Tuesday, August 4, 2009

Akta ISA-Noh Omar buta sejarah

K
UALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato' Noh Omar yang mendakwa orang Melayu diperkudakan pihak tertentu bagi menentang ISA membuktikan beliau seorang yang pembohong dan buta sejarah.


Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridwan Mohd Noor mencabar Noh Omar supaya bersedia untuk berdebat dalam isu ISA.

Menurut beliau, Noh Omar sebenarnya tidak peka dengan tindakan rakyat yang telah melakukan bantahan di hadapan Suhakam pada tahun 2001.

Bantahan itu katanya, berikutan tahanan Presiden Wakil Pelajar UM begitu juga dengan penahanan mujahidin Malaysia yang didakwa oleh kerajaan sebagai Jemaah Islam (JI).

Ketika itu tambah beliau, rakyat bukan saja mengadakan `roadshow' tetapi turut berdemonstrasi di hadapan kem Kemunting.

"Kita juga telah mengadakan bantahan terhadap tahanan reformasi dalam perhimpunan aman di Kesas, di mana kita telah mengedarkan poster dan poskad terhadap rakyat," tegasnya.

Menurut beliau, isu menentang ISA tidak mengenal agama, kaum dan budaya sebaliknya rakyat terus bangkit dan bersatu bagi menentang hukum zalim yang dilaksanakan di negara Israel, Singapura, Burma dan Malaysia sahaja.

Beliau menegaskan orang Melayu perlu mengadakan demonstrasi menentang ISA kerana Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil.

Jika terhadap binatang pun katanya, dilarang untuk dikurung apatah lagi manusia yang tidak dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah.

Beliau yakin kenyataan Noh Omar yang mengaitkan isu bantahan dengan perkauman disebabkan sebenarnya Umno sudah tersepit.

Dalam kejadian tangkapan itu, katanya, pihak polis telah merancang dengan skala yang besar untuk menggagalkan perhimpunan tersebut dengan mengarahkan kedai ditutup supaya ia menjadi modal untuk menyalahkan pihak penganjur demonstrasi.

Beliau menjelaskan, kedai diarahkan tutup sebelum perhimpunan bermula dan pihak FRU telah menyembur gas pemedih mata ke arah kedai yang menyebabkan kerugian terhadap para peniaga.

Mereka mengadakan sekatan jalan rakyat juga tidak munasabah kerana ia telah menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya terhadap penganjur perhimpunan./SH _


Saidah Hairan
Mon | Aug 03, 09 | 11:44:10 am MYT ( Harakah daily)

0 comments:

Newer Post Older Post Home