Wednesday, July 15, 2009

PAS akan lakukan post-mortem - Dato' Halim

K
UALA KRAI, 15 Julai (Hrkh) - PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam.


Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato� Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beberapa faktor antaranya janji untuk menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar.

"Namun saya ingin sampaikan tahniah kepada kebijaksanaan penduduk Manek Urai yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut," kata beliau ketika ditemui selepas pengisytiharan kemenangan Mohd Fauzi Abdullah di Dewan Sekolah Sultan Yahya Petra.

Menurutnya janji yang ditaburkan Umno pada saat-saat akhir belum mampu memikat keseluruhan pengundi di Manek Urai.

Beliau juga berkata kemenangan tipis bukan satu persoalan memandangkan ia pernah berlaku di Pulai Chondong pada pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

"Ia juga ada kaitan dengan sikap SPR yang mengadakan pengundian pada hari kerja dan kepulangan pengundi luar walaupun ramai namun ada yang terpengaruh dengan janji dan sogokan wang," katanya.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, terlalu banyak janji yang ditabur Umno di Manek Urai, namun kesetiaan kepada konsep Membangun Bersama Islam tetap dipertahankan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, PAS berdepan dengan seluruh jentera kerajaan. - mj_

Mohd Nor Yahya
Wed | Jul 15, 09 | 12:05:11 am MYT ( Harakah Daily)

0 comments:

Newer Post Older Post Home