga sampai di persimpangan jambatan runtuh dan jalan menuju ke ladang Rakyat. Kami berhenti di situ sambil mencari tanda-tanda pokok kelapa yang seperti yang dipetakan pada kami. Akhirnya kami membuat keputusan untuk berkhemah di situ di mana permandangan dan kejernihan air amat menarik….ikan tak tahu ler lagi..
Kami memunggah peralatan-peralatan kami dan memasang khemah sambil mencari kayu-kayu api untuk unggun pada malam nanti. Mat Pi dan Faizal memulakan tujahan ke dalam air untuk memasang pukat sebanyak 4 bidang. Ijat, alim dan kts memotong kayu api dan menghidupkan api untuk malam nanti. Kami bertiga pergi meninjau pemasangan pukat oleh juruselam berdua tu….nak tengok perkembangan…… “hoiiii….ambil joran..ikan sebarau sebesar lengan ada kat sini…..” kami terpingga-pingga…… “ ada ker ikan jinak macam tu…” “Ikan ni dah cedera pada insang” “ kalau ada senapang ikan atau lembing boleh ler”……..

Petang tu Alim, Faizal dan Ijad pergi memancing di kawasan lubuk air laju. Sementara aku dan Mat Pi bersantai kat dalam air di atas pelampung…..macam kat danau toba……sejuk, nyaman dan tenang….Kalau orang bayar seribu pun aku tak berganjak kami ni…….itulah suasana tenang dan nyaman yang tak dapat digambarkan dengan perkataan. Pukul 6 petang Mat Pi dah layu sebab tak tidur semalam selepas balik kerja…apa lagi tidur ler…..sementara aku duduk melayan unggun api menghalau lalat dan mengemas makanan yang dibawa. Maghrib selepas solat aku kejutkan Mat Pi solat sementara menunggu rakan-rakan yang lain balik memancing……aku pulak yang tertidur……..aku terjaga apabila terdengar derapan kaki rakan-rakan yang balik dari memancing……… “ macamana, banyak ker tangkapan? “ “ tiada seekor pun yang makan mata pancing kami”…… “ kalau begitu lempar ajer lubuk kat depan khemah kita ni”…. “ seekor demi seekor ikan baung dapat dipancing….akhirnya kami berjaya juga menangkap ikan walaupun Raja Ikan belum muncul…..

Pada tengah malam lebih kurang pukul 1200 ke atas…ikan semakin banyak muncul dengan bunyi kocakan air yang semakin mengamit keheningan malam…masa tu….yang lain semua dah tidur, tinggal aku dan Ijad ajer….. “ agak-agak aku dah berbelas ekor ikan dapat dipancing..” Lebih kurang pukul 1 malam, aku pula cuba melelapkan mata….Pukul 1.30pagi aku terjaga kerana dah sunyi…..aku agak Ijad pun dah tidur……letih agaknya…..
Pada pukul 0230pagi aku terjaga lagi kerana terdengar bunyi loceng daripada joran di luar khemah…aku keluar dan mengangkat joran tersebut……ha….ha…..ada ikan…..nampak macam si kelah…….aku kejutkan Ijad untuk mengungkai ikan pada mata pancing…….angkat joran teleskopik………ahaaaa….ada ikan juga…..yang ini lebih besar sedikit……nampak macam si kelah juga…….apa-apa pun esok pagi kami tentukan…………selepas itu aku dan Ijad mengangkat semua joran dan meletakkan umpan biji sawit…dan selepas tu kami sambung tidur….

Pada pukul 0430pagi aku terjaga lagi…bunyi tarikan yang kuat pada joran yang berloceng di hadapan khemah…..aku agak dah lama ianya berkeadaan sebegitu….akhirnya aku keluar juga dan mengangkat joran tersebut…..baru aku gulung satu pusingan…..ikan pun terlepas…..agaknya dah lama ikan tersebut lekat pada joran tersebut….sebab kami semua dah lena..dibuai mimpi…..Joran tersebut aku letakkan kat tepi dengan beberapa joran lain yang dah habis umpan…..dan aku sambung tidur sehingga menunggu subuh…..

Pukul 0530pagi aku dah tak dapat melelapkan mata dan keluar khemah membetulkan unggun api kami yang hampir padam……kayu api dah habis la..….Aku kejutkan mat pi dan faizal memancing sementara aku sembahyang subuh…..Selepas matahari muncul, kami mengangkat pukat-pukat yang di tahan dan berkemas-kemas untuk balik…….Pukat kami hanya mampu memerangkap 2 ekor ikan sahaja…..macam ikan kejor jer….pukat-pukat yang lain banyak memerangkap daun-daun kering yang berguguran daripada pokok-pokok kayu.

Kami berangkat pulang pada pukul 1000 pagi menyusur jalan balak sambil memerhatikan tanda-tanda pokok kelapa dan kongsi balak….tempat rakan-rakan professional memancing…semua tempat tu kami dah jumpa………….tunggu ler next ekspidisi kami..

0 comments:

Newer Post Older Post Home