Wednesday, June 10, 2009

Mahathir: Pembangkang Penting Sebagai “Cermin”


T
un Dr Mahathir Mohamad berkata fungsi pembangkang tetap penting sebagai "cermin" kepada kerajaan dalam sebuah demokrasi seperti Malaysia.




"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

Idea Hadi itu adalah cadangan peribadinya yang belum dibincangkan secara rasmi pada peringkat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, mahukan peringkat tertinggi Pakatan Rakyat.

Mahathir akur bahawa pada satu masa BN mengambil langkah menuju ke sistem satu parti tetapi gagal.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir berkata di Shah Alam.

Ditanya sama ada kerajaan perpaduan akan memberi manfaat kepada negara, Mahathir berkata kebaikan hanya boleh diperolehi jika semua pihak ikhlas.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum.

0 comments:

Newer Post Older Post Home