S
emakin lama sistem kehakiman berada dibawah pemerintahan Kerajaan BN di Malaysia selama itu kepercayaan kepada badan itu semakin terhakis dan mungkin sampai pada satu tahap tidak dipercayai lagi.
Dalam banyak perbicaraan dan kes yang melatari kehidupan rakyat dan masyarakat berbilang kaum di malaysia, kita menyaksikan pelbagai kes yang dibicarakan namun keputusannya seingat saya tidak diumumkan siapakah pemenangnya.
Menang atau kalah dalam sesuatu perbicaraan dengan melibatkan pendengaran kes di hadapan hakim di Malaysia kekadang sudah diketahui lebih awal arah dan halatujunya.
Lihat dulu siapa yang dibicarakan, adakah ianya pemimpin UMNO ataupun bukan, orang kaya atau miskin dan beberapa katogori lain yang saya tidak sebeutkan. Sesudah itu kita boleh menjangkakan siapakah pemenangnya.
Dalam sejarah kehakiman negara kita menyaksikan beberapa kes yang besar yang tidak ada kesudahannya dan apakah keputusannya kepada kes tersebut.
Semua sudah maklum dengan kes Memali yang tercetus sejak tahun 1985 namun keputusan perbicaraan masih tidak di umumkan. Selain itu Kes kehilangan wang berbillion ringgit di Bank Bumiputera masih tidak ada kesudahannya.
Merujuk kepada yang berkaitan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi mengingatkan hakim bahawa sebuah badan kehakiman yang adil dan saksama hanya boleh diasaskan sekiranya orang awam mempunyai keyakinan bahawa tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak boleh mempengaruhi keputusan hakim.
Katanya lagi jika hakim membenarkan keputusan mereka dipengaruhi oleh anggota kerajaan, ahli Parlimen atau sesiapa sahaja maka ia sama dengan amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
"Apabila ini berlaku, mereka mungkin memilih untuk mengabaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang dipikul. Mereka kemudian terbabit dalam perbuatan dan tindakan berdosa.
"Malangnya, secara keseluruhan amalan rasuah ini akan menjejas orang awam," kata Zaki dalam ucapannya pada Persidangan Perundangan Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.Persidangan tersebut menghimpunkan tiga institusi -- Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia bagi mendengar pandangan dan harapan masing-masing bagi tahun ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Hakim Singapura, Chan Sek Keong, Ketua Hakim Brunei Darussalam, Datuk Seri Paduka Kifrawi Datuk Paduka Kifli, Ketua Hakim Guam, Robert Torres dan Presiden Persatuan Undang-Undang Singapura, Michael Hwang.
Tahniah kepada Ketua hakim negara yang bercakap secara jelas dan mudah difahami walaupun perlaksanaannya agak kabur dinegara tercinta ini.
Contoh mengenai isu terkini dan mendapat perhatian ramai dan terus menjadi tanda tanya iaitu siapakah MB Perak yang sah. Pertikaian yang panjang sehingga hampir mencecah tempoh setahun nampaknya tidak reda dan terus diperkata apabila Mahkamah Persekutuan yang selesai bersidang pada 5 Nov 2009.
Setelah hampir mencecah tiga bulan 5 hakim mahkamah tersebut masih tidak mengumumkan siapakah MB Perak yang sah. Persoalannya kenapakah waktu yang begitu lama diperlukan untuk mengumumkan siapakah yang menang.
Sedangkan sepatutnya pada hari yang berkenaan keputusan sudah diumumkan. Siapakah yang akan dipersalahkan bila ada yang mempertikaikan dan cuba mengaitkan perkara itu ada kaitan dengan campurtangan dari pihak lain kepada badan kehakiman.
Kalau ucapan Ketua Hakim Negara adalah satu langkah drastik untuk memperbetulkan kepincangan yang berlaku termasuk kes di Perak, saya kira tidak ada langkah yang paling wajar melainkan dia memastikan Mahkamah Persekutuan dengan secepat mungkin mengumumkan siapakah MB Perak yang sah.
Usaha mengantung keputusan Ke MB Perak setelah segala penghujahan telahpun tamat mesti bebas dari pengaruh pihak lain seperti yang diucapkan oleh Tun Zaki.
Jangan nanti ada yang berkata "Cakap tidak serupa bikin" .
(Diambil daripada Blog Cina Islam)
Sunday, January 17, 2010
Sistem Kehakiman Negara: Umumkan Siapa MB Perak Yang Sah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment