Saturday, April 17, 2010

GOPOH GAPAH ADALAH SALAH SATU SIFAT DICELA


S
alah satu di antara sifat atau tabiat kalau jadi manusia ialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan di dalam Al Quran yang bermaksud:
Ertinya : Dijadikan manusia itu sangat gopoh.

Ini juga diantara ujian kepada manusia. Apakah boleh berjaya atau tidak, manusia itu mendidik dan mendispinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Biasanya manusia yang gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang. Sentiasa gelisah dan resah, lebih-lebih lagi jika ditimpa ujian. Ujian golongan bawahan seperti miskin, orang tidak peduli, orang benci dll. Ujian golongan biasa seperti ada saingan di dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi di dalam perniagaan, tidak dilantik lagi menjadi menteri.




Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok. Ia akan bertunas, berdaun dan berbatang akhirnya membesar subur dan berbuah di waktu itu. Sifat gopohnya benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya menjadi budaya hidupnya.

Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat sulit sekali untuk membuangnya dan dengan sifat gopoh yang telah begitu subur di dalam diri itu dia sedar bahawa tabiat gopohnya itu sangat menyusahkan dan menyiksakannya. Namun untuk membuangnya amat sulit sekali. Kecuali berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang berhempas-pulas pula memerangi sifat gopoh itu serta memohon kepada Allah SWT selalu agar membantunya membuang sifat gopoh itu mungkinlah boleh. Justeru itulah manusia itu, kecil lagi memerlukan didikan yang berdasarkan Islam terutamanya ibu bapanya. Kemudian bagaimana hendak membentuknya agar jangan subur. Kerana membuangnya 100% dalam diri manusia adalah mustahil.

Memanglah setiap yang negatif itu adalah mudah dikawal waktu benihnya lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong akhirnya dia akan bantut tapi kalau dia dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka diwaktu itu kalau dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka waktu itu sudah amat susah dan sulit sekali untuk memusnahkannya.

MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH

Sifat gopoh jika ia telah dibiarkan tidak dididik dan tidak diasuh daripada seorang yang kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan sampai tua, sifat gopoh itu sangat merosakkan pada diri yang mempunyainya dan juga orang lain.

DI ANTARA KEJAHATAN DAN KEBURUKKANNYA YANG TIMBUL DARI SIFAT GOPOH:

• Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah .

Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudaian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam,"

• Dalam pergaulan dan perbincangan sifat gopoh itu mudah sahaja memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.

• Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

• Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita . Sedangkan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Teraniayalah orang itu. Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnya memusuhi kita atau terheret kita ke mahkamah.

• Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selapas itu akan berlaku dendam-mendendam . mungkin nanti masing-masing membawa klik atau kawan-kawan masing-masing. Maka kerosakannya lebih besar lagi.

• Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan orang .

• Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT.

Firmannya:

JANGAN KAMU BERPUTUS ASA DARIAPADA RAHMAT ALLAH"
"TIADA YANG BERPUTUS ASA ITU MELAINKAN KAUM YANG KAFIR"

• Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugi dan menyusahkan hati.

• Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat iaitu kerja akan terbengkalai dalam kehidupan.

• Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada kalanya dia kalau marah mendadak sahaja. Tanpa munasabah sekalipun pada kawan, isteri, anak-anaknya lebih-lebih lagi kalau bukan kawannya.

• Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itu mudah melulu bertindak. Mudah menjadikan musuh kawan dan juga menjadikan kawan itu musuh. Segala tindakan dan usaha-usahanya sembrono. Tidak berdisplin, bersusun dan teratur.

• Sifat gopoh mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah diucuk dan dihasut. Mudah dilatah-latahkan hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan seperjuangan.

• Sifat gopoh itu selalu sahaja membuat seseorang menyesal tidak sudah, sesal berpanjangan.

• Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh. Budi pekerti yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.

• Sifat gopoh itu pada seseorang mudah atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik.

Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang lagi dan dikawal, menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak sabar terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.

PUNCA-PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH

• Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan tuhan. Semulajadi ia lahir bersama-sama dengan tubuh kasar manusia. Kemudian dibiarkan dia tanpa dididik hingga menjadi subur

• Didorong lagi dengan sifat ego atau sombong samada disedari oleh orang itu atau tidak. Kerana sifat ego juga benihnya juga telah Allah ciptakan sejak lahir lagi. Apatah lagi didorong oleh faktor-faktor yang mendatang seperti ada pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain

• Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu hati atau jiwa. Samada Mahmudahnya mahupun Mazmummahnya. Ertinya hati atau jiwanya terbiar tanpa dapat pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam maka terdorong dari dalaman.

• Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah bermujahadah atau tidak sungguh-sungguh bermujahadah dikernakan lemahnya iman atau lemahnya iman atau lemahnya aqidah dan tidak tahan godaan diluar diri yang sentiasa mencabar.

• Mungkin juga didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh jiwa yang lemah kerana lemahnya aqidah dan sekalipun disertakan ilmunya, pakar aqidah atau pakar tauhid tapi tidak dihayati.

GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU.

Sifat gopoh boleh menjadikan manusia segala tindak tanduk dan sikapnya tidak berdisplin hidupnya terutama bila berhadapan dengan dua keadan ini.

• APABILA WAKTU SENANG DAN MEWAH

Diwaktu mereka ada duit, hilang pertimbangan. Waktu berbelanja terlalu gopoh berbelanja. Ia beli apa saja, bermacam-macam. Berfaedah atau tidak berfaedah, perlu atau tidak terutama jangan sahaja nampak barang atau benda yang dia suka atau barang yang orang lain ada, dia kan beli. Nampak sungguh macam orang kemaruk atau tidak siuman. Hilang rasionalnya sekalipun seorang yang berpelajaran, mendapat pelajaran tinggi, berjawatan tinggi, kedudukan penting dalam masyarakat. Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyak hingga tidak terurus timbullah pembaziran. Maka kesenangan tidak dapat dikongsi oleh orang lain.

• APABILA MENDAPAT KESUSAHAN

Apabila mendapat kesusahan seperti kemiskinan, sakit, bencana alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu nampak sangat melulunya dalam hendak menyelesaikan masaalah, keluh kesahnya begitu ketara, mukanya tidak ceria, maka mengadulah ia ke sana, ke mari. Dia tidak fikir orang suka atau tidak. Sesuaikah orangnya untuk mengadu atau tidak. Orang itu simpati atau benci. Dia akan ceritakan masalah. Walaupun sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan masalahnya.

Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuat yang tidak patut hingga menimbulkan masalah lebih kusut lagi seperti berhutang di sana di sini hingga hutang keliling pinggang begitu juga kalau sakit, apabila bertemu sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, sekali dua sahaja digunakan atau dimakan, kemudian beli ubat yang lain pula. Begitu sekali gopohnya membeli ubat. Itu boleh tahan, setengahnya jumpa bomoh sami, berubat menyalahi syariat. Bersandar dengan tuhan langsung tidak ada dalam jiwanya.

Dia rasa semua masaalah boleh diselesaikan dengan usahanya. Hingga terlalu bersandar dengan usaha, hilang displin diri. Bila hilang displin diri nampaklah melulunya, tindak tanduknya hingga hilang pertimbangan aqal fikirannya.

BAGAIMANA MENGUBATI PENYAKIT GOPOH

Sebelum ini kita telah katakan bahawa penyakit gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang disebabkan sifat ego. Tidak faham perjalanan hati atau jiwa. Membiarkan sifat gopoh semulajadi hingga subur hingga jiwa menjadi kosong daripada menghayati akidah, sekadar ada ilmu aqidah. Boleh jadi ilmu aqidah pun tiada, lebih-lebih lagilah teruknya. Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah. Maka tuhan sudah tiada dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempat sandaran, tidak lagi menjadi tempat rujuk.

Tidak lagi dijadikan penyelesai segala masaalah maka timbullah jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang, datanglah sifat gopoh. Oleh itu, untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwa dan hati.

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA

Di dalam ajaran Islam semua masaalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masaalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masaalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat
dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim
itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan
Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata
-kata kami dengar dan kami patuh."

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;

"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit."

Maksudnya, orang menolak atau melupai tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714

Diambil daripada Blog Cina Islam

Read More...

Zaid dilihat paling layak


H
ULU SELANGOR, 17 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Datuk Zaid Ibrahim masih dianggap paling layak berbanding tiga calon yang lain dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

“Selepas pengumumam yang dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya (Nor Hisham Ahmad Dahalan), daripada keempat-empat calon, Datuk Zaid Ibrahim masih dilihat paling layak untuk mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan rakyat,” ujarnya di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru, hari ini.


Menurutnya, ini kerana rekod Zaid sedia meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak setuju dengan penggunaan ISA yang dianggap zalim.

Ekoran itu, katanya Zaid dilihat lebih mementingkan prinsip kebenaran berbanding kepentingan diri dan kedudukan politik.

Sebelum itu, Zaid merakamkan rasa syukur kepada Allah kerana proses penamaan calon berjalan lancar.

Beliau turut mengulangi manifestonya sebelum ini iaitu menyeru rakyat supaya bersama beliau memperjuangkan isu tanah yang membabitkan Orang Asli dan peneroka Felda di Hulu Selangor.

Selain Zaid, tiga lagi calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu ialah P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

11.40 pagi: Calon bebas, Johan Mohd Diah ketika ditanya apakah agenda dan sebab masuk bertanding, beliau hanya menjawab "No komen, saya akan terangkan ketika berkempen".

11.25 pagi: SPR mengumumkan 4 orang calon layak bertanding. Datuk Zaid Ibrahim (PKR), P.Kamalanathan (BN), dan dua orang calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.


Proses penamaan calon selesai dan para penyokong mula bersurai.


11.00 pagi: Nor Hisham Ahmad Dahalan, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Kecil P.094 mengumumkan tempoh bantahan ditutup.


10.00 pagi: SPR mengumumkan tempoh penyerahan borang penamaan calon telah tamat dan kini dibuka untuk tempoh bantahan sehingga jam 11 pagi.

Dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah, masing-masing peniaga turut menyerahkan borang pencalonan selain Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan P Kamalanathan (BN).

Anuraadha a/p Jeyasingam pula mendakwa dihalang polis hampir 1 jam di luar kawasan penamaan calon sehingga mengakibatkan beliau terlewat menghantar borang selepas jam 10 pagi.

Ujarnya, MIC tidak ada hak menghalang beliau menawarkan diri sebagai calon Bebas walaupun merupakan penyumbang utama dana kepada MIC.

Tambahnya lagi, beliau menjadi calon atas kemahuannya, bukan ditaja oleh mana-mana pihak.

9.42 pagi: Di bawah khemah Pakatan: Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat mengambil peluang saling bertanya khabar sementara menunggu calon masing-masing selesai menyerahkan borang pencalonan.


9.40 pagi: Difahamkan dua calon bebas menghantar borang pencalonan, seorang Melayu dan seorang India.


8.55 pagi: Calon diiringi Datuk Seri Anwar, Timbalan Presiden PAS dan Menteri Besar Selangor masuk ke dewan.


Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Pengurus Pilihanraya P.094 mengumumkan buka penyerahan borang penamaan dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Datuk Zaid Ibrahim masuk ke dewan pencalonan jam 9 pagi sejurus dewan diumum buka oleh SPR.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub di dewan pencalonan membuat bantahan tentang beberapa kain rentang mewakili Umno BN di kawasan larangan yang ditetapkan oleh SPR.

8.44 pagi: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan MP Padang Serai Gobalakrishnan kelihatan terkandas di pintu masuk kawasan penamaan calon.



Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir.


8.35 pagi: Perarakan kini sampai ke sekatan pihak polis lebih kurang 50 meter dari tempat penamaan.

Penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan lebih 10 ribu.

Penyokong Pakatan kini berkumpul di hadapan sekatan polis. Mereka melaungkan "Hancur Umno", "Altantuya Mongolia".


8.31 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan



8.23 pagi: Mengetuai lebih 150 orang asli dari Kampung Penderas, Temerloh, Pahang, Tok Reng bin Kasim antara kelompok yang menarik perhatian khalayak dalam perarakan Pakatan Rakyat.


Menurut beliau, kedatangan mereka sebagai tanda protes pada kerajaan kerana merampas tanah adat Orang Asli di Pahang.


8.14 pagi: Datuk seri Anwar baru tiba bersama Menteri Besar Selangor


Dijangkakan lebih 7ribu penyokong Pakatan Rakyat, termasuk 3,500 jentera berdaftar dari PAS, PKR dan DAP.

Menunggu perbarisan teratur, seorang pimpinan Pemuda PAS memimpin bacaan doa wahdah, isyarat menentang kerjasama Kerajaan Pusat dengan Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide yang pro Zionis Israel.



8.13 pagi: Penyokong sedang menunggu ketibaan calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim



7.54 pagi: Penyokong Pakatan akan mulakan perarakan




Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.

Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.

Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.


7.44 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat akan mula berarak ke stesen bas Kuala Kubu ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru


7.38pagi: Penyokong Pakatan Rakyat mula memenuhi tempat berkumpul yang dikhaskan pihak keselamatan, kira-kira 50 meter dari tempat penamaan calon.

Read More...

Newer Posts Older Posts Home