Mak balik kampung!
Aku rasa bagai ingin terbang bersama ke sana.Biarlah walau harus berhari-hari di sana. Aku lebih sanggup lagi daripada tinggal di sini berdua dengan Ain. Tetapi emak seakan tidak mengerti. Pagi-pagi lagi dia sudah berkemas. Aku lihat beberapa pasang baju dimasukkan ke dalam beg besarnya.
"Berapa lama mak nak duduk kampung ni?" Tanyaku gusar bila melihat barang-barang yang emak bawa bagai mahu tinggal seminggu di sana.
"Mak tak tahu lagi Qel....rasanya 2-3 hari je...nanti nak balik mak telefon
la.." Tangan mak masih ligat melipat baju.
"Tiba-tiba je mak nak balik kampung....atuk telefon ke?"
Mak memandangku yang duduk tercatuk di birai katil. Dengan muka belum berbasuh, gigi belum bergosok. Aku bangun awal pagi itu. Tak sanggup aku nak tidur lama-lama. Sakit-sakit tulang belikatku.
"Pak Long kau tu tak berapa sihat...." Jawab Mak lambat-lambat.Tangannya terhenti sebentar. Melemparkan pandangan ke luar.
"Ain ikut sekali?" Aku ingin memastikan.
"Tak lah.....mak balik seorang je. Biarlah Ain kat sini dulu. Lagipun ada hal yang Pak Long dan atuk nak bincangkan nanti..."
Mak bergerak ke arah cermin. Mengambil sesuatu di atas sana. Kemudian tudung kepalanya dibetul-betulkan agar nampak kemas. Aku memerhati cuma. Dalam usia lewat 40 an, aku akui mak masih nampak bertenaga. Walau garis-garis tua sudah jelas terlihat, tapi kudratnya masih utuh. Mungkin keutuhan yang terlahir itu terbina lantaran kesukaran hidupnya yang lampau. Kematian arwah Ayah dalam kemalangan tragis itu, kepayahan membesarkan aku seorang anak tunggalnya, dan jerih perih melalui hidup sebagai seorang janda. Dengan segala tohmahan dan prasangka. Semuanya ditelan emak bulat-bulat. Tanpa sungutan tanpa sesalan. Dan segala hasil dari keperihan itu telah terlihat kini.
"Apa yang Qel menungkan tu?" Mak menghampiriku.
"Kalau ngantuk lagi, pergilah sambung tidur...
Aku bangun menuruti langkah emak.
"Qel nak pergi tapak projek, mak. Projek yang baru ni nak start bulan depan.
Ni nak kena survey dulu. Rasa-rasanya sampai tengahari kat sana agaknya..."
"Tak makan kat rumah la tu.... kalau macam tu tak payahlah Ain masak. Tunggu
malam je..."
"Er.... malam pun saya nak keluar. Ada dinner kat rumah Dato.."Balasku.
"Emmm. tak habis-habis dinner kau tu. bukan pernah nak makan kat rumah." Dengus mak sambil melabuhkan punggung ke sofa. Aku keluar sebentar untuk memanaskan enjin kereta. Kereta kecil milik arwah ayah,satu-satunya kenangan terindah buat emak. Walau pernah aku bercadang untuk menukarkannya kepada yang baru, tapi emak langsung tidak bersetuju. Biarlah. Selain kereta kecil ini, tiada lagi harta yang ditinggal ayah. Sementelah rumah lama pun telah dijual sejak berpindah ke sini. Itupun setelah puas aku memujuk emak, barulah dia turutkan.
Bukannya sengaja aku ingin meninggalkan segala nostalgia itu yang aku tahu amat berharga bagi seorang isteri seperti Mak, tetapi kerana rumah lama itu sudah agak uzur tambahan agak jauh dari tempat kerjaku, maka rumah inilah yang termampu kubeli sebagai ganti. Lama kelamaan Mak tidak pernah lagi membangkitkan kisah rumah lama itu. Cuma sesekali bila aku terpandang, adakalanya mak termenung jauh. Bagai diimbau segala nostalgia zaman silam. Bersama arwah ayah yang pasti. Dan saat itu kereta kecil itulah yang akan ditatapnya. Lama. Bagai terlihat-lihat bayangan arwah ayah membasuh kereta kecil itu. Duduk dibahagian pemandu,sambil melambai ke arah mak yang menanti di muka pintu. Setia menghantar sang suami setiap pagi. Setelah enjin kereta dihidupkan, aku kembali masuk ke rumah.
"Kenapa tak tunggu minggu depan je Mak. Boleh balik sama-sama.Ni mak nak pandu sorang-sorang. Qel risau la..."Aku pandang wajah mak.
"Emmm.... bukannya tak biasa. Mak ni dari dulu memang sorang-sorang Qel..."Mak senyum tanpa memandangku. Matanya tunak, terarah ke kereta kecil arwah ayah.
Aku kebam bibir. Kelu lidahku mendengar kata-kata mak itu. Hanya kerana aku, anak tunggalnya yang harus dibesarkan, mak sanggup sendiri sehingga kini. Bukan aku tidak tahu itu. Mak selalu kata begitu dulu-dulu. "Mak tak kisah hidup sorang-sorang Qel.... asalkan Qel dapat membesar depan mata mak... biarlah susah macamana pun.... mak masih ada dua kaki, dua tangan untuk suapkan Qel.." Mak akan usap-usap kepalaku sambil berbisik kata-kata lembut ke cuping telinga. Dan akhirnya aku lena di ribaannya. Lupa sebentar pada keperihan mak mencari sesuap nasi untuk disuakan ke mulutku.
Bermula dengan bekerja sebagai pembantu di pusat kebajikan, kemudian mengambil upah membuat barang-barang hantaran perkahwinan. Sesekali mengambil tempahan menjahit baju. Dulu-dulu bila Mak berhenti berkerja di pusat kebajikan pernah juga dia melahirkan hasrat hendak menjaga anak-anak jiran. Sebulan dua dapatlah 3-4 ratus. Tapi aku tidak benarkan. Waktu itu aku baru kembali ke tanah air. Walau gaji pertama tanpa sebarang pengalaman tidaklah semewah hari ini, tapi aku yakin masih dapat membalas jerih perih mak itu. Walaupun sedikit, kerana aku tahu seumur hidup aku tidak akan dapat membalasnya.
"Hal apa yang nak dibincangkan tu....."Aku kembali bersuara."Kalau Qel berhak tahu...."
Mak menoleh kepadaku. Senyumnya tetap terukir. Senyuman yang sejuk.
"Apa aja yang Qel tak tahu? Yang mak rahsiakan.? Tak ada satu benda pun yang mak tak pernah cerita pada Qel kan..." Mak tarik nafas sebelum menyambung.
" Pak Long kau tu dah tua.... badan pun selalu sakit-sakit. Kalau demam, 3-4 hari demamnya tak kebah.... kalau dah sakit-sakit macam tu mana boleh potong rumput.... cuci kandang..."
Aku menunduk. Dalam keadaan Pak Long yang sebegitu, perlukah aku menambah sengsara? Segala rancangan gila aku dengan Ain nanti.
"Abis tu... Pak Long sakit siapa yang cari rumput?" Tanyaku.
"Rumput tu Pak Long boleh dapat bekal dari orang kampung jugak.... tak ada masalah. Tapi kandang-kandang lembu tu, tak ada siapa nak jaga. Nak cuci. Takkan nak harapkan anak-anak dia. Setakat tukar air, tukar bekas tu tak apalah.... bukan sekor dua lembu Pak Long tu. "
"Upahlah siapa-siapa orang kampung tu mak.... budak-budak bujang kat kampung tu daripada melepak baik jaga lembu..." Aku mendengus.
"Emmm.... budak-budak bujang sekarang.. mana nak jaga lembu.... semua dah kerja kilang. Orang-orang tua je yang tinggal. Kalau Qel pun tak nak kan?"Mak senyum lagi.
"Ish.... takkan Qel belajar sampai oversea, balik nak jaga lembu..... payahlah
macam tu..."Aku ketawa.
Mak ketawa sama sambil bangun dari kerusi. Cepat-cepat aku tarik beg besar lalu dimasukkan ke tempat duduk belakang.
"Mak nak gerak sekarang ke?"Tanyaku. Mak menganguk sambil membuka pintu. Belum sempat mak menutup pintu, Ain tiba-tiba muncul dari belakang. Dia nampak segar pagi itu Dan aku dapat kesan perubahan pada dirinya. Tiada lagi kain batik, tiada lagi t-shirt labuh. Malah dia nampak begitu indah dengan gaun paras buku lali. Rambut ikalnya itu dibiar lepas. Benar-benar menggugat pandanganku.
"Ha, Ain.... mak ingat tak bangun lagi. Ain kan tak sihat sangat.Tidur lebih
sikit pun tak apa.." Mesra benar nada suara mak pada pendengaranku.
"Taklah mak.... Ain dah bangun dari tadi. Siapkan sarapan kejap.
Mak tak sarap dulu ke?"Ain berdiri di sebelahku. Haruman rambutnya menyentuh
deria bau. Mungkin baru lepas dicuci.
"Tak apa lah Ain, mak kena gerak awal ni. Boleh sampai cepat.Ain jangan risau
sangat ya. Ayah Ain tu tak ada apa-apa.... nanti mak tengok-tengokkan..."Mak
pegang jemari Ain. Ain mengangguk.
"Mak bawak kereta baik-baik tau..... Ain nak ikut mak tak kasi..."
"Alah.... mak biasa balik sorang-sorang, Ain. Dulu Qel ni kalau mak ajak balik kampung, liat sangat.... tu yang mak balik sorang-sorang selalu. Sekarang ni Ain dah ada.... Ain temankan Qel ye..."Mak senyum sambil sesekali memandangku.
Aku bungkam. Terus tak bersuara.
"Emmm... hari ni Ain tak payah masak. Qel makan kat luar. Malam nanti, Ain ikut Qel pergi dinner sekali...."Mak bersuara.
Aik! Mak ni.... bila masa aku nak bawak Ain pula. Pandai-pandai pula mak bagi cadangan. Ahh... kacau.. "Qel....."Aku membuka mulut untuk bersuara tapi Mak bagaikan tahu apa yang ingin aku katakan.
"Qel bawalah Ain sekali. Takkan nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Kalau
mak ada tak apa juga "Cepat-cepat mak mencelah.
Aku jadi serba salah. Wajah Ain ku pandang sebentar, cuba melihat reaksinya. Mak masuk kembali ke dalam kereta. Sebentar kemudian kereta kecil bergerak meninggalkan halaman teres. Aku lihat Ain masih tercegat di situ. Lama dia berdiri di situ sehinggalah aku mengambil keputusan untuk naik ke atas.
*********************************
Perjalanan selama 45 minit itu terasa seperti berjam-jam lamanya. Adakah keadaan ini kerana aku memikirkan akan apa yang bakal berlaku di sana sebentar nanti, atau mungkin aku merasa sedikit tidak selesa dengan kehadiran dia bersama. Atau mungkin hati degilku berbohong lagi. Berbohong tentang perasaanku yang sebenarnya terlalu memikirkan tetang kecantikannya malam itu.
Aku ingat lagi waktu dia turun tadi. Terasa payah untuk mataku berkedip. Mungkin Ain juga menyedari kerana seketika aku lihat langkahnya jadi tidak keruan. Lalu cepat-cepat aku berpaling. Cuba kembali ke alam nyata.
"Qel!" Aku berpaling ke sisi. "Ain minta maaf kerana merosakkan program Qel
malam ni"
Ain bersuara perlahan. "Ain terpaksa.."
Ya! Kau terpaksa dan aku dipaksa.. Aku melepaskan keluhan panjang.
"Mungkin untuk sekali ini..." Jawabku lemah ketika Ain membuka pintu.
"Tapi ingat....." Dia kembali memandangku.
"Jangan sesekali mendedahkan hubungan kita. Qel belum bersedia lagi untuk itu."Sambungku. lagi. Ain mengebam bibir.. Wajahnya sedikit berubah, tetapi akhirnya dia tersenyum juga. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maknanya.
Dan akhirnya perjalanan berakhir tatkala kereta memasuki perkarangan rumah Dato' Rustam. Dari jauh kelihatan dua orang pengawal yang bertugas mengawal lalulintas malam itu. Mereka mengangkat tangan sebaik melihatku.
Setelah memberhentikan kereta, aku menarik Ain masuk ke halaman rumah yang sudah dipenuhi tetamu jemputan. Ada banyak muka-muka yang aku kenali. Kebanyakannya rakan-rakan sepejabatku. Ada juga wajah-wajah yang kurang aku kenali. Rata-ratanya mungkin rakan kongsi Dato dan teman-teman rapatnya. Aku mendapatkan Dato' Rustam yang sedang berbual-bual dengan beberapa orang tetamu. Dan aku kenali salah seorang daripada mereka.Faizal Ariffin juga tampak segak malam itu. Dia terlihatku.
"Haiqel!" Dato' menepuk bahuku. "You paling lewat malam ni".Aku ketawa..
"Maaf Dato..... keluar lambat sikit tadi..... acara dah bermula ke?"
"Sudah.... sudah... pergilah makan.... enjoy the dinner..."Dato'menjemput. Sejurus dia menoleh ke arah Ain.
"Oh,.... this is my cousin... Ain Fathihah.." Aku mendorong Ain ke depan. Aku lihat Ain malu-malu. Tapi dia tetap cuba untuk tersenyum.
"Cousin?"Dato' angkat kening. Faizal juga agak terkejut.
"Err.... baru habis study. Buat masa sekarang tinggal kat rumah mak sekejap. Tengah cari kerja" Apa yang aku merepek ni?
Faizal bergerak hampir ke hadapan. Menghulurkan tangannya kepada Ain tapi Ain kelihatan teragak-agak. Dia memandangku sebelum tangan Faizal disambutnya.
"Ha Ain... jemputlah makan. Jangan malu-malu.."Pelawa Dato' lagi. Ain senyum.
Faizal mendekatiku, lalu menyinggul lenganku.
"Kau tak pernah cerita pun kau ada sepupu..."
"Emmm.... takkan pasal sedara mara pun aku nak cerita..."
"Maksud aku..... sepupu yang secantik ini....."Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Ain yang sedang mengambil minuman.
"So?"
"Solo lagi ke?"
"Entah! "Aku mula bergerak. "Aku tak tahu.."Aku meninggalkan Faizal. Malas aku
nak layan mamat sorang ni. Pantang nampak dahi licin.
Dari celah-celah orang ramai aku memandang ke arah Ain.Kelihatan dia bersama- sama beberapa orang wanita lain. Nampak dia dapat menyesuaikan diri dalam kelompok itu. Mungkin dia terpaksa memberanikan diri. Mungkin juga dia tahu aku takkan sentiasa bersamanya, maka dia cuba membawa diri sendiri. Aku mengambil beberapa cucuk sate yang masih panas sambil mataku tidak lepas-lepas memerhatikan Ain. Walaupun mungkin aku sedikit janggal dengan kehadiran dia bersamaku malam itu, tetapi aku perlu mengawasinya. Mengawasi bermaksud bertanggungjawab ke atas dirinya.
"Qel..... cantik gadis yang kau bawa tu?" Satu suara kedengaran dari belakang.
Aku menoleh dan terlihat Latiff yang segak berbaju batik.Aku senyum.
"Sepupu aku...."Balasku
"Cantik. Hai..... sepupu jelita macam tu.... tak terpikat ke?" Aku ketawa kuat
mendengar kata-kata itu.
"Gila!"Aku pandang Ain. Dia sudah hilang dari pandangan.
"Abis,..... Serena aku nak campak mana?"
"This one is quite good untuk kau.... sesuai.."
"Kau ni Latiff.... pandai aje la..."
"Cakap pasal Serena..... dia tak ikut kau ke malam ni?"Latiff meneguk minuman.
"Oh.... dia ke Paris semalam. Jengok family dia di sana."
"Kau tak ikut sekali?"
"He.. hehe.. belum lagi."Balasku sambil cuba mencari kelibat Ain.
"Er.. Wani mana, tak nampak pun dari tadi?"Aku mengalih topik.
"Emm.... dia ada di dalam. Pening-pening sikit. Sekejap lagi aku nak balik ni.
Kesian tengok dia macam tu.."Latiff memandang ke dalam rumah.
"Pening-pening berisi ke?"Aku teringat kata-kata mak tempohari.Latiff tersenyum. Jelas terlihat keriangan di wajahnya. Dia mengangguk.
"Betul Latiff? Wah...... tahniah! Nak jadi bapa dah kau..."Latiff ketawa.
"Itulah... aku rasa happy betul sekarang ni... excited!"
Ah... bahagianya Latiff. Perkahwinan atas dasar suka sama suka. Saling mencintai. Sudah pasti saat-saat seperti ini dilaluinya dengan penuh teruja.
Aku tidak pasti adakah saat-saat itu akan aku lalui suatu masa nanti.
Dari jauh aku terlihat Ain sedang duduk seorang diri di deretan kerusi-kerusi yang di susun mengelilingi pancuran air kecil. Sesekali dia tersenyum. Nampak jelas lesung pipit di kedua belah pipinya. Dulu waktu kecil-kecil lesung pipit tu tidaklah terlalu ketara, tetapi sekarang ia begitu menarik terlihat setiap kali dia tersenyum.Tiba-tiba aku jadi sayu. Sayu melihat wajah bersih itu. Wajah yang aku kagumi suatu ketika dulu. Sehingga kini? Aku tidak berapa pasti.
Seseorang kelihatan sedang menghampiri Ain yang leka melihat pancuran air. Faizal! Hatiku berdetak. Kulihat Faizal menarik kerusi di sebelah. Duduk rapat-rapat di situ. Hatiku tiba-tiba panas. Entah apa yang mahu dibualkan oleh lelaki itu. Nampaknya dia tidak menunggu lama untuk memulakan semua ini. Aku lihat Ain mulanya agak kaget sedikit dengan kehadiran lelaki itu. Tetapi lama kelamaan wajahnya kembali ceria. Rona merah terlihat setiap kali dia ketawa. Sesekali dibetulkan tudungnya yang tersingkap di pukul angin malam.
Ah...
Faizal! Aku lihat Faizal lebih-lebih lagi ketawa. Celaka! Lelaki buaya itu sudah mula jual temberang. Hatiku berdegup semakin laju.
Aku meminta diri dari Latiff lalu dengan langkah yang laju tetapi teratur aku
menghampiri mereka berdua. Ain melihatku, segera dia mematikan tawanya.
"Rancaknya berborak!"Aku tidak tahu adakah nada suaraku itu berbaur cemburu atau sebaliknya. Yang pasti nafasku tertahan-tahan waktu itu. Terasa panas meruap naik hingga ke kepala.
"Ha... Qel... kau ni, kenapa tinggalkan Ain sorang-sorang. Apa la kau..." Faizal menarik kerusi untuk aku. Langsung tidak menunjukkan rasa serba salah.
"Kau tu... kenapa tak join diorang semua?"Balasku lalu melabuhkan punggung di sebelah Ain. Aku lihat wajah Ain memerah.
"Alah.... diorang tu tiap-tiap hari boleh jumpa"Faizal merenung Ain. Macam lupa pada aku yang tercatuk di depannya. Panas betul hatiku.
"Qel cakap tadi Ain baru habis belajar... so sekarang ni tengah cari kerjalah
ye?"Faizal mengajukan soalan. Aku kertap bibir.
"Emmm..."Ain mengangguk tanpa memandangku.
"Kalau macam tu, bolehlah cuba kat ofis kita. Macamana Qel?"Faizal mendongak ke arahku. "Ofis kita kan nak pakai orang"
"Iya ke?"Balasku acuh tak acuh.
"Bahagian akaun, sekarang tengah cari orang untuk gantikan Aileen."
Aku tarik nafas panjang."Kenapa dengan Aileen, dia nak resign ke?"
"Lagi seminggu dia resign. Dia kan nak kawin. Lepas kawin dia ikut husband dia
ke Langkawi"Nampaknya banyak perkara di pejabat yang aku ketinggalan.
"Emmm....."Aku termenung. Otakku berputar ligat mencari alasan.
"Tak payahlah. Ain tak tahu buat akaun."Aku renung Ain dan renunganku dibalas.
"Ala.... bukannya susah sangat. Buat kerja clerical je. Tak susah. Ain pun baru habis belajar kan..."Beriya-iya Faizal mencadangkan.
"Er... saya..." Ain teragak.
"Tak apa.... nanti aku inform kat Dato'. Dato' mesti okey punya!"Faizal mengangguk-angguk dengan senyum lebar. Kurang ajar.. getusku. Pandai-pandai saja buat keputusan.
"Berapa umur Ain sekarang?"Ah.. sudah.. sudah...
"Kau nak interview dia kat sini ke?"Sindirku lagi. Faizal ketawa. Matanya tidak lepas-lepas memandang Ain. Aku rasa macam nak tumbuk saja batang hidung mamat ni. Biar kemek.
"Ala... kau ni Qel. Tegas sangat. Aku bukannya apa. Saja nak kenal-kenal..." Kenal-kenal kepala otak kau! Kau tahu tak dia tu bini aku!
"Apa salahnya.... bukannya aku kacau Serena pun...."Aku tergegau seketika. Aduhh.... Kurang ajar Faizal. Kenapa disebutnya nama Serena! Aku lihat Ain termangu memandangku.
"Semalam kau hantar Serena ke airport. Berapa lama dia ke Paris?" Aku gigit bibir sampai terasa sakit. Faizal..... tak boleh harap langsung! Aku cuba melihat reaksi Ain. Ternyata kosong. Tiada lagi rona merah, tiada lagi ukiran senyum. Dia hanya memandang ke arah kelompok manusia yang masih menjamu selera. Seolah tidak mahu mendengar segala kata-kata yang keluar dari mulut Faizal mahupun aku.
"Serena ke Paris.... kau bawa orang lain pula ya..."Faizal tersengih memandangku. Sudahlah Faizal... aku malas nak layan kau, bisik hatiku.
"Esok bolehlah kau bawa Ain ke pejabat... untuk interview."
"Ain tak kata pun dia setuju..."Aku kembali memandang Ain. Aku harap kata-kata
aku tadi mendapat sokongan.
"Boleh juga Ain cuba..."Tiba-tiba Ain bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Aku pandang wajah Ain dengan rasa terkejut. Tetapi Ain seperti tidak merasa apa-apa.
"Ain pun memang tengah cari kerja... tak sangka boleh dapat secepat ni.."Dia
senyum. Langsung tidak dipandangnya aku. Aku tarik nafas dalam-dalam.
"Cuma interview saja kan... belum tentu dapat.."Sambung Ain lagi.
"Ah... mesti dapat punya. Haiqel ada!" Aku telan liur mendengar kata-kata Faizal."Kalau kerja satu ofis, senang nanti, pergi balik ada orang yang hantar. Tapi kalau Serena dah balik dari Paris nanti.... Ain kenalah pulang sendiri. Tapi takpe... Jai ada..." Dia ketawa.
Aku rasa kalau Ain tak ada di situ dah lama aku bagi penumbuk!
*************************************
Bersungguh-sungguh aku meminta diri untuk pulang tadi. Walau dihalang Dato' berkali-kali. Faizal juga agak keberatan untuk melepaskan Ain. Dan itu yang tidak mahu aku lihat. Pancaran mata Faizal setiap kali memandang Ain benar-benar menggugat perasaanku, dan kewujudanku.
"Kenapa cepat sangat ni Haiqel, you tak jumpa lagi dengan En. Baharom dan yang lain..."Dato' bersuara lambat-lambat bagaikan berat untuk melepaskan.
"Minta maaf banyak-banyak Dato but it's too late untuk Ain...."Aku memberi alasan. Jam dipergelangan tangan ku kerling sekilas.Belum mencecah angka 11. Memang terlalu awal untuk aku beredar. Faizal di sebelah resah menanti.
"Emmm.... tak apalah... you hantarlah Ain balik. Esok jangan lupa kita kena
pergi sekali lagi ke tapak projek tu.."Dato' mengingatkan.
"Itu memang saya ingat, Dato'"Aku ketawa kecil."By the way,thanks for the dinner..."Entah macamana jemari Ain sudah berada dalam genggamanku. Cepat-cepat aku lepaskan kerana aku tidak mahu ia dilihat oleh mata-mata yang lain.
"So, you pun nak balik jugak ke Faizal?"Dato menoleh ke arah Faizal yang sedang berpeluk tubuh.
"Eh... tak adalah... Dato'... saya orang bujang. Belum ada komitmen.... bila-
bila pun boleh balik.."Dia tertawa sendiri.
Aku tidak menunggu lama untuk menarik Ain keluar dari kelompok itu.Walaupun aku lihat ada sedikit kekerutan pada wajah Faizal saat melepaskan Ain berlalu. Aku tidak mahu dia berprasangka apa-apa tetapi dalam masa yang sama juga aku tidak mahu dia merasa apa-apa dengan pertemuan ini. Aku seakan nampak keadaan itu.
Sepuluh minit selepas itu, aku telah pun berada di dalam perut kereta, membelah malam hening yang masih hangat dengan segala aktiviti penghuninya. Sedari tadi, tiada kata-kata yang keluar dari mulut aku mahupun Ain. Ain hanya merenung tancap ke depan. Tiada sebarang reaksi. Aku tidak tahu hatinya saat itu. Adakah dia menyedari tindak tandukku ini, yang sedikit menjengkelnya mungkin. Atau dia langsung tidak mahu mengedahkan. Menerimanya bulat-bulat.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Irama dari radio hanya menambah kerungsinganku. Cepat-cepat aku tutup. Apa yang aku rungsingkan sangat ni.?? Aku melurut-lurut rambutku. Ain menoleh kepadaku, tetapi tiada kata-kata yang lahir dari mulutnya. Kembali dia memandang ke hadapan.
"Ain dah mengantuk ke?"Aku cuba memulakan kata. Tiada balasan, hanya gelengan.
"Ain lapar lagi?" Hai.... macam soalan orang baru nak bercinta!
Sekali lagi dia menggeleng. Aku jadi panas tiba-tiba. Minyak ku tekan lagi.
"Kenapa Ain diam? Ain sakit kepala lagi?"Ain menoleh kepadaku. Aku menunggu kata-kata yang akan keluar dari bibirnya. Lama.
"Qel marahkan Ain?"Tidak terduga dengan soalan itu. Aku kerut dahi.
"Marah kenapa?"Tanyaku kembali. Wajah gadis itu ku kerling sekilas.Ain menarik
nafas.
"Marah kalau Ain terima pelawaan Faizal tadi..."
"Pelawaan? Pelawaan yang mana satu?"Hatiku tidak keruan.
"Pelawaan untuk pergi temuduga tu nanti...."Balasnya perlahan.
Aku senyum nipis. Ingatkan pelawaan makan malam atau jalan-jalan.Manalah tahu! Bisik hatiku. Mamat buaya tu bukannya betul sangat.
"Ain serius ke nak mintak kerja tu?"
"Emm.... cuba-cuba dulu. Mana tahu boleh dapat.."
"Ain betul-betul nak kerja?"Ain mengangguk.
"Adik-adik Ain kat kampung tu ramai lagi yang belum lepas,Haiqel.... kalau Ain tak kerja, siapa lagi yang nak tanggung. Ayah pun selalu sakit-sakit."Hatiku tersentuh. Kata-katanya seolah membayangkan aku adalah orang asing dalam hidupnya. Orang yang tidak perlu dikongsi dalam segala hal.
"Kita kan....."Kata-kataku terhenti. Terasa janggal pula untuk menyebut perkataan 'suami isteri' itu. Aku rasa perkataan itu tidak layak langsung untuk dipadankan dengan aku dan dia. Suami isteri hanya pada nama. Bagaimana untuk berkongsi masalah kalau begini situasinya.
"Kita apa?"Ain merenungku.
"Err.... tak ada apa-apa.."Balasku. Aku terdengar keluhan dari mulutnya. Tidak tahu apa yang dikeluhkan. Seketika perjalanan kembali sepi. Aku menumpukan perhatian kepada pemanduan dan Ain, aku tidak pasti adakah dia masih terjaga. Perlahan aku menoleh kepadanya.
Ternyata dia masih memandang ke depan. Tiba-tiba dia menoleh, dan pandangan kami bertaut. Aku terasa sedikit debar. Dan debar itu masih terasa saat kereta mula memasuki perkarangan rumah. Setelah kereta betul-betul berhenti, Ain terus membuka pintu. Kasut tumitnya diletakkan di tepi pintu.Lalu dia menanti
aku membuka grill.
"Kalau Ain betul-betul nak kerja, Qel boleh bawa Ain ke ofis esok" aku bersuara, cuba memecah kebisuan.
"Qel tak kisah?" Aku menggeleng perlahan lalu melangkah masuk sebaik pintu terbuka. Segera kurebahkan tubuh ke atas sofa. Memandang Ain yang masih tercegat di depanku.
"Kalau dah itu yang Ain minta...... Qel tak boleh halang." Nafas kutarik perlahan. "Bukankah kita ingin menjadi diri masing-masing?"
Aku tidak tahu kenapa aku harus membangkitkan hal itu lagi. Dan aku tidak pasti nada suara aku waktu itu. Adakah terlalu lembut tetapi pedas sehingga ku lihat wajah Ain sedikit berubah dengan kata-kataku tadi.
"Dan Qel telah menjadi diri Qel yang sebenarnya?" Ain membalas. Dan aku tahu dia cuba untuk mengelirukan diriku.
"Ya!"Balasku yakin. Ain tersenyum.
"Benar-benar diri Haiqel seperti yang dulu?" Sekali lagi dia mempersoalkan.Aku
pandang wajah Ain yang masih tersenyum.
"Qel ingin menjadi diri Qel yang dulu bukan? Tapi Qel sendiri tahu ia agak sukar. Banyak benda telah berubah..... termasuk perasaan Qel sendiri.."
"Apa maksud Ain?" Aku sedikit panas.
"Manusia boleh melihat dan merasa Haiqel. Dan Ain ada kedua-dua deria itu."Ain
berlalu meninggalkanku. Aku tidak tahu apa maksudnya dan apa yang ingin disampaikan gadis itu. Aku termangu.
****************************************
Jambangan mawar merah dan lili putih menyambut kedatanganku pagi itu. Harumannya memenuhi ruang kecil bilikku itu. Aku menghidupkan penghawa dingin, dan semerbaknya semakin ketara kini. Setelah meletakkan beg di atas meja aku mengambil jambangan bunga tersebut dan membelek-beleknya seketika. Sekeping kad kecil warna merah jambu terselit di celah-celah dedaun aku tarik perlahan-lahan.
'Untuk si cantik manis... salam perkenalan....' "Si manis?"
Pintu bilikku diketuk kuat. Cepat-cepat jambangan bunga kuletakkan di atas kerusi.
Bimbang kalau-kalau Dato' Rustam yang muncul pagi-pagi itu. Tapi Faizal yang tergesa-gesa masuk.
"Haiqel.... apasal kau lambat pulak hari ni..." Aku mengerut dahi.
"Apa lambat pulak.... biasa time-time macam ni la aku datang..." Aku tidak mengendahkannya."Pagi-pagi lagi kau dah menempel kat bilik aku ni, kenapa?"
Faizal tersenyum sambil menarik kerusi.
"Aku nak mintak kau tolong aku satu perkara....'
"Emm.." Aku mengeluh ".tolong apa... by the way Dato' dah sampai belum?"
"Belum. "Jawabnya ringkas. "Emm.. Berbalik pada cerita aku tadi, aku nak kau tolong aku satu perkara."
"Tolong apa? Kalau boleh aku tolong, kalau tak boleh, aku surrender.
"Balasku sambil memerhatikan skrin komputer. Lama rasanya aku tidak melihat email-email baru ku.
"Emm.... macam ni... bunga tu...." Aku berhenti mengadap komputer. Menoleh kepada Faizal.
"Bunga tu aku belikan untuk Ain...." Faizal tersengih. "Kau tolong sampaikan pada dia ye!"
Aku terkelu seketika. Wajah Faizal aku tatap lama.
"Maksud kau?"
"Kau tolong berikan bunga ni pada Ain..... sebab aku tak tahu macamana nak contact dia..."Faizal mengeluh."Puas aku tanya dia semalam,dia tak nak bagi nombor telefon. Aku nak hantar balik pun dia tak mahu.."
Aku telan liur. Bahang panas meruap naik ke muka. Seketika aku termenung. Jambangan bunga aku tatap lama.
"Emmm.... kenapa tiba-tiba kau bagi Ain bunga ni?"
Aku bersuara satu-satu. Agar getarnya tidak ketara didengar.Faizal ketawa.
"Entahlah Qel, aku rasa macam dah jatuh hati je....."
Sialan! Gerutu hatiku. Wajah Faizal semakin mengecil pada pandanganku.Dan ketawanya itu bagai meledak di hujung telinga. Benar-benar mengubah emosiku pagi itu.
"Hai.... takkan sekali jumpa je dah terus jatuh hati..."Perliku.
Ketawa Faizal belum terhenti.
"Agaknya itu lah yang dikatakan cinta pandang pertama!"
Ah karut! Aku bangun dari kerusi. Berdiri sebentar di tepi tingkap,melihat pemandangan di luar yang tetap sama setiap hari.Tiada perubahan. Kesibukan waktu pagi yang menjengkelkan.
"Ain sekarang tinggal kat rumah kau kan?"Aku rasa macam mahu halau saja Faizal dari bilikku. Aku tidak mahu dia terus berbicara tentang Ain.Tentang isteriku.
"Eh, Qel... aku tanya kau ni"Faizal bersuara lagi.
"Betul ke Ain tinggal kat rumah kau sekarang?" Aku beralih menghadap Faizal.
"Kalau iya, kenapa?"
"Emm.. kalau macam tu boleh la aku call dia.."
"Tak boleh!" Tiba-tiba mulutku lancar bersuara. Aku sendiri sedikit terkejut
dengan tindakanku. Wajah Faizal yang berkerut, tunak memandangku.
"Er... maksud aku... telefon rumah aku tu..... emm.. dah tukar number..."Ah... alasan bodoh apa yang aku guna ni? Aku mengeluh dalam hati.
"Oh..."Faizal ketawa." Kau bagi ler number tu pada aku..."
Aku menggeleng. Cuba mencari alasan yang lebih masuk akal. Hai..macamana aku nak kelentong mamat sorang ni. Banyak betul songehnya
"Tak... aku takkan bagi. Kalau kau nak, kau tanya Ain sendiri. Nak tackle awek kenalah usaha sendiri. Takkan nak harapkan orang lain." Aku senyum nipis.
"Alah.... Qel... dia kan sepupu kau... aku ni kawan kau... apa salahnya tolong kawan..."Faizal mendengus.
Aku pura-pura ketawa.
"Ohh... dalam hal ni aku tak mahu masuk campur."Aku tersengih dalam hati.Aku rasa kali ini aku dapat menghalangnya. Tentu sukar bagi Faizal untuk mendapatkannya dari Ain.
"Kau mintak sendiri dari Ain. Aku tak nak pandai2 bagi. Nanti dia mengamuk kat
aku siapa nak jawab?"Aku menjengilkan mata.
"Emm.... okey takper. Kau macam cabar aku je.... aku akan cuba dapatkan...." Dia menganguk-angguk sambil mengertap bibir.
" Tapi bunga tu kau tolong sampaikan pada dia ya" Faizal bangun dari kerusi.
"Bila kau nak bawa dia datang interview?" Faizal kembali memandangku. "Aku teringin berjumpanya."
Aku angkat bahu."Terpulang pada Ain. Kalau dia nak datang.....kalau tak aku tak paksa.."Mataku mengekori langkah Faizal.
"Aku mesti dapatkan dia!"Faizal bersuara sebaik pintu dibuka.
Aku tersengih dalam hati. Percayalah, sebentar lagi jambangan bunga itu akan kulemparkankan ke bakul sampah. Di situ tempatmu!
bersambung....
Sunday, August 3, 2008
Kumilikmu ( Part 7)
Tuesday, July 1, 2008
KUMILIKMU ( Part 6)
Sudah tiga hari Ain pulang ke kampung. Masuk hari ke empat mak menelefonku di pejabat meminta aku menjemput Ain di Puduraya. Aku termenung sejenak mendengar permintaan Mak itu.
"Pukul berapa Ain sampai?"Tanyaku malas.
"Ain kata dari sana dia naik bas pukul 9.30. Qel agak-agak pukul berapa dia sampai?" Aku mengeluh. Perjalanan dari Muar ke KL memakan masa 3 jam setengah. Otakku mencongak-congak.
"Pukul 12.30 lebih kurang kot..."
"Qel pergilah jemput dia..."
"Suruh dia naik teksi je la, Mak" Balasku.
"Ish....takkan nak suruh naik teksi...kesian Ain...lagipun dia bukannya biasa kat bandar nie..." Aku kertap bibir. Merenung kembali lukisan-lukisan pelan ku yang sudah siap di atas meja. Sekejap lagi mesyuarat dengan pemaju dari Sarawak akan diadakan. Pagi-pagi lagi Dato' Rustam sudah mengingatkan agar pembentangan kertas kerja yang aku pelankan diperkemaskan sebaik mungkin. Jangan ada yang tercela. Aku melihat jam di dinding. Bila-bila masa saja interkom akan berbunyi. Meminta agar aku bersedia dengan segala dokumen, sebelum memasuki bilik mesyuarat.
"Qel jangan lupa ye.."Suara mak kedengaran lagi.
"Kalau sempat Qel pergilah...."Ketukan di pintu mengalih pandanganku. Faizal terjengol memberi isyarat.
"Apa pulak tak sempat...."
"Qel ada meeting ni mak, nanti Qel pergilah..."
"Jangan lupa Qel..."Pesan Mak lagi sebelum meletakkan gagang. Aku cepat-cepat mencapai fail-fail yang berterabur atas meja. Faizal datang menghampiriku, juga mengepit fail.
"Aku nervous nie..."Dia bersuara teragak-agak sambil membetulkan tali leher.
"Nervous apa pulak...bukan tak pernah present..."Balasku tanpa memandangnya.
"Tapi yang ni lain sikit....projek paling mahal....mati kalau tak dapat.."Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung."Dato pun dah lain macam je..... asyik nak marah-marah..."
"Kau tu selalu hilang..... macamana dia tak marah...."Aku pandang wajah Faizal yang agak gusar itu. Baru aku perasaan stail rambutnya agak 'skema' hari ini.. Macam rambut budak sekolah. Aku gelak dalam hati.
"Kalau tak berjaya kali ni... aku rasa karier aku berkubur setakat nie ajer...." Dia mengeluh
"He.. he.. he..."Aku ketawa. "Apa la kau ni....entah apa-apa...gabra tak
tentu pasal...."
"Kau tolong aku nanti...."
"Ini kan teamwork..... aku cover ler nanti..."Aku bangun, mencapai lukisan-lukisan pelanku.
"Dah nak masuk ke, diorang belum sampai lagi.."
"Tak ha...aku nak pekena kopi dulu....kau kalau nak hilang gabra.. jom pekena kopi..."Faizal bangun menurutiku.
Jam 11.00 mesyuarat bermula. Pemaju dari Sarawak diwakili tiga orang wakil. Gaya mereka bagai usahawan hebat. Dan aku akui kredibiliti syarikat tersebut. Sebab itu Dato awal-awal sudah mengingatkan agar pembentangan kali ini dilakukan sebaik mungkin. Mulanya aku teragak juga, tetapi selepas 10 minit pertama aku mula berasa yakin. Dato Rustam yang hanya jadi pemerhati tersenyum padaku sebaik tamat pembentangan. Aku yakin dia berpuas hati. Selepas aku, giliran Faizal pula berdiri di hadapan. Dia juga seperti aku. Mula-mula menggelabah, tetapi kemudian mula bersemangat. Waktu Faizal rancak di depan, aku melihat jam di tangan. Hatiku berdetak. Hampir 12.30. Sempat ke? Perjalanan ke Puduraya pun memakan masa 1/2 jam. Mesyuarat pula belum ada tanda-tanda akan tamat. Aku kertap bibir. Terbayangkan wajah lembut Ain.
"Lega aku ....."Faizal menghela nafas sebaik keluar dari bilik mesyuarat. Aku tersenyum sambil memerhatikan wakil-wakil dari syarikat pemaju yang sedang berbual dengan Dato Rustam.
"Belum lagi..... baru abis bentang...belum sign apa-apa lagi..."Balasku sambil mengerling jam sekali lagi. Hampir pukul 1.00. Mati aku! Aku menunggu Dato Rustam yang masih rancak berbual. Dia menoleh kepadaku lalu memberi isyarat. Aku menghampirinya.
"Haiqel, you ikut we all semua lunch?"Aku kerut dahi.
"I'am sorry Dato'....tapi saya memang tak boleh..."Aku berbisik kepadanya. Dato Rustam pula kerut dahi.
"Kenapa pula tak boleh..... saya dah book tempat untuk 7 orang...jangan tak pergi.." Dato Rustam berlalu meninggalkanku. Aduhh..... peritnya berdepan dengan orang tua ni. Semuanya nak sempurna. Semuanya mesti mengikut apa yang dijadualkannya. Tidak boleh tidak. Faizal mendekati aku. Tersengih sambil mengangkat bahu.
"Aku pasal makan no problem!"Faizal mengangkat ibu jari, lalu menuruti langkah Dato.
"Kau tunggu aku kat bawah...."Aku mengeluarkan telefon bimbit. Dengan pantas telefon rumah aku dail satu persatu. Lama barulah telefon diangkat.
"Assalamualaikum, mak ke?"
" Waalaikumussalam..., Ain ni "Berderau darahku. Terasa jantung seakan terhenti. Ain sudah sampai di rumah? Aduuh..... pantasnya masa berlalu.
"Err...Ain.. mak ada?"Suaraku bergetar, cuba kusembunyikan.
"Sekejap ye..."Gagang diletakkan. Sayup-sayup aku terdengar suara Ain memanggil emak. Seketika suara mak pula kedengaran.
"Haiqel ke ni?...mana Qel pergi?"Tak sempat-sempat Mak menerjah.
"Qel meeting mak...baru habis ni..."
"Emm....patutlah mak telefon tak dapat tadi..."Mak mendengus.
"Takperlah...Ain pun dah selamat sampai"
"Dah lama ke Ain sampai Mak?"Tanyaku.
"Baru kejap tadi..."
"Nasib baik Qel tak terus pergi Pudu tadi.. kalau tak jenuh Qel tunggu...."
"Ala kau tu....ada je alasan...."
"Mak jangan lah marah...Qel betul-betul ada meeting tadi...ni nak kena pergi makan pulak dengan bos..."
"Iyalah...dah tu jangan nak balik lambat sangat....makan kat rumah malam ni...."Aku tersenyum.
"Tahu pulak Ain naik teksi tadi..."
"Naik teksi apa pulak..... kawan dia yang hantar tadi...."Balas mak perlahan.
"Kawan?"
"Emm....kawan...."
"Siapa? Lelaki perempuan?"Ish.. lancar je mulut aku bertanya. Dada mula berdebar. Seketika aku menarik nafas. Buat apa aku nak berdebar tak tentu pasal ni??
"Kawan lelaki....mak tak kenal pun siapa..."Balas mak seakan malas untuk menjawab. Aku gigit bibir hingga terasa sakit.
"Abis tu.. mamat tu ada lagi ke kat rumah sekarang ni?"
"Dah balik dah....emmm.. mak tak kisah la...yang penting Ain selamat. Lagipun nampak baik je budak tu. Dia pun tahu Ain dah kawin...nasib baik dia baik hati nak tumpangkan Ain..."
Huh...baik tak baik...dia tu bukan muhrim Ain! Aku ni suami dia. Mana boleh dia keluar suka-suka dengan lelaki lain. Tak patut betul!
"Em...takper la mak, Qel nak turun makan ni...." Malas aku nak fikir lebih-lebih. Siapa jantan tu, bukan urusan aku. Dan aku malas nak ambil tahu.
Makan tengahari yang mewah, benar-benar menyelerakan. Aku ikutkan juga nafsu makan walaupun kadangkala perasaanku seperti berkocak. Seperti terkenangkan sesuatu. Apa ya? Aku sendiri tak pasti. Tapi yang nyatanya kata-kata mak tadi betul-betul mengganggu fikiranku. Kenapa aku fikir lebih-lebih ni? Kenapa otak aku asyik nak melencong ke arah itu. Kenapa tiba-tiba hati aku jadi gundah semacam. Cemburu? Ishh....takkan ke situ. Gila!
Faizal menyenggol kakiku, seolah menyedari perubahan tingkahku. Aku memandangnya kosong. Dia mengangkat kening.
"Kau ni macam ayam berak kapur kenapa?"Dia berbisik. Aku menggeleng.
"Tak ada apa-apa la....aku blur skit...
"Blur apasal pulak....meeting dah abis pun...nak blur apa lagi..."Fresh orange di sedut.
"Entah!"
"Emm...malas aku nak layan.!"Faizal kembali menumpukan pada makanan. Aku pandang pingganku yang masih berisi. Kemudian beralih kepada Dato Rustam dah En. Baharom yang asyik berbual. Orang bisnes ni....ada saja yang hendak diborakkan. Tak habis-habis.. bisik hatiku.
Pukul 2.30 aku kembali ke pejabat. Melihat-lihat seketika kalendar yang tercatit hari-hari pentingku. Malam minggu.. Ya, malam minggu ini. Malam yang aku rasa begitu berat untuk aku tempuhi. Aku melihat photo kecil Serina atas meja yang sengaja diletakkan di situ. Serina yang beriya-iya meminta aku meletakkan photonya di situ.
"Supaya you selalu ingat I" Tuturnya waktu itu. Dan aku tidak mampu menghalang.
Malam minggu ini gadis itu akan pergi tinggalkan aku. Begitu teganya dia! Walau untuk seketika, tapi terasa janggal hari-hariku tanpa kelibat lincahnya. Tanpa rengekannya. Aduh....kenapa jadi begini. Aku ingat Serina, aku ingat Ain. Ya Ain. Lelaki mana yang menghantarnya pulang tadi? Siapa? Mamat sesat mana? Berani Ain minta tolong mamat tu hantar ke rumah. Atau....mamat tu yang gatal sangat menawarkan diri. Dia tak tahu ke Ain tu bini orang? Bini aku? Entah-entah mereka berdua sama-sama bertolak dari kampung tadi. Ish.. jauh perjalanan tu....
Aku cuba tidak membayangkan apa-apa kemungkinan. Lagipun aku tidak berhak. Walau aku suami Ain yang sah. Tapi kontrak aku hanya sampai hujung tahun ini saja. Itu kata-kata Ain. Aku masih ingat lagi. Dan sekarang aku dan dia telah menjadi diri masing-masing. Dia dengan hidupnya dan aku dengan cara aku. Menjalani kehidupan seperti dulu-dulu, sebelum perkahwinan itu. Tapi boleh kah? Bolehkah aku pura-pura tidak mengendahkannya. Pura-pura tidak memikirkannya. Sedang dia sentiasa di depanku. Ada dalam pandanganku. Bagaimana aku harus menidakkan ini semua?
Jangan ungkit kisah masing-masing, bermakna jangan ambil tahu apa saja mengenai dirinya. Apa yang dia lakukan baik dulu mahupun sekarang. Jangan diimbau sejarah silam. Aku tidak mahu tahu itu. Seperti dia yang tidak pernah bertanya apa-apa tentang diriku, aku juga tidak akan tanya apa-apa tentang dirinya. Tentang kisah cintanya, tentang siapa tunangnya. Ahh....entah-entah lelaki yang menghantarnya tadi adalah bekas tunangnya. Lelaki yang bukan saja mencalit arang ke muka Pak Long sekeluarga, malah melempar tahi ke muka aku. Lelaki itukah yang Ain temui tadi? Masih sudikah dia? Setelah apa yang lelaki itu lakukan, masihkah mahu Ain mendampinginya. Kalau benar, mungkin Ain masih menyukai dia. Masih mengharap lelaki itu walau dia telah memporak perandakan hidup aku.
Aku tatap photo Serina kembali. Merenung senyumannya yang tidak pernah jemu untuk dipandang. Bagaimana kalau aku kawin saja dengan Serina. Hujung tahun ini, setelah kahwin kontrak ini tamat, aku akan lamar Serina, temukan dia dengan emak. Tapi adakah semudah itu? Mudahkah untuk aku lepaskan Ain. Mungkin mudah bagi aku, mudah bagi Ain tapi bagaimana dengan emak dan Pak Long. Apa reaksi Pak Long nanti? Akan renggangkah hubungan kekeluargaan ini?
Pintu diketuk beberapa kali, aku segera menoleh. Hilang segala apa yang aku fikirkan tadi.
"Kau lagi!" Faizal tersengih berjalan menghampiriku.
"Aku ada hal la nak cakap dengan kau..."
"Hal apa pulak....presentation dah abis.."
"Bukan pasal kerja la..."Faizal melabuhkan punggung, menggerak2kan tubuhnya agar lebih selesa..
"Abis,,, pasal apa.... "
"Pasal aku...."Dia mengeluh. Aku pandang kembali wajah lelaki di hadapanku ini. Dua tahun mengenali dia , aku rasa banyak perkara yang belum aku ketahui mengenainya.
"Apa problem kau....pasal perempuan lagi?"Faizal tersengih.
"Pasal mak aku...."Dia terhenti."Dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia... entah sapa-sapa.. aku tak kenal langsung.."Aku rasa lucu. Wajah Faizal aku tenung dalam-dalam.
"Eh.. bagus la tu..." Aku rasa bagai nak gelak.
" Apa yang bagusnya....kau tahu la aku...tak best la orang tua carikan jodoh... takde taste..."
"Kau dah tengok ke orangnya..."Faizal menggeleng. "Belum tengok belum tahu..."
"Tak payah tengok la...aku memang tak nak..... tapi masalahnya mak aku ni berkeras jugak....dia nak sangat aku kawin sekarang ni...aku tak ready lagi la...kau tahu umur aku berapa...?"
"Entah!"
"Baru 28....muda lagi...buat apa kawin cepat-cepat"Aku telan liur.
Umur aku baru 26, tapi dah bergelar suami orang. Kalau la Faizal tahu!
" 28 tahun sesuai sangat le kalau kau nak kawin....abis nak tunggu sampai umur berapa?"
" Tak tahula bila...tapi sekarang ni aku tak ready lagi....awek pun aku tak jumpa lagi..."
"Abis, kau jumpa kau tinggal, jumpa lepas tu tinggal...tak pernah nak kekal..."
"Kau boleh la cakap...kau dah ada steady, kalau aku pun dapat awek macam Serina tu, memang aku tak lepas...."Aku ketawa kecil.
Bukan tidak ada gadis secantik Serina yang pernah mendampinginya. Tapi ditinggalkan juga. Aku sendiri tidak tahu kenapa Faizal tidak pernah serius dengan mana-mana gadis. Kalau berkawan pun paling lama 2-3 bulan, lepas tu dia akan hinggap pada yang lain. Bagi aku dia berkawan ibarat menukar baju. Entah baju saiz apa yang dia cari.
"Sekarang ni, aku nak cari yang steady...."Dia bersuara perlahan.
Aku ketawa mendengar kata-katanya.
"Boleh ke....aku tak percaya..."Ketawaku terhenti
"Itulah....aku pun tak tahu..."Faizal ketawa sama."Nak cari perempuan melayu terakhir....entah ada lagi ke tak zaman sekarang ni...tapi aku kena cari jugak.... nak tunjuk kat mak aku...."
"Wanita melayu terakhir... kenalah cari kat kampung-kampung...kat pedalaman.." Balasku tersenyum.
"Tapi anak-anak dara kampung pun ramai dah pindah bandar la ni...."Faizal tersengih lagi, menggeleng.
"Kau nak mintak aku tolong cari ker..."
"Emm....kau tu tahu apa...ngurat awek pun tak pernah....ntah macamana Serina tu boleh sangkut...."Aku tergelak kecil.
"Nasib baik aku tak pandai ngurat tau...kalau tak dah berapa ramai awek aku sekarang...kau pun tak leh lawan..."Faizal mendengus, menjuih bibir.
"So sekarang ni...apa aku nak buat...."Faizal merenungku, terkebil-kebil macam mata ikan puyu.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
"Kau carilah sorang...yang betul-betul punya. Alah....kalau tak betul pun tak apa. Untuk sementara je....bagitahu mak kau, kau dah ada steady,....soal jodoh ni, baik kau tentukan sendiri...susah kalau kawin pilihan keluarga i..."Jangan jadi macam aku...hampir gila dibuatnya....bisik hatiku lagi.
"Aku tengah cari la ni..... kau agak-agak kat ofis ni ada tak calun tu heh..."
"Emm....Tipah?"Wajah gadis hitam manis itu terlintas depan mata.
"Ish!...kau ni"Faizal mengerut dahi."Carilah yang best sikit..."
"Eh, dia kan dah lama syok kat kau....macam kau tak tahu"Aku mengekek ketawa melihat muka Faizal yang tiba-tiba kelat.
"Dia yang syok kat aku....aku tak syok pun......lagipun dia tu dah tua sangat...tak nak aku..."Tergeleng-geleng kepalanya.
"Bukan jauh sangat pun bezanya......lagipun dia tu ada ciri2 perempuan melayu terakhir...."
"Hahaha...dah la kau....aku cakap betul-betul, kau buat lawak pulak... eem.... minggu ni kau buat apa...aku rasa macam dah lama tak pegi rumah kau ha..."Aku terhenti seketika, mengalih pandangan ke luar tingkap.
"Dah lama tak pekena asam pedas ikan terubuk mak kau....uuhh...sedap tu..." Faizal menelan liur. Aku tersenyum melihat gelagatnya.
Dulu-dulu dia memang rajin menjengah ke rumahku. Pantang diajak. Paling dia suka kalau mak masakkan ikan terubuk kegemarannya. Kalau tak digulai , dibakar
cicah sambal asam. Menitik peluh dibuatnya. Kalau dengar saja aku pelawa dia datang rumah, pagi-pagi lagi dia sudah sibuk ke pasar, mencari terubuk. Mahal pun mahal la, janji dapat lepas gian, selalu dia berkata begitu. Aku pula jenis tak kisah. Sebab aku tahu kampung Faizal jauh nun di Baling sana.. Fikir dua kali juga dia kalau hendak pulang ke Baling tiap hujung minggu. Sebab itu kalau teringin sangat nak makan masakan kampung, dia akan datang ke rumahku. Semua bahan siap dibelinya, cuma tinggal untuk dimasak saja. Dan emak dengan senang hati akan memasakkan untuk kawan anaknya ini.
"Malam Sabtu ni aku nak hantar Serina ke KLIA"Aku bersuara perlahan. Memainkan jariku di hujung pen.
"Serina nak kemana pulak..... outstation?"Faizal merenungku.
"Tak lah..... dia ke Paris...daddy dia kan kat sana..."
"Membujang balik la kau...."Faizal tersengih."Tak perlah boleh join aku.... "
"Join kau..... emmm.. aku kan anak mak..... lepak rumah jer....maner leh gi memaner..."
"Eh...kalau macam tu aku lepak rumah kau je la...petang ni boleh aku cari terubuk...."Mata Faizal bersinar.
"Ah kau..... tak abis2 dengan ikan kau tu...."Wajah Ain tiba-tiba menerpa. Aku tergegau. " Eh....em...aku rasa tak boleh la Jai...."Aku terasa seperti baru tersedar dari mimpi. Kenapa aku tidak menyedarinya . Hidup aku sekarang bukan seperti dulu-dulu. Segala-galanya telah berubah kini. Saat untuk aku menikmati masa-masa berharga seperti dulu mungkin sukar untuk aku lakukan lagi.
"Apasal,, kau balik kampung lagi?"Faizal melonggarkan ikatan tali lehernya.
"Err...aku...aku ada hal sikit..... dengan mak aku......"Aku menggaru rambut yang tak gatal.
"Emmm...."Faizal mengeluh."Engkau ni memang anak mak betul la....."Dia menggeleng kepala.
"Itulah susah jadi anak tunggal ni..... apa-apa hal kena lah dahulukan mak dulu.."Aku terbayangkan Ain lagi. Apa yang dia buat waktu ini? Mengenangkan hari-hari pahit yang dilalui sekarang?
"Okey la..."Faizal bangun, membetul-betulkan kemejanya."Bila-bila nanti aku singgah la rumah kau..."
"Emm....tunggu aku sound dulu...jangan main redah jer..."Aku senyum pahit. Mampus! Mahunya tiba-tiba dia terjengol depan pintu rumah, mana aku nak sorokkan si Ain tu. Faizal berpaling ke arah pintu. Seketika kelibatnya hilang dari pandangan.
*********************
Wajah Ain yang lena itu ku renung dalam-dalam. Halus kulitnya, tetap sama seperti 12 tahun yang lalu. Dari muka pandanganku beralih ke lehernya. Seterusnya ke bahu...
"Ehem.. ehem...'Aku berpaling segera. Mak muncul sambil tersenyum memandangku.
"Apa yang ditenung tu.."Bibirnya mengukir senyum penuh makna.
Aku tersipu. "Kejutkan la Ain tu..."
"Em...Qel naik dulu la mak"Aku segera meninggalkan mak. Tak sanggup nak berdepan dengan situasi itu. Perlahan aku menaiki anak tangga. Memandang mak yang sedang mengatur cawan atas meja.
"Tak minum dulu Qel?"Mak menegurku.
"Qel mandi dulu la mak...rimas sangat ni"Balasku lemah.
Masuk ke bilik, aku merebahkan tubuh ke atas tilam. Rasanya sudah terlalu lama aku tidak lena di atas katil ini. Sejak empat hari lalu, disinilah aku menyambung mimpi. Dan kini Ain sudah kembali. Nampaknya comfoter lusuh itu lagilah yang akan menjadi temanku malam ini. Rasa berat untuk aku tidur di dalam bilik komputer kecil itu. sakit-sakit seluruh sendiku.. Kepala juga berdengung tiap kali bangun tidur. Tapi semua ini akan kulalui hingga hujung tahun ini saja. Selepas itu aku akan kembali ke alam nyata. Menjadi Hafizi Haiqel yang dulu!
Aku membersihkan diri. Mencuci seluruh tubuh hingga terasa segar. Melihat atas bibirku yang sudah mula ditumbuh roma-roma halus. Kumis nipis ini harus dibuang, atau dibiarkan saja? Seingat aku, aku tidak pernah membenarkan kumis ini tumbuh panjang. Rasanya tidak sesuai benar dengan wajahku. Tapi sejak pulang dari kampung tempohari, tidak sempat untuk aku membersihkannya.
Aku keluar dari bilik air. Seseorang sedang berdiri di hadapanku. Aku terkejut bukan kepalang.
"Err.. Ain rasa pening sangat...boleh Ain tidur di sini?"Dia bersuara perlahan. Memandangku tunak, namun sedikit kaget. Antara pandang tak pandang saja ke arahku yang hanya bertuala.
"Emm....dah nak masuk maghrib ni...tak baik tidur.."Aku membalas, menyedari
wajah Ain yang sedikit suram.
"Tapi Ain pening sangat..."
"Dah bagitahu mak?"Aku sedikit gusar dengan situasi tersebut. Dadaku berdegup kencang. Ain menjatuh tubuhnya ke atas tilam. Matanya tertutup rapat. Sesekali dahinya berkerut. Aku menjadi serba salah.
"Ain dah bagitahu mak?"Tanyaku serba salah. Ain menggeleng perlahan.
"Ain memang macam ni...cepat pening kalau berjalan jauh...Ain kena tidur dulu baru baik..."Suaranya semakin hilang. Rupanya migrain Ain sejak kecil dulu masa ada hingga kini. Aku mengeluh, merenung wajah halus itu.
"Masuk maghrib nanti tolong kejutkan Ain yea...."Aku tidak membalas, hanya memandang tubuh nya yang bersalut baju kurung itu. Rambut ikalnya mengurai di pipi. Aku mengalih pandangan. Cepat-cepat menyarung t-shirt ke badan. Lampu kecil tepi katil ku hidupkan. Selimut kutarik menutupi tubuh Ain.Ain berkalih, tanpa membuka mata. Perasaanku terusik. Wajah itu kutatap lagi. Ah....perasaan halus itu datang lagi!
Aku turun ke bawah mendapatkan mak yang sedang menghirup minuman.
"Ain tak berapa sihat Qel?"mak menegurku. Aku mengangguk lalu menarik kerusi.
"Tadi dia muntah-muntah"Hampir tersedak aku. Mak tersenyum memandangku.
"Muntah?....dia demam ke?"
"Tak pulak..badan tak panas pun. Muntah berisi agaknya..."Mak tersenyum lagi.
"Muntah berisi?"Aku kerut dahi. Tak faham maksud mak.
"Muntah ada isi..."Balas mak lagi. Aku cuba menangkap kata-kata mak tadi. Ish...apa mak merepek ni.. Sentuh pun tak, takkan dah berisi. Gila!
"Apa mak ni...melalut ke situ pulak.."Aku mendengus. Kalau lah dia tahu sampai sekarang aku tidak pernah tidur sebantal dengan Ain."Ain tu migrain agaknya. Lepas tidur nanti okey la tu...."
Aku teringat masa kecil-kecil dulu. Ain selalu muntah-muntah selepas mengadu pening kepala. Pergi cari cendawan kayu getah tumbang, dia pening. Cari pucuk ubi, buah letup-letup kat kebun atuk, dia pening. Berendam dalam sungai lama-lama pun dia pening. Memang selalu sangat dia diserang sakit kepala begitu. Sebab itu aku memang malas kalau nak ajak dia kemana-mana. Tapi Ain hendak ikut jugak. Langsung tak mahu berenggang dengan aku. Cuma bila aku masuk jawi, dan naik ke tingkatan tiga barulah Ain berubah laku. Jadi malu-malu. Waktu itu dia sudah mula mengenakan kain batik. Jalannya pun sudah tidak laju-laju. Senyumnya pada aku pun sudah teragak-agak.
"Mak ada hal nak cakap dengan Qel ni.."Mak mematikan lamunanku. Aku beralih memandang mak.
"Hal apa mak?"
"Pasal Ain..."Balas mak perlahan. Serta merta hatiku menjadi tidak keruan.
"Ain dah berhenti kerja kat kampung tu..."Aku mengerutkan dahi.
"Berhenti kerja? Kenapa nak berhenti kerja pulak....dah bagus-bagus kerja...."
"Abis, Qel nak suruh Ain duduk kat kampung, sementara Qel pulak kat sini? Nanti apa kata Pak Long. Sorang di utara, sorang di selatan. Lagipun Pak Long yang mintak Ain tu berhenti, biar duduk terus kat sini.."Mak merenungku lama.
Aku menarik nafas panjang.
"Mak dah tanyakan Ain tadi, kalau boleh dia nak cari kerja kat sini. Tak kisah la kerja apa pun.. sementara korang tak ada anak lagi ni..."Aku telan liur mendengar perkataan 'anak' itu. Akan sampai ke tahap itu ke?
"Qel tolong-tolong la carikan. Qel kan ramai kawan "Sambung mak lagi.
Aku diam tidak bersuara. Mengunyah popia ayam perlahan-lahan.
"Emmm....nantilah Qel tengok-tengokkan...."Balasku acuh tak acuh. Mak tersenyum mendengar kata-kataku. Menghirup air dengan penuh nikmat.
Aku masuk ke bilik semula bila suara azan sayup-sayup berkumandang dari
surau Taman Gasing Indah. Mendekati Ain yang masih lena. Perlahan bahunya kusentuh. Sedikit goncangan, Ain terus membuka mata. Dia bangun lalu membetul-betulkan pakaiannya.
"Pening lagi ke Ain?"Dia menggeleng. Aku menoleh ke tepi katil.
Sebuah beg besar terletak disitu. Serta merta ingatanku terlontar kepada peristiwa tengahari tadi. Terasa lidah ku ringan ingin bertanyakan lelaki yang menghantarnya tadi. Tetapi seketika pula kata-kata Ain terngiang-ngiang di telinga "Lepas ini kita jadi diri masing-masing. Qel jangan tanya kisah Ain, dah Ain takkan tanya kisah hidup Qel" Hasratku terbantut. Segera aku berpaling darinya.
"Qel nak kemana?"Suara lemah Ain kedengaran. Aku menoleh kepadanya kembali. Mata Ain merenung tunak ke arahku.
"Er...Qel nak pergi solat..."Balasku perlahan.
"Kenapa tak solat di sini?"Dia bangun menghampiriku. Aku tidak tahu kenapa Ain tiba-tiba menjadi lunak terhadapku. Sejak pertemuan di kedai kek tempohari aku dapat rasakan dia seakan ingin kembali ke zaman silam lalu. Bebas berbicara denganku, tanpa di baluti apa-apa perasaan. Dia telah menjadi dirinya yang dulu. Mungkin selepas perjanjian hari itu, dia merasa lebih selesa untuk berbual denganku. Lebih terbuka.
"Solat sajalah disini. Emm... lama rasanya kita tak berjemaah macam dulu..."Dia tersenyum nipis, berdiri betul-betul dihadapanku. Aku tersenyum sama.
Dadaku tiba-tiba menjadi ngilu.
******************************************
Genggaman hangat di jemariku terasa semakin erat. Aku menoleh ke sisi. Serena terlentok di bahu dengan mata terpejam rapat. Sesekali terdengar helaan nafasnya yang teratur. Aku memerhatikan sekeliling. Orang ramai yang tadi berceratuk depan mata sudah semakin berkurangan. Mungkin masing-masing sudah berlepas ke destinasi yang dituju. Sesekali aku melihat jam di tangan. Mengalihkan pandangan seketika, melihat rintik-rintik hujan yang merembes di permukaan cermin. Dari balai pelepasan, aku dapat melihat cahaya lampu samar-samar di luar landasan. Sesekali pancaran kilat di dada langit menyilau pandangan. Aku melepaskan genggaman tangan. Gadis itu mula bergerak-gerak sebelum mendongak memandangku.
"You sejuk ke, nak I ambilkan coffee?"Aku bersuara di hujung telinga. Serina mengukir senyum, mengirai-ngirai rambut yang jatuh di bahu.
"I rasa macam nak tidur sampai esok pagi.."Dia mengeliat, meluruskan tangannya ke depan. Aku memerhati cuma." Sejuk-sejuk macam ni kalau dapat tidur kan best!"
"Nanti dalam flight you boleh tidur puas-puas..."Serena ketawa.
"Dah lama I tak travel, rasa nervous pulak kali ni..."Dia melemparkan pandangan ke dinding kaca.
"Nak I teman?"
"Emm...you jual mahal....I ajak pun tak nak. Bukan tak boleh apply cuti...kalau tak boleh you jumpa daddy.."Dia kembali memandangku. Aku hanya tersengih.
"Kali ni you cuti la puas-puas, I tak ganggu...tapi ingat....don't say anything to your daddy about us...about me..."Serena bungkam.
"Kenapa....you tak suka ya..."Mata bundarnya mengecil. Ditatapnya wajahku sungguh-sungguh.
"I have no idea...bukan tak suka...tapi macam yang I cakap dulu, belum sampai masanya...I tak nak daddy you tahu apa-apa pasal kita..."Serena menarik muka.
"Emmm...okey la...you dah cakap macam tu I tak boleh buat apa-apa...tapi.. you ingat tau....jangan lupa contact I" Kembali tanganku digenggamnya.
" Nanti sampai sana I'll give you a call, but I tak sure lagi nak stay mana....maybe I tinggal dengan cousin I saja...sebab daddy pun selalu tak ada dirumah..."
Dia mengangkat begnya. "I boleh hantar you sampai sini saja..." Aku memerhatikan raut wajahnya. Serena mengangguk perlahan. Memerhatikan orang ramai yang beratur untuk pemeriksaan.
"Ticket you mana?"Serena menepuk-nepuk begnya.
"You take care ok...don't be naughty sangat...jangan layan girls yang nak tackle you tau.."Aku ketawa mendengar kata-kata Serina.
"Dan you....jangan nak me'nakle' mat saleh kat sana pulak..."Serena ketawa sama.. Menggenggam tanganku erat-erat sebelum melepaskannya.
Dia berpaling, menapak perlahan-lahan kemudian menoleh kembali kepadaku. Aku melambai kepadanya sehingga kelibatnya hilang menuruni escalator. Hujan masih renyai-renyai sewaktu aku memasuki kereta. Tetapi malam yang larut itu agak lengang apalagi ketika melalui sepanjang jalan ke pusat Bandar. Radio ku pasang sedikit kuat agar mengatasi deru hujan di luar sana. Suara lunak Siti Nurhaliza dengan irama Kurik Kendinya memecah kedinginan malam itu. Aku teringatkan Serina. Membayangkan keadaan dia saat itu. Mungkin dia sudah lena dibuai mimpi atau mungkin dia masih mengenangkan pertemuan hari ini. Atau tidak pun dia sudah membayangkan keriangan cutinya untuk esok hari dan seterusnya. Akhirnya aku juga yang ditinggal sendiri. Serina menghabiskan hari-hari indahnya di luar sana. Dan aku mengharungi hari-hari kosongku di sini. Bersama seorang wanita bergelar isteri. Isteri yang tidak pernah kutakluki di malam-malam dingin seperti ini. Aku tersenyum nipis. Menggelengkan kepala bila bayangan itu menerjah di kepala.
Sampai di muka pintu rumah, jam menunjukkan angka 11.30. Malam ini aku harus tidur awal. Awal pagi esok aku harus menemai Dato menjengah ke tapak pembinaan. Malam pula satu keraian akan diadakan di rumah Dato. Kerana suksesnya pertemuan tempohari dengan usahawan Sarawak maka keraian ini diadakan sebagai tanda kesyukuran. Dan aku adalah antara manusia yang wajib untuk datang. Kalau Serina ada tentu dia boleh menemani. Malam esok seharusnya aku jadi bujang kembali.
Aku membuka pintu perlahan-lahan. Dan bagai tersentak dadaku menangkap sepasang mata yang kaget memandangku. Langkahku mati.
"Err...."Suaraku tidak keluar.
"Ingatkan Qel balik lewat!"Ain buru-buru menutup tubuhnya dengan apa saja yang sempat dicapai. Dan tuala kecil itu masih tidak mampu menutup tubuhnya yang terdedah.
"Emm...Qel ingat nak tidur...er.. tapi takpe lah..."Aku mencari-cari kunci bilik komputerku.
"Ain minta maaf..."Aku menggeleng. Sepatutnya aku yang harus minta maaf. Masuk tanpa diundang.
"Qel cari kunci ker....tak salah ada dalam pasu meja tu..."Ain kelihatan tidak keruan. Dia tidak tahu sebenarnya aku yang lebih-lebih lagi tidak keruan. Bagai nak pecah dadaku menahan debar. Entah debar apa.
Aku mencapai kunci lalu gesa-gesa membuka pintu bilik komputer. Sebaik pintu ditutup terus kurebahkan tubuh atas comfoter. Menghela nafas sepanjang yang boleh sambil mata menatap syiling. Seketika aku menggeleng. Pemandangan tadi amat mengocak perasaanku. Entah apa yang aku rasa. Bercampur baur. Aku terbayangkan bagaimana sebentar tadi kulihat rambut ikalnya dilepaskan ke bahu. Dan bagaimana dia tergesa-gesa menarik tuala menutupi baju tidur nipisnya. Dan bagaimana kerut wajahnya tatkala aku memandangnya. Dan mata ini seakan tidak mahu bergerak. Mata lelakiku.
Aku menarik selimut menutupi separuh badan. Cuba mengurangi kedinginan. Rintik-rintik hujan masih kedengaran di luar sana. Aku menarik nafas dalam-dalam. Membayangkan wajah Ain. Ya Allah, kuatkanlah imanku!
Bersambung....
Posted by keristamingsari at 1:05 AM 0 comments
Kumilikmu (Part 5)
Bahang matahari terasa hangat menjamah kulit pipi. Aku membuka mata. Cahaya matahari yang menerobos dari celah tingkap jatuh tepat di wajahku. Pukul berapa dah ni? Aku mengeliat, membetulkan urat-urat sendi. Memandang sekeliling. Aku tertidur di sofa rupanya. Semalam, selepas makan ketam, aku pekena sebatang rokok. Tidak sedar bila masa pula aku tertidur di sofa.
Suasana sunyi. Hanya terdengar alunan muzik lembut dari arah dapur. Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 9.30. Terlepas subuh lagi! Dengusku lalu bangun, melangkah perlahan ke dapur. Aku melihat seseorang sedang membelakangi aku. Rambut ikalnya beralun-alun ditiup angin pagi. Menyedari ada yang berdiri di belakangnya, dia menoleh. Rona merah serta merta terlihat di wajahnya.
"Mak kemana Ain?"Tanyaku perlahan
"Mak ke pasar, bang..."Abang? Terasa janggal pada pendengaranku. Kali pertama dia memanggil aku dengan nama itu. Aku menarik kerusi. Duduk termangu sambil memandang jemarinya yang sedang membancuh minuman. Jemarinya yang putih itu.
"Abang nak minum?"Aku menggeleng. Gosok gigi pun belum. Getus hatiku. Aku lihat Ain seperti serba salah. Mungkin dia sedar aku sedang memerhatikannya . Aku sendiri tidak tahu apa yang aku inginkan saat itu. Tiba-tiba aku terasa seperti ingin melihatnya, mungkin ingin berbual sesuatu.
Sepi seketika. Aku merenung corak bunga-bunga kecil pada alas meja sambil cuba menyusun kata-kata. Tiba-tiba aku rasakan betapa kesunyian ini mendatangkan satu perasaan yang aneh dalam diri aku.
"Dah lama ke mak pergi?" Tanyaku lagi. Ain mendekati aku. Meletakkan kole di atas meja.. Asap nipis naik ke permukaan, berlegar-legar sebelum hilang di bawa angin.
"Mak keluar pukul 8 tadi. Kejap lagi balik le tu agaknya...." Suaranya bergetar, jelas kegugupan.. Aku mengangguk, kemudian bingkas bangun kerana aku sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak aku perkatakan. Sebenarnya aku tidak mahu akhirnya dia juga sedar akan kegugupanku.
Aku meninggalkan Ain lalu masuk ke bilik. Suasana sudah berkemas dan sedikit berubah. Cadar dan langsir telah di tukar warna. Lebih lembut. Sejambak bunga dalam pasu kecil juga diletakkan di hujung kepala katil. Bila masa pula Ain beli bunga-bunga ni semua. Aku memerhatikan sekeliling. Dah macam bilik perempuan dah bilik aku. Tak nampak 'bujang' langsung!
Seketika pandanganku beralih ke potret besar ku yang tergantung di kepala katil. Gambar semasa aku menerima Ijazah setahun yang lalu. Juga gambar-gambar kecil semasa aku berada di sana. Semuanya tampak ceria. Aku mengeluh. Bila agaknya aku akan ceria seperti dulu-dulu?
Selesai mandi, aku turun ke bawah. Aku lihat Mak sedang memunggah barang-barang keluar dari plastik besar.
"Banyak beli barang mak?"Tegurku sebaik mendekatinya. Emak tersenyum memandangku.
"Iya la.. dulu berdua.. sekarang bertiga.... kejap lagi berempat..."Balasnya.
"Ish mak ni... apa berempat pulak" Gerutuku sambil menarik kerusi. Sarapan sudah siap terhidang. Nasi goreng yang masih berasap membangkit selera. Aku mengambil pinggan.
"Tak ajak Ain makan sekali?"Tanya mak.
"Emmm..... mak ajak lah"Balasku perlahan. Mak menarik muka, tetapi seketika wajahnya kembali ceria bila melihat Ain keluar sambil menatang mangkuk.
"Ain masak apa lagi ni... banyak sangat dah ni..."Mak menyambut mangkuk lalu diletakkan di hadapanku. Emm... kuew tiow goreng kerang.... Sedap jugak tuh!
" Ain saja masak lebih mak... takut tengahari nanti tak sempat pulak nak masak.." Ain menarik kerusi di sebelahku.
"Kalau nak pergi tu cepat sikit. Hari ni Sabtu, bank setengah hari je..."Mak bersuara. Aku pandang wajah mak, kemudian beralih ke Ain.
"Nanti mintak Qel hantarkan.."Mak memandangku. Aku mengerutkan dahi.
"Takpe la mak... Ain naik teksi je.."
"Ish... apa naik teksi pulak. Qel boleh hantarkan. Dia bukannya kerja pun hari ni..." Sanggah mak.
"Ain nak kemana?"Aku menyampuk
"Dia nak ke bank.."Balas mak pantas. Ish mak nie... biarlah Ain yang jawab. Aku suka tengok muka dia yang takut-takut tu.
"Nak keluarkan duit?" Tanyaku lagi. Ain mengangguk, memandang tepat wajahku.
"Nak masukkan duit untuk Farhana.."Jelasnya lagi. Aku mengerutkan dahi
"Emm.. tak payah cakap dengan si Haiqel ni... bukannya dia tahu pun... nama je sedara... si Farhana tu dah 2 tahun duduk di asrama bukannya dia tahu...." Pintas mak. Mak ni... mula nak mengenakan aku le tu. Aku menunduk, cuba membayangkan wajah Farhana. Tak silap aku Farhana adik Ain yang ke 3. Manalah aku nak tahu sangat, seingat aku waktu aku berangkat ke UK dulu budak tu masih kecil lagi. Masih hingusan.
"Tak per la.. biar Qel hantarkan..." Aku tahu kalau aku membantah pun, mak akan berkeras. Jadi biarlah aku mengalah awal-awal.
"Ha, Ain.... lepas sarapan tu, bersiap la cepat..." Gesa mak lagi Aku kerling mak. Ish mak ni... biarlah dia makan dulu. Duduk lama-lama di sebelah aku. Aku baru nak tengok matanya yang bulat itu.
Ain menghabiskan suapan yang terakhir, sebelum meminta izin untuk naik ke atas. Aku hanya memerhatikan saja langkahnya satu persatu hingga hilang dari pandangan.
"Lepas pergi bank nanti, Qel tolong hantarkan baju-baju nie yea.."Mak bersuara tiba-tiba sambil meletakkan beg kertas. Mematikan pandanganku.
"Hantar ke mana pulak mak?"
"Kau ni Qel.. macam tak biasa pulak... hantar ke kedai Puan Aisyah la... mana lagi "Balas mak menjeling ke arahku.
"Lepas tu...."
"Ish mak nie... banyak sangat...
"Hai... tolong pun tak boleh ?" Aku mengeluh.
"Bukan tak nak tolong.... tapi tunggulah petang sikit. Lepas hantar Ain balik nanti Qel pergi lah hantar baju-baju tu."Aku memuncungkan mulut.
"Laa.. hantarlah sekali terus. Tak payah nak ulang alik-ulang alik. Kan membazir masa nanti. " Bantah Mak lagi.
Aku mendengus. Sebenarnya aku tak mahu berlama-lama sangat dengan Ain nanti. Aku tak tahu nak layan dia macamana.
"Mak dah kirim Ain beli barang rumah ni... nanti Qel bawaklah dia pergi mana-mana pasaraya..."
"Tadi kan mak dah pergi pasar..."
"Itu lain....
"Tak sama ker..."
"Itu pasar jual sayur, ikan.. daging... ni mak nak suruh dia beli bedak... tisu..."
"Iyalah.. iyalah... nanti orang pergilah..."Balasku malas. Malas nak membantah cakap mak. Kalau dia dah membebel panjang silap-silap semua rahsia aku diceritakan pada Ain nanti.
Aku kembali menyuap. Seketika aku menoleh ke arah tangga. Ain kelihatan melangkah penuh hati-hati. Wajahnya berubah kini. Seluar jeans dan blouse panjang menyerlahkan kelangsingan tubuhnya. Tudungnya rapi, dan solekan tipis saja sudah cukup menambah keaslian wajahnya. Ain memandang emak sambil tersenyum. Dan bila renungannya beralih kepadaku, aku cepat-cepat menukar pandangan. Ah... lesung pipitnya itu!
"Ha, Qel.. Ain dah siap tu..... tak abis sarap lagi?"Mak menegurku.
Aku terus bangun setelah menghabiskan suapan yang terakhir.
"Biar Qel salin seluar dulu la..." Aku naik ke atas meninggalkan mereka berdua. Masuk ke bilik dan memerhatikan wajahku di cermin seketika. Melihat rambutku yang jatuh di dahi. Bagaimana agaknya pandangan Ain terhadapku? Sukakah dia melihat wajahku ini? Tidaklah terlalu tampan, tapi cukup lah untuk mengegarkan perasaan gadis-gadis di luar sana. He.. he.. terperasan pula aku sekejap. Tapi takpe la.. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.
Selepas menyelesaikan urusan bank, dan membeli barang-barang yang dipesan mak, aku membawa Ain singgah ke butik Puan Aisyah. Wanita separuh umur yang berbadan gempal itu tersenyum girang bila melihatku.
"Lama tak datang, Qel?"Tegur Puan Aisyah sambil tangannya mengenggam erat jemariku.
"Dua minggu ni balik kampung, auntie.."Balasku, tersenyum sama sambil menghulurkan beg kertas berisi pakaian siap.
"Ada kenduri kahwin ye?"Berderau aku mendengar perkataan 'kahwin'.
"Siapa ni?"Renungan Puan Aisyah beralih kepada Ain.
"Ni sepupu Qel... Ain Fathihah"Ain menyalami Puan Aisyah.
"Tak pernah nampak pun.... baru sampai dari kampung ya?"Puan Aisyah memandang Ain penuh minat. Ain mengangguk sambil tersenyum.
"Cantik!... macam Qel irasnya..."Aku terdiam seketika. Merenung Ain lama.
"Dah namanya pun sepupu, Auntie.."Balasku kemudian. Puan Aisyah menarik Ain lebih dekat.
"Ain buat apa kat KL?"Aku kerling Puan Aisyah. Banyak tanya pulak orang tua ni. Kalau dibiarkan, makin panjanglah boraknya nanti.
"Emm... Ain tengah cuti.. saja datang KL tengok-tengok Mak Ngah.."Aku senyum pada Ain. Berterima kasih kerana tidak mendedahkan perkara sebenar.
"Ooo... kalau gitu bolehlah tengok-tengok kain auntie ni... ni ha kain sutera ni sesuai sangat dengan Ain..."Aku tersengih. Dia dah mula dah...
"Qel.... ambik la satu untuk Ain.."Puan Aisyah menyinggul lenganku.
"Eh.. takper lah... auntie... lain kali je. Nanti bila senang Qel bawa Ain datang lagi. Lagipun Ain pun cuti panjang ni.." Aku tarik tangan Ain.
"Emm.. apa cepat sangat.. marilah minum dulu... auntie ada beli kuih ni.."
"Terima kasih la auntie... kami dah nak balik ni... nanti senang-senang Qel datang agi... auntie ada baju yang nak ditempah lagi ker.."Aku mengalih topik, melihat Ain yang tampak tertarik dengan kain-kain ela yang canti-cantik tergantung di butik itu.
"Emm... rasanya tak ada la Qel. Ada 2-3 tempahan, tapi pekerja auntie boleh siapkan. Nanti kalau ada banyak tempahan, auntie hantar sendiri ke rumah..." Puan Aisyah mengenggam tangan Ain.
"Nanti kalau datang sini lagi jangan lupa singgah kedai auntie.. ya.."Bahu Ain ditepuk-tepuk. . Ain tersenyum mengangguk.
Setelah bersalaman, kami beredar dari butik Puan Aisyah. Aku lihat dia berdiri di tepi pintu sambil tersenyum melambai kepada Ain. Aku menggeleng.
"Auntie Aisyah tu tak ada anak perempuan. Anak perempuan dia meninggal masa kecil. Sebab tu dia suka sangat bila jumpa Ain tadi. "Jelasku tanpa dipinta.
"Kesian..." Ain mengeluh. "Tapi dia nampak ceria je tadi..."
"Peristiwa ni dah lama. Buat apa nak diingat lagi. Lagipun anak lelaki dia akan berkahwin tak lama lagi. Dapat la menantu perempuan." Balasku, memandang Ain sekilas. Aku lihat Ain hanya menunduk. Jalannya pun jauh-jauh dari aku.
"Kita minum dulu?"Kataku sebaik terlihat kedai kek di hadapan. Aku masuk ke dalam dan mencari sudut yang agak selesa. Ain menurutiku. Perlahan2 dia duduk dihadapanku. Wajahnya sedikit gusar, mungkin terkejut dengan tindakanku. Aku rasa inilah kesempatan untuk aku bersemuka dengan dia. Aku nekad untuk meluahkan segala apa yang aku rasa walaupun dadaku terasa bagai nak pecah menahan debar.
"Kita order dulu, Ain nak minum apa?" Aku menggamit seorang pelayan. Gadis comel yang bertocang dua itu tersenyum menghampiri aku. Tocang kudanya terlihat beralun-alun mengikut gerak langkah.
"Ain nak minum apa?"Ain mendongak, menatap wajahku.
"Em... apa-apa saja" Balasnya perlahan lalu tersenyum pada gadis comel itu.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Seketika membiarkan gadis comel berlalu setelah menerima pesanan. Otakku berputar ligat mencari kata-kata.
"Kita perlu selesaikan perkara ini secepat mungkin, Ain" Aku memulakan bicara. Kali pertama aku rasakan aku betul-betul bertentang mata dengannya.
"Ain tahu kan apa yang telah berlaku pada kita?"
"Ain tahu, dan Ain sedar semua yang berlaku." Ain bersuara, mendatar tapi tegas. Seketika dia melemparkan pandangan ke luar. Melalui cermin, kesibukan lalu lintas jelas kelihatan. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Menoleh kembali kepadaku.
"Pertama kali, Ain ucapkan terima kasih pada Qel.."Dia terhenti seketika." Kerana telah menjadi hero dalam keluarga Ain."
Aku kertap bibir. Terasa bahang panas meruap naik ke muka.
"Anggaplah itu pengorbanan Qel pada ayah... bukan pada Ain "Dia tersenyum sinis. Aku dapat rasakan betapa dia juga terlalu ingin melepaskan segala gelodakan hatinya.
"Kita bersaudara Ain.... sampai bila-bila. Rasanya susah bagi Qel untuk merubah ikatan itu. Sampai sekarang pun Qel rasa seperti bermimpi..." Aku
mengeluh. "Kita ada cara hidup masing-masing.... dan tiba-tiba kita
terpaksa ubah semuanya... dalam sekelip mata..."
"Ain minta maaf kerana mengganggu hidup Qel.... tapi Ain tak pernah menyangka ini semua berlaku. Jangan Qel ingat Ain inginkan semua ini..." Dia kembali melemparkan pandangan keluar dengan mata yang berkaca.
"Qel tak tahu samada Qel ikhlas atau tak dalam perkara ini. Cuma Qel nak Ain tahu yang Qel masih belum bersedia untuk semua ini." Ain mengangguk. Air jernih di kelopak mata disekanya.
"Sebenarnya... Ain nak ucapkan terima kasih pada Qel... kerana telah menyelamatkan maruah keluarga Ain.... walaupun ia amat pahit sekali."Aku diam.
"Kita tak bersalah.... kita adalah mangsa keadaan.... tapi Ain rasa Ain patut lebih bertanggungjawab.. kerana semuanya berpunca dari Ain..... Ain rela terima kalau kita memang tidak boleh bersama... tapi..." Ain terhenti bila gadis comel datang menghantar minuman.
"Cuma apa Ain?"Tanyaku sebaik gadis comel berlalu.
"Cuma... janganlah buat masa ini.... paling tidak pun tunggulah sampai hujung tahun ini. Ain tak mahu ayah terkejut nanti..."
"Emm... Qel tak bermaksud hendak berpisah......" Aku melepaskan keluhan.
Terbayang wajah Pak Long yang sentiasa sejuk itu. Sanggupkah aku mengkhianatinya?
"Ain tahu.... tapi kalau memang takdir kita tak boleh bersama,.... Ain terima. Kalau kita teruskan mungkin akan menyeksa diri masing-masing."
"Qel minta maaf..."
"Ain juga minta maaf.... rasanya ini saja yang mampu kita lakukan. Selepas ini biarlah kita jadi diri masing-masing...." Dia merenungku, tersenyum.
"Ain takkan tanya kisah hidup Qel... dan Qel takkan ungkit kisah hidup Ain..." Aku mengangguk, merenung minuman yang tidak terusik.
Sepi seketika.
"Emm... Qel boleh tolong tak?"
"Tolong.... tolong apa?" Aku mengerutkan dahi.
"Tolong hantar Ain ke Puduraya. Ain nak balik kampung esok!
Posted by keristamingsari at 1:01 AM 0 comments
Thursday, June 26, 2008
Sembahyang Dhuha
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah
sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan
keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
"Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir,
dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat
awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan
" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Pada tiap-tiap
pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah
(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda
Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan
." Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa
yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya
walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW
berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina
akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di
waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan
panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat
yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan
lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil
yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang
menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada
orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan
nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan
barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari
tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada
orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas
rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan
malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan
Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik
daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat At-Thabarani ).
Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah.
Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan
insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja
terus mengerjakan sembahyang Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat
kerana Allah Taala "
Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:
Cara1 Cara2 Cara3
Rakaat 1 Al-Syamsy Al Dhuha Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Al-Laiil An Nasr Al-Iklas 11X
Doa sembahyang Dhuha ialah:
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah
kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas
langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika
ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha,
Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu
yang saleh ."
Posted by keristamingsari at 12:30 AM 0 comments
Saturday, June 21, 2008
KUMILIKMU ( PART 4)
" Qel! kau kemana semalam?" Tepukan di bahu mengejutkan ku. Aku pandang
Faizal, lelaki terlajak yang aku rasa agak hensem juga..tapi...tetap tak
dpt menandingi aku.
" Aku sambung cuti..." Balasku lemah.
" Aku dengar sepupu kau kawin...awat ko pulak yang cuti lebih-lebih.." Aku
tersengih.
" Aku kontrak......cuci periuk..." Faizal ketawa terkikih. Gelihati benar
la tu..
" Dato' cari jugak......"
" Pasal pelan tu?" Faizal mengangguk
" Tapi kau jangan risau....semua dah settle...aku dah tolong proceed" Dia
menepuk bahuku.
" Thanks ha....aku tahu ko mesti tolong punya...."
" Biasa la aku.....aku rasa minggu depan mesti confirm...lepas tue.. makan
free lagi la kita..." Aku ketawa sama. Projek masuk, duit masuk..makan free
pun masuk.
" Malam ni kau nak pergi tak?"
Aku kerutkan dahi. " Pergi mana?"
" Kau lupa ke?.....anniversary Latiff dan Wani.."
" Emmm..."Aku gigit bibir. " Yang pertama?....aku lupa plak..."
" Aku pergi, gerenti punya. Kau ajak la Serena"
Aku terpempam. Serena! Aduuh...dah seminggu aku tak jumpa dia. Kemana dia
pergi. Lari lagi? Cepat-cepat aku capai telepon bimbit.
“ Hello....Reen?"
" Qel?.." Talian putus. Aku hampa. Merajuk lagi kah gadis itu.
Seketika, telepon berbunyi.
" Qel...you pergi mana ni....I miss sgt kat you nie. ..." Aku tersenyum
lebar.
Aku pun merinduimu!
**********************************
" Cepat Qel balik ari nie?" Mak terjengol depan pintu waktu aku membuka
kasut.
"Qel ada dinner malam ni, mak!" Wajah mak berkerut. Aku menyambut tangan
Mak lalu mengucupnya.
"Kenapa tak telefon awal2. Ain dah siap masak dah tu..." Mak mengekori aku
yang terus merebahkan tubuh ke sofa.
"Iye ke?" Balasku acuh tak acuh."Mak masak apa ari ni?"
"Mak tak masak....Ain yang siapkan semua...ketam masak lemak cili
padi...Qel kan suka..."
Emm....aku telan liur. Sedap tuh! Macam tahu-tahu pula aku suka benar
dengan masakan itu. Mesti Mak yang cerita. Tapi tidak juga. Mungkin Ain
masih ingat kenangan yang satu itu. Tiap kali nenek masak ketam, tiap kali
itulah Ain menjadi mangsaku. Kalau ketam tinggal 2 ekor...setengah akan ku
bagikan kepadanya... yang selebihnya masuk ke pingganku. Kalau nasib Ain
kurang baik sikit, aku akan simpan selebihnya di dalam gerobok nenek. Ku
tutup rapat-rapat dengan suratkhabar. Bila makan malam, aku akan keluarkan
kembali ketam-ketam ku itu. Dan Ain akan terkebil2 memandang aku makan
ketam sorang-sorang. Mana Qel dapat? Selalu dia tanya begitu. Dan aku hanya
tersengih-sengih sambil bersungguh2 memecahkan sepit ketam. Kalau Ain
merengek-rengek, baru la ku bahagikan. Itupun setelah nenek mula
meninggikan suara.
" Makan pun nak berebut..."Selalu nenek memarahi aku begitu. Tapi
esok-esok, nenek akan masak lagi.Dan hari ini Ain masakkan untuk aku pula.
Adakah bila memakannya, dia akan kembali mengingati semua itu?
Mak meninggalkan aku, meneruskan kerjanya di dapur. Mataku melingas.
Mencari kelibat seseorang. Rasanya sejak balik ke KL semalam, tidak banyak
perkara yang aku bualkan. Cuma mak saja yang rajin bercerita. Dan Ain
kulihat amat mesra dengan Mak. Dan aku tahu, hati mak juga cukup gembira
bermenantukan gadis itu. Aku? Entah la...aku sendiri tidak tahu perasaanku
saat ini. Bagaimana aku harus memperlakukan diriku. Mesra? dingin? Atau
tegas? atau entah apa-apa... Kadang-kadang aku fikir biarlah aku menjadi
bisu saja. Tak payah la aku susah-susah menyusun ayat. Dan dia juga tidak
akan fikir yang bukan2 kiranya aku langsung tidak berbicara dengannya.
Rasanya selepas 4 tahun Kebisuan bertamu, ketaranya semakin terserlah setelah terjadinya ikatan ini. Ikatan yang aku sendiri tidak pernah membayangkan!
Aku terdengar suara Mak berbual dengan seseorang. Mungkin dengan Ain (siapa
lagi?). Cepat-cepat aku menapak ke tangga, mendakinya satu persatu. Sempat
juga mengerling sekilas ke arah dapur, kalau2 ada kelibatnya.
Em..apala yang aku nak tengok sangat ni???...Aku menggeleng.
Pukul 8.15, selepas sembahyang Isyak, aku mencapai kunci kereta. Mak sedang
menanti, di tepi pintu, seperti biasa tiap kali aku ingin ke mana-mana.
Wajahnya tenang, senyum terukir dan dia memandangku tunak.
" Qel tak makan langsung?" Tegurnya. Aku menggeleng, menyedari seseorang
sedang hampir kepadaku. Aku menoleh. Ain, yang cantik... rambut ikal..tapi
pakaiannya..masih seperti itu....kain batik..t-shirt labuh...
" Mak dah makan?...Mak makan dgn Ain je la ye...Qel tak tahu balik pukul
berapa.." Balasku perlahan." Tak payah la tunggu."
Mak mencubit lenganku, berbisik perlahan di hujung telingaku. " Kenapa tak
bawak Ain sekali?"
"Issh...mak nie..mana boleh?"
"Kenapa tak boleh...ajak aje la.."Aku menggeleng.
"Tak boleh mak....Qel dah janji dengan kawan..."
"Dengan siapa...."Mak tak puas hati.
"Dengan...er...Faizal....budak opis Qel tu.."Aku menguatkan suara.
Aku melihat jam. Mungkin Serena sedang menungguku. Mungkin dia berdandan
rapi, seperti selalu. Dan dia akan menjadi perhatian...setiap
mata...termasuk aku.
" Jangan balik malam sangat Qel..." Mak mengingatkan. Aku angguk.
Tak tahu sama ada mak melihat atau tidak anggukanku itu. Aku menjeling Ain.
Dia tidak memandangku. Dan langsung tidak bersuara. Hanya jemarinya saja yg
bergerak2 memintal hujung baju. Jarinya yang putih itu.
Aku menghidupkan enjin kereta. Seketika, mataku bagai ditarik untuk melihat
Ain. Pandangan bertemu. Renungan yang redup, serta merta aku resah. Entah
apa-apa saja perasaan ku saat itu.
Malam itu malam yang indah. Walaupun tidak seindah malam2 sebelumnya.(
malam-malam sebelum aku hilang status bujang ) tetapi aku sedaya yang boleh
melupakan apa yang aku alami beberapa hari yang lalu. Walau untuk sekejap
waktu. Kalau ditakdirkan aku hilang ingatan untuk satu malam itu, pun aku
rela. Biar aku tidak pernah ingat mimpi ngeri itu. Menjadi seorang suami,
memiliki seorang isteri yang terang-terang tidak pernah mencintai aku. Dia
tidak mencintai aku. Aku tahu. Tetapi kenapa dia ditakdirkan untukku??
"Qel....." Suara lembut di hujung telinga.
"You ni...senyap..jer.."Serena menghulurkan gelas. "You tak suka I pakai
macam ni ker.."
"No, no.. I suka...you cantik!"Aku tersenyum memandangnya. Susuk tubuhnya
yang langsing itu amat sesuai dengan dress labuh hitam yang agak sendat.
Aku membayangkan andai Ain berpakaian begitu. Akan jatuh hatikah aku? Jatuh
hati... atau... jatuh nafsu? ..Emm..rasanya tidak..aku bukan jenis begitu.
"Qel....., you tak nak makan ...dari tadi asyik minum aje...tak lapar ke?:"
Kembali aku memandang Serena. Pautan di lenganku terasa kejap.
" You tak lapar ke, honey...." Suaranya semakin lembut. Issh.... anak dara
nie! Jangan la terlalu menggoda. Aku bukannya kuat iman sangat.
" Okey, Qel temankan you..." Aku menarik tangannya.
" You tak makan sekali?"
" Makan....I makan sikit2"
" You on diet ke, honey...." Serena mencapai piring kecil.
" A'ha....I kena diet...perut I dah boroi..."
" Boroi?"
" A'ha...boroi.."
" Boroi tu apa?"
" Boroi tu....macam perut..ha...tu..mcm perut Latiff."Aku memuncungkan
bibir ke arah Latif yang rancak melayan tetamu. Serena ketawa.
" Hei..you kan sporty...mana ada boroi....I tengok okey je.."
" I kena maintain...takut dah kawin nanti I jadi macam Latif tu..." Aku
menepuk2 perut.
" You dah nak kawin ke....dah ada plan?"Aku termenung seketika.Wajah Serena
kurenung dalam-dalam. Satu keluhan ku lepaskan.
" Emm.....just forget about it!"Aku akhirnya bersuara. Serena memandangku
lama.
" Why Qel... seems like you dont want to talk about it further..." Aku
geleng kepala.
" I just wanna to know it. Is there any plans...or..is there someone
behind..." Aku terus tarik tangan Serena.
"You nak makan apa...biar I ambilkan.."Balasku sambil memasukkan beberapa
potong kuih ke atas piring.
" Answer me, please.."Serena menarikku agar berpaling kepadanya.
" Serena...I rasa I tak mahu discuss tentang hal ni, I'm not ready
yet....at all.
"Bisikku lembut di hujung telinganya. Serena senyum.
"Really?...but..I'm ready..."
Mataku membesar."Jangan nak bergurau la.."
"Qel....I cakap serius...I tunggu you. Do you love me, don’t you?"
Bibirnya menguntum senyum. Aku terpana.
"I tak suruh you tenung I.....I minta you jawab..." Matanya bercahaya. Aku
menarik nafas. Terasa sesak tiba-tiba.
"You tahu kan perasaan I pada you...." Akhirnya aku bersuara. Serena
menggeleng.
"But you didnt say it before. Never!"
"Iye ke?" AKu pura-pura terkejut. Serena ketawa kecil.
"I rasa, tak perlu I ucapkan...."
" Tapi I nak dengar...I suka kalau you cakap..."
" I akan cakap satu hari nanti..."
"Bila..."
Aku kertap bibir. "Emm...bila I lamar you nanti..." Mata Serena membulat.
Senyum tak putus2 terukir di bibir mulusnya. Aku hanya mampu memandang.
Adakah kata2 akhirku itu benar2 lahir dari hati, atau sekadar untuk
mengambil hatinya?. Yang aku tahu, aku tidak mampu untuk menghampakan
Serena.Dan yang lebih penting, aku tidak mahu dia terus-terusan
membicarakan hal sedemikian.
Serena hanya mengambil beberapa potong kuih dah buah tembikai sebelum
menarikku duduk di satu sudut. Aku dapat rasakan anak matanya tidak lepas2
dari memandang wajahku.
" You pandang I macam nak makan..." Aku menegurnya.Sebenarnya aku resah
juga diperhatikan begitu.
" Actually......I rindu sangat kat you..." Dia bersuara perlahan.
" He..he..." Aku tersengih.
" I'll go to Paris next week..." Sambungnya.Aku mengerutkan dahi.
"Buat apa?" Wajah Serena menjadi muram.Dia membiarkan pertanyaanku berlalu.
"You nak menetap kat sana ke?"Suaraku bergetar.
"Tak......I nak jumpa daddy..I nak inform dia tentang kita.."
"Ha...."Aku telan air liur. "Tentang kita....maksud you?"
"Tentang kita....i kenal you...you kenal i....i sayang you ....you
sayang I ...that's enough. Daddy faham..."
"Then?"
"Then...it's up to you. I percaya daddy boleh terima..."
Aaggghhh.......! Mampus...Apa yang gadis ini akan lakukan. Cerita pasal aku
pada bapa dia. Kemudian bapa dia akan paksa aku kahwin dengan anaknya.
Gila.
" Daddy tak kisah I kawan dengan sesiapa. Cuma my mom je curios sikit. Tapi
I tak cerita lagi tentang you pada mummy.. " Bagus! Tak payah la cerita.
Tak perlu. Belum masanya.Otakku dah cukup tepu dah ni.
" Kalau you nak ikut sekali pun tak kisah...kita honeymoon sekali"
Honeymoon?..Gila! Belum nikah dah nak berbulan madu. Cukuplah sekali ke
Phuket dahulu. Aku tak sanggup menahan sesak nafas sepanjang masa bila
berhadapan dengan gadis keletah itu. Silap2 aku lemas.
" You nak ikut, tak?" Serena menyenggol lenganku.
" Emm...tak la...I tak ada cuti...lagipun projek company I tengah pending
sekarang. I kena follow up..."Balas ku, menyusun ayat sebaik mungkin." By
the way, ...bila you pergi?"
" Kan I cakap tadi next week.....flight on Saturday night. You hantar I
okey!"
Aku angguk beberapa kali.
" You tak balik kampung lagi, ker?" Ish, macam perli je bunyinya.
Teringat kampung, teringat Ain. Aku kerling jam tangan. Baru pukul 10.20.
Mesti Ain belum tidur. Agaknya dia tunggu aku. Tapi rasanya tidak. Mungkin
dia sudah tidur dulu. Mungkin baginya tak perlu menunggu seorang suami
seperti aku.
"I tak kisah you nak balik kampung. Tapi you bukannya nak bawa I sekali. I
teringin tau..."Bibir mongel Serena terus bersuara.Sudu yang dipegangnya
menari-nari di atas kuih, tetapi tak juga disuakan ke mulut.
"I bukan tak nak ajak, tapi....I tak sure la you tu...boleh ke stay kat
kampung I tu"
"Kenapa, ....kampung you tu teruk sangat ke?"Serena menoleh ke arahku.
"Tak la teruk.....tapi kalau setakat macam you, I rasa...jangankan sehari
dua, kalau dapat lepak kat sana 2-3 jam pun dah cukup baik..... "
"Emm...." Serena mengeluh.
"Then, kalau macam tu...you bawaklah I jumpa mother you..."
Opps! Aku cepat2 letak kembali gelas minuman. Hampir-hampir tersedak.
Bibirku membuahkan senyum. Tak pernah pulak terfikir dalam kepalaku untuk
membawa Serena menemui Mak. Aku rasa belum sampai ke tahap itu. Walaupun
satu hari nanti mungkin.Sementelah, dengan mak pun aku belum pernah
bercerita tentang Serena. Terbeliak agaknya Mak kalau aku bawa balik
Serena.Anak omputih sesat mana kau bawak ni Qel......Aku rasa itulah ayat
pertama yang akan keluar dari mulut Mak. Susah aku nak percaya Mak akan
terima Serena dengan senang hati.
"Bila?"
"Bila apa nya?"
"Bila nak bawa I jumpa mother you?"Aku telan liur. Tanganku sedari tadi
menguis-nguis rambut yang jatuh di dahi. Apa aku nak jawab ni. Takkan aku
nak kata 'ya' kemudian bawa dia jumpa Mak, sekaligus Ain.Gerenti perang
dunia ke tiga akan meletus. Takkan aku nak jadi negara berkecuali pula.
"I ikut cakap you. You nak I pakai baju kurung, I boleh pakai"Serena senyum
penuh yakin. Aku senyum juga, sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"Biar I pikir dulu.....I rasa sekarang bukan masa yang sesuai... tiba
masanya I akan bawa you....okey!"Aku genggam jemarinya.Serena diam, mungkin
agak kecewa. Tapi seketika kemudian bibirnya mengukir senyum, penuh makna.
Lewat 12 malam, aku menghantar Serena pulang. Dari jauh, ku perhatikan saja
langkah gadis itu satu persatu. Sekejap2 dia menoleh ke arahku, tersenyum
manis sambil mengangkat tangan. Ku perhatikan hingga tubuhnya hilang dari
pandangan barulah aku beredar.
Sepanjang jalan aku resah memikirkan. Apa kesudahan? Adakah aku telah
memberi harapan. Dan adakah Serena sendiri benar-benar mengharapkan? Suatu
masa dulu aku seakan pasti dialah yang akan kudampingi seumur hidup. Kerana
waktu itu aku tidak pernah memandang wanita lain selain dia. Dan kerana aku
bukanlah jenis yang semudah itu. Walaupun sememangnya aku belum pernah
melafazkan apa-apa kata azimat setakat ini, tapi hari ini aku seolah telah
memberi harapan. Sedangkan harapan aku sendiri kini tidak berapa pasti.
Teruskan hidup yang lalu? atau mulakan hidup yang kini?
Ain Fathihah! Kenapa tiba-tiba wujud gadis itu dalam hidupku? Wujud dah
terus hampir dalam diriku. Kenapa tiba-tiba aku jadi miliknya? Bagai mimpi.
Ya.... aku rasa hidupku kini bagai mimpi. Kenapa mimpiku seburuk ini?
Bagaimana aku harus hidup dengan gadis yang mungkin tidak pernah dan tak
akan mencintai aku. Ahh....bodohnya aku sekarang....tak tahu nak berfikir
bagaimana.
Ain Fathihah, adakah dia nanar seperti aku. Tiba-tiba menjadi suri seorang
lelaki yang tidak pernah dia bayangkan. Meranakah dia dengan suratan ini?
Atau, dia masih kukuh ingatan pada lelaki yang telah menconteng arang
itu. Ahhh..kenapa aku tidak pernah mengenali lelaki itu. Lelaki yang
telah melontar aku ke mimpi ngeri ini. Kurang ajar!...kalaulah kutemui
dia...
Waktu keretaku memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat, yang
halamannya kini dipenuhi pokok2 bunga hasil kerajinan mak, aku menyedari
lampu di kamarku yang kini diduduki Ain masih terang benderang. Aku kerut
dahi. Takkan belum tidur lagi. Tunggu aku? Tak logik.....tak logik...
Setelah mengunci pintu, aku menaiki anak tangga dalam samar-samar cahaya.
Suasana sunyi sepi. Emak, semestinya sudah lena dibuai mimpi. Ain? Semakin
biliknya kuhampiri, semakin dadaku berdegup kencang. Entah kenapa, tidak
seperti hari-hari semalam. Kalau tak kerana fikirkan emak, dah lama aku
tidur atas sofa di bawah. Tapi kerana tidak mahu emak berprasangka yang
bukan-bukan, kugagahkan juga kakiku. Perlahan-lahan tombol ku pulas.
Bunyinya tidaklah terlalu kuat. Kalau Ain telah tidur, aku pasti dia tidak
akan tersedar.
Masuk ke bilik, serta merta mataku terarah ke sesusuk tubuh yang terbaring
atas katil. Keadaannya agak tidak berkemas. 2-3 keping majalah tertangkup
atas dadanya. Turun naik mengikut helaan nafasnya. Mungkin Ain tertidur
waktu sedang membacanya. Kerana itu lampu pun lupa dipadamkan. Aku renung
wajahnya yang tenang. Matanya tertutup rapat. Alis matanya lentik sedikit.
Hidungnya... ya... hidung itu yang selalu ku tarik dulu.
Bibirnya, walau kelihatan terletak, tapi masih membayang senyum. Dia
sungguh
manis, aku akui itu. Tapi kenapa wajah semanis ini harus ditinggal kekasih.
Diabaikan. Aku sungguh tidak faham lelaki yang bagaimana kekasihnya dulu.
Memiliki sebutir intan, kemudian dibuang. Dan kini intan itu telah menjadi
milikku, walau mungkin pada zahirnya saja.
Aku tarik nafas dalam-dalam.Kuhampiri gadis itu. Wajahnya ku renung lebih
dekat lagi. Baru kali ini aku dapat melihatnya dengan penuh perhatian.
Rambut ikal yang selalu ku elus dulu menutupi sebahagian pipi. Aneh! Aku
dapat rasakan betapa aku suka melihat wajahnya. Seperti dulu-dulu.
Tanganku bergetar....ketika ku sentuh....suis lampu di tepi katil. Aku
tahan nafas agar Ain tidak sedar akan gerak tubuhku. Lampu bertukar menjadi
samar. Dan wajahnya tampak semakin terserlah dalam cahaya samar itu. Aku
berpaling, perlu beredar semula sebelum nafasku menjadi semakin sesak. Hati
aku ni bukan kuat sangat. Silap-silap....
Aku mengeluarkan kunci, membuka pintu bilik kecil. Bilik belajarku yang
sudah lama tidak digunakan. Bilik kecil itu lebih kepada mini library.
Komputer aku, buku-buku sekolah aku semua kulonggokkan di situ. Tidaklah
terlalu besar, tetapi cukuplah untuk memuatkan seorang lelaki seperti aku.
Sejak pulang dari kampung beberapa hari yang lepas, di sinilah tempat aku
menyambung mimpi. Mimpi-mimpi yang tidak indah lagi.
Aku merebah badan di atas comforter yang telah kubentang sejak beberapa
hari yang lepas.Kerana bilik kecil itu akan kukunci setiap hari, jadi aku
tidak perlu bimbang untuk mengemasnya. Aku percaya emak tidak akan tergerak
hati untuk menjengok bilik ini. Biarlah aku bersempit begini dari harus
menghadap Ain. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Adakala hati aku keras,
adakala sebaliknya. Setiap kali memandangnya, ada sesuatu yang meruntun
jiwaku.Entah perasaan apa. Seolah terimbau segala kenangan yang pernah
dilalui satu masa dulu. Ia bertimpa-timpa hingga membangkit satu naluri
yang amat halus. Ngilu.
Ahhh..... aku pejamkan mata, cuba mengosongkan fikiran. Mata tidak
mengantuk, tapi perut aku pula yang berkeriut. Mula-mula sekali. Dua kali,
aku mula berkalih. Eemm...perut aku kosong agaknya. Di rumah Latif tadi aku
hanya menjamah kuih. Tak sangka lapar pula sekarang. Ah.. tak boleh jadi
nie. Aku bingkas. Nampak gaya kena cari ketam ni... hatiku berbisik.
Aku keluar semula. Terpandang Ain yang tidur pulas. Agaknya letih benar dia
menggulai ketam petang tadi. Sampai tidurnya kulihat tidak berkalih
langsung. Majalah masih di dadanya. Aku cepat-cepat beredar ke dapur. Rasa
nak meleleh air liur teringatkan ketam lemak cili padi. Macamana boleh
lapar sangat ni?... Entah ada lagi ke tak ketam lemak tu. Kot-kot Ain dah
sembunyikan dalam gerobok. He..he...aku tersengih sendiri. Kau ingat
sekarang zaman budak2 ke Haiqel?..Aku menggeleng gelihati.
Aku angkat tudung saji. Tak ada. Ish....mana pulak ni. Takkan dah habis
pulak. Tu la....tadi jual mahal. Mak ajak makan pun tak nak. Sekarang,
rasakan. Aku buka pula periuk atas dapur. Emm...semerbak wangi. Aku
tersengih. Ingat jugak Ain kat aku. Aku memasukkan ketam ke dalam pinggan,
lalu mencedok nasi yang sudah sejuk. Perlahan2 kerusi ku tarik, biar tidak
terdengar bunyi langsung. Kalau la mak tahu, mahu tak terkejut orang tua
tu.
Sedap. Memang sedap air tangan Ain. Betul ke Ain yang masak. Kut-kut mak
yang iya-iya canang..Ah...tak kisah la tu. Yang penting perut aku kenyang.
Aku mencapai jag air lalu menuang ke dalam gelas. Waktu aku suakan gelas
itu ke mulut, tiba-tiba pandanganku menjadi sirna. Aku terasa dunia menjadi
terang benderang.
"Astagfirullah!" Gelas di tangan hampir-hampir terlepas. Aku terbangun
serta merta.
" Kau buat apa nie Qel? " Aku tersengih campur terkejut. Aku pandang emak
yang sedang bercekak pinggang. Wajah emak lebih-lebih lagi terkejut.
" Duduk dalam dapur gelap-gelap ni buat apa?"
" Emm....makan!"
" Ya Allah budak ni...buat terkejut orang aje... mak ingat tikus mondok
mana la yang sesat tadi..
" Ala...mak ni..."
" Yang kau pepagi buta geledah periuk ni, kenapa?...dah kebulur sangat?"
Mak membuka pintu peti sejuk. Mengambil air lalu di tuang ke dalam cawan.
" Balik pukul berapa tadi?" Suara mak mengendur.
" Pukul 1 mak, lapar pulak..."Aku tersengih lagi. Menguis sisa nasi dalam
pinggan. Terbantut selera aku disergah mak.
" Kata pergi dinner, abis tu malam-malam cari nasi ni, lapar lagi ker?"
Emak menarik kerusi, duduk di hadapanku.
" Emm....makan sikit je tadi mak,.....tak selera..."Balasku perlahan.
" Makan ketam selera......?"Mak senyum. Aku tersengih sama. Rasa malu
menyelinap. Nasib baik mak, kalau Ain.....mahu aku menyorok dalam cabinet
dapur tadi.
" Mak tak tidur lagi ke?"Aku bangun ke arah sinki. Membasuh tangan
bersih-bersih. Kalau tak kerana mak, habis aku pulun ketam-ketam tadi.
" Mak dah lama tidur tadi, malam ni panas sangat, tekak ni kering" Mak
bangun.
"Dah la mak nak tidur...jangan lupa tutup lampu.....
"Mak jangan kecoh-kecoh eh...." Aku membuntuti emak.
Mak tak menjawab.Meninggalkan aku terkebil-kebil seorang. Hai...malangnya
nasib aku. Kalau la Ain yang bangun tadi...
bersambung....
Posted by keristamingsari at 12:13 PM 0 comments
KU MILIKMU ( PART 3)
Perkara yang paling mustahil untuk aku lakukan waktu itu ialah menyarung baju melayu putih, dengan samping songket hitam terikat kemas di pinggang,
dan seorang tua berkopiah yang sedang duduk di hadapanku. Mengamati wajahku dalam-dalam sebelum membaca sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa. Mataku terbuka, tetapi aku tidak nampak apa-apa. Telingaku mendengar tetapi semuanya terasa sunyi sepi. Hening. Saat berpuluh-puluh mata terarah kepadaku, aku terasa bagai ingin terbang. Fikiranku di awangan. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan. Yang aku tahu aku sedang berada dalam satu situasi drama yang tidak bertajuk. Dan aku adalah pelakon malangnya.
Pagi-pagi lagi aku sudah tercegat depan pintu bilik air. Sesuatu yang mustahil untuk aku lakukan bila berada di kampung. Kalau di rumah nenek, gerenti aku masih membuta. Lebih-lebih lagi kalau tidur dalam kelambu yang nenek sediakan untuk aku. Nenek memang sayangkan aku. Tiap kali balik kampung dia akan pasangkan kelambu untuk aku, walaupun puas Mak melarang. Ngada-ngada! Getus Mak bila nenek terlalu memanjakan aku. Tetapi nenek tetap pasangkan juga. Sebab dia tahu kulit aku ni sensitif sikit dengan gigitan nyamuk.Entah. Sejak bila aku sensitif, aku sendiri tak tahu. Agaknya sejak aku tinggal di asrama, setiap hari tidur berkelambu, balik kampung aku sibuk minta nenek belikan satu. Dan nenek tidak pernah menghampakan permintaan cucunya yang satu ini. Kerana dia terlalu menyayangi aku. Tapi sekarang..........Aku mengeluh, mata kupejamkan, cuba membayangkan wajah nenek yang sentiasa tenang itu. Pertama kali nenek telah menghampakan aku. Nenek biarkan semua ini berlaku. Nenek tidak mampu lakukan sesuatu untuk aku. Nenek hanya biarkan. Biarkan ianya berlaku.
Aku gigit bibir hingga terasa sakit. Andainya semua ini hanyalah mimpi. Alangkah!
"Eh, Abg Qel..."Satu suara mengejutkanku."Buat apa tercegat macam patung tu"
Aku menoleh. Adik Ain, yang kedua bongsu ( ku kira ) menghampiriku dgn bakul kain.
" Pagi-pagi dah termenung?"
" Eh, abg nak mandi nie....tapi sejuk!" Aku tersengih, membetulkan tuala yang menutupi sebahagian tubuh. Ikatan kain pelekat ku perkemaskan semula.
" Nak Idah masakkan air panas?"
" Eh...er...tak payah la....abang dah biasa.."Biasa? Emm....aku teringatkan shower kat rumah di KL...tiap2 pagi mesti nak berendam air panas. Best betul!
" Cepat abg bangun?" Aku tersengih.
Apa nak dikata. Memang pagi ini aku antara yang paling awal (terakhir kalau di KL ) bangun. Subuh2 tadi aku terjaga. Dinginnya pagi itu membuat tubuhku mengerekot. Sewaktu selimut ku tarik ke seluruh tubuh, sayup-sayup aku terdengar suara Pak Long melaungkan Iqamah. Aku membuka mata luas-luas, sedaya yang boleh.Tapi syaitan lebih menguasai. Akhirnya aku terlena dibuai mimpi lagi.
Sejuk! Emm....aku mencelupkan hujung jari ke dalam kolah. 2-3 ekor anak ikan puyu berenang-renang di bawah sana. Aku tersengih. Teringat suatu masa yang dulu, waktu aku gila menyauk anak ikan di paya belakang rumah nenek waktu musim cuti sekolah. Berbekalkan net badminton yang telah rabak sana sini, aku meraduk belukar untuk menyauk anak ikan. Ain di belakang, terkial-kial melawan arus dengan balang guli di celah ketiak. Kainnya diangkat tinggi-tinggi sampai nampak kepala lutut. Tapi akhirnya basah juga.
Balik rumah, anak-anak ikan aku campakkan ke dalam kolah nenek. Kadang-kadang hidup. Kadang-kadang mati. Kalau hidup, kolah nenek bersih dari jentik-jentik. Kalau mati, aku akan redah sungai lagi. Seminggu sekali nenek akan suruh aku bersihkan kolah tersebut. Salah satu kerja yang paling aku tak suka. Selain memenatkan ia juga menghangitkan badan aku.
Setelah bertafakur seberapa lama yang boleh, dan dek kerana terdengar suara-suara riuh di dapur, akhirnya air dingin bak salju itu ku jiruskan juga ke tubuh. Ya Allah....terketar-ketar gigi aku. Tak lama. Selepas 3-4 gayung, aku selesai mandi, cepat-cepat aku masuk bilik.
Sambil mengadap cermin, aku merenung wajahku lama. Alangkah baiknya. Andai tiba-tiba aku menjadi halimunan. Aku akan segera angkat kaki.Cabut ke KL dan tak akan balik-balik lagi ke sini. Biar mereka semua tak dapat menjejaki aku. Dan aku akan bebas dari situasi ini.Andainya!
Raut wajah yang masih basah, rambut yang jatuh di dahi ku seka dengan jari. Terasa seakan jemari halus Serina berada di atasnya, mengelus helaian rambutku.
"Rambut you nie halus......kalah rambut I" Pertama kali Serena menyentuh rambutku.
"Tahu pun......"Aku tersengih, dengan pantas menggoyang-goyangkan kepala aku persis model iklan Sunsilk.
"You guna shampoo apa?"
"You nak tahu?" Serena mengangguk.
"I pakai santan kelapa. You tahu tak santan......ala...coconut milk tu..."
"Huh,...you ni main-main la..."
"Betul I cakap.....you ingat I main-main ke"
"Still now?"
"Iyer la...."Aku ketawa dalam hati.Sebenarnya tak ada pun.Tak kuasa aku nak perah santan.Aku tahu pasal shampoo santan pun sebab mak rajin membuatnya. Bagi aku tak ada masalah.Aku rasa semua shampoo aku pulun. Masa belajar dulu tak silap aku pernah guna shampoo seorang rakanku dari India. Shampoo apa aku tak tahu tapi baunya ala-ala minyak bijan. Lepas pakai, semua kawan-kawan jalan jauh-jauh dari aku!
"You simpan lambut panjang.....lagi seksi tau.."
"Halo amoi ha...you cakap betul-betul la....R.A.M.B.U.T bukan lambut ha..."
"Huh!" Serena mendengus, menyiku pinggangku.
"You ni naughty la Qel..."
"Biar naughty...asal hensem!"Sekali lagi Serena mendengus., memuncungkan bibirnya.Aku ketawa.
Kenangan itu tidak terlalu lama untuk diimbas kembali. Baru setahun yang lepas saat2 awal aku kenal Serena.Bila Serena muncung, aku akan pura-pura menguap. Kadang-kadang aku tidur terus.Serena akan bosan giler bila aku buat perangai begitu. Dia akan pergi. Tapi tak lama. 2-3 hari dia akan datang kembali kepadaku. Bergurau-gurau, merengek-rengek seperti selalu. Siapalah aku untuk tidak mengendahkannya. Kadang-kadang aku rasakan seolah Serena amat-amat mencintai aku. Dia terlalu ingin selalu bersamaku!
"You're different, Haiqel. Really!"Serena memaut lenganku.
"This is the first i have an affair with....malay man..."
" So you suka giler la kat I" Gadis itu mengangguk.
" Then....you sanggup buat apa saja untuk I?" Angguk lagi.
Aku menggeleng. Rasanya Serena tidak akan sanggup untuk menerima
berita ini. Berita yang aku kini bukan lagi miliknya. Aku kini milik
Ain Fathihah. Benarkah?.....Tidak...tidak...Aku bukan milik Ain Fathihah....Aku mengenali dia...tapi aku bukan miliknya. Dan dia juga bukan milikku.
Bukan!
*********
" Bersiap awal2 ni, nak kemana, Haiqel?"Suara garau menyapa.
Aku menghentikan kunyahan. Menoleh ke arah suara. Pak Long sudah siap dengan
pakaian ke kebun. Parang kontot terselit di celah pinggang.
" Emm....saya nak balik...Pak ...emm..ayah!" Orang tua itu mengerutkan dahi. Menarik kerusi di hadapanku lalu duduk sambil menghela nafas.
" Kenapa cepat sangat?" Suaranya mendatar.
Aku meneguk air...berkira-kira untuk menyusun kata-kata.
" Saya tak ambil cuti ari ni. Tak rancang pun nak ambil cuti..." Pak Long tersengih, mengangguk faham.
"Iya lah.....mana nak sangka jadi macam ni kan...."
Aku mengangguk sama.
" Dah bagitahu Ain?
" Err....belum...belum lagi...."
" Emm....bagitahu la dia..suruh dia berkemas"
Ain perlu ikut sama? Aku mengeluh dalam hati. Tapi, takkan aku nak tinggalkan dia di sini pula. Apa kata Pak Long. Apa kata Mak Long dan adik beradik dia. Nenek?
"Ain tu cuti seminggu. Boleh la dia ikut Qel ke KL" Sambung Pak Long.
Aku angguk lagi. Macam ayam jantan patuk jagung.
Selepas sarapan, aku mengemas barang-barang aku. Sebenarnya tak ada barang pun yang perlu dikemas. Semalam aku jadi pengantin ekpress. Pengantin sehelai sepinggang. Jadi tidak banyak barang yang aku bawa. Cuma petang itu saja mak sempat hantarkan 2-3 helai baju luar dan dalam aku. Setelah mempastikan wajahku masih tampan (he...he ) aku melangkah keluar.
Terhenti sebentar bila Ain tercegat di depan pintu. Aku tergegau. Aku rasa dia
Pun begitu. Pandangan kami bertembung. Aku menarik nafas dalam-dalam.... menahan debar. Entah apa yang aku debarkan....
" Ain nak ikut Qel ker?" Mulut aku tiba-tiba jadi peramah.
" Qel izinkan?" Suaranya lembut. Sebenarnya sejak semalam aku belum lagi mendengar suara 'sebenar' dia.
" Nak ikut....ikut la..." Aku menjawab malas. Takkan aku nak halang pula. Dan tak logik la kalau aku iya-iya mengajak pula. Ain berlalu ke bilik. Aku segera mendapatkan Pak Long yang sudah bertenggek di atas motor.
" Kejap lagi saya singgah rumah nenek....nak ambik mak" Aku salam tangan Pak Long.
" Emm...kim salam pada mak Qel...Pak Long mintak maaf banyak2"
Aku melepaskan Pak Long pergi dengan perasaan yang berbaur-baur. Entah la.
Bila memandang Pak Long, aku jadi simpati sekaligus aku seperti redha dengan apa yang berlaku, tetapi bila memandang Ain.....terkenangkan Serena......aku jadi bingung. Marah..dah entah apa-apa lagi. Aku jadi kalut!
" Sah? "
" Sah!..sah !" Beberapa orang lelaki disebelahku menggangguk.
Serentak itu mereka menadah tangan, mengaminkan doa yang dibaca oleh lelaki tua di hadapanku. Aku melihat orang-orang disekelillingku tersenyum lega. Aku bagai penasaran. Sedar-sedar, aku telah berada di dalam bilik. Di hadapanku, seorang gadis bertudung putih, sugul memandangku. Bila pandangan bertembung, dia melarikan wajah. Ada kekosongan pada wajah itu.
" Qel....sarungkan cincin tu...." Suara Mak terdengar dicelah-celah orang ramai yang mengerumuni kami.
Aku menarik jemari gadis itu. Dingin. Perlahan-lahan cincin putih bermata dua itu kusarungkan ke jari manisnya. Dan dengan perlahan juga bibirnya menyentuh jemariku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Dada seakan ingin pecah.
" Qel....senyum sikit....." Azhar, jiran Pak Long bersedia dengan kameranya.
Gila!...semua ini kerja gila!
******************************************************
Aku masih lagi bersandar di tiang beranda. Asap rokok yang berkepul-kepul penyapu wajahku. Dingin malam begitu terasa. Aku merenung putung rokok yang berterabur di kaki tangga. Hatiku tiba-tiba terasa sayu.
Teringat Mak, teringat Serena. Ya Allah.....kenapa aku boleh terperangkap
dalam situasi begini...
Qel, tak tidur lagi ker....dah malam ni" Satu suara menyapaku. Aku tahu itu suara Pak Long. Pak Long merangkap bapa mentuaku. Orang tua itu datang hampir kepadaku. Aku terdengar helaan nafasnya.
" Pak Long mintak maaf pada Haiqel...." Dia bersuara perlahan.
" Pak Long yang patut dipersalahkan." Aku diam. Tak tahu apa yang patut aku
katakan.
" Pak Long harap Haiqel tak berdendam dengan Pak Long.." Aku menggeleng.
" Tak Pak Long.....takkan la sampai nak berdendam....kita kan satu keluarga. Haiqel bersyukur dapat tolong Pak Long." Aku cuba meluahkannya seikhlas yang boleh. Mungkin hati aku masih berbelah bagi.
" Sudahla tu, pegi la masuk tidur. Angin kampung nie sejuk....lama-lama berembun, nanti masuk angin pulak " Pak Long menepuk-nepuk bahuku.
Aku campak puntung rokok yang masih berbaki. Melihat bilik pengantin yang masih terang, aku jadi berdebar-debar. Apa yang sedang Ain lakukan. Sudah tidur kah dia. Bagaimana harus aku memperlakukan diriku dihadapan dia.
Aduuh....kalutnya Afizi Haiqel!!
Perlahan-lahan pintu kubuka. Haruman Lavender menusuk deria bauku. Aku memerhatikan sekeliling. Ain Fathihah tidak ada. Kemana dia? Belum tidur
lagi kah? Buat apa berjaga sampai malam. Tunggu aku? Ah ....tak mungkin.
Bukankah wajahnya masih sugul tadi. Tiada secalit senyuman pun untuk aku.
Yang ada hanya senyuman paksa. Saat Azhar si jurufoto tak bertauliah itu
meminta aku memaut pinggangnya. Aku dapat rasakan betapa tubuhnya kaku dan
dingin.
Aku melihat bungkusan-bungkusan hadiah yang belum berusik. Dibalut cantik tapi sayang....bukan untukku. Ah...malas aku nak fikir.
Aku rebahkan tubuhku ke tilam empuk yang harum. Seharian aku bertenggek di atas pelamin. Seperti robot yang keputusan wayar. Bagaimana aku boleh lakukan semua itu....dalam sekelip mata aku telah bergelar suami. Suami kepada seorang gadis yang amat aku kenali tetapi mustahil untuk aku cintai. Mustahil? Tidak. Tak mustahil. Tiada yang mustahil di dunia ini. Buktinya diri aku sendiri. Pagi tadi aku sibuk di balai rewang menggaul kurma ayam, dengan gaya 'pakcik-pakcik' aku. Malam ini pula aku telah menjadi seorang pengantin. Gila!
Aku padam lampu besar, hidupkan lampu kecil di atas meja. Terfikir juga untuk tidur diluar, tetapi apa kata mereka nanti. Malulah aku. Takpelah. Untuk malam ini saja. Esok pagi-pagi aku nak cabut ke KL. Bila aku mula pejamkan mata, aku terdengar pintu dibuka. Aku melirik ke pintu. Gadis yang kukucup dahinya siang tadi muncul. Berkain batik dan t-shirt pendek. Macam makcik-makcik! hatiku berbisik.
Ain mendekatiku. Aku cepat-cepat pejamkan mata. Dadaku terasa bagai nak pecah. Nafasku tahan satu-satu. Haruman tubuhnya menusuk hidungku. Dalam samar-samar itu aku lihat rambut ikalnya jatuh dibahu. Rambut ikal itu masih cantik. Seperti dulu-dulu. Bagai ingin dielus rambut halusnya itu. Aku melihat Ain pergi ke sebelah ku. Aku sangkakan dia akan merebahkan tubuhnya disampingku. Tapi dia hanya mengambil bantal lalu beredar semula ke pintu. Sebelum menutup pintu, dia sempat merenungku. Dan aku takkan lupa wajahnya yang sugul itu.
bersambung....
Posted by keristamingsari at 12:03 PM 0 comments

