Tuesday, January 12, 2010

Perkara Penting Untuk Pengetahuan Pengantin


P
asangan yang hendak berkahwin harus mengetahui perkara yang dipandang remeh, tetapi amat besar maknanya. Perkara di bawah adalah berdasarkan pengalaman bagi membantu membina rumah tangga bahagia.


1. Tujuan berkahwin, apa yang kamu niatkan?

- Bagi lelaki, untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh diperoleh di luar perkahwinan.

- Kasih sayang dan belaian manja dari seorang perempuan.

- Bagi wanita, untuk mendapat perlindungan dari seorang yang bergelar lelaki atau suami.

2. Apakah kewajipan suami?

- Memberi nafkah – makan – pakaian – tempat tinggal

- Mendidik isteri – sejak awal perkahwinan.

3. Apakah hak isteri?

- Taat suami kecuali perkara yang bertentangan dengan syarak

- Hormati suami dan keluarga suami.

4. Apakah isteri wajib masak dan membasuh?

Pada dasarnya bukan kewajipan isteri tetapi kalau suami minta masak atau membasuh dia wajib taat.

Kalaulah suami tidak suruh masak dan tidak suruh membasuh, dia seharusnya memasak kerana menghormati suami yang baru balik kerja. Dia juga seharusnya membasuh baju suami kerana menghormati suami yang pakaiannya kotor.

Sebenarnya isteri yang baik dia tidak mempertikaikan tentang urusan basuh dan masak itu kerana kedua-dua kerja itu adalah fitrah bagi seorang wanita.

5. Apakah persiapan awal suami isteri sebelum dan selepas kahwin?

- Kuatkan iman, taqwa dan ilmu agama

- Mengenali hati budi pasangan

- Mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan

- Hindari kebencian pasangan

Formula menyelesaikan masalah rumah tangga

Masalah & Penyelesaian

1 Bila banyak urusan tidak menjadi, walaupun sudah diusahakan masih gagal.

Nilai hubungan kita dengan Allah, solat dan ibadah lain mungkin tidak diterima Allah.

2 Suami isteri mula renggang, suka bergaduh

Nilai semula solat suami dan solat isteri mungkin ada yang cuai atau tidak melakukan solat.

3 Suami isteri dilihat tidak mesra dengan anak-anak.

Lihatlah, mungkin suami dan isteri tidak mesra di atas katil.

4 Isteri rasa tak senang hati terhadap suami

Lihatlah mungkin suami buat dosa di luar rumah, buat maksiat. Perlulah bertaubat segera.

5 Suami rasa kurang selesa dengan isteri

Lihatlah mungkin isteri melakukan dosa di luar rumah. Bertaubatlah segera.

6 Bila anak tidak taat kepada ibu bapa

Lihatlah mungkin suami isteri ada masalah yang tidak diselesaikan, apatah lagi dosa dengan Allah.

7 Bila anak buat dosa di luar rumah

Ibu bapa/suami isteri tidak mendidik anak cara yang betul.

Ahmad baei jaafar ( Diambil daripada Blog Cina Islam)

0 comments:

Newer Post Older Post Home