Sunday, September 5, 2010

Iklan Aidil Fitri : Pemuda Pas hantar Bantahan Ke TV3


KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010."Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

Daripada : Nazri Abdullah (Harakah Daily)

Read More...

MB melawat keluarga mangsa dua beranak dibunuh


TUMPAT, 5 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita di atas peristiwa yang menimpa keluarga mangsa Allahyarhamuha Norliza Ishak dan anaknya Amyrul Aiman Mohd Yusof, 11 yang mati dibunuh Khamis lalu.
Menurutnya, sepatutnya bulan Ramadan bulan mulia yang juga bulan kebesaran bagi umat Islam tidak seharusnya peristiwa berkenaan berlaku.

"Namun kerana membelakangkan ajaran Islam, mereka sanggup melakukan perkara itu walaupun dengan membunuh,"ujarnya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, dekat sini.

Tuan Guru juga turut berharap keluarga magsa bersabar menghadapi ujian Allah yang amat besar itu.

Sempena kunjungan itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi kepada suami Norliza , Mohd Yusof Awang Besar.

"Saya ucapkan terima kasih pada Tuan Guru kerana meluangkan masa menziarahi kami dan bertanya khabar walaupun sentiasa sibuk dengan tugas harian," ujar Yusof yang tidak menduga Tuan Guru akan berkunjung ke rumahnya.

Akhbar semalam melaporkan badan kedua-dua mangsa diikat dengan tali serta pita pelekat, manakala mulut ditutup dengan kain sarung ketika ditemui di rumah mereka.

Mayat mereka ditemui kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya oleh rakan dan pihak pengurusan bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas mangsa tidak hadir mengajar di sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Allahyarham pernah menjalani kursus di Maktab Perguruan Taman Melewar, Negeri Sembilan.

Suaminya Yusof, yang berada di Kaherah, Mesir tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam kira-kira 4.30 pagi bukan untuk beraya bersama keluarga, sebaliknya untuk menguruskan jenazah isteri dan anak.

Jenazah dua beranak itu disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, disini semalam.

Diambil daripada : Salmah Mat Husain (Harakah Daily)

Read More...

Newer Posts Older Posts Home