K
etandusan idea Umno-Barisan Nasional meraih kembali sokongan rakyat negara ini jelas kelihatan apabila gagasan pemerintah memperalatkan kalimah Allah untuk mengalih pandangan daripada salah laku mereka.
Umno-BN bagaikan menggali kubur sendiri pelbagai pihak mencurigai tindakannya cuba berdalih susulan kes berprofil tinggi kehilangan enjin jet F-5E milik TUDM dan pelbagai kes rasuah.
Atas kesedaran ini, Parti Keadilan Rakyat Subang semalam menganjurkan kempen penerangan kepada rakyat perihal propaganda kerajaan Umno-BN.
“Zaman Mahathir ranking negara kita, ranking rasuah antarabangsa dulu kita 20 lebih, itu pun rasuah sudah teruk dah, lepas itu Pak Lah kata bekerja dengan saya bukan untuk saya, lepas itu kita dikerjakan oleh dia, sampai ranking kita naik 40 lebih, tahun ini Najib Altantuya lagi best, 1 Malaysia sekarang dah naik 50 lebih”, kata Chang Lih Kang.
Ahli Dewan Undangan Negeri Teja Perak, Chang Lih Kang berucap pada pembukaan Ceramah Umum PKR Subang di Dewan Komuniti MBPJ, Kota Damansara malam semalam.
Beliau menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana gagal mengekang gejala rasuah sebaliknya mereka bersengkongkol dengan Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat.
Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Malaysia, Fariz Musa pula menyifatkan Umno-BN mempraktikkan politik dan agama kesukuan sehingga tergamak merobohkan sebuah masjid di Kampung Bujal, Kemaman, Terengganu suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun katanya Umno-BN sekarang lantang pula mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Kristian walhal parti itu juga dalang pemusnahan rumah ibadat Islam.
“Sewaktu kejadian untuk meruntuhkan rumah Allah itu di Kg Bujal, kita pertahankan, rakyat turun beramai-ramai mempertahankan rumah Allah daripada dirobohkan oleh Umno, hari ini Umno memperjuangkan pasal nama Allah”, jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad menemplak kekejaman Umno-BN kerana sekali lagi menaikkan harga barangan keperluan harian seperti gula dan roti dengan menyifatkan hadiah 1Malaysia Najib kepada rakyat.
Kebajikan rakyat semakin terabai apabila Najib sekali lagi cuba menindas dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan GST sebanyak 4 peratus pada 2011 ini akibat daripada kerugian perjanjian pengecualian cukai di beberapa Zon Bebas Cukai.
“Tahun 2011 kita akan dapat lagi satu hadiah, ini kena ingat betul-betul, apa hadiah rakyat didahulukan ni? Apa yang dia nak bagi? Gasak Sampai Tertonggeng, GST, kita kena lawan habis-habisan, satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan, saya ringkaskan, kesannya kepada pengguna akhir, kita pembeli”, kata Jona.
Jona menegaskan Kerajaan Persekutuan sengaja mengenakan GST ini dengan alasan untuk menambahkan pendapatan negara yang dianggarkan bernilai 1 bilion ringgit.
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah pula berkongsi pengalamannya ketika menerima lawatan pemimpin-pemimpin dari United Kingdom memberitahu mereka mempersoalkan konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Tambahnya lagi, di UK pihak kerajaan dan pembangkang bebas bersuara dalam media perdana tanpa sekatan, malang sekali ia tidak berlaku di Malaysia yang hanya dimonopoli Umno-BN.
“Inilah hakikat politik di Malaysia, yang pegawai kanan dari House Of Common apabila mendengar apa saya cakap itu, terkejut dan dia tanya, ini pertanyaan yang tidak dapat saya jawab, kalau itu benar, apakah jenis pilihanraya awak ada di Malaysia? Apakah maksud pilihanraya? Saya kata itu betul, inilah maksud saya, pilihanraya yang dilakukan di sini bukan pilihnaraya yang mereka faham”, jelas Sivarasa.
Di samping itu, peristiwa hitam demonstrasi bantahan kalimah Allah oleh Herald yang berlangsung Jumaat lepas turut disentuh Ahli Parlimen Shah Aalam, Khalid Samad dengan mendedahkan Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor bertanggungjawab dalam penganjuran demonstrasi terbabit.
Khalid kehairanan apabila dirinya dikaitkan dengan demonstrasi tersebut apabila beberapa kain rentang diletakkan gambarnya walhal Khalid tidak menahu hal itu.
“Satu sejarah, penganjur demonstrasi itu Majlis Agama Islam Selangor bersama dengan JAIS, hebat, arahkan semua masjid-masjid dan surau-surau hantar wakil untuk bersama di dalam demonstrasi di Masjid Negeri, bukan dalam kawasan masjid, dalam masjid, ini merupakan perkara yang cukup aneh yang mana selama ini segala amalan demonstrasi dikutuk, bukan daripada budaya kita”, tegas Khalid. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN
Diambil daripada TVSelangor.com
Thursday, January 14, 2010
Umno-BN Semakin Goyang, Guna Kalimah Allah Kaburi Mata Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment