M
enangguk di Air Keruh" merupakan satu peribahasa yang menceritakan tentang pengalaman kehidupan iaitu jika ingin menangkap ikan di kawasan air cetek, kita hendaklah mengeruhkan air. Ini akan menyukarkan ikan mengetahui arah dan berada dalam keadaan kelam kabut. Jadi, jika menangguk ikan pada ketika itu, kita akan mendapat hasil yang memuaskan.
Dalam bidang ketenteraan, penjelasan mengenai peribahasa itu dalam buku 36 Taktik Peperangan adalah seperti yang berikut:
Dalam situasi yang bergolak, tentulah terdapat banyak kekuatan yang saling bertelingkah, antaranya kekuatan yang agak lemah akan membuat pertimbangan untuk menentukan yang mana pihak akan mereka ikut. Jika kita mengambil tindakan dalam pergolakan itu, sangat mudahlah untuk mendapat apa yang dihajati. Dalam pertempuran, taktik "Menangguk di Air Keruh" hendak digunakan ketika pihak musuh berada dalam keadaan kelam kabut, dengan begitu kita sangat mudah mencapai kemenangan. Seterusnya, saya akan ceritakan satu contoh yang berjaya menggunakan taktik "Menangguk di Air Keruh" dalam perang zaman purba China.
Pada abad ke-8 Masihi Dinasti Tang China sedang berada pada zaman kemakmuran. Ibu negara Dinasti Tang, Chang'an (kini Xian) ialah kota yang paling sibuk dan makmur di dunia pada masa itu.
Walau bagaimanapun, satu etnik minoriti yang menghuni di timur laut, etnik Qidan telah mencetuskan pemberontakan rakyat dan sering kali melancarkan serangan untuk menggulingkan kerajaan. Kerajaan Dinasti Tang telah menghantar Hulubalang Zhang Shougui ke kota yang berkedudukan strategik di utara China, Youzhou (kini Beijing) bagi mempertahankan negara daripada serangan etnik Qidan dan membanteras pemberontakan tersebut.
Hulubalang Ketugan yang mengetuai pasukan Qidan telah melancarkan beberapa kali serangan yang hebat terhadap kota Youzhou, tetapi semua serangan tersebut telah gagal menawan kota itu. Untuk mendapatkan maklumat perisikan yang lebih tepat mengenai keadaan ketenteraan dalam kota Youzhou, Ketugan telah menghantar utusan yang diamanahnya menghantarkan mesej mengenai kesediaannya untuk menyerah diri kepada kerajaan. Hulubalang Zhang Shougui telah menerima utusan Qidan dengan layanan yang mesra walaupun beliau tahu tentu ada muslihat tersembunyi di bawah kunjungan utusan itu. Pada keesokan harinya, hulubalang Zhang Shougui juga telah menghantar utusannya ke kem tentera Qidan dengan tujuan yang sama iaitu untuk mengetahui keadaan sebenarnya dalam kem pasukan pemberontak.
Utusan kerajaan Dinasti Tang juga telah dilayani baik oleh pasukan Qidan. Dalam majlis jamuan sambutannya, utusan kerajaan Dinasti Tang mendapati bahawa terdapat perselisihan pendapat di antara para pegawai tentera Qidan. Hulubalang Ketugan berpendirian untuk meneruskan aktiviti mereka bagi menggulingkan kerajaan, namun salah seorang penghulunya, Li Guozhe didapati tidak benar-benar ingin meneruskan perjuangan mereka. Dia juga memberitahu utusan kerajaan bahawa rakyat awam juga tidak sabar lagi menderita akibat sengsara perang.
Jadi, dengan melihat keadaan ini, utusan kerajaan telah memujuk Li Guozhe untuk mengkhianati hulubalang dan bekerjasama dengan kerajaan dengan berjanji akan memberi jawatan yang tinggi dalam kerajaan setelah berjaya membanteras pemberontakan kali ini. Dengan mendengar pujukan utusan kerajaan itu, Li Guozhe telah berkenan akan mencari peluang untuk membunuh Ketugan dan mengetuai pasukan pemberontak menyerah diri kepada kerajaan. Lalu, utusan kerajaan meninggalkan kem pasukan pemberontak balik ke Youzhu dan melaporkan keadaan pihak musuh kepada Hulubalang Zhang Shougui.
Tidak lama kemudian, seperti yang dijangka bahawa penghulu Qidan Li Guozhe telah mengetuai pengikutnya melancarkan serangan mendadak ke tempat penempatan pasukan Ketugan dan berjaya membunuh Ketugan di khemahnya yang sama sekali tidak menyangka pengkhianatan terhadapnya.
Dengan melihat kematian hulubalang mereka, kem tentera Qidan telah berada dalam keadaan kelam kabut. Ketika pertempuran hebat antara dua kekuatan pasukan Qidan sedang berlaku, Hulubalang Zhang Shougui yang telah lama bersiap sedia telah mengetuai pasukan menyerbu ke dalam kem tentera Qidan, menangkap hidup-hidup ramai orang penghulu Qidan, berjaya menewaskan pasukan Qidan dan sekali gus memadamkan pemberontakan itu.
Melalui contoh tersebut, kita mendapati bahawa kegagalan pasukan Qidan berpunca daripada masalah-masalah sendirinya seperti pasukan itu tidak bersatu padu, penghulu-penghulu pasukan itu mempunyai perselisihan pendapat dan rakyat awam pun membantah perang itu. Semua ini telah mengakibatkan keadaan kelam kabut kemudian dan memberi peluang kepada tentera kerajaan untuk melancarkan serangan tersebut.
Jika kita meneliti peribahasa "Menangguk di Air Keruh", ia memang bersifat menghina seperti taktik "Merampas Rumah Terbakar" yang juga dalam 36 Taktik Peperangan. Dalam masyarakat kini, jika ingin mengelakkan daripada kepentingan kita sendiri terjejas akibat taktik tersebut, cara yang lebih baik ialah bersikap adil dan tabah supaya tidak terpengaruh oleh kata-kata orang lain.CRI/-
Diambil Daripada Blog cina Islam
Sunday, December 6, 2009
36 Taktik Peperangan : Menangguk Di Air Keruh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment