Sunday, December 14, 2008

Kumilikimu (Part 16)

Aku tarik nafas dalam-dalam. Semakin pintu bilik itu ku hampiri, semakin berdebar perasaanku. Sambil mengepit fail-fail yang aku bawa ke Maju Tech tadi, aku mencongak-congak ayat yang akan ku lontarkan nanti. Aku tahu, aku tidak begitu bersedia, tapi aku harus lakukan juga. Tinggal hari ini saja. Aku mesti lakukannya. Surat yang aku selitkan bersama-sama fail tadi aku pastikan tidak tercicir di mana-mana.


Surat itu telah kusiapkan sehari sebelumnya, dan hari ini adalah hari yang sesuai untuk kuberikan surat tersebut. Pintu ku ketuk beberapa kali, dan tanpa menunggu suara dari dalam,aku terus membukanya. Dato Rustam kelihatan sedang berbual di talian. Dia mengangkat tangan menyuruh aku duduk. 5 minit menanti perbualan berakhir, sempat juga aku mengatur ayat yang sesuai dan logik. Aku rasa tentu Dato Rustam tidak keberatan kerana sudah agak lama juga aku tidak mohon bercuti. Cuti tahunanku masih banyak lagi. Sebaik Dato Rustam meletak gagang, aku terus bersuara.

"Encik Fathil dari Maju Tech kirim salam pada Dato.." Dato tersenyum sambil mengangguk.

"Encik Fathil tu anak sedara saya...." Aku sedikit terkejut,"Macamana dengan meeting pagi tadi?"Tangannya mencapai fail yang aku letakkan atas meja.
"So far, semua berjalan dengan baik Dato. Tak ada penangguhan bekalan seperti yang kita dengar sebelum ini. Mereka dah confirmkan perkara ini." Dato mengangguk.

"Inventory untuk bulan lepas juga kita dah selesaikan. Kita boleh claim material yang tak sampai lagi tu.."

"Bagus,....rasanya awak proceed saja projek ni...."Dato Rustam pandang aku. Aku tarik nafas dalam-dalam.Cuba untuk memulakan kata.

"Err...Dato...saya rasa saya tak dapat nak proceed projek ni buat masa sekarang....." Cepat-cepat surat yang ku kepil tadi ku letakkan di depannya. Berkerut muka orang tua itu.

"Surat apa ni?"

"Err....borang...borang cuti saya. Saya mohon untuk bercuti selama seminggu." Balasku perlahan.

Dato Rustam buka surat itu dan membacanya seketika. Berkerut-kerut wajahnya.

"Cuti seminggu? Start Isnin ni?"Aku mengangguk.

"Awak nak kemana?"Aku telan liur. Takkan aku nak cakap aku ke luar negara nak jumpa bakal bapa mentua. Tergelak besar mungkin orang tua itu
"Er...personal matter Dato..saya nak ambil cuti untuk selesaikan beberapa perkara..."Aku harap Dato tak akan tanya lebih lanjut. Tak reti aku nak kelentong lebih-lebih.

"Tapi projek usahama dengan pemaju Sarawak tu belum habis fasa pertama. Awak incharge sepenuhnya fasa pertama nie...."

"Saya tahu Dato, tapi saya betul-betul perlukan masa untuk selesaikan perkara ini..."

"Emmm....pasal Pak Long kamu? "Hah?...kenapa tiba-tiba dia sebut pasal Pak Long aku?

"Saya baru saja luluskan cuti untuk Ain Fathihah, sepupu kamu tu." Dato
pandang aku tanpa berkelip.

"Ain cuti? bila?" Aku terkejut.

"Pagi tadi dia jumpa saya. Dia minta cuti sampai minggu depan. Pasal hal yang sama ker kamu berdua minta cuti ni?"Aku terdiam. Ain tak pernah pula bagitahu aku dia hendak bercuti, sampai seminggu pula tu. Adakah kebetulan?

"Ayah Ain sakit di kampung, betul?"Aku kembali pandang Dato. Tanpa disedari kepalaku mengangguk.

"Pak Long memang sakit,....sakit berulang, payah nak sembuh. Err...sebab tu saya perlu uruskan beberapa hal keluarga. Ain tak ada bagitahu ker?"Aku sudah sedikit yakin.

"Emmm...."Dato menarik nafas panjang. Seketika dia memandangku.

"Kamu cuti, bermakna saya serahkan projek ni pada Faizal?" Aku senyum.

"Saya tak kisah Dato, yang penting, projek ni berjalan lancar."Balasku. Aku lihat Dato seperti tidak ceria.

"Saya lebih yakin pada awak Haiqel, sebab itu saya mahu awak yang uruskan. Awak tengok apa dah jadi pada Maju Tech. Dah 2 kali tertunda. Saya tahu Faizal memang buat kerja, tapi dia tak secekap awak. "Dato mengeluh. Aku tersenyum dalam hati. Rasa bangga juga bila diberi kepercayaan sebegitu.

'Faizal boleh buat Dato, cuma dia lambat sikit. Untuk sementara biarlah dia incharge untuk kedua-dua projek ini. Mustaqim dan Farid pun boleh support. Nak mereka lebih cekap, kenalah dedahkan pada pengalaman..."Ceh, pandai pula aku mereka ayat.Aku lihat Dato termenung seketika. Aku tahu dia berat nak lepaskan aku.

"Saya berat nak biarkan awak pergi. Tapi saya tak boleh nak paksa awak juga. Emm....macam ni lah.....saya luluskan cuti awak seminggu, tapi balik nanti awak kena mulakan fasa kedua projek Sarawak tu." Aku mengangguk. Aku rasa ia bukanlah masalah besar. Selesai urusanku di Paris nanti, aku akan segera kembali ke Malaysia.

Sebaik keluar dari bilik Dato, aku tersenyum lebar. Selesai masalah aku yang pertama. Selepas ini aku boleh pulang ke rumah, berkemas-kemas untuk esok. Aku tak mahu fikir perkara lain lagi. Tentang aku dan Ain, tentang aku dan Faizal atau tentang aku dah Iskandar.Ah...lantak lah! Malas aku nak fikirkan hal diorang lagi. Cuma satu je yang aku tak berapa puas hati. Dalam diam-diam, Ain telah mengambil cuti. Aku tahu dia hendak pulang ke kampung. Tetapi kenapa
sampai cuti seminggu. Memang dia tidak pernah beritahu aku tentang hasratnya itu. Yang paling aku sakit hati, bila aku tanyakan Tipah tadi, gadis itu memberitahu Ain sudah ambil cuti setengah hari. Dan dia ada tinggalkan pesanan atas mejaku. Dia ambil teksi untuk pulang ke rumah tadi. Sampai macam tu sekali? Benci sangat ke dia padaku?

Masuk ke bilik, aku terus kemas barang-barang aku. Fail-fail dan dokumen-dokumen yang akan aku serahkan pada Faizal nanti aku kumpulkan dalam satu kotak. Rasa macam nak berhenti kerja pula. Aku memaklumkan pada Suzy tentang cutiku ini. Aku tak mahu mereka tercari-cari aku nanti. Sementara Faizal pula, tidak kelihatan. Aku tahu dia keluar tadi dan mungkin pulang selepas lunch.. Aku perlu tunggu dia kerana ada perkara yang aku ingin selesaikan dengannya. Hari ini aku rasa fikiranku benar-benar lapang. Tidak ada lagi bebanan kerja yang harus difikirkan. Hanya satu yang masih belum selesai. Ain Fathihah.

10 minit sebelum waktu habis kerja, aku turun ke bawah. Melihat Tipah yang sedang mengadap cermin kecilnya. Tersipu-sipu dia bila menyedari kedatangan aku.

"Err...you cari Faizal kan Qel. Tuuu...dia ada kat luar tu...."Mulutnya memuncung. Aku segera beredar ke luar. Memang benar. Kelihatan Faizal baru memberhentikan keretanya. Aku menunggu lelaki itu betul-betul di depan keretanya. Faizal tiada reaksi bila melihatku. Nyata sakit hatinya masih berbekas lagi-mungkin.

"Kau ke mana?"

"Kenapa kau nak ambil tahu?" Jawabnya acuh tak acuh.

Aku senyum tawar.

"Aku memang tunggu kau...." Wajah lelaki itu berkerut."Ada hal sikit nak cakap dengan kau...'

"Kalau pasal Maju Tech, baik kau discuss dengan Dato saja. "Dia sudah berdiri di hadapanku. Wajahnya memerah.

"Pasal Maju Tech pun betul jugak...."Dia menjuih. Tidak pandang wajahku langsung

"Cepatlah aku nak naik atas ni..."

"Nanti dulu Jai....perkara ni mustahak. Aku nak kau dengar. "Aku telan liur. "Pasal Maju Tech, kau bertanggungjawab...."

"Nak bertanggungjawab apa lagi....Dato dah suruh kau uruskan, bukan?

“Aku dah tak terlibat apa-apa lagi. No concern!"
"Bukan aku. Kau yang uruskan nanti. Termasuk projek Sarawak tu. Ni .....kau tolong tengokkan dokumen-dokumen ni. Simpan semasa ketiadaan aku." Aku letakkan kotak atas bonet depan keretanya.

"Kau ni cakap apa?"

"Aku cakap........kau incharge untuk kedua-dua projek tu. Aku surrender. Aku dah ambil cuti 2 minggu. "Suaraku mendatar." Naik nanti kau jumpa Dato. Ada banyak perkara dia nak bincang dengan kau"Faizal termangu. Tampak bingung

"Aku tak jaga lagi projek ni. Aku serahkan pada kau. Bukan kerana aku nak ambik hati kau ke apa....tapi aku memang dah lama rancang. Aku tak tahu nak balik sini semula atau tak...."Aku pandang wajah lelaki itu. Sedikit kegusaran terlihat pada riaknya.

"Kau resign?" Aku senyum.

"Aku ambil cuti jer..tak lama. Sementara tu kau tolong jaga projek-projek ni. Dato harapkan kau!" Sepi seketika. Aku bersiap sedia untuk beredar. Tetapi ada sesuatu yang berlegar dalam fikiranku. Aku berpaling kembali pada Faizal.
"Dan lagi satu, aku nak kau tahu. Aku tak kisah kalau kau menyayangi Ain. Tapi kau takkan memiliki dia. Sori, Faizal."Wajah Faizal berubah.

"Aku takkan halang kau kalau benar Ain masih sendiri. Tapi Ain sudah dimiliki. Kalau kau masih sanggup tunggu, terpulang...."

"Apa maksud kau...."Teriak Faizal bila melihat aku sudah mula melangkah.

"Cukup kalau kau tahu....Ain itu isteriku!" Aku berpaling dan terus melangkah. Faizal memanggil-manggil namaku, tapi ku biarkan saja. Biarlah. Biarlah dia terpinga-pinga begitu. Biarlah dia bingung atau apa saja. Yang penting dia sudah tahu kenapa aku tidak pernah setuju dengan hasratnya itu.

**********************
Waktu memasuki Taman Gasing Indah, jam tanganku baru melewati pukul 6. Agak cepat hari ini kerana aku keluar awal tadi. Selepas bertemu Faizal, aku langsung memandu pulang. Aku masih dapat melihat wajah bingung Faizal waktu dia memandangku. Mungkin dia terkejut dengan peneranganku tadi. Tapi.... biarlah. Yang nyata Ain masih lagi isteriku, dan dia tiada hak langsung untuk mengubah keadaan itu. Lainlah kalau perjanjianku dan Ain berakhir hujung tahun ini.

Kanak-kanak yang bermain bola di padang, kelihatan riang sekali. Aku tersenyum sama. Selalu aku melihat pemandangan begitu. Dan di sebelah kanan pula, gerai-gerai kecil dipenuhi anak-anak muda. Menikmati goreng pisang panas atau nasi lemak bungkus. Lama rasanya aku tidak singgah di gerai-gerai itu. Dulu-dulu selalu juga aku singgah pekena goreng pisang atau roti canai waktu malam. Tetapi sejak akhir-akhir ini, jarang sekali.

Aku memperlahankan kereta kerana sudah memasuki lorong ke rumahku. Ada sebuah kereta tersadai di depan pagar sana. Seperti pernah kulihat kereta Wira warna perak itu. Aku berhentikan keretaku di belakangnya. Segera keluar dengan perasaan yang serba tak kena. Pagar ku tarik pantas. Terlihat seorang lelaki sedang mundar mandir di depan rumah. Iskandar! Darahku serta merta naik ke muka. Jantan ni buat apa kat sini? Tak habis-habis kacau bini orang. Patutlah Ain ambil cuti seminggu. Dan hari ini pula sanggup naik teksi balik ke rumah tanpa pengetahuanku. Rupa-rupanya dan berjanji dengan lelaki keparat ini.
Sialan!!. Aku mempercepatkan langkahku.

Bersambung....

0 comments:

Newer Post Older Post Home