Pulang dari kampung, aku terus ke pejabat. Sunyi. Tak ada sesiapa yang overtime ke? Aku cuba menghubungi Serena. Tiada jawapan. Cuba telefon ke rumah. Bibik Indon itu mengatakan Serena sejak semalam tidak pulang-pulang.Kemana dia? Takkan dia pergi juga ke tempat yang dirancang? Tetapi, dengan siapa?
Lantas aku kembali ke kereta. Menghidupkan penghawa dingin, cuba menghela nafas seketika. Aku teringatkan Serena. Benar-benar merajukkah dia? Bukankah aku ingin bertemunya petang ini, seperti yang telah kujanjikan. Selaju yang boleh kereta kupandu, selaju itulah mulut emak tak henti-henti berbunyi. Gerun benar dia dengan cara pembawaan ku tadi. Seboleh-boleh aku ingin sampai awal. Tapi Serena tidak ada.
Aku mendengus. Terasa berat kepala. Bagaimana harus aku nyatakan kepada Serena. Aku akan pulang ke kampung minggu berikutnya. Ain akan kawin. Minggu depan, ya... minggu depan hari istimewa untuk Ain. Dia akan bergelar raja sehari. Dan aku sebagai seorang sepupu... .amat menjadi harapan Pak Long untuk sama-sama membantunya. Sementelah Pak Long tidak punya anak lelaki, dan sementelah pula emak memang rapat amat dengan keluarga Pak Long. Nenek pun banyak kali mengingatkan. Jangan lupa balik minggu depan. Sama-sama kita rewang.
Menantu pertama, kata Pak Long. Tentulah sambutannya lebih meriah. Dengarnya
2 ekor lembu akan ditumbangkan. Lembu baka paling baik, semestinya yang
diternak Pak Long sendiri.
" Nanti tiba giliran Haiqel... .pilih aje lembu-lembu kat
sini... semuanya tegap-tegap belaka!" Kata Pak Long sambil ketawa waktu
membawa aku melihat kandang lembu-lembunya. Sebenarnya lembu-lembu itu
adalah kepunyaan atuk yang diuruskan oleh Pak Long.
Giliran aku? Bila ? Dengan siapa?... ... Serena? Aku menggeleng. Sudikah
Serena menjadi isteriku. Dia gadis yang bijak, tetapi sedikit kebudakkan.
Manja. Manis. Gadis yang ku temui sewaktu dalam penerbangan pulang ke
tanahair. Waktu itu dia dalam percutian. Mengunjungi keluarga sebelah
bapanya yang berketurunan Jerman. Matanya yang bundar itu hampir-hampir
menafikan darah Cina yang mengalir ditubuhnya. Tetapi, mendengar pelatnya
dia berbahasa Melayu, aku tahu gadis kacukan itu masih pekat dengan darah
nenek moyangnya.
Kalau Serena menjadi isteriku bagaimana. Mahukah Serena. Cinta Serena
kepadaku, walaupun selalu dinyatakannya tetapi benarkah? Adakah ia jujur
atau sekadar kata-kata yang sering menari di hujung mulut seorang gadis
bandar yang lincah seperti dia. Lahir dari hatikah kata-kata itu?
Aku mengeluh lagi. Wajah Ain Fathihah pula yang menerpa. Gadis itu sungguh
lembut. Santunnya membuatkan aku kelu. Benarkah itu Ain Fathihah? Yang
sama-sama berlumba denganku memanjat pokok rambutan belakang rumah nenek.
Sama-sama mengikat batang pisang untuk dijadikan rakit. Kemudian sama-sama
tenggelam ke dalam arus bila batang pisang teroleng-oleng dipukul riak-riak
air yang kecil. Dan gadis itu tercungap-cungap menarik hujung bajuku. Lalu
kubiarkan dia tersadai di tepi tebing dengan esak tangis, dan rambut ikal
yang kusut masai.
" Tu lah... ... dah tahu cengeng... nak ikut orang main!" Aku berlari-
semula ke dalam sungai dengan budak-budak lelaki yang berlenggeng. Bercebur
air sungai sekali lagi. Dan Ain Fathihah hanya memerhati di atas dengan sedu
yang belum berhenti.
He..he..he... .aku tersenyum sendiri. Kelako! hatiku berbisik.
Tersedar dari lamunan terus kakiku menekan minyak. Kereta mula
meluncur. Melewati deretan bangunan yang kelihatan agak lengang. Petang Ahad
yang bingung! Aku menggeleng sekali lagi.
**************************************************
" Anak tolong jerang air dalam periuk ni. Lepas tu bancuh dengan
pati sirap kat atas meja tu " Aku mencapai periuk yang dihulurkan. Hampir
terlepas pegangan dek tanganku yang berminyak.
"Aduuuh... " Aku mengeluh kecil. Mengesat jemari dengan Good morning
yang sudah bertukar warna. Pakcik yang sedang menyalur air paip itu
tersengih-sengih memandangku.
" Rehat la dulu... penat sangat tu nampaknya... "
" He..he..he... " Aku meneguk segelas air..
Orang sudah semakin ramai. Suara riuh kanak-kanak menggamatkan
suasana. Ramai betul budak-budak dikampung ni..kata hatiku . Meriah.
Aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Ruang dapur
dipenuhi makcik-makcik yang sibuk bergotong royong. Beberapa orang adik Ain
yang ternampakku tersenyum-senyum simpul. Mungkin gelihati melihat gaya aku
yang dah macam 'pakcik-pakcik'
" Abang Qel... .nak pegi mana? Suara Saerah, adik Ain yang paling
bongsu menegurku.
" Abang Qel nak relek jap!" Sahutku.
" Curi tulang la tu!" Berderai ketawa mereka. Aku cepat-cepat
menyelinap. Ruang dapur yang sempit itu segera aku tinggalkan. Aku menyusup
ke sebuah bilik yang disusun dengan kerusi-kerusi dari ruang tamu.
Ah... leganya... ..tubuh ku rebahkan. Rasa nak tertidur pun ada.
Pagi-pagi lagi aku dah terjengol di rumah Pak Long. Mak yang gesa
aku pergi awal-awal. Merah padam muka aku dibuatnya . Pagi-pagi lagi rumah
Pak Long sudah penuh. Saudara mara yang aku kurang kenali sudah sampai awal
petang semalam. Berbisik-bisik mereka bila melihatku. Kenapa pulak? Hatiku
mendengus.
Kurma ayam sudah siap, tinggal rempah daging belum ditumis.
Cepat-cepat aku beralih. Tak tahan rasanya mengadap api. Bahangnya bagai nak
terbakar kulit mukaku. Duduk sekejap, dipanggil pula minta dibancuh air.
Jangan aku pitam sudah. Malu mak nanti. Rasa nak tanggal urat aku menggaul
kurma ayam tadi. Lenguhnya sampai sekarang terasa.
Aku terdengar suara Pak Long. Kesian orang tua tu. Sekejap kesana,
sekejap ke sini. Tak menang tangan dibuatnya. Pak Long kata pengantin lelaki
akan sampai sekejap lagi untuk majlis akad nikah. Maka lauk pauk perlulah
disiapkan pagi itu untuk menjamu keluarga pihak lelaki. Aku menguap sambil
mengerling jam di tangan. Sudah hampir pukul 12. Kata akad nikah pukul
10.30?... Pengantin tak sampai lagi kah?
Dua kali menguap, mataku semakin layu. Suara orang ramai semakin
sayup-sayup di hujung telinga.
********************************************
" Qel!..Qel, bangun Qel... " Gegaran dibahuku semakin kuat. Aku
tergegau serta merta mataku terbuka. Wajah mak yang pertama sekali kulihat.
Diikuti Pak Long dan Mak Long.
Aku terpisat-pisat bangun. Sempat menguap beberapa kali.
" Kenapa nie mak? Pak Long ?" Terkocoh-kocoh aku melihat jam. Lama
sangat ke aku tidur. Rasanya baru sekejap aku rebahkan badan tadi.
Pak Long duduk disebelahku. Muka orang tua itu sudah merah padam.
Ada kekeruhan yang jelas terlihat dibalik garis-garis tuanya. Aku pandang
Mak Long pula. Air mata masih berbekas, bergenang di bibir mata.
" Kenapa nie Pak Long... ... .emmm... mintak maaf la Pak Long, saya
tertidur pulak... ." Aku membetulkan duduk.
Pak Long menggeleng. Wajahnya berkerut. Aku buntu. Bila aku pandang
Mak, dia terus menarik tanganku, membawa aku ke satu sudut.
" Apa hal ni Mak, cemas je nampak"
" Pengantin lelaki tak sampai-sampai! Keluh Mak. Aku jeling sekali
lagi jam ditangan. Hampir pukul 2. Lama jugak aku tertidur nanti.
' Kenapa tak sampai lagi. Sesat ker? " Mak mendengus mendengar
soalanku.
Pak Long menghampiriku.
" Pak Long pun tak tahu... ... tapi Pak Long dah cuba telefon. Si Ain
pun ada telefon. Tapi tak dapat-dapat"
Aku terpinga-pinga. Habis, apa yang harus aku lakukan? Aku sendiri
bingung. Bukannya aku kenal pun bakal suami Ain. Kalau aku kenal, boleh juga
aku cari sampai dapat, lepas tu aku sekeh-sekeh kepala dia sebab menyusahkan
orang. Sudahnya, aku hanya mampu memandang Pak Long yang mundar-mandir
gelisah.
Jemputan semakin ramai, tetapi pengantin lelaki masih belum
kelihatan. Suara-suara sumbang sudah mula kedengaran. Masing-masing
tertanya-tanya kenapa majlis akad nikah masih belum dijalankan sedangkan
sebentar lagi orang kompang akan datang. Majlis bersanding pula akan
dilangsungkan.
Aku keluar menjengok ke ruang tamu. Kelihatan tok kadi rimas
mengesat peluh. Merah padam mukanya dikelilingi orang ramai yang setia
menunggu. Pak Long menuruti aku, dia masuk ke bilik Ain diikuti Mak Long.
Emak pun turut serta. Aku jadi termangu-mangu. Nak masuk sama tapi serba
salah. Aku terbayangkan Ain Fathihah. Bagaimana perasaan dia sekarang ini.
Tentu dia bersedih. Bingung, dan malu. Kenapa pengantin lelaki tidak
muncul-muncul. Jauh sangat ke perjalanan dari Melaka ke Johor. Sedangkan
aku yang dari KL pun boleh sampai dalam masa 2 jam... inikan pula Melaka.
Tidak ada panggilan telefon, tidak ada pesanan.
Seorang lelaki , yang aku rasa sedang mencari Pak Long masuk ke
dalam bilik pengantin. Melihat suasana menjadi semakin tegang aku mengambil
keputusan untuk beredar ke belakang. Keenakkan nasi briyani menggamit-gamit
perutku yang berbunyi. Seketika aku melangkah, suara Pak Long menerjah
telinga.
" Ada apa-apa yang boleh saya tolong Pak Long?" Pak Long menarik
tanganku masuk ke bilik tadi.
" Pak Long tak sangka boleh jadi begini... .."Suaranya bergetar,
menahan perasaan.
" Pak Long yang salah... .."
" Kenapa Pak Long... ..apa yang salah... ."
" Pak Long yang tunangkan Ain dengan lelaki tu. Pak Long kenal
lelaki tu. Pak Long percayakan dia... ..tak sangka dia boleh buat macam ni
pada Pak Long sekeluarga.."
Aku jadi bingung. Aku toleh ke pintu, Mak muncul dengan wajah sugul.
" Haiqel tolong Pak Long... .." Pak Long menggenggam tanganku.
" InsyaAllah Pak Long... .kalau boleh tolong, Qel akan cuba... " Aku
bersuara perlahan. Otakku berputar ligat. Memikirkan apa yang boleh aku
lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Takkan aku perlu ke Melaka
untuk mencari lelaki tersebut?
Pak Long tiba-tiba keluar, meninggalkan aku dan Mak. Aku pandang Mak
bingung.
" Kesian Pak Long... ." Aku mengeluh.
" Kesian Ain, Qel... ." Balas Mak perlahan. " Mak harap Qel dapat
tolong Pak Long"
" Tolong macamana Mak... .." Mak menghela nafas.
" Pak Long kau tu malu... ... tak sangka boleh jadi macam ni. Macamana
nak bersanding, nikah pun belum. Orang dah sibuk bercerita." Cemas saja
suara Mak.
" Kami dah berbincang... .." Mak merenungku tunak. " Mak harap kau
dapat selamatkan keadaan ini... "
" Maksud mak? "
" Tolonglah mak, Qel... ..mak tak sanggup tengok Pak Long menanggung
malu... " Esak Mak kedengaran. Terhinggut-hinggut bahunya menahan sebak.
" Mak... ." Hatiku tersentuh.
" Mak harap... ..Qel dapat tolong Pak Long. Tolong ganti pengantin
lelaki!"
" Haaa?? " Tiba-tiba aku rasa bagai nak pitam.
bersambung... .
Monday, May 19, 2008
KUMILIKMU (PART 2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment