Wednesday, July 15, 2009

Bahas usul-Khir keluar dewan takut berhujah dengan Pakatan Rakyat

S
HAH ALAM, 15 Julai (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo keluar dewan selepas membahaskan usul Kg Tunku- Lau Wang San berhubung hukuman terhadap Khir Toyo dan empat Adun BN sebagai amaran untuk tidak menghina dan memfitnah dewan.


Dalam sesi perbahasan tersebut Khir enggan memberi ruang kepada Adun (Sekinchan-DAP) Ng Sue Lim dan Adun (Ijok-KeADILan) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bangun mengajukan soalan tambahan.

Beliau meninggalkan dewan selepas menghabiskan hujah membela diri dan membuat sidang media di lobi bangunan Annex.

Tindakan beliau keluar dewan selepas menamatkan ucapan menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan Adun Pakatan Rakyat dan mereka menganggap Khir takut untuk mendengar hujah daripada pihak kerajaan.

Dalam perbahasan tersebut, Khir mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat bagaikan `kapal yang akan tenggelam' kerana PAS, KeADILan dan DAP telah memesongkan rakyat dengan apa yang berlaku di negeri Selangor akibat pemerintahan lama (Umno-BN).

"Kerajaan negeri sedang berpaut di dahan yang rapuh sebab itu kerajaan hari ini menggunakan tektik untuk mencari orang dipersalahkan terutama saya bekas Menteri Besar," katanya ketika membahas usul Kg Tunku.

Beliau mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat terlalu ghairah sehingga mencari kesalahan pentadbiran lalu dengan mengadakan tindakan tergopoh -gopoh terutama sesi pendengaran (Selcat).

Dalam perbahasan usul itu, Khir mendakwa perjalanan undang-undang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat kucar kacir kerana kerajaan telah melantik mereka yang telah melanggar peraturan menjadi penguasa.

Beliau mengumpamakan Speaker seperti `Bersultan di mata, beraja di hati' setelah berkuasa kerana Teng Chang Khim pernah membuang Peraturan Tetap dalam bakul sampah ketika menjadi Ketua Pembangkang.

Menurut beliau usul penggantungan itu menunjukkan adanya pertembungan kepentingan kerana Sungai Pinang bukan saja menjadi Speaker Dewan Negeri malah menjadi Pengersi Selcat dan Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

"Ini bermakna Sungai Pinang (Teng Chang Khim) sebagai Pengerusi Selcat menjadi Pengadu ke atas saya dan rakan-rakan. Sungai Pinang juga menjadi Pendakwa dan pembuat keputusan terhadap kami melalui kedudukan sebagai Pengerusi Jawatankuasa hak dan kebebasan dewan," dakwanya.

Beliau mendakwa Speaker mempunyai niat jahat kerana mencadangkan untuk menjatuhkan hukuman penggantungan sebagai Adun dan penarikan elaun selama setahun yang berjalan serentak.

Taktik bacul

Tindakan Khir yang keluar dewan selepas membahaskan usul menyebabkan Ng Sue Lim (Sekinchan-DAP) menegaskan; "Ini taktik yang bacul kalau anak jantan tunggu Pakatan Rakyat yang hendak berucap. Berani lawan tapi keluar."

Bagaimananpun, Ng Sue Lim menarik balik perkataan `bacul' yang ditujukan kepada Khir setelah diarahkan oleh Timbalan Speaker, Haniza Talha.

Dalam perbahasan usul tersebut, beliau menegaskan bahawa Speaker tidak terlibat dengan cadangan memutuskan hukuman penggantungan terhadap Khir Toyo dan empat Adun BN yang lain./SH_

Saidah Hairan
Wed | Jul 15, 09 | 3:19:53 pm MYT ( Harakah Daily)

0 comments:

Newer Post Older Post Home