Sunday, May 17, 2009

Muhyiddin kata Ahmad kekal MB T'ganu


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebarang cadangan untuk menukarkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan menteri besar.

Oleh itu, katanya, Ahmad akan kekal memegang jawatan tersebut.

Bercakap di Kuala Terengganu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, isu pertukaran menteri besar Terengganu tidak pernah berbangkit sebelum ini.


Kenyataan Muhyiddin itu agak mengelirukan kerana selama ini memang ada ADUN BN di negeri itu yang mendesak supaya Ahmad diganti.

Kemelut politik Terengganu tercetus apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN setelah tiga daripada mereka menerima SMS yang berunsur ugutan.

Ianya ada kaitan dengan desakan sekumpulan ADUN BN yang rapat dengan Idris yang mahu Ahmad diganti.

Bagaimanapun, mereka hadir pada hari terakhir sidang DUN setelah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu akan mengadakan pertemuan dengan semua 24 ADUN BN yang bertelagah di negeri serta ketua-ketua Umno bahagian Rabu ini bagi mencari penyelesaian terhadap krisis tersebut.

Pertemuan itu akan diadakan di pejabat pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga menteri dalam negeri, di Putrajaya pada jam 10 malam.

Ahmad dan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh juga akan menghadiri pertemuan tersebut. - Mkini

0 comments:

Newer Post Older Post Home