3
6 Taktik Peperangan" merupakan sebuah buku klasik yang mengangdungi 36 taktik peperangan yang bukan sahaja digunakan pada zaman purba malah hingga ke zaman ini di China. Kasau dan tiang merupakan bahagian yang paling penting dalam struktur rumah. Manusia dan kekuasaan yang memegang peranana yang penting disifatkan sebagai kasau dan tiang.
Selepas China disatukan pada abad ke-3 sebelum Masihi, Qinshihuang, maharaja pertama Dinasti Qin, amat yakin kepada kesihatannya dan bercita-cita akan memerintah negara bagi jangka masa yang panjang. Oleh itu, beliau tidak mengatur pewaris untuk meneruskan pemerintahannya. Namun, persaingan untuk merebut takhta maharaja di negaranya terjadi antara Fu Su dengan Hu Hai, dua orang anak lelaki baginda sehingga wujud dua golongan yang bertentangan di dalam istana.
Fu Su, anak sulung Qinshihuang merupakan orang yang jujur dan baik hati, justeru beliau mendapat dukungan dan sokongan daripada rakyat seluruh negara. Sebaliknya, Hu Hai, anak bongsu maharaja itu, sifatnya ganas suka berfoya-foya dan menghabiskan masa tanpa berbuat sesuatu yang berfaedah. Qinshihuang sayang kepada Fu Su dan bercadang akan mengisytiharkannya sebagai pewaris takhta kerajaannya. Oleh itu, Fu Su dihantar ke kawasan sempadan untuk belajar dan mendapatkan latihan daripada Meng Tian, seorang panglima tentera yang terkenal.
Tiada lama kemudian, ketikat dalam perjalanan untuk mengadakan tinjauan ke suatu tempat lain, Qinshihuang telah jatuh sakit. Beliau segera mengarahkan Li Si, perdana menteri yang ikut bersama dalam peninjauannya supaya pulang segera ke istana untuk membolehkan Fu Su, anak sulungnya itu mewarisi takhtanya. Namun, perintah itu telah disembunyikan oleh Zhao Gao, seorang pegawai kanan yang memegang cap mohor maharaja. Tidak lama kemudian, Qinshihuang mangkat. Pewaris takhta maharaja itu tidak diumumkan kerana Li Si takut berlaku rusuhan jikalau perintah maharaja itu diketahui umum. Perkara itu terus dirahsiakan.
Zhao Gao yang mempunyai cita-cita sendiri berbincang dengan Li Si. Menurut jangkaan beliau, sebaik sahaja Fu Su naik takhta, Meng Tian pasti akan menjawat jawatan yang tinggi. Selepas itu, katanya lagi, adakah kedudukan dan kuasa Li Si masih ketat? Li Si terpengaruh dan merasakan pendapat Zhao Gao betul dan mengambil keputusan untuk melanggar perintah Qinshihuang supaya membantu Fu su naik takhta kerajaan. Mereka telah membuat perintah palsu yang mengatakan bahawa Fu Su telah membunuh diri menurut perintah maharaja dan Meng Tian pula dibunuh dengan alasan yang lain. Selepas itu, Hu Hai telah menggantikan Fu Su dan naik takhta menurut arahan Zhao Gao dengan cara kasau dan tiang digantikan secara sulit. Dinasti Qin telah digulingkan hanya 3 tahun kemudian. CRI/-
Diambil daripada Blog Cina Islam
Sunday, December 6, 2009
36 Taktik Peperangan: Kasau dan Tiang Digantikan Secara Sulit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment