Monday, March 16, 2009

KWSP Isytihar Dividen 4.50 Peratus


Seperti yang diramalkan oleh penganalisa ekonomi semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengesahkan kadar dividen sebanyak 4.50 peratus bagi tahun 2008.

Dalam satu kenyataannya KWSP berkata, kadar dividen yang lebih rendah berbanding 2007 disebabkan peningkatan peruntukan susut nilai pelaburan kesan penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global yang dicetuskan oleh krisis kewangan dunia.


Di sebalik krisis kewangan itu, KWSP mencatatkan pendapatan kasar tertinggi pernah dicapai sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008, meningkat 9.36 peratus berbanding pendapatan kasar tahun sebelumnya sebanyak RM18.29 bilion.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, walaupun 2008 merupakan tahun yang mencabar berikutan krisis kewangan global yang telah memberikan kesan negatif kepada ekonomi dunia, portfolio pelaburan KWSP dari segi pendapatan kasar telah menunjukkan prestasi lebih baik berbanding 2007.

0 comments:

Newer Post Older Post Home