Sunday, August 3, 2008

Setiap apa yang kita ucapkan dan baca di dalam sembahyang adalah pengakuan

Setiap apa yg kita ucapkan dan baca dalam sembahyang adalah pengakuan, pujian, sumpah dan doa kita kepada ALLAH.
Jika kita tidak tahu akan makna setiap bacaan doa kita, ianya termasuk dalam doa orang2 yg lalai (Dha’if). Memang terima atau tidak adalah urusan tuhan, tp tidak salah kalau kita berusaha utk mendapatkan keberkatan dan keredhaannya. Kefahaman kita tentang setiap bacaan penting dalam sembahyang juga dapat membantu keteguhan akidah kita serta keimanan kita dan memberi kita lebih Khusyuk menghadap ilahi.. Ianya juga dapat menentukan nilai mutu solat kita. Walau sebaik mane pun bacaan kita, tp ianya tak original dan takde nilai apa-apa. Macamana kita nak khusyuk dalam sembahyang kalau sekadar baca je??impossible… janganlah kita menjadi seperti burung kakak tua yg pandai berkata-kata tapi tak tau ertinya…Wallahua’lam…



Erti Bacaan Takbir:
“Allah Maha Besar”

Erti Bacaan Doa Iftitah:
“Allah maha besar dan sebesar-besarnya, dan segala puji bagiNya sebanyak-banyaknya, dan maha suci bagi Allah siang dan malam,
Aku hadapkan wajahku kepada Allah Yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri, dan aku bukanlah dari golongan orang yang
musyrik, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri”

Erti Bacaan Al-Fatihah:
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian alam, yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Yang merajai hari pembalasan, hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu saja kami mohon pertolongan.
Tunjukkan lah kami jalan yg lurus, iaitu jalan mereka yg Engkau beri kenikmatan, bukan jalan mereka yg Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat”
Kabulkanlah permohonan kami Ya Allah”

Erti bacaan dalam ruku’:
“Maha Suci Tuhan ku yang maha Agung dan segala puji bagi Nya”

Erti bacaan I’tidal:
“Allah mendengar akan pujian orang yang memujiNya. Ya tuhan kami, untuk Mu lah segala puji”

Erti bacaan dalam sujud:
“Maha suci Tuhan ku yang maha Mulia dan segala puji bagi Nya”

Erti bacaan duduk antara 2 sujud:
“Ya Allah, Ampunilah aku, Rahmatilah aku, Cukupilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan lah aku, maafkan lah aku”

Erti bacaan duduk tahiyyat:
“segala kehormatan, kelimpahan, kebahagian dan kebaikan bagi Allah. Kesejahteraan, rahmat Allah dan berkat-Nya tetap kepadamu wahai nabi. Kesejahteraan juga semoga tetap kepada kami dan keatas hamba Mu yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan Keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan kelurga Ibrahim, sesungguhnya, Engkau maha terpuji lagi maha Mulia.

Erti bacaan Qunut:
“Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang yang engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan sebagaimana orang yang engkau beri kesihatan, berilah aku kekuasaan sebagaimana orang yang engkau beri kekuasaan, berkatilah apa yang Engkau telah berikan pada ku, lindungilah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau pastikan, maka sesungguhnye Engkau lah yang menghukum dan tiada sesuatu yang menghukum ke atas Engkau, dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau beri kekuasaan, dan tidak akan mulia orang yang Engkau murkai, maha suci wahai tuhan kami dan maha tinggi, segala puji semata-mata untuk Mu atas segala yang Engkau tentukan, aku bermohon ampun dan bertaubat kepada Mu, berilah selawat keatas Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat”..


Itulah antara bacaan yg kita selalu buat sambil lewa tentang maknanya.. semoga dengan apa yang sy paparkan ini, insyaallah dapatlah sedikit sebnyak membantu utk kita fahami bersama bacaan dalam sembahyang agar kita lebih kusyuk.

0 comments:

Newer Post Older Post Home