Wednesday, November 11, 2009

An Tu Suo Ji : Mencari Chollima dengan Bantuan Buku


P
ada zaman Chunqiu, di Negeri Qin, ada seorang pakar yang pandai mengenal baka kuda yang unggul, namanya Sun Yang. Disebabkan bakatnya dalam bidang tersebut terlalu istimewa, dia diberi gelaran sebagai Bo Le. Kononnya, "Bo Le" ialah nama sebutir bintang di langit, yang bertugas menguruskan kuda di syurga.


Pada suatu hari, Sun Yang terjumpa seekor kuda tua yang membawa beberapa karung berisi garam, sedang meringkik dengan sekuat-kuatnya. Dia mendapati kuda itu ialah seekor chollima (baka sejenis kuda yang boleh berlari sehingga 1,000 li sekalipun dalam masa sehari), cuma usianya sudah lanjut sikit. Dia berasa amat kasihan dengan nasib kuda tua itu. Ia semenangnya seekor kuda perang yang hebat, yang sepatutnya memerah keringat di medan perang. Namun, kini ia terpaksa melakukan kerja membawa beban yang berisi garam secara diam-diam. Kerja sebegini akan menghabiskan tenaga dan semangat perjuangannya. Alangkah sia-sianya! Ketika mengenangkan hal itu, Sun Yang berasa sedih sangat sehingga menitiskan air mata.

Untuk membolehkan lebih ramai orang menguasai teknik=untuk mengenal baka kuda yang unggul, dan membolehkan bakatnya dalam bidang tersebut diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, Su Yang merumuskan pengalamannya secara sistematik, dan menghasilkan sebuah buku yang bertajuk "Xiang Ma Jing", atau The Classic of Reading Horses dalam bahasa Inggeris. Buku itu juga dimuatkannya dengan gambar-gambar tentang bentuk badan pelbagai jenis kuda.

Dalam buku tersebut, ada ayat yang berbunyi, "Ciri-ciri chollima ialah dahinya tinggi, matanya seperti wang logam, kukunya amat besar, bagaikan kuih beragi yang ditimbunkan (piled yeast-cakes)."

Setelah membaca buku "Xiang Ma Jing", anak Sun Yang berasa amat mudah untuk mencari kuda dengan baka yang unggul itu. Pada suatu hari, anak itu ingin keluar mencari seekor chollima dengan bantuan catatan dan gambar dalam buku tersebut. Ketika melihat seekor kodok yang besar, dia mendapati rupanya mirip dengan ciri-ciri chollima yang tercatat dalam buku ayahnya. Maka, dia mengikat katak itu dengan seutas tali, lalu membawanya balik ke rumah. Dia berkata kepada bapanya:

"Ayah, saya sudah menemui seekor chollima. Bentuk badannya mirip dengan apa yang dijelaskan dalam buku ayah. Cuma kukunya lain sedikit. Nampaknya tak sama dengan kuih beragi itu."

Bo Le memang mengetahui sifat anaknya yang bodoh itu. Dia mengawal kemarahannya, dan berkata sambil tersenyum:

"Ya, memang betullah kuda ini suka melompat, tapi bolehkah ia ditunggang orang?"

Catatan Keterangan:

Episod ini membawa pengajaran tentang seseorang yang hanya sentiasa menguruskan sesuatu perkara itu mengikut acuan yang sedia ada, dan tidak tahu mengubah suai caranya mengikut keadaan semasa. Ia menasihati kita supaya jangan memegang aturan-aturan yang sedia ada tanpa mempertimbangkan praktiknya.

Diambil daripada Blog Cina Islam.

0 comments:

Newer Post Older Post Home