Tuesday, July 14, 2009

Laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin

M
ANEK URAI, 14 Julai (Hrkh) - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin kerana telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 menjelang Pilihan Raya Kecil Manek Urai.


Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Dato' Haji Abdul Rahim Wan Abdullah berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Laloh semalam

"Laporan itu dibuat berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menjajikan pembinaan jambatan baru bagi merentangi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

"Selain itu Muhyiddin juga menjanjikan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009,"katanya pada satu sidang media.

Dalam laporan itu bahawa janji Muhyiddin itu dibuat dan jambatan itu mula dibina sehari selepas pengundian sekiranya BNmemenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai 14 Julai, katanya.

Dato' Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata perkara ini rasuah untuk mempengaruhi dirinya dan juga pengundi-pengundi lain di Manek Urai supaya mengundi BN.

"Jadi oleh itu kita memohon supaya pihak polis menjalankan siasatan dan juga mengambil tindakan seberapa segera. Pihak Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai juga menyatakan rasa dukacita di atas peristiwa tersebut.

"Dan dengan ini memohon supaya bukan saja pihak polis, bahkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan laporan yang dibuat, kami mengharapkan semoga SPRM dan SPR dapat menjalankan siasatan secara telus untuk meyakinkan rakyat," katanya. - azm _


Muhammad Yusri Amin
Tue | Jul 14, 09 | 9:27:16 am MYT (Harakah Daily)

0 comments:

Newer Post Older Post Home