Tuesday, June 30, 2009

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

K
OTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.


"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Muhammad Yusri Amin
Tue | Jun 30, 09 | 7:42:49 pm MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM sudah tolak

K
OTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato� Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut.


Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini.

Bagaimanapun semalam Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu yang sesuai untuk diadakan debat, sebaliknya ia terbuka dan boleh diadakan bila-bila masa sahaja.

Menurutnya debat yang dicadangkan bukan berniat untuk tujuan politik, sebaliknya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa Umno menolak Islam.

"Nak mengangkat diri (Umno) sebagai pejuang Islam macam mana perjuangan parti itu tak ikut Islam. Dan pada masa yang sama menentang PAS yang bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam," katanya di sini, petang semalam.

Menurutnya timbul idea debat kerana Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung kenyataannya sebelum ini yang menganggap Umno membawa ajaran sesat kerana memisahkan agama dan politik.

"Umno sepatutnya tak perlu buat report polis. Ada masalah sikit terus report kepada emak dan bapak. Itu tak betul.

"Kalau kita bertengkar sikit-sikit nak panggil emak, ayah, nampak sangat kita lemah. Bila betul biarlah kita berlawan secara berdepan, tak payah buat report polis, kita berdebat," ujarnya.

Ketika ditanya masalah perpaduan di kalangan Melayu yang kini dikatakan semakin retak, beliau berkata, Islam mengajar perpaduan melalui agama.

"Kalau ingin perpaduan atas dasar bangsa itu bukan cara Rasulullah saw, bahkan Rasulullah saw melawan bapa mentua dan bapa saudara sendiri kerana memperjuangkan Islam.

"Kalau kira nak bersatu gengstar pun nak bersatu, ah long pun nak bersatu, semuanya nak bersatu, tetapi atas dasar apa," katanya.

Ketika ditanya penolakan debat oleh dua bekas perdana menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau berkata, perbincangan telah berlangsung sejak sekian lama antaranya perbahasan di parlimen.

Malah katanya perbincangan, nasihat, ceramah dan usrah sudah lama dilakukan, dan sekarang ada baiknya debat pula digunakan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, PAS tidak pernah mengubah manifesto pilihan rayanya iaitu mendaulatkan Islam sejak dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata walaupun pihak lawan memperkenalkan pelbagai manifesto, namun PAS tetap dengan dasarnya, iaitu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan. - mj _

Salmah Mat Husain
Tue | Jun 30, 09 | 12:45:09 pm MYT (Harakah Daily)

Read More...

Saturday, June 27, 2009

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat


K
OTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).


Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran. "Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. - mks._

Muhammad Yusri Amin
Sat | Jun 27, 09 | 4:37:19 pm MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai



K
UALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.


Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan. Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.

Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.


Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh. Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.



Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas. Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi. - mj _

Wartawan Kita
Sat | Jun 27, 09 | 8:02:34 am MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Friday, June 26, 2009

Amerika kecewa Ahmadenejad terpilih

M
ENGAPAKAH media Barat, terutama media Amerika Syarikat tiba-tiba memainkan peranan 'pak sibuk' nombor wahid dalam melapor dan menganalisis pilihan raya presiden Iran?


Kesungguhan tidak terperi mereka dalam memberi liputan meluas kepada pilihan raya di Iran dan keputusannya seolah-olah menggambarkan siapa yang menjadi Presiden Republik Islam itu memiliki anak kunci untuk merobah dunia, menyelesaikan masalah ekonomi global serta meletakkan noktah terakhir kepada sengketa di Asia Barat.

Nampaknya, di sebalik slogan kebebasan media yang dipertahankan oleh Barat, sikap berat sebelah serta kewartawanan beragenda membumbui laporan dan liputan pilihan raya presiden Iran. Malah sebelum tarikh pengundian lagi, mereka telah mengandaikan Presiden Mahmoud Ahmadenejad bakal gagal mempertahankan jawatannya.

Misalnya majalah Newsweek edisi 15 Jun 2009, menyiarkan analisis bertajuk 'Why Iran's President May Lose' (Mengapa Presiden Iran Mungkin Tewas).

Kini di sebalik kemenangan Ahmadnejad, dakwaan penipuan kiraan undi yang lebih menjurus kepada krisis dalaman negara berkenaan diperbesar-besarkan dan diberikan dimensi baru dengan tujuan menghasut penyokong calon yang tewas, Mir Hossein Mousavi, bagi mewujudkan keadaan paling tegang negara tersebut selepas Revolusi Islam Iran 1979.

Perbalahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti politik Iran dan rakyat negara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan pelik. Ia lumrah di mana-mana sekalipun termasuk di Amerika Syarikat, Great Britain dan negara-negara Barat yang lain.

Tetapi apabila media Amerika mengepalai kempen Barat dalam menghura-hurakan keadaan politik sesebuah negara dengan mempermodalkan persengketaan dalaman, maka ia mengesahkan lebih lanjut dasar suka cari fasal Washington terhadap negara-negara Islam sebagaimana yang dilakukan terhadap Afghanistan dan Iraq bagi pelbagai tujuan kepentingannya.

Walaupun pelbagai pihak dan negara (kebanyakannya sekutu Amerika) dan para ulama tertentu republik tersebut mendakwa merasa bimbang terhadap apa yang berlaku di Iran, pihak yang lebih masak dengan permainan Barat dan Amerika terus mengucapkan tahniah kepada Ahmadnejad.

Mereka termasuklah Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa; pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah; Presiden Iraq, Jalal Talabani dan pemipin radikal negara berkenaan Muqtada al-Sadr, kerajaan Hamas di Gaza serta pertubuhan Jihad Islam Palestin; Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari; Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan beberapa negara Islam lain serta beberapa negara bukan-Islam yang melihat pemimpin Washington sebagai 'syaitan bertopengkan manusia'. Pemimpin negara bukan Islam ini termasuklah Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Pengerusi Majlis Tertinggi Rakyat Korea Utara, Kim Yong-nam.

Dalam perutusan tahniah masing-masing, mereka menyokong Ahmadnejad yang terus mengambil sikap anti-Israel, keengganan tunduk kepada tekanan Amerika dalam program nuklear serta ucapan-ucapan keras beliau terhadap Barat termasuk menafikan peristiwa Holocaust yang dikatakan dicipta oleh Israel untuk menagih simpati dunia.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Amerika dan Barat mahukan Mousavi yang dilihat sebagai sanggup berkompromi dengan Barat termasuk dalam soal program nuklear dengan melahirkan idea pembentukan sebuah konsortium Barat bagi memantau proses pengkayaan bahan uranium di Iran serta kesanggupan mengadakan dialog yang lebih terbuka dengan Amerika dan sekutu-sekutunya.

Ketegangan pilihan raya boleh berlaku di mana-mana tetapi keadaannya sudah tentu tidak akan menjadi lebih buruk dan tegang tanpa campur tangan media Barat dalam usaha mencapai agenda mereka terhadap sesebuah negara. - mks. _

Shirzad Lifeboat
Fri | Jun 26, 09 | 7:14:26 am MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

K
OTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.


"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_

M Faqih
Thu | Jun 25, 09 | 5:42:54 pm MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Thursday, June 25, 2009

H1N1 kini 80 kes, 11 tempatan


P
enularan tempatan wabak selesema A (H1N1) terus berlaku dengan dua kes lagi disahkan hari ini, menjadikan jumlahnya 11 sejak kes awal seminggu lalu.

Jumlah tersebut, termasuk 10 kes import yang baru disahkan, menjadikan semuanya 80 kes di seluruh negara sejak 15 Mei lepas.


Satu daripada kes tersebut dilaporkan di Johor apabila seorang pelajar wanita 19 tahun yang pulang dari Melbourne disahkan positif.

Mangsa menaiki penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Changi dua hari lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada keseluruhan kes terbaru, tiga melibatkan warga asing, Yaman (dua orang) dan Indonesia (1), manakala selebihnya rakyat
tempatan yang melawat di negara-negara terjejas dengan wabak
itu.

"Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal kebangsaan mengenai influenza A (H1N1) hari ini.

Bayi, pramugari dijangkiti

Dalam kenyataan hariannya di laman web Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Ismail berkata dua kes penularan tempatan membabitkan pelajar warga Yaman, masing-masing 20 dan 22 tahun, yang dijangkiti daripada kes 63.

Kes terdahulu itu seorang warga Yaman, 24 tahun, yang datang melancong dari Bangkok pada 19 Jun menggunakan penerbangan AirAsia AK 342 (tempat duduk 18E) dan tiba di LCCT pada jam 6.15 petang.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif, kelmarin.

Sementara dua rakannya, yang dikelaskan kes tempatan, pelajar yang mengikuti kelas bahasa Inggeris di Asian Life Skill Sdn Bhd di KLCC dan menginap di pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil.

Selain itu, seorang bayi lelaki berusia 6 bulan warganegara
Malaysia yang kini menginap di California, Amerika Syarikat pulang pada 19 Jun menaiki pesawat CX 873 dari California ke Hong Kong.

Mangsa termuda itu menukar pesawat CX 723 dari Hong Kong ke Malaysia, tiba di KLIA pada pukul 3.30 petang hari yang sama tanpa sebarang simptom.

Bayi itu mulai demam dan batuk keesokan harinya dan semalam disahkan positif, lalu dimasukan ke Hospital Sungai Buloh.

Penumpang bas dicari

Seorang pramugari, 38 tahun, yang bertugas di penerbangan MH 151
dari Jeddah pada 19 Jun dan terus balik ke rumahnya di Pulau Pinang dengan esawat MH1166 pada hari yang sama.

Beliau mempunyai gejala demam dan sakit tekak Jumaat lalu dan
ke Hospital Pulau Pinang kelmarin untuk mendapatkan rawatan. Beliau disahkan positif semalam.

Menurut kenyataan Dr Mohd Ismail lagi, semua pesakit yang dimasukkan ke wad berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan antivirus.

Sehingga 8 pagi hari ini, seramai 44 pesakit yang masih berada di: Hospital Sungai Buloh (24 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (4), Hospital Pulau Pinang (4), Hospital Ipoh (1), Hospital Alor Setar (3), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (2) dan Hospital Umum Sarawak (2).

Kementerian Kesihatan sedang mengesan semua penumpang bas dua tingkat Aeroline bernombor pendaftaran WMF 8862 yang dinaiki wanita Malaysia, 23 tahun, yang turun di Bandar Utama Damansara , Petaling Jaya pada 21 Jun jam 8 malam.

Pelayan itu, yang dikelaskan sebagai kes ke-69, bercuti selama empat hari ke Singapura mulai 17 Jun.

Selain itu, kementerian juga mengesan penumpang-penumpang penerbangan terbabit, seperti senarai dalam kenyataan hariannya, terutama di tiga tempat duduk hadapan dan belakang kes-kesyang telah disahkan positif.

Read More...

Wednesday, June 24, 2009

KLCI gains 1% at midday


K
UALA LUMPUR: The KL Composite Index (KLCI) snapped a two-day losing streak and rebounded more than 1% in the morning session today, in line with the recovery at Asian markets.

The KLCI, lifted by gains at plantation and key blue chip stocks, was 1.1% or 11.50 points higher at 1,055.98 at 12.30pm today. Turnover was 620.49 million shares valued at RM610.8 million. Gainers led losers 402 to 134, while 174 counters traded unchanged.


Over at the regional markets, Taiwan's TAIEX Index surged 4.13% to 6,453.29, Singapore's Straits Times Index added 1.98% to 2,270.12, Hong Kong's Hang Seng Index gained 1.61% to 17,821.56 and Japan's Nikkei 225 rose 0.6% to 9,607.15.

Meanwhile, the Shanghai Composite Index and the South Korean Kospi each added 0.56% respectively to 2,908.86 and 1,368.16, respectively.

Among the major gainers on the Bursa Malaysia this morning were Genting, Tenaga, Sime Darby, IOI Corp, Maybank and KFCH.

Genting added 25 sen to RM5.65; Tenaga and KFCH gained 20 sen each to RM7.60 and RM6.90 respectively, Sime Darby up 10 sen to RM6.85, IOI Corp up 8 sen to RM4.60 while Maybank rose 5 sen to RM5.65.

Asiatic Development and John Master Industries added 15 sen each to RM5.60 and 64 sen, Astro was up 13 sen to RM3, Metrod gained 12 sen to RM3.32 while MMC Corp was up 6 sen to RM1.91.

Tahps was the top loser, falling 30 sen to RM2.80; Tan Chong fell 19 sen to RM1.71, Panasonic, MISC and UMW Holdings lost 10 sen each to RM11.90, RM8.60 and RM5.75, respectively, while LBI Capital fell 7.5 sen to 63.5 sen.

Other losers included Top Glove and Petronas Gas that fell 5 sen each to RM6.45 and RM9.75 while KLCC Property that lost 8 sen to RM3.30.

KNM Group was the most actively trade stock this morning with 47.5 million shares done. The stock added 3.5 sen to 84 sen.

Samchem continued to impress, adding 2.5 sen to 92.5 sen with 33.5 million shares traded. The stock made its debut yesterday.

Other actively traded stocks this morning included UEM Land, Compugates, Tebrau Teguh, Scomi, MRCB, Jaks and Hovid.

Crude oil fell 65 cents to US$68.59 per barrel, while crude palm oil futures declined RM29 to RM2,257 per tonne at midday.

Written by Surin Murugiah
Wednesday, 24 June 2009 13:15 ( The Edge)

Read More...

Surat terbuka kepada Tuan Guru Presiden PAS


A
ssalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Saat saya menulis untuk meluahkan hati tika ini, saya tidak tahu Tuan Guru berada di mana. Tapi, jauh di sudut hati saya tetap berkata Tuan Guru akan membaca surat terbuka ini kerana saya tahu Tuan Guru adalah seorang yang rajin membaca dan sensitif dengan perkembangan Harakahdaily. Jadi, saya utuskan surat terbuka ini selepas saya hiba dengan keadaan PAS pada hari ini.


Tuan Guru yang dihormati.

Saya anak muda yang berada dalam PAS untuk memperjuangkan Islam. Dari sekolah menengah saya mengenali PAS. Saya kenal bukan melalui usrah. Saya kenal bukan melalui pimpinan PAS. Tapi, saya kenal PAS ketika saya bergembira menaiki lori menggantung bendera PAS di tiang-tiang lampu dan pokok-pokok.

Uncang-uncang duit

Saya meminati PAS selepas saya diminta membawa uncang-uncang duit untuk memungut derma ketika ceramah PAS berdekatan dengan sekolah saya.

Maahad saya uzur. Pelajar-pelajarnya pada waktu itu tidaklah sebijak rakan-rakan lain yang berada di SMKA, Sekolah Agama Kerajaan Negeri mahupun di Kolej Islam. Tapi, apabila saya kenang sekolah itu, saya yakin di tanah itulah Allah memberkati orang-orang yang menuntut ilmu kerana-Nya.

Di situlah Almarhum Abu Bakar Al-Baqir berpangkalan untuk memperjuangkan Islam. Sehinggalah saya berazam mengiltizamkan diri dengan perjuangan yang suci ini ketika saya di bangku universiti. Hari ini pun saya masih lagi belajar memahami dan bekerja untuk memaknakan perjuangan Islam ini.

Ketika Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang dikarang oleh Riduan Md Nor. Buku mengenai kisah hidup Tuan Guru. Saya ralit membaca buku itu kerana saya berasa tenang dengan peribadi dan ketokohan Tuan Guru seperti yang digambarkan.

Saya turut mengikuti Ucapan Dasar Presiden selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-55 malah saya baca berulang-ulang kali untuk menjiwai intipati ucapan itu. Apa yang saya dapat rumuskan ialah hanya Islam yang akan menyelesaikan masalah manusia terutamanya di Malaysia ini. Tidak ada walau satu masalah pun yang tidak boleh ditangani oleh Islam sebagai agama Allah.

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini. Saya yakin!

Ungkapan Tuan Guru

Sebelum muktamar hati saya sedih melihat pimpinan PAS. Saya tidak mahu ceritakan mengapa saya sedih sebab saya tidak tahu siapa yang paling benar pada percakapannya. Tetapi, semuanya ini berlaku kerana ungkapan Tuan Guru mengenai Kerajaan Perpaduan. Sebahagian pimpinan mengatakan Tuan Guru tidak cerdik politik. Sebilangan yang lain menegaskan Tuan Guru berjiwa besar bak Sang Negarawan.

Hanya Allah Maha Mengetahui hati-hati mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah ini. Media pula menggembar-gemburkan pelbagai isu yang keluar dari setiap bibir pimpinan PAS. Bukan sekadar media perdana, bahkan media alternatif. Sehinggakan yang tulen menjadi kabur, terang berubah gelap.

Tuan Guru yang disegani.

Saya yakin ramai lagi ahli seperti saya gundah melihat perkembangan ini. Tambahan, apabila pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sering bercanggah dengan Tuan Guru. Bahkan, media melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebut boneka Umno dalam PAS yang ingin menjual parti Islam ini kepada Parti Nasionalis.

Sedih. Saya benar-benar sedih. Benarkah ada orang-orang ini dalam parti yang mulia ini? Saya percaya Tuan Guru sudah menerangkan berkali-kali mengenai Kerajaan Perpaduan.

Pintu rundingan

Hari ini, saya membaca tulisan Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif, Pengarah Penyelidikan PAS mengenai idea politik tersebut. Segar hati saya. Apa yang saya faham adalah Kerajaan Perpaduan bukan tahalluf siyasi antara PAS dan Umno. Tetapi, PAS membuka pintu rundingan dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan krisis politik, ekonomi dan kebejatan rakyat yang melanda negara.

PAS mahu mengajak Umno, KeADILan, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah kerajaan asalkan meletakkan al-Quran dan As-Sunnah sebagai tunjang. Mesti Islam sebagai asas pembentukan.

Tuan Guru yang dikasihi.

Saya merayu pada Tuan Guru, bertemu matalah dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Saya tahu Tuan Guru seorang yang setia. Malah, apa yang saya dengar, Tuan Guru akan berpeluk dan mencium dahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila bertemu. Bermuqabalah dan bermuzakarahlah dengan beliau.

Saya sendiri melahirkan rasa terkilan apabila kenyataan beliau terlalu keras seperti pemimpin yang tidak pernah maklum mengenai Kerajaan Perpaduan. Hanya Tuan Guru yang boleh menasihatinya. Leraikanlah kekusutan beliau.

Bertemu Husam Musa

Saya mohon sebagai pemimpin yang besar jiwanya, bertemulah dengan Dato' Husam Musa. Bincanglah dengan dia mengenai perkara ini dan dapatkanlah kata sepakat. Walaupun beliau adalah AJK PAS Pusat, sebagai pemimpin yang dihormati, Tuan Guru akan terus bersemuka untuk menyelesaikan polemik bersama. Itu adalah cara yang terbaik untuk seorang AJK menghargai dan memahami siapa sebenar dirinya.

Saya juga berharap kepada Tuan Guru untuk memanggil semua komponen parti Pakatan Rakyat.

Beritahulah kepada mereka bahawa Kerajaan Perpaduan ini bukan perkongsian kuasa antara PAS dan Umno. Saya benar-benar memahami bahawa PAS tidak akan mengkhianati persahabatan ini meskipun mereka seringkali membuat PAS sedih. Tuan Guru kena buktikan bahawa betapa mulianya sifat pemaaf dan ibrah di sebalik Sahifah Madinah. Saya yakin Tuan Guru seorang perunding politik yang hebat.

Tuan Guru berilah nasihat yang lembut kepada pemimpin Umno, MCA dan MIC bahawa Kerajaan Perpaduan bukan antara PAS dan Umno sahaja. PAS akan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan negara walaupun dengan parti politik yang kecil. Inilah jiwa Tuan Guru yang besar tetapi seringkali disalahertikan dengan propaganda musuh.

Tuan Guru yang dimuliakan Allah.

Sentiasa bermunajat

Seringkali saya berfikir bahawa Tuan Guru sentiasa bermunajat kepada Allah untuk memandu diri dalam setiap saat. Saya kagum dengan kenyataan Tuan Guru ketika meletakkan Abdul Wahid Endut sebagai calon di Kuala Terengganu meskipun ramai berpendapat pemimpin-pemimpin yang lain adalah lebih layak.

Kenyataan Tuan Guru melegakan hati apabila Tuan Guru menyebut bahawa ini adalah ilham daripada Allah. Saya juga berpendapat begitu. Walaupun idea Kerajaan Perpaduan ini dicemuh, diremeh malah dipertikai oleh sebahagian yang lain, Tuan Guru teruskan niat yang mulia ini.

Hati kecil saya sentiasa beringat bahawa Tuan Guru mendapat petunjuk dan ilham daripada Allah. Sudah pasti petunjuk Allah itu benar walaupun ujiannya berat dan pedih. Tuan Guru, idea revolusi itu selalunya lewat untuk dicernakan.

Mungkin Tuan Guru akan meninggalkan idea ini dalam legasi politik PAS dan Malaysia. Tidak mustahil ia akan diungkap kembali daripada generasi kepimpinan PAS yang lain dan pada waktu itulah gagasan politik ini akan menjadi satu realiti yang sangat mahal harganya. Inilah hikmatullah yang mulia. Hanya optimis dan positif melatari perjuangan Islam ini.

Tuan Guru yang dikagumi.

Saya hanya aktivis PAS yang menghiasi persada perjuangan ini. Tuan Guru adalah inspirasinya. Saya memohon maaf andai kata surat terbuka ini tidak memberikan apa-apa makna buat semua. Tapi inilah rayuan saya.

Inilah luahan saya setelah beberapa kali menangis di hadapan Allah. Tidak ada apa-apa yang saya ingin lafazkan lagi melainkan saya mencintai Tuan Guru kerana Allah Taala.

Saya berbai'ah dengan Allah dan Rasul serta Tuan Guru bahawa saya mewakafkan diri kepada perjuangan Islam yang mulia ini. Doakanlah saya agar tsabat dan istiqamah hingga syahid bertemu Rabbul 'Izzati.

Maafkan saya Tuan Guru. Maafkan saya. Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Sang Murabbi yang saya cintai. Ya Allah, bantulah kami. _


Ahmad Fawwaz Abdul Aziz
Sat | Jun 20, 09 | 4:00:52 am MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Kisah "Swine Flu" dan Penternakan Khinzir


M
utakhir ini, virus H1N1 menyerang. Selepas selesema burung menyerang kita, kini negara diserang selesema babi. Barat memanggilnya 'swine flu', bukan 'pig flu'.


Sebelum ini, kita pernah mendengar virus J.E. Baik 'swine flu' dan J.E, kedua-dua virus ini bermuara dari asal-usul keturunan dan susur-galur salsilah yang sama iaitu babi.

Bahasa yang lebih lunak ialah khinzir. Ada riwayat menyebutkan bahawa ketika bahtera Nabi Nuh telah penuh dengan kekotoron najis yang dilemparkan musuh-musuhnya, ketika itu muncul haiwan babi yang dikatakan, kononnya telah memakan segala timbunan najis-najis itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki yang diserang sejenis penyakit kulit jatuh ke atas bahtera Nuh. Dengan tidak semena-mena, penyakit kulitnya sembuh. Berita itu tersebar pantas, sehingga ramai kalangan mereka yang diserang penyakit yang sama telah datang melumur najis dari bahtera itu ke atas tubuh badan mereka.

Dipendekkan cerita, akhirnya, lama-kelamaan, hilang lenyaplah segala bau dan najis itu kerana mereka mencuci sehingga bersih bahtera itu semata-mata kerana inginkan saki-baki 'air penawar' yang masih terpalit di atas bahtera tersebut. Wallahu'alam..

Kalau riwayat ini benar, maka sejarah permulaan kemunculan makhluk Allah ini mungkin bermula sejak zaman Nabi Nuh a.s lagi. Sejak Nabi Adam, kita hanya mengenali kambing, lembu sebagai haiwan ternakan. Kita tidak pernah tersua dengan kisah kaum-kaum Aad, Tsamud, masyarakat Iram di padang pasir yang menternak babi. Mereka hanya menternak unta, kambing di gurun sahara.

Dalam al-Qur'an, surah al-Baqarah yang mendapat namanya ekoran kisah seekor lembu sapi betina Bani Israel yang digunakan dalam kes pembunuhan. Dan, Nabi Musa ketika itu menjadi hakimnya.

Maka, babi sebagai haiwan ternakan sangat asing dalam kisah-kisah al-Quran dan malah tamadun-tamadun, kaum-kaum yang sangat ingkar kepada Tuhan pun, barangkali tidak menternak haiwan ini.

Sejak bila dikomersialkan penternakan babi?

Tidak diketahui sejak bilakah babi dijadikan haiwan ternakan? Dan, tamadun mana pula yang menjadikan khinzir sebagai haiwan ternakan, lalu menjadikan daging haiwan itu sebagai produk dagangan antarabangsa.

Zaman berlalu menyaksikan peradaban demi peradaban runtuh, digantikan dengan negara bangsa. Daging khinzir mula dijadikan hidangan, dan makanan-makanan bernilai komersial. Di Malaysia hari ini, babi juga menjadi haiwan ternakan warganegara kita.

Dengan tidak semena-mena, penyakit yang bermuara daripada babi ini mengancam kemanusiaan sejagat. Bagaikan air yang mengalir deras, penyakit yang bermuara dari Mexico ini telah mengalir cepat, meluncur laju ke lembah Amerika Syarikat dan gelombang tsunami penyakit itu, kocakannya membadai ke Malaysia pula.

Mengancam alam sekitar dan maruah

Namun, setakat ini, tiada lagi kita mendengar penyakit 'swine flu' itu berasal daripada babi di Malaysia. Yang kita dengar J.E atau Virus Nipah sahaja. Itu jelas. Selain itu, Karam Singh Walia kerap melaporkan isu-isu pencemaran air sungai yang terkait dengan penternakan babi di Malaysia.

Ringkasnya, Virus Nipah oleh khinzir di Malaysia tidak melebarkan empayar serangannya ke serata dunia. Tapi, 'swine flu' ini berawal dari Mexico, USA dan kini hinggap ke negara kita. Itu bezanya. Penyakit boleh datang dari pelbagai arah. Tapi, babi itulah punca asal kepada masalah merebaknya penyakit ini.

Selain pencemaran air sungai, babi menjadi simbol pergaduhan dan penghinaan ke atas pihak-pihak tertentu. Misalnya, telah wujud kes menggantung kepala babi di atas pagar seorang pemimpin parti politik. Dalam surau di sebuah kampus di Lembah Klang, kepala babi dibalut lalu diletakkan di atas bendera sebuah parti pembangkang.

Maka, sekurang-kurangnya, ancaman babi ke atas kemanusiaan dalam konteks Malaysia, ada dua - iaitu, pertamanya penternakan babi merosakkan alam sekitar melalui pencemaran sumber takungan dan tadahan air seperti tasik dan sungai-sungai. Kedua, babi disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, guna menjatuhkan maruah orang dan sesebuah organisasi parti.

Antara rumusan dan kesimpulan awal yang kita boleh susun di sini ialah - penternakan babi mengundang parah yang lebih banyak dan musibahnya berbanding keuntungan. Yang rugi adalah alam sekitar dan maruah manusia (termasuk parti). Yang untung adalah sebilangan kaum pemodal, kapitalis bukan Melayu, bukan Islam.

Jika salah tafsiran, orang akan menganggap isu ini sensitif kerana melanggar tebing sensitiviti ras dan agama tertentu. Tapi, ketepikan dulu soal agama, soal perkauman. Kita menulis untuk membicarakan soal pemeliharaan alam sekitar, maruah dan nyawa manusia.

Apatah lagi dengan kehadiran virus H1N1 dan 'swine flu' hari ini, termasuk Virus Nipah, pencemaran sungai, maka penternakan babi mesti dijadikan perbahasan utama dalam Parlimen termasuklah di warung-warung kopi di celah-celah pelusuk kampung.

Sebenarnya, masalah selesema babi ini juga menggugat industri pelancongan negara. Bagaimanakah kita mahu mengukur kelembapan industri pelancongan ini? Perkara yang paling mudah dikesan ialah berkurangannya para pelancong yang berlibur di dalam negara kita.

Kejatuhan ekonomi dunia tidak ganggu industri pelancongan

Kesan ekonomi global sebenarnya tidak menghalang para pelancong daripada terus berpusu-pusu masuk, membanjiri negara. Tapi, dengan keadaan wabak kerisauan yang menular ke dalam jantung hati manusia berikutan selesema babi ini, para pelancong semakin berawas jika mahu berlibur ke mana-mana.

Menurut laporan, tempahan menginap di hotel telah mengalami penurunan penempahan sebanyak 10 peratus. Malah, penularan wabak ini turut menghempap kepada sektor makanan dan pengangkutan.

Kalau mahu dihimpunkan keburukan selesema babi ini cukup banyak. Sedangkan kita cuma membangkitkan satu persoalan saja, iaitu benarkah pada akhir riwayat dunia akhir zaman ini, babi-babi akan dibunuh seperti yang terangkum dalam sabda junjungan besar kita itu?

Mungkinkah sekarang, dengan tibanya H1N1 yang telah merebak ke seluruh dunia, menyebabkan sudah tiba masanya untuk membuat keputusan menutup dan menghapuskan segala ladang penternakan babi di seluruh dunia atas nama keselamatan awam?

Najis dan sisa kumbahan babi yang dibuang ke dalam sungai boleh merosakkan sumber air, membawa pencemaran alam sekitar. Hal sama keadaannya dengan H1N1 ini yang mengalir dalam pembuluh darah kita. Air sungai dalam sesebuah negara bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh; mengalirkan kekotoran untuk kesihatan tubuh.

Bayangkan jika darah dicemari H1N1 seperti mana air sungai dicemari najis kumbahan babi. Sihatkah tubuh, bersihkah negara?

Haiwan tidak dibunuh kerana mereka berdosa atau tidak. Tiada konsep dosa pahala dalam kehidupan haiwan. Setiap haiwan diburu, diternak sebagai makanan manusia. Itu sunnatullah, fitrah. Itu lumrah alam dan menjadi amalan dalam kehidupan manusia.

Tapi, apabila khinzir mula membawa masalah. Setiap 'hembusan' nafasnya dengan tak semena-mena mendatangkan jangkitan selesema untuk manusia, maka kehadiran haiwan itu perlulah diambil tindakan serius demi menyelamatkan manusia dan kemanusiaan.

Diriwayatkan dalam hadis akhir zaman bahawa akan ada watak akhir zaman yang akan membunuh haiwan. Maka membunuh babi bukanlah kesalahan walaupun sesebuah negara Islam seperti Malaysia telah meletakkan penternakan babi ini sebagai salah satu perusahaan yang mengukuhkan sendi ekonominya sendiri.

Perlu keputusan segera

Maka, negara kita dalam tempoh terdekat mesti merumuskan suatu sikap yang penting ke atas penternakan babi tanpa memperhitung kepentingan politik dan maslahat ekonomi kapitalis yang terlibat dengan perternakan babi di negara kita.

Membunuh khinzir bukanlah bererti ia dilakukan di atas dorongan kebencian ke atas pihak tertentu, sebaliknya ia dibuat untuk mengatasi masalah pencemaran air, udara, tanah dan alam sekitar seluruhnya. Apatah lagi mutakhir ini, babi dengan selesemanya berpotensi besar mengancam manusia dan kemanusiaan.

Mungkin kita tak perlu menunggu insan yang dijanjikan itu tiba terlebih dahulu untuk turun melenyapkan haiwan berkenaan. Kita boleh membentuk suatu suruhanjaya yang mengkaji ancaman selesema babi ke atas masyarakat kita sendri.

Sebenarnya, kita tak perlu bertanya-bilakah insan yang dimaksudkan akan turun melenyapkan haiwan berkenaan pada akhir zaman? Menurut lojik akal, insan tersebut bersendirian ketika membunuh babi-babi itu.

Pemimpin itu tentulah tiba secara berkumpulan. Watak-watak jernih akhir zaman sebagai yang dijanjikan ini mungkin hadir dalam bentuk organisasi tersusun seperti kekuasaan, kerajaan, negara atau pertubuhan NGO. Tapi, apa persediaan kita untuk menyambut watak-watak jernih akhir zaman yang bakal melenyapkan haiwan-haiwan tersebut?

Tentulah mereka terpaksa bertembung dengan kilang-kilang pemprosesan daging khinzir yang dimiliki kapitalis, penguasa negara tertentu. Ladang ternakan babi pula tentunya dilindungi oleh kekuasaan besar dan meluas pula. Jadi, sekali lagi, mustahillah watak akhir zaman yang dijanjikan itu akan berjuang bersendirian.

Pemimpin Islam dan negara Islam yang 'berjuang' mempertahan ladang ternakan babi perlu memikirkan semula, sama ada mereka itu benar-benar Islam mengikut acuan Nabi Muhammad s.a.w atau tidak?

Kalau orang bukan Islam yang mempertahan kilang pemprosesan dan ladang ternakan babi, hal itu tidak perlu dibahas lagi. Kita sudah sedia maklum akan hal tersebut.

Jika kita boleh membentuk rangkaian kerjasama untuk membasmi ladang-ladang khinzir yang bermasalah dalam negara, maka mungkin tiba masanya kelak, negara kita akan termasuk dalam rangkaian perjuangan watak-watak jernih akhir zaman yang bergabung untuk melenyapkan ladang khinzir sekali gus membunuh dajjal.

12:18 a.m, 3 Jun
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Segala pandangan dan maklumbalas, boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

H Fansuri
Wed | Jun 24, 09 | 5:21:27 am MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Pas Tidak Pernah Langgar Janji, Tinggalkan Kawan - Idris Ahmad

K
UALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13.

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat.

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno.

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar,"katanya, sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik.

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno.

Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan.

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama.

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka.

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini,"tegasnya.

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina. - azm _


Nyza Ayob
Wed | Jun 24, 09 | 9:39:57 am MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Jangka PRK Perak Selepas Manik Urai

K
UALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.


"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi 'finding' yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi 'ad hoc' semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

"Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

"Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu," katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

"Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak," ujarnya ringkas. - azm _

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Jun 24, 09 | 9:11:06 am MYT ( Harakah Daily)

Read More...

Tuesday, June 23, 2009

Pakatan Rakyat Tolak Kerajaan Perpaduan Sebagai Fitnah UMNO (update 1)


P
akatan Rakyat hari ini secara rasmi menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan Umno-BN sebagai tindakan terdesak UMNO untuk menimbulkan kekecohan dalam gagasan pembangkang itu.


Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP bersetuju cadangan kerajaan perpaduan “suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Hadi memberitahu pemberita UMNO telah cuba menggunakan cadangan kerjajaan perpaduan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

“Seluruh Umno mempermainkan isu ini seolah-olah menonjolkan PAS dan Umno sahaja dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini satu cara yang sangat jahat dan satu fitnah untuk melaga-lagakan…. bukan untuk tujuan perpaduan,” tegas Hadi.

Menurut Hadi Pakatan kini hanya bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat,contohnya usaha-usaha memulihkan ekonomi, memansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA dan salah guna kuasa kepimpinan Polis.

Mesyuarat sejam itu turut dihadiri oleh timbalan-timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung parti komponen Pakatan.
Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi tumpuan bersabit isu itu tidak hadir .

Read More...

Nik Aziz: Lupakan sengketa, rapatkan saf, lawan Umno


D
alam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, seluruh pimpinan Pas sepakat menguburkan sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno-Barisan Nasional.


Selesai mesyuarat khas di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur jam 6.55 petang tadi, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata Pas tidak lagi mahu terjerumus dalam politik murahan Umno.

“Dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan isu politik semasa yang dibesar-besarkan media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat-suara melupakan perihal salah anggapan yang berlaku antara pimpinan atasan akibat daripada permainan politik murahan Umno,” kata Nik Aziz membacakan kenyataan tersebut.

Pas dilihat menjadi mangsa permainan media perdana yang cuba melaga-lagakan Nik Aziz dan Nasharuddin Isa dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Media Umno-Barisan Nasional juga cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba pemimpin gagasan itu juga dalam isu yang sama.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan menolak sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan.

Nik Aziz berkata dugaan ini tidak melemahkan setiakawan parti aliran Islam itu, sebaliknya menguatkan lagi tekad Pas melawan angkara politik Barisan Nasional.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama-sama memperjuang keazaman Pas, lagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” tegas Nik Aziz.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan di hentikan serta-merta,” katanya lagi.

Menyentuh kata-dua kepada Nasharuddin tempoh hari, Nik Aziz berkata isu antara beliau dan Nasharuddin telah diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

“Saya selaku Mursyidul Am Pas, menarik balik segala kenyataan saya terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi,” kata Nik Aziz.

Read More...

Sunday, June 21, 2009

Peranan Suami dalam mendidik anak-anak


P
erkahwinan adalah perkongsian hidup antara lelaki dan wanita yang digelar suami isteri. Untuk itu dalam segala aspek urusan rumahtangga, suami isteri seharusnya saling bantu membantu antara satu sama lain. Ini termasuklah dalam tugas mengasuh dan mendidik anak-anak.



Namun begitu, ramai suami menanamkan dalam pemikiran mereka bahawa tugas mendidik dan mengasuh anak terletak di tangan isteri memandangkan tugas mereka yang cukup berat iaitu mencari nafkah untuk keluarga. Sebenarnya ini adalah pendapat songsang masyarakat Melayu khususnya yang beragama Islam kerana peranan seorang ayah sangat penting dalam mendidik anak-anak. Mengapa saya katakan songsang, ya? Jelas, mereka yang berpendapat sebegini tidak perihatin dengan surah Luqman yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan kepada suami yang bergelar ayah. Luqmanul Hakim dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua.

Tambahan pula, tuntutan hidup hari ini memaksa isteri turut bekerja bagi membantu suami menampung perbelanjaan keluarga terutama bagi yang mempunyai anak sedang belajar. Justeru pendapat yang mengatakan bahawa tugas mendidik dan mengasuh anak terletak di tangan isteri semata-mata sudah tentu tidak relevan langsung! Tidak adil meletakkan tanggungjawab kepada satu pihak sebaliknya kedua ibu bapa perlu memenuhi amanah mereka.

Suami harus turut sama ringan tangan membantu dalam hal pengurusan dan mendidik anak-anak. Lagipun peranan ayah dalam mendidik anak cukup penting kerana tanpa kehadirannya, segalanya akan menjadi pincang. Anak-anak, terutamanya yang lelaki akan membesar tanpa tokoh yang boleh dijadikan ikutan. Pendidikan dari aspek kepimpinan dan keteguhan yang seharusnya diperolehi daripada seorang ayah mungkin tidak dapat dipelajari oleh si anak. Perkara ini sudah tentu akan memberi kesan kepada perkembangan mereka. Menjadi bapa terbaik tidak bermakna mereka perlu sentiasa berdamping dengan anak, cukup berada di samping apabila kehadiran mereka diperlukan. Ada masa anak mengharapkan kehadiran bapa sebagai penasihat atau penguat semangat.

Bapa terbaik mendidik, bergaul mesra dengan anak

BAPA sebagai ketua dan pemimpin keluarga berdepan tanggungjawab berat memastikan kesejahteraan mereka di bawah kepemimpinannya. Bapa adalah nadi dan tonggak kepada kecemerlangan keluarga. Bapa dibantu oleh ibu mencorak hala tuju rumah tangga dengan mengambil kira keperluan setiap ahli keluarga mengikut kemampuan supaya kehidupan dapat dilayari dengan aman, bahagia serta penuh perasaan kasih sayang.

Menjadi bapa sempurna bukan mudah tetapi itu tidak menghalang seorang lelaki menimba pengetahuan serta kemahiran terutama dalam membimbing isteri serta anak ke arah kehidupan mendapat keredaan Allah. Bukan semua lelaki dilahirkan untuk menjadi bapa yang baik tetapi mereka mempunyai pilihan termasuk menjadikan kejayaan bapa mereka mendidiknya serta adik-beradik lain sebagai contoh teladan selain Rasulullah SAW yang sepatutnya menjadi idola semua umat Islam.

Rasulullah SAW adalah contoh ikatan terbaik bagi bapa melaksanakan atau memainkan peranan memimpin keluarga. Baginda SAW secara langsung menyebut tatacara sebagai bapa dan suami terbaik dengan memberikan contoh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Rasulullah SAW bukan saja mementingkan didikan agama dan akhlak terhadap anak, juga kemesraan dalam pergaulan. Baginda SAW memberi layanan mesra dan perhatian kepada anak termasuklah yang sudah berkahwin. Ramai bapa mengabaikan aspek kemesraan dalam pergaulan dengan anak lantaran sibuk dengan urusan pekerjaan dan aktiviti luar rumah. Adalah tidak adil bagi bapa beranggapan tugas rumah tangga termasuk mendidik anak, tanggungjawab ibu.

Hati anak mudah terguris jika di saat mereka mengharapkan kehadiran bapa, perhatian diharapkan tidak diterima. Ada kala anak tidak memerlukan masa yang lama, sekadar ingin bertanya dan mendapatkan pandangan. Jika itu juga sukar dipenuhi, pastinya hati mereka akan rasa kecewa. Waktu terbaik untuk menunjukkan sifat prihatin dan kasih sayang bapa terhadap anak adalah ketika makan bersama dan solat berjemaah. Kesibukan atau kehilangan bapa seharian melakukan tugas akan terganti apabila dapat makan bersama serta bersolat dengan anak.

Kebanyakan bapa yang baru menimang cahaya mata berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bermain dengan bayi pengikat kasih sayang keluarga. Menghairankan, perasaan itu seakan luntur apabila anak bertambah serta meningkat dewasa. Sedangkan, sebuah keluarga adalah satu anugerah atau nikmat terbesar Allah kurniakan kepada manusia. Perasaan cinta dan kasih sayang yang disulami dengan rasa tanggungjawab serta keimanan menjadikan kehidupan berkeluarga sebagai asas kepada segala kehidupan lain.

Ramai bapa sekarang sibuk bekerja dan bersosial. Satu budaya yang tidak sihat apabila banyak bapa lebih suka menghabiskan masa di luar rumah bersama rakan sehingga larut malam. Amalan minum sambil berborak dan merokok sehingga larut malam menjadi pemandangan biasa di kedai dan restoran. Mereka lebih rela melayan pelawaan rakan untuk beraktiviti luar daripada melayan permintaan anak sendiri. Sebab itu kes bapa terlupa menunaikan janji untuk bersama-sama anak sentiasa berlaku. Anak dimarah jika terlalu mendesak supaya bapa lebih banyak masa bersama mereka. Setiap janji wajib ditunaikan termasuk janji kepada anak. Mungkir janji dengan anak bukan saja mengecewakan mereka bahkan mendidik mereka melakukan amalan sama. Amat buruk kesannya jika anak terdidik dengan sikap negatif seperti tidak menunaikan janji dan tidak mengasihi ahli keluarga.

Interaksi secara fizikal banyak membantu membentuk hubungan emosi anak dengan bapa dan seluruh ahli keluarga. Anak akan berasa lebih dihargai dan disayangi. Hubungan itu secara langsung mewujudkan perasaan kasih anak kepada bapa yang mencetuskan keinsafan untuk mengutamakan keluarga dalam semua perkara. Dalam banyak hal, anak ingin berkongsi pengalaman dengan bapanya terutama kalangan anak lelaki meningkat remaja. Bapa menjadi individu paling rapat dan menjadi contoh terbaik kepada anak lelaki. Mereka menyimpan impian untuk menjadi bapa seperti bapanya apabila bergelar bapa nanti.

Betapa bangganya bapa dapat mendidik anak mengikut langkahnya menjadi bapa yang baik dan sudah pastinya paling penting ialah dapat menunjukkan jalan agama yang baik.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun daripada pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (Surah at-Thuur, ayat 21)

Dalam hal mendidik anak-anak, seorang suami atau bapa perlulah memahami beberapa perkara. Tidak salah bapa-bapa di luar sana mempelajarinya. Kali ini diberikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh si suami dalam membantu isteri mendidik dan mengasuh anak.

Tips # 1 - Jangan terlalu memberi harapan yang tinggi

Terutama sekali jika anak masih kecil. Terlalu banyak harapan diberikan kepada si anak mungkin menyebabkan tekanan kepada mereka. Sebabnya, bila anak tahu bahawa anda terlalu berharap kepadanya, dia akan berusaha memberikan semampunya. Dan jika dia tidak mampu memenuhinya, anak akan berasa sedih dan berasa diri tidak disayangi oleh ayahnya.

Tips # 2 - Menerima kesalahan

Orang yang sudah dewasa pun melakukan kesalahan, apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Apabila mendapati anak melakukan kesalahan atau menimbulkan masalah di rumah, janganlah terus menyalahkannya. Ramai bapa yang bertindak memarahi malah memukul anak-anak yang berkelakuan sedemikian.

Sebenarnya tindakan ini tidak akan menjadikan keadaan lebih baik. Bapa akan berasa puas bila dapat memarahi dan menyalahkan anak, tapi dia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Beritahu kesalahan mereka dan ajarkan perkara yang sepatutnya anak lakukan. Yakinlah bahawa mereka akan dapat berubah dari masa ke semasa.

Tips # 3 - Kenali anak lebih mendalam

Ketahui dan kenali sebanyak mungkin perkara tentang anak anda. Cari apa mainan dan warna kesukaan mereka, siapa teman terdekatnya, siapa tokoh pahlawan mereka dan selalulah bertanya perkembangan mereka. Dengan memperlihatkan perhatian dan rasa cinta, anak akan merasai diri meraka diberi kasih sayang sepenuhnya. Sikap tidak ambil peduli terhadap perkembangan anak-anak kerana terlalu sibuk dengan kerja akan menyebabkan anak berasa mereka tidak dipedulikan atau merasakan diri mereka tidak penting.

Tips # 4 - Katakan ‘tidak’

Arus kemodenan kini mendedahkan anak-anak kepada banyak pengaruh tidak sihat. Bapa haruslah memantau anak-anak supaya tidak terjebak dalam hal yang tidak diingini. Namun mereka tidak boleh sentiasa memerhatikan anak, untuk itu, anak harus diajar tentang disiplin dan pengendalian diri. Anda juga harus berani mengatakan ‘tidak’ kepada aktiviti anak-anak yang dianggap tidak mendatangkan faedah. Mengatakan ‘tidak’ bererti membantu anda memiliki anak yang sihat, bahagia dan dapat bekerjasama.

Tips # 5 - Memukul kerana tidak belajar

Ramai bapa yang menunjukkan ketegasan terhadap pendidikan anak-anak dengan cara memukul jika anak tidak belajar atau tidak mendapat pencapaian yang mereka inginkan. Tapi banyak kajian yang telah dilakukan mendapati tamparan atau pukulan akan hanya mengurangkan keyakinan diri anak dan mereka memiliki rasa percaya diri yang rendah. Memukul atau menampar anak hanya akan meningkatkan rasa takut anak terhadap ayahnya. Apakah memang ini yang anda inginkan?

Tips # 6 - Tindakan lebih keras daripada kata-kata

Ramai ibubapa yang mengancam atau mengugut anak sendiri bila tidak mendapat kerjasama yang diinginkan. Jika tidak, mereka tidak akan mengendahkan permintaan anda. Perkara ini seharusnya dihentikan segera.

Tips # 7 - Dengar dengan bersungguh-sungguh

Walaupun anak masih kecil, tetapi janganlah abaikan apa yang diceritakan atau diperkatakan oleh si anak. Jangan hanya memperdengarkan sepintas lalu tetapi cubalah belajar memahami apa yang mereka katakan. Nilaikan kembali apa yang dikatakannya. Sebab sekiranya anda mahu anak mendengar kata-kata anda, anda juga harus mendengar apa yang mereka katakan.

Tips # 8 - Layan isteri dengan baik

Bagaimana anda melayani atau memperlakukan isteri yang menjadi petunjuk penting bagi anak tentang hubungan lelaki dan wanita? Jadi, usahalahlah untuk melayani isteri dengan cara yang paling baik. Elakkan bertengkar di hadapan anak-anak kerana anda mungkin mengajar sesuatu yang negatif kepada anak.

Tips # 9 - Katakan ‘luar biasa’

Puji dan katakan betapa luar biasanya anak bagi anda. Hal ini sangat penting utnuk disampaikan terutamanya jika anak memiliki masalah. Tunjukkan kepada anak, apa yang membuatkan dia luar baisa kerana ini akan lebih bermakna buatnya.

Tips # 10 - Beri tanggungjawap sesuai dengan usia

Ketika anak masih kecil, apa yang dapat dilakukan mungkin hanya membereskan temapt tidur atau mengemaskan permainannya. Namun, apabila mereka semakin membesar, tambahkan tanggungjawab untuknya. Katakan kepada anak bahawa dalam keluarga setiap anggota punya tanggungjawab masing-masing. Jangan beri hadiah untuk tanggungjawab yang memang harus mereka lakukan.

Semoga tips-tips yang diberikan ini dapat memberi idea bagaimana bapa boleh menyumbang secara positif dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi generasi yang berakhlak dan cemerlang di dunia dan juga di akhirat, insya Allah.

Read More...

Kenapa Suami berubah Angin setelah berkahwin


K
enapa suami tiba-tiba sahaja suka melakukan perkara yang pada peringkat awal perkahwinan tidak melakukannya? Kenapa suami secara tiba-tiba terlibat semula dengan amalan yang telah ditinggalkan sebaik sahaja berkahwin? Jawapannya tentu suami sahaja yang tahu.


Lazimnya isteri dalam keadaan itu tidak banyak soal sebaliknya membiarkan sahaja gelagat suami itu. Padanya kalau perkara itu adalah hobinya tidak boleh dihalang. Tetapi apabila suami sering melakukan amalan itu sehingga mengabaikan dirinya dan rumah tangga, barulah ketika itu isteri bising-bising dan marahkan suami.

Tanpa mencari puncanya, dia terus marah malah sering menuduh suami dengan pelbagai tuduhan liar. Kononnya suami sudah tidak sayangkannya. Malah ada yang menuduh suaminya ada orang lain. Ketika itu, suami tidak diberi peluang untuk menjelaskan sebab musababnya.

Bagi menyelesaikan masalah suka dijelaskan di sini bahawa kehidupan suami isteri yang paling indah hanyalah tiga bulan pertama perkahwinan. Pada waktu itu semua yang dilakukan oleh isteri adalah baik. Begitu juga bagi isteri, apa yang dilakukan oleh suami semuanya baik dan disukai. Walaupun hakikatnya mereka kurang bersetuju dengan perbuatan dan tindakan pasangan masing-masing.

Selepas tempoh itu, suami tidak boleh sabar lagi. Maka dia akan marah kepada isteri jika perkara yang sama terus dilakukan. Pada masa yang sama isteri juga akan marah kepada suaminya jika sikap suami yang tidak disukainya terus dilakukan. Di sinilah bermulanya permusuhan yang kadang-kadang berlarutan.

Sebenarnya, apa yang berlaku selepas itu adalah kerana kesilapan suami yang tidak pandai mentadbir dan mengurus kehidupan mereka. Suami tidak tahu berperanan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Maka suami lambat bertindak sehingga akhirnya nasi menjadi bubur.

Ajaran Islam
Jelas di sini, pasangan yang berkahwin tidak pernah mengambil kesempatan pada saat awal, pada saat semua manis, pada saat masih ada sayang untuk membuat sesuatu bagi membina kekuatan. Sepatutnya pada malam perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu boleh duduk semeja berbincang dan melakukan akujanji sekali gus menandatangani perjanjian persefahaman (MOU). Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah:
1. Apakah sikap kesukaan suami dan isteri
2. Apakah sikap yang tidak disukai suami dan isteri
3. Apakah makanan yang disukai oleh suami dan isteri
4. Apakah makanan yang tidak disukai oleh suami dan isteri
5. Apakah pakaian yang disukai oleh suami dan isteri
6. Apakah pakaian yang tidak disukai oleh suami dan isteri

Setelah mendapat jawapan, senaraikan secara jelas dan buatlah rumusannya. Selepas itu ambillah solusi pada perkara yang ada persamaan. Manakala perkara yang tiada persamaan, pilihlah salah satu yang masing-masing boleh berkompromi. Setelah itu, apa yang dipersetujui itu harus dipatuhi sampai bila-bila.

Selain itu sebagai pemimpin, suami hendaklah tegas mendidik isteri. Apa yang dilakukan isteri dilihat bertentangan dengan perjanjian, apatah lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam, hendaklah ditegur segera.

Sebenarnya sikap suami yang membiar perbuatan buruk isteri diulangi beberapa kali akan menyebabkan teguran suami selepas itu tidak berkesan lagi. Oleh sebab itu, teguran mesti segera supaya ada kesan pengajarannya.

Dalam keadaan ini isteri mesti patut pada suami dalam hal yang dipersetujui bersama. Dia perlu sedar bahawa membantah kehendak suami adalah derhaka dan itulah yang boleh membawa pergaduhan rumah tangga. Pada masa yang sama kalau suami yang melanggar peraturan, isteri juga hendaklah secara sopan menegur suami. Isteri juga tidak boleh menangguh untuk menegur kesilapannya.

Jika semua itu dapat dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti mereka akan mengenali hati budi pasangan masing-masing. Suami pasti tahu apa kesukaan isterinya dalam soal makan dan pakaian. Begitu juga isteri, dia sudah tahu apa yang disukai oleh suami.

Bukan itu sahaja, isteri juga sudah tahu apakah hobi suami sebelum berkahwin, malah sesetengahnya dengan sebab hobi itu jugalah yang menyebabkan mereka dipertemukan. Mungkin mereka sudah berjanji sama ada ingin meneruskan hobi itu atau tidak.

Realiti Pada Hari Ini
Berdasarkan pengalaman lampau, kebanyakan pasangan tidak membuat sebarang perjanjian seperti yang disebut di atas. Lazimnya pasangan itu tidak ambil kisah tentang hal itu, masing-masing bawa diri dengan kesukaan dan hobi masing-masing.

Toleransi, itulah pendekatan yang diambil oleh mereka. Apa yang suami suka, isteri tidak kisah, dan kalau suami tidak suka, dibiarkan sahaja. Begitu juga dengan isteri apa yang diinginkannya tidak pernah diambil tahu oleh suami.

Bayangkan apa yang akan terjadi jika keadaan ini berlarutan bulan ke bulan, tahun ke tahun. Bolehkah mereka hidup bahagia? Ya, kemungkinan kehidupan mereka akan mudah goyah dan lambat laun mereka akan bercerai.

Walaupun mereka sudah mempunyai anak yang ramai, namun kemesraan sudah tidak ada. Suami hendak menegur sikap isteri apa-apa yang tidak disukainya sudah tidak boleh lagi. Isteri juga tidak mampu menyayangi suami dalam keadaan itu kerana dia sudah tidak boleh menghormati suaminya sebagai ketua rumah tangga. Di sinilah berlakunya apa yang dikatakan retak mencari belah.

Hakikat yang Diabaikan
Sebenarnya lelaki apabila berkahwin dia mahu bermanja dengan isterinya dan mengharapkan dimanjai selama-lamanya. Apa yang menjadi idamannya pada waktu itu tidak pernah pudar apatah lagi pada usia tuanya.

Tetapi biasanya suami tidak mampu menyatakan rasa itu kepada isterinya sebaliknya dia mengharapkan isterinya faham rasa itu sendiri. Tetapi isteri mempunyai rasa yang lain, walaupun isteri juga mahu bermanja tetapi ada had tempohnya. Apabila sudah ada anak, tengok sebut kerja dan seumpamanya, maka rasa hendak bermanja sudah tidak ada.

Apabila keadaan ini berlaku, suami rasa kecewa, rasa keseorangan, dan rasa tidak diperlukan lagi. Demi mengisi kekosongan pada diri dan hati maka minat lama akan datang kembali. Kaki pancing akan mula mencari joran, kaki lepak akan bertemu kawan-kawannya. Itulah penghiburnya setelah isteri tidak mampu menjadi penghiburnya lagi.

Jadi, mana-mana pasangan yang menghadapi masalah yang sama, cuba betulkan kesilapan lampau. Isteri hendaklah memahami hati suami dan jangan biarkan jiwanya kekosongan walaupun di saat tua. Tetapi bagi mereka yang baru hendak kahwin, ambillah perhatian kepada semua maklumat di atas, semoga anda bahagia.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 6/20/2009 08:14:00 PM

Read More...

Saturday, June 20, 2009

PAS TIDAK LUPA SENGKETA LAMA - NASRUDDIN TANTAWI

K
UALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru.


Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.

"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut.

"Kerana Pemuda PAS Pusat melihat punca itu ada pada Umno dan ianya bermula dengan BN, ianya masih kekal bersama BN," ujarnya mengulas kenyataan Muhiyidin yang mahu PAS melupakan sengketa lama.

Oleh yang demikian ujarnya, alternatif yang ada sekarang ini adalah yang pastinya akan mencederakan perasaan rakyat apabila meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dengan tangkapan-tangkapan yang kebanyakannya memangsakan pemimpin-pemimpin parti lawan (pembangkang) dengan tuduhan yang tidak munasabah dan tidak dibuktikan di mahkamah.

Selain itu, Umno juga diragui apabila tidak memansuhkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI yang telah banyak melukakan perasaan pejuang-pejuang bahasa.

"Ia turut memangsakan pelajar-pelajar di luar bandar dengan pelaksanaan PPSMI," katanya lagi.

Nasrudin menambah, begitu juga dengan beberapa kepincangan lain yang melibatkan isu institusi kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kesemua itu masih tidak dilihat kesungguhan Umno-BN untuk memperbaiki keadaan yang ada, oleh PAS dan rakyat.

"Jika Umno-BN hendak kita (PAS) bersikap terbuka, mereka juga perlu menghormati dan menerima dasar perjuangan PAS," demikian ujarnya. - mns_

Intan Abdullah
Sat | Jun 20, 09 | 5:14:46 pm MYT

Read More...

GAMIS PANDAI BUAT GEMPAK, JANGAN LEBIH-LEBIH SUDAH..


S
ejak kebelakangan ini, saya melihat GAMIS seolah-olah ingin membuat gempak. Dan saya rasa, tindakan tersebut, kadangkala wajar. Entah, ini sekadar pandangan peribadi. Pada mulanya, mereka memukul, kemudian minta maaf. Hebat juga cara mereka berpolitik. Tetapi, perlu diingat, jangan sampai inginkan PANAS sehinggakan terpaksa mencetuskan fitnah. Memang tidak dinafikan, mereka rajin mencipta panas itu.



Sebelum ini, telah dibahaskan tentang isu SIS, Dewan Ulama’, dan sebagainya. Mereka seolah-olah membangkang sekeras-kerasnya tindakan PAS. Tetapi, akhirnya minta maaf secara terbuka. Hm… sengaja buat gempak. Sepertimana yang saya ingatkan, kalau inginkan gempak pun, jangan sampai timbul fitnah, dan jangan pula berlebih-lebihan. Bimbang tersilap cara…

Mereka berjaya melakukan gempak sehinggakan saya sendiri teringin untuk menulis tentang mereka di dalam artikel ini. Artikel ringkas ini bukanlah berniat untuk memburuk-burukkan mereka, dan bukan juga untuk membuat gempak, tetapi sekadar menasihati. Saya belum cukup gempak untuk menandingi kegempakan mereka selama ini. Dan saya tidak pandai untuk menghasilkan gempak itu. Tetapi saya pandai untuk tidak mencetuskan fitnah.

Tetapi bagus juga kepanasan yang dicipta mereka. Kerana ramai orang tersentak dan bertindak untuk memberikan teguran kepada mereka. Ada juga yang mengkritik dan sebagainya. Maka, gempak mereka berjaya menimbulkan kesedaran dan sentakan kepada mereka yang sedang tidur. Tetapi kadangkala, ia berpotensi untuk menghidupkan fitnah yang tidak pernah ada sebelum ini.

Maka, nasihat saya secara peribadi, teruskanlah gempak tersebut selagi mana tidak menimbulkan fitnah terhadap golongan mahasiswa. Banyak inisiatif lain yang lebih sesuai, dan lebih selamat. Tidak perlu bersusah payah untuk membuat gempak, dengan dikepilkan dengan fitnah tanpa disedari. Ia hanya mencemarkan imej mahasiswa, dan mengganggu kefahaman manusia awam.

Pastikan gempak anda tidak melibatkan perkara “usul” atau perkara yang berkait dengan pegangan. Contohnya seperti SIS. Kalau nak buat gempak pun, janganlah sampai merobek pegangan. Orang akan beranggapan bahawa SIS dibela oleh GAMIS, sedangkan ia adalah perkara utama. Hasilnya, ia hanya menimbulkan fitnah terhadap mereka. Kemudian mereka datang meminta maaf. Gempak seperti ini jangan diulangi lagi.

Ia hanya menambahkan jahanam kepada Islam. Inilah sepertimana yang saya sebutkan, kalau nak buat gempak, jangan sampai lebih-lebih dan melanggar etika. Ia hanya menimbulkan fitnah, dan merosakkan kefahaman manusia. Orang biasa akan berhujah bahawa “Apa buruknya SIS, GAMIS pun sokong SIS…” Habis… hancur kefahaman manusia biasa. Begitu juga isu Dewan Ulama’.

Dan, apa yang perlu diperhatikan ialah tentang “gempak” dan “penjelasan semula”. Orang lebih nampak gempak berbanding penjelasan semula. Penjelasan semula orang tak mandang dah… jadi, risikonya lebih besar. Maka, berpolitiklah dengan baik. Jangan lebih-lebih…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Read More...

JANGAN TERGESA-GESA NAK JADI HERO


D
i dalam filem yang kerap kita tontoni, jarang kita dapat bahawa hero itu terlalu awal. Biasanya, hendak habis cerita, barulah hero itu menang. Tetapi, yang terjadi hari ini, terlalu ramai yang ingin memegang watak hero tersebut. Bahkan mereka terlalu awal muncul di dalam layaran internet sambil berlagak sebagai pemegang watak hero.


Cuba teka, kenapakah hero terlalu lambat menunjukkan aksinya? Kenapa tidak tunjuk mula-mula lagi? Ini kerana, sekiranya ditayangkan terlalu awal kehebatan hero, akan habislah modal cerita tersebut. Ataupun, cerita tersebut hambar dan memboringkan. Tetapi, yang terjadi hari ini, heronya terlalu ramai, sedangkan hero tersebut biasanya seorang sahaja. Bahkan, hero-hero ini terlalu cepat menunjukkan aksi.

Akhirnya, mereka akan bergelar hero yang terkandas, atau hero yang tidak bijak. Layak jadi pelakon tambahan sahaja. Menyusahkan. Sudahlah tidak pandai berlakon, ingin jadi hero pula. Apabila diberikan ruang berlakon, terlalu awal membuat aksi. Inilah perumpamaan yang sesuai untuk dikatakan kepada hero-hero yang lebih hebat daripada pengarah di dalam PAS.

Pengarah tak kata apa-apa lagi, hero sudah tunjuk belang. Ini filem siapa? Wahai blogger dan ahli PAS yang ramai, anda itu pelakon biasa sahaja. Apabila disuruh menjadi hero, andalah hero. Apabila disuruh menjadi ketua orang jahat, andalah orangnya. Kadangkala, seorang yang biasanya menjadi hero, akhirnya terpaksa berlakon sebagai ketua orang jahat. Ini kerana ia adalah arahan pengarah.

Contohnya, Yusof Haslam sendiri. Dia adalah ketua polis di dalam filem Gerak Khas, tetapi di dalam filem yang lain, berlakon sebagai ketua orang jahat… Ini semua adalah arahan pengarah. Dia juga pengarah… Suka hati dialah. Tetapi hari ini, kita bukan Presiden PAS untuk sesuka hati menjadi hero atau ketua orang jahat, atau sebagainya. Tunggu sahajalah arahannya.

Mana mungkin seorang pelakon boleh berkata kepada pengarah, “Aku tidak setuju dengan watak pelakon tambahan, aku lebih suka memegang watak hero…” Ini adalah kata-kata orang yang hendak tunjuk hero depan pengarah. Apakah yang terjadi akhirnya? Orang ini tidak diperlukan, hanya menyusahkan sahaja!

Jangan tergesa-gesa hendak menjadi hero. Jackie Chan pun, pada mulanya hanyalah pelakon biasa. Tetapi akhirnya beliau menjadi seorang pengarah filem yang hebat, bahkan hero yang hebat. Ini kerana dia tidak tergesa-gesa hendak menjadi hero. Tetapi, jelas berbeza dengan kita hari ini. Lebih sudu daripada kuah. Keputusan belum pun diputuskan lagi, kita sudah mula tunjuk taring kita yang masih tumpul!

Keputusan kerajaan perpaduan masih lagi dalam perbincangan, dan belum diputuskan lagi. Siapakah kita untuk berlagak sebagai hero? Hero yang muncul di layaran internet hari ini adalah hero yang tergesa-gesa. Akhirnya mereka akan terkandas, dan langsung tidak bergelar hero. Mereka lebih berbakat untuk membuat sampah sahaja!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Read More...

Friday, June 19, 2009

KLCI records biggest one-day loss since March 30

K
UALA LUMPUR: Profit taking picked up on Bursa Malaysia today, with selling seen across the board and the KL Composite Index recording its biggest one-day loss since March 30.

Key Asian markets also closed lower. Hong Kong's Hang Seng Index fell 1.7% to 17,776.66 points, Japan's Nikkei 225 lost 1.39% to 9,703.72 and Singapore's Straits Times Index fell 1.51% to 2,237.20 points.


European markets were also in the red in early trade as investors began cashing out on concerns the rally, which was in its fourth month, could be coming to an end, analysts said.

Light crude oil rose above the key US$70 (RM247.10) level, up 29 cents to US$71.32 but the third-month crude palm oil futures fell RM76 to RM2,299.

At Bursa, blue chips extended their losses for the third straight day, sending the KLCI down 1.54% or 16.49 points to 1,054.41 points, its biggest single-day loss since March 30 this year when it fell 1.82%.

Turnover was 1.73 billion shares valued at RM1.62 billion. The broader market was weaker with declining stocks beating advancers 723 to 90 while 138 counters were unchanged.

The major losers were Malayan Banking Bhd (Maybank), Genting Bhd, Bumiputra-Commerce Holdings Bhd, IOI Corporation Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Sime Darby Bhd and IJM Corporation Bhd.

However, year-to-date, key Asian markets are in positive zone. The best performer is Singapore, up 27% while Hong Kong is up 23.56%, Malaysia 20.26% and Japan 9.53%.

Jupiter Securities Sdn Bhd head of research Pong Teng Siew said the current market performance was expected as the upward trend had been driven purely by excess liquidity.

He added that Bursa's losses this week were in line with other key regional markets.

"There was a lot of liquidity in most economies as central banks were injecting money into the system. However, economies were shrinking and the excess liquidity flowed into stock markets. There were a lot of expectations, but on the earnings side, things were not strong. In Malaysia, the stock market was supported primarily by domestic funds," he said.

Pong said that while share prices moved in response to changes in fundamentals, they could react when liquidity was pumped in due to speculative reasons or on rumours. He said the bull run had ended and the next peak might not happen until later this year.

When asked if the recent spate of unusual market activity queries issued by Bursa Malaysia Securities had made investors edgy, Pong said it was not a major factor.

"The surge in some of the share prices is actually a reflection of speculation due to excess liquidity," he said.

Emico Holdings Bhd and Dataprep Holdings Bhd were the latest companies queried by Bursa Securities over the unusual market activity of their shares.

Maybank fell 25 sen to RM5.65; Genting, BCHB and IJM Corp lost 20 sen each to RM5.35, RM8.95 and RM5.45, respectively, while Tenaga gave up 10 sen to RM7.60.

Berjaya Land Bhd fell 22 sen to RM3.54, Khind Holdings Bhd was down 20.5 sen to 69.5 sen, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd declined 20 sen to RM2.09 while Concrete Engineering Products Bhd lost 18 sen to RM3.

UEM Land Holdings Bhd was the most actively traded stock with 71 million shares done. It lost 24 sen to RM1.59 after Dubai's Damac Properties (M) Sdn Bhd pulled out of a deal with UEM Land to acquire a piece of land for RM396.44 million in Nusajaya, Iskandar Malaysia.

Kurnia Setia Bhd was the top gainer, rising 23 sen to RM2.64 after its major shareholders revised upwards the takeover offer price by 14.2%. Kurnia's warrants added 15.5 sen to RM1.15. The offer was raised to RM2.70 per share and RM1.20 per warrant, from RM2.40 and 90 sen respectively.

Satang Holdings Bhd added 11.5 sen to 35 sen, Shell Refining Company (Federation of Malaya) Bhd rose 10 sen to RM10.30, while DFZ Capital Bhd, Taliworks Corporation Bhd and RHB Capital Bhd gained eight sen each to RM3.90, RM1.80 and RM4.20, respectively.

Other actively traded stocks included KNM Group Bhd, Compugates Holdings Bhd, Iris Corporation Bhd and Scomi Group Bhd.

Emico, in reply to Bursa Malaysia Securities today, said it was unaware of any factors resulting in the unusual market activity in its shares recently, particularly on Wednesday.

Trading in the shares was halted at 2.30pm, and would resume tomorrow. The counter was last traded at 53 sen with 7.35 million shares done.

Dataprep saw active trade with 18.45 million units done. It closed eight sen lower at 42.5 sen.

Read More...

Dow, S&P end 3-day drop on data, financials

N
EW YORK: The Dow and S&P 500 gained on Thursday, breaking a three-day losing streak, as data on the job market and regional manufacturing revived hopes that the recession-hit economy is stabilising.


After gaining as much as 40% from a 12-year closing low in early March, the S&P 500 has eased as investors reassessed the potential strength of an economic recovery. The day's data revived optimism, but analysts said real improvement is needed to sustain the rally.

Financials supported the stock market after being among the week's biggest drags. Discover Financial Services gained 4% to $9.27 after it reported a smaller-than-expected operating loss as bad loans grew less than anticipated.

Lincoln National rose 6.9% to $15.92 after an upgrade from Credit Suisse, and the KBW insurance index rose 1.8%.

The S&P financial index gained 2.5%.
Written by Reuters
Friday, 19 June 2009 08:18

Read More...

Wednesday, June 17, 2009

FILEM " PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN" MENYUNTIK FAHAMAN FEMINISME ( SIRI 2 )

M
enyebut tentang isu poligami. Sebab suami berpoligami tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan isteri kurang melayani suami. Juga tidak boleh menyalahkan suami sebagai gila seks. Sebaliknya, di dalam filem tersebut menggambarkan bahawa si perempuan di hina kerana suaminya berpoligami, bahkan si suami berjanji akan berlaku adil. Inilah penghinaan mereka terhadap sunnah Nabi SAW.


Perempuan ingin berdikari juga dibenarkan dalam Islam. Menunggang kuda juga dibenarkan selagi mana tidak terdapat unsur-unsur haram yang bercanngah dengan Islam. Sekiranya perempuan tersebut berdikari untuk merosakkan dirinya sendiri, maka ia diharamkan! Begitu juga perempuan bersukan dengan cara yang diharamkan, juga diharamkan oleh Islam.

Saya tidak pernah menemui pusat pengajian pondok yang menyekat perempuan. Melainkan menjaga nilai kewanitaan dan harga diri mereka daripada terjerumus kepada haram. Sedutan daripada filem tersebut, kiyai yang sedang mengajar menyebut “haram bagi isteri menolak pelawaan suaminya, ketika suaminya berhajat…”

Lalu si heroin pun bertanya “Apakah dosa suami sekiranya si suami tersebut menolak permintaan isterinya untuk bersama?”.. Lalu Kiyai yang berlakon itu mengatakan “Isteri yang begitu adalah isteri yang gatal…” Ini bukanlah jawapan daripada seorang Kiyai. Tetapi ia adalah imaginasi pengarah filem semata-mata untuk memburukkan golongan ilmuan! Bodoh punya pengarah filem!!

Sepatutnya jawapannya begini, suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Apatah lagi sekiranya isterinya berkeinginan! Bodoh punya pengarah filem!!. Manakala si isteri pula wajib melayan keinginan suami. Kesimpulannya kedua-duanya berhak mendapatkan keinginan masing-masing. Bodoh punya pengarah filem!! Semoga engkau diazab di dunia lagi supaya menunjukkan bahawa engkau cuba memburukkan Islam!

Bahkan saya mendoakan supaya pengarah filem ini, dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam perancangan filem ini, supaya ditunjukkan azab mereka di dunia lagi. Apabila engkau diazab, semoga engkau kembali ke jalan yang sebenar, dan berhenti daripada terus mengembangkan ajaran sesat itu! Semoga doa ini dimakbulkan.. tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan balasan yang “terbaik” untuk kamu semua!

Wahai kaum perempuan, kebebasan yang dibawa oleh orang kafir laknatullah bertujuan merosakkan kamu. Bahkan merosakkan keperibadian seorang perempuan, maruah, dan harga diri kamu. Seorang anak juga akan rasa terkongkong bersama ibubapa mereka, sedangkan ibubapa mereka menyayangi mereka, dan tidak mahu anak mereka rosak dan tiada harga diri.

Orang kafir berusaha mencetuskan keinginan kepada anak-anak untuk lari daripada keluarga mereka. Kononnya mereka mendakwa bahawa ibubapa mereka mengongkong. Maka, pemikiran ini sepatutnya dihapuskan!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah Tuesday, June 9, 2009

Read More...

SIAPAKAH YANG BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN ? ( SIRI 2)

S
ebelum ini telah menyebut tentang pandangan yang dibenarkan kepada ahli untuk mengemukakannya. Namun, di sana, terdapat beberapa panduan untuk mengemukakan pandangan, sekiranya dibenarkan. Ia akan dijelaskan selepas ini. Hakikatnya Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk menyusun dan mengatur segalanya.



Persoalan ketiga, adakah menjadi kewajipan kepada presiden untuk menerima keputusan ahli? Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Presiden berhak menerima atau tidak keputusan Syura, maka, lebih-lebih lagi keputusan ahli yang tidak termasuk dalam Syura. Ya, sepertimana yang telah diterangkan di dalam Usul Dakwah juga, pandangan ahli tidak wajib bagi Presiden untuk mendengarnya atau menerimanya.

Ahli berhak memberi pandangan, tetapi tidak berhak memutuskan. Bahkan Dr Abdul Karim Zaidan juga menyebut bahawa terdapat 3 panduan kepada ahli sekiranya pandangan mereka tidak diterima :

Pertama :

Orang yang memberi pandangan hendaklah mempunyai niat yang betul untuk memberi nasihat atau menegur pimpinan. Diharamkan bagi ahli untuk mengemukakan pandangan bertujuan menjatuhkan pimpinan, mengaibkan, memburuk-burukkan dan sebagainya, yang dikatakan sebagai tujuan yang diharamkan.

Kedua :

Orang yang mengemukakan pandangan hendaklah seorang yang pakar dan mahir tentang apa yang dikemukakan. Bahkan diharamkan juga mengingkari keputusan yang bersifat ijtihad (keputusan yang tiada dalil yang memutuskannya). Selagi mana keputusan tersebut bersifat ijtihad, maka ahli wajib mengikutnya walaupun bercanggah dengan keputusan mijoriti.

Ketiga :

Diharamkan juga kepada individu yang mengemukakan pandangan, daripada mencetuskan fitnah atau pandangan yang berbeza daripada keputusan tersebut, apabila pandangannya tidak diterima.

Kesimpulan di sini, saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, bahkan saya mengucapkan tahniah kepada Husam kerana berani untuk memberi pandangan. Bahkan saya juga bersetuju dengan tindakan Presiden di dalam masalah ini. Bahkan, kita juga diharamkan menimbulkan fitnah untuk memburuk-burukkan sesiapa. Kita langsung tidak berhak di dalam persoalan ini, kerana kita bukanlah ahli di dalam bidang tersebut.

Semoga dengan artikel ringkas ini tetapi penting, dapat dimanfaatkan oleh semua. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau menaikkan sesiapa, tetapi ia adalah garis panduang yang telah disebut oleh ulama’ kita. Anda juga boleh merujuk dengan buku-buku yang lain seperti Ahkam as Sultaniah, Imam al Mawardi, Fiqh al Khilafah dan sebagainya sebagai panduan.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Read More...

SIAPAKAH BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN?( SIRI 1)

B
eberapa hari kebelakangan ini, saya lebih cenderung untuk menulis tentang halal dan haram yang semakin diabaikan, bahkan ditinggalkan. Namun, sempena Muktamar kali ini, saya lebih tertarik untuk memperlihatkan kaedah atau prosedur di dalam Islam, untuk menyelesaikan perkara ini. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya, Usul Dakwah.


Beliau menyebut di dalam Bab Syura, tentang hakikat pertelagahan atau percanggahan pandangan ini. Ia terbahagi kepada beberapa persoalan, atau penjelasan :

- Siapakah yang berhak tentukan keputusan? Adakah syura atau presiden?
- Bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan?
- Adakah keputusan ahli wajib diterima?

Persoalan pertama, ialah orang yang berhak membuat keputusan. Dr Abdul Karim Zaidan menerangkan bahawa di dalam meletakkan keputusan orang yang lebih berhak, maka beliau menggariskan beberapa etika. Etika tersebut ialah, Presiden berhak mengumpulkan syura, dan mendengar pandangan semua. Sekiranya Presiden memilih untuk mengikut keputusan syura, maka itu adalah haknya.

Bagaimanakah pula sekiranya keputusan Presiden bercanggah dengan Syura? Sekiranya bercanggah, Presiden berhak membuat pilihan, samada ingin mengikut keputusan Syura, atau masih berpegang dengan keputusan sendiri. Presiden mempunyai kuasa untuk mengekalkan keputusannya, walaupun bercanggah dengan syura. Inilah sepertimana yang disebut. Sekiranya saya silap, tegurlah dengan baik.

Ya, Presiden berhak membuat keputusan sendiri, walaupun ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat sekalipun. Maka, terdapat persoalan yang bertanya. Sekiranya begitu, maka sia-sialah mesyuarat yang diadakan. Penjelasan perkara ini ialah, mesyuarat diadakan untuk membantu Presiden dalam membuat keputusan. Tetapi Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan mana-mana keputusan yang dipilih.

Bahkan, Presiden juga mempunyai hak untuk memilih keputusan yang minoriti dalam mesyuarat atau dalam muktamar. Sekiranya begitu, maka, apakah kepentingan muktamar atau mesyuarat. Sepertimana yang telah disebut, ia adalah bertujuan membantu Presiden untuk membuat keputusan, tidak lebih dari itu sehingga boleh melawan keputusan Presiden.

Persoalan kedua, bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan? Ya, mana-mana ahli PAS dibenarkan memberikan pandangan. Tetapi, sekiranya diberi ruang oleh Presiden. Sekiranya tidak, maka ahli tidak dibenarkan mengemukakan pandangan melalui saluran-saluran yang dilarang.

Ahli PAS, dibenarkan memberi pandangan sekiranya dibenarkan oleh Presiden. Contohnya seperti di dalam Muktamar PAS, dan sebagainya. Sekiranya tidak, ahli sama sekali tidak dibenarkan melalui mana-mana saluran yang dilarang. Contohnya, Presiden berhak untuk melarang ahli PAS daripada mengadakan sidang media secara peribadi, untuk mengemukakan pandangan peribadi mereka sewenang-wenangnya.

Minta maaf, saya bukanlah seorang yang taksub kepada Presiden, tetapi saya cuma menyampaikan apa yang telah disebut oleh ulama’ kita di dalam karangan mereka. Ikuti sambungan akan datang.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Read More...

Newer Posts Older Posts Home