Friday, May 3, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat mampu dilaksanakan - Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang

K UALA LUMPUR: PAS penuh keyakinan manifesto Pakatan Rakyat yang telah dikemukakan boleh dan mampu dilaksanakan jika diberikan amanah untuk mentadbir negara ini. Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua lapisan rakyat negara ini memberikan kepercayaan penuh kepada PAS, PKR dan DAP dalam pilihan raya umum ini. "Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini," ajak Tuan Guru Haji Hadi dalam kenyataannya. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Jumaat 3 Mei 2013/22 Jamadil Akhir 1434 “MANIFESTO PAKATAN RAKYAT ADALAH KOMITMEN IKHLAS KAMI” 1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan-rakan dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia berbagai agama, kaum dan etnik, untuk menjadi pengundi yang bebas dan merdeka dengan menjadikan peluang mengundi dalam PRU-13 ini sebagai saat penting dalam sejarah Malaysia. 2. Lihatlah bahawa PR menawarkan calon-calon yang lebih amanah dan berkelayakan, disamping lebih memahami penat lelah rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang tercinta ini. 3. Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan manifesto PR yang menyentuh pelbagai aspek. Semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti. 4. Pimpinan UMNO/ BN mengatakan bahawa manifesto PR ini adalah mencabar perlembagaan, karut dan hanya janji yang tidak boleh dilaksanakan. Pimpinan UMNO/BN berfikir demikian kerana itulah cara kerja mereka selama puluhan tahun ini, dengan memerah hasil negara melalui pengurusan kewangan yang lemah, kos projek yang meningkat berganda, ketirisan dan salah guna kuasa. Bacalah dengan fikiran terbuka Laporan Global Financial Integrity (GFI) (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009 - Update with a Focus on Asia). Pengaliran wang dari Malaysia ke luar bertambah tiga kali ganda dari USD 22.2 billion pada tahun 2000 ke USD 68.2 billion pada 2008. Akhirnya Malaysia menjadi negara ke tiga paling banyak berlaku pengaliran wang keluar selepas China dan Mexico untuk tempoh 2001 – 2010. Itulah kepandaian pimpinan UMNO/BN dalam menguruskan kewangan negara !. 5. Saya juga ingin mengulangi komitmen bahawa pembayaran royalti petroleum 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan termasuklah Pahang dan Johor boleh dilakukan, pengurangan harga minyak, penghapusan tol, pemansuhan PTPTN, pendidikan percuma, pengurangan tarif elektik kediaman; semuanya adalah BOLEH dan MAMPU dilaksanakan oleh kerajaan PR sekiranya memerintah Malaysia nanti. 6. Peluang pekerjaan baru akan diwujudkan. Bagaimana?. Sektor pembuatan dan perkhidmatan akan berkembang dengan lebih pesat apabila dipacu oleh modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, manakala gejala rasuah dan ketirisan akan dibanteras ke akar umbinya serta menghalang pengaliran wang haram ke luar negara. Ini semua mampu merancakkan aktiviti pelaburan domestik seterusnya menjana lebih peluang pekerjaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. 7. Kakitangan kerajaan sektor awam pula akan terus dijaga kepentingan kebajikan dan imbuhan mereka. Kerajaan baru nanti tidak akan bertindak mengugut dan memenjarakan fikiran kakitangannya dengan peraturan yang menakutkan seperti dalam notis oleh Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri. Lantaran itu, peruntukan undang-undang yang menekan seperti AUKU akan dimansuhkan manakala reformasi institusi kehakiman dan kamar peguam Negara, PDRM dan SPRM akan dilakukan. 8. Golongan wanita akan menikmati Caruman Wanita Malaysia oleh kerajaan dan suami mereka mengikut kadar yang akan ditentukan. Pusat jagaan anak anak di tempat kerja sektor kerajaan akan diwujudkan megikut kesesuaiannya manakala di sektor swasta akan diberikan galakan menerusi insentif kewangan dan percukaian. Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini. MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN PAKATAN HARAPAN RAKYAT ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS

Read More...

Ini kalilah !!!!!!! Permandangan di Sutera Mall Skudai Johor menunggu ketibaan DSAI...

M acam mana Najib tak panik dan gelabah.....Sesiapa pun akan rasa gentar dan cuak apabila melihat pemandangan seperti ini di pihak parti lawan. Pemandangan Ceramah anjuran PR sejak nak tiba PRU seperti ini sudah perkara lazim dan biasa. Lagi dekat nak tarikh mengundi lagi mengila rakyat turun sokong ceramah PR. Kehadiran puluhan ribu tanpa di angkut... tidak disediakan makanan dan minuman.. tidak di beri duit saku.. tiada Baju T percuma... sebaliknya terpaksa berjalan kai berkilo meter dan sampai ditempat ceramah kena keluar duit dari kocek sendiri untuk derma dana parti. Inilah Kebangkitan Rakyat yang mau tekad melakukan perubahan.

Read More...

Rakyat kelantan bermunajat....

M unajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi tadi. Ia adalah "jawapan" kepada "keceluparan Najib yang sehari sebelumnya memperlekehkan kerajaan PAS negeri Kelantan kononnya tiada pembangunan selama 23 tahun memerintah Kelantan sedangkan royalti Kelantan telah dirompak oleh UMNO BN sepanjang tempoh berkenaan. Malah Najib turut memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai. Katanya: “Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion…(tentunya) tak boleh buat,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai. Sekarang ini jawapannya, rakyat Kelantan menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t. supaya dibalas segera segala tohmahan Najib berkenaan dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Doa yang dibacakan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. "Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara. "Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan. "Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.

Read More...

Monday, January 10, 2011

O&G sector to see more M&As?

KUALA LUMPUR: This year is poised to be an exciting one for local oil and gas (O&G) players on the back of improving prospects as crude oil prices continue to rise, with observers saying this could also mean more mergers and acquisitions (M&A) within the sector.Local analysts have been forecasting that this year will see several major trends, including bigger orderbooks and tenders in the pipeline, strategic partnerships being announced and more corporate exercises including mergers, take-overs and capital-raising activities taking place.

News of oil major Petroliam Nasional Bhd (Petronas) opening up marginal oilfields to niche players, as well as five new tax incentives to encourage domestic exploration activities created some excitement in the market, with many O&G counters seeing increased investor attention.

The exploration activities are set to benefit hook-up and commissioning (HUC) job players such as SapuraCrest Petroleum Bhd, Kencana Petroleum Bhd and Petra Energy Bhd, as well as fabrication yard operators who are also poised for a consolidation, according to UOBKayHian.

“Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd’s (MMHE) yard in Johor is currently operating at full capacity, and additional yard capacity and size would fuel its growth,” it said in its January 2011 strategy report.

“MMHE could be looking into Sime Darby’s assets or even other Petronas-licensed smaller fabrication yards that are less well run, such as Oilcorp Bhd which is facing solvency issues.”

Maybank Investment Bank Research reiterated the view, saying it expected the number of offshore fabricators to contract to two from six at present.

“We think MMHE, 65% held by MISC Bhd and ultimately Petronas, will be an acquirer. Ramunia and Sime Engineering, 100%-owned by Sime Darby are the likely targets,” it said.

“In addition, we foresee new assets/businesses being injected into Ramunia and Scomi Marine, both PN 17 counters (i.e. cash rich, but without a core business).”

The Edge Financial Daily last week reported that Ramunia Holdings Bhd is said to be eyeing Borcos Shipping Sdn Bhd, which provides offshore supply services for the O&G sector, as part of its regularisation plan.

In addition to fabricators, Maybank IB Research also highlighted several marine vessel operators as potential acquisition targets, namely Alam Maritim Resources Bhd, Petra Perdana Bhd and Tanjung Offshore Bhd, as well as private limited offshore support vessel provider Jasa Merin (M) Sdn Bhd, whose parent company is SILK Holdings Bhd.

“These operators have undemanding valuations but stretched balance sheets with high gearing levels, which complicate their growth prospects,” it said in a Jan 7, 2011 note.

The brokerage firm also highlighted that cash-rich SapuraCrest could be keen on acquiring marine vessels as a strategic asset to complement its installation of pipeline and facilities (IPF) operations.

UOBKayHian had also highlighted SapuraCrest’s eligibility as a potential M&A target, due to its ability to fund its expansion plans easily across the entire O&G upstream value chain.

Another possible acquirer could be Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), as it may be looking to accelerate consolidation among bumiputera marine vessel owners, according to Maybank IB Research, saying it is likely to start with Tanjung Offshore, in which it has a 24% equity interest.

“The key driver of consolidation in this sector by Ekuinas is to create a stronger entity both in terms of size and financials,” an analyst told The Edge Financial Daily. “At present, most vessel players are highly geared with limited room for expansion.”

Meanwhile, market speculation had also recently surfaced that Alam Maritim Resources Bhd could be in the preliminary stages of exploring a working relationship with Coastal Contracts Bhd.

An industry source told The Edge Financial Daily that the partnership could prove promising as there did not appear to be an overlap in their businesses.

Alam Maritim is primarily involved in the supply of offshore supply vessels for the O&G sector as well as underwater services. Meanwhile, Coastal is a Sandakan-based company whose areas of business include vessels manufacturing and chartering.

“Catalysts for cooperation include Coastal’s fabrication shipyard and the Sabah connection, while Alam Maritim has been said to be game for strategic tie-ups,” the source said. “Main issues would be pricing and control of management.”

Maybank IB Research also highlighted upcoming high-impact projects in Sabah, including the Sabah Oil and Gas Terminal, Sabah-Sarawak Gas Pipeline, Sipitang O&G Industrial Park as well as Petronas Chemicals Group Bhd’s ammonia and urea plants.

It is worth noting that pilgrim fund Lembaga Tabung Haji (LTH) is a common shareholder in both Coastal and Alam Maritim, albeit with non-controlling stakes.

LTH has 72.56 million shares in Alam Maritim, representing a 9.29% stake, while it has 18.2 million shares in Coastal, representing a 5.02% equity interest.

Alam Maritim has been seeing heightened buying interest since early December 2010. It ended trade higher last Friday to RM1.09 with 7.53 million shares done, while Coastal closed one sen lower to RM2.37 with 199,800 shares transacted.


This article appeared in The Edge Financial Daily, January 10, 2011.

Read More...

Berita Saham

Saag adalah yang paling aktif dengan 99 juta saham dilakukan, naik 1.5 sen hingga 12 sen. Ini diumumkan semasa berehat tengah hari bahawa anak syarikatnya telah mendapatkan US $ 78 juta (RM239.54 juta) kontrak dari Mrails Tram (Melaka) Sdn Bhd untuk merancang dan membina 40 km dari trem di Melaka.KUALA LUMPUR: Ramunia Holdings Bhd, yang tanpa perniagaan teras, sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan Syarikat Borcos Pengiriman Sdn Bhd, sumber akrab dengan masalah tersebut kepada The Edge Financial Daily.

Dikatakan bahawa rundingan telah bermula, namun tidak diketahui bagaimana pengambilalihan akan disimpulkan - melalui kas, saham atau kedua-duanya.

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM), peziarah dana Lembaga Tabung Haji (LTH) ketika ini pemegang saham terbesar Borcos Pengiriman, memegang 24.750.000 saham atau saham 84%, sementara pemegang saham lain AWH Ekuiti Holdings Sdn Bhd yang telah 9 % pemilikan saham atau 2.7 juta lembar saham, Dayang Enterprise Holdings Bhd (6% atau 1.8 juta saham) dan Vida Partners Sdn Bhd dengan 0,8% atau 250.000 saham.

Dayang Enterprise dicadangkan bulan lalu untuk membuang kepentingannya di Borcos Pengiriman ke AWH untuk beberapa RM135 juta. Dayang mengakuisisi saham di Borcos Pengiriman pada bulan September 2009, Forking keluar RM132.1 juta untuk 1.8 juta saham.

Pengiriman Borcos dahulu satu unit yang dimiliki seluruhnya oleh AWH, tetapi dengan LTH memiliki sekitar 25 juta saham keutamaan boleh diperbaiki penukaran (ICPs) dalam syarikat. LTH hanya menjadi pemegang saham pengendali selepas menukarkan ICPs menjadi saham biasa dalam Borcos Pengiriman.

Perhatikan LTH yang juga merupakan pemegang saham pengendali Ramunia dengan saham 25.17%.

Menurut CCM, AWH adalah majoriti dikendalikan oleh Datuk Wan Wan Ariff Hamzah yang mempunyai pemilikan saham 70% dan Sidqi Ahmad Said Ahmad yang memiliki saham 30% di AWH.

Untuk FY09 yang berakhir 31 Disember, Borcos Pengiriman berdaftar keuntungan selepas cukai sebanyak RM21 juta daripada RM182.58 juta dalam jualan. Borcos Pengiriman juga mempunyai RM194.61 juta dalam cadangan.

Ramunia Sementara itu, sebuah Nota Amalan 17 syarikat, dan pengumuman pada hari Isnin, menyatakan bahawa ia mempunyai dua bulan untuk datang dengan rencana regularisasi, dan menyampaikannya kepada pihak berkuasa.

Pada bulan April tahun lalu, Ramunia menjual aset utama, fabrikasi laman dan mesin yang terletak di Teluk Ramunia, Johor untuk Sime Darby Bhd untuk RM515 juta.Ramunia ini pergi tanpa perniagaan teras, tetapi dengan dana yang cukup untuk menjelaskan hutang dan memperoleh perniagaan teras baru.

Setelah menjual laman fabrikasi nya, Ramunia menandatangani kesepakatan dengan Pleasant Engineering Sdn Bhd untuk memanfaatkan halaman terakhir.

Pleasant Engineering adalah unit yang dimiliki sepenuhnya oleh Pesisir Kontrak Bhd

Selain perjanjian dengan Pesisir Kontrak, Ramunia juga mempunyai dasi-up dengan pengeluar crane Korea Selatan Dongnam Marine Crane Co Ltd

Menurut situsnya, Borcos Pengiriman telah andalan dalam penyediaan perkhidmatan bekalan lepas pantai untuk sektor minyak dan gas dan tongkang. Syarikat mempunyai armada 35 kapal dan dua dengan tempahan.

Untuk FY10 yang berakhir pada 31 Okt Ramunia mencatat keuntungan bersih sebanyak RM67.98 juta dari RM34.86 juta dalam jualan. Untuk FY09, Ramunia menderita rugi bersih sebanyak RM52.72 juta dari RM296.67 juta pada pendapatan.

Dalam nota yang accompaning kewangan syarikat, Ramunia berkata, kenaikan keuntungan ini disebabkan pendapatan dari diskaun yang diterima daripada kreditur.

Volume perdagangan pada Ramunia telah berat akhir-akhir ini, dengan saham syarikat memperoleh 42% sejak awal Disember 2010. Saham ditutup pada 59.5 sen terakhir.

Read More...

Sunday, September 5, 2010

Iklan Aidil Fitri : Pemuda Pas hantar Bantahan Ke TV3


KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010."Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

Daripada : Nazri Abdullah (Harakah Daily)

Read More...

MB melawat keluarga mangsa dua beranak dibunuh


TUMPAT, 5 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita di atas peristiwa yang menimpa keluarga mangsa Allahyarhamuha Norliza Ishak dan anaknya Amyrul Aiman Mohd Yusof, 11 yang mati dibunuh Khamis lalu.
Menurutnya, sepatutnya bulan Ramadan bulan mulia yang juga bulan kebesaran bagi umat Islam tidak seharusnya peristiwa berkenaan berlaku.

"Namun kerana membelakangkan ajaran Islam, mereka sanggup melakukan perkara itu walaupun dengan membunuh,"ujarnya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, dekat sini.

Tuan Guru juga turut berharap keluarga magsa bersabar menghadapi ujian Allah yang amat besar itu.

Sempena kunjungan itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi kepada suami Norliza , Mohd Yusof Awang Besar.

"Saya ucapkan terima kasih pada Tuan Guru kerana meluangkan masa menziarahi kami dan bertanya khabar walaupun sentiasa sibuk dengan tugas harian," ujar Yusof yang tidak menduga Tuan Guru akan berkunjung ke rumahnya.

Akhbar semalam melaporkan badan kedua-dua mangsa diikat dengan tali serta pita pelekat, manakala mulut ditutup dengan kain sarung ketika ditemui di rumah mereka.

Mayat mereka ditemui kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya oleh rakan dan pihak pengurusan bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas mangsa tidak hadir mengajar di sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Allahyarham pernah menjalani kursus di Maktab Perguruan Taman Melewar, Negeri Sembilan.

Suaminya Yusof, yang berada di Kaherah, Mesir tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam kira-kira 4.30 pagi bukan untuk beraya bersama keluarga, sebaliknya untuk menguruskan jenazah isteri dan anak.

Jenazah dua beranak itu disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, disini semalam.

Diambil daripada : Salmah Mat Husain (Harakah Daily)

Read More...

Sunday, May 16, 2010

Hukum melewatkan solat isya

H

ADIS-HADIS YANG BERKENAAN

1. Abdullah bin Umar ra berkata:

مكثنا ذات ليلة ننتظر رسول الله صلى الله عليه وسلم لصلاة العشاء الآخرة فخرج إلينا حين ذهب ثلث الليل أو بعده فلا ندري أشيء شغله في أهله أو غير ذلك فقال حين خرج
إنكم لتنتظرون صلاة ما ينتظرما أهل دين غيركم ولو لا أن يثقل على أمتي لصليت بهم هذه الساعة.
ثم أمر المؤذن فأقام الصلاة وصلى

“ Suatu malam kami duduk menanti Rasulullah saw untuk menunaikan solat Isya. Lalu Nabi saw keluar dari rumahnya semasa sudah berlalu sepertiga malam yang awal atau selepas itu. Kami tidak mengetahui Nabi saw lambat disebabkan urusannya dengan isteri atau yang lain. Baginda saw bersabda semasa keluar:
“Sesungguhnya kamu semua telah menantikan solat yang tidak dinantikan oleh mana-mana penganut-penganut agama selain kamu . Kalaulah tidak memberati terhadap umatku nescaya aku akan solat pada masa ini.”

Kemudian baginda saw menyuruh supaya tukang azan untuk iqamah dan beliau pun solat.

Hadis sahih Bukhari (570) dan Muslim (639)

2. Jabir bin Abdullah ra berkata:

والعشاء أحيانا يؤخرها وأحيانا يعجل كان إذا رأهم قد اجتمعوا عجل وإذا رأوهم قد أبطأوا أخر

“ Rasulullah saw kadang-kadang melewatkan solat Isya dan kadang-kadang menyegerakannya. Apabila melihat para sahabat sudah berhimpun maka baginda akan mneyegerakan. Apabila baginda melihat mereka lambat datang maka Nabi saw melewatkannya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (565) dan Muslim (646)

3. Zaid bin Khalid mendengar Rasulullah saw bersabda:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة ولأخرت صلاة العشاء إلى ثلث الليل

“ Kalaulah tidak menyusahkan ummatku nescaya aku akan wajibkan mereka untuk bersiwak setiap kali solat dan melewatkan isya ke sepertiga malam yang pertama.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

PANDANGAN ULAMA

Para Ulama telah berselisih pendapat terhadap perkara ini seperti berikut:

Pendapat pertama:

Disunatkan melewatkan solat isya sehingga sepertiga malam yang awal. Ini adalah pendapat Mazhab Hambali, Hanafi , sebahagian ulama mazhab Maliki dan pendapat lemah dalam mazhab Syafie.

Ulama mazhab Hambali mensyaratkan keredaan para makmum sekaliannya atau sebahgiannya. Imam Ibnu Quddamah berkata:

“Adapun sekiranya melewatkan solat isya itu memayahkan sekalian makmum atau sebahgiannya maka tidak disunatkan lewatkan isya bahkan ianya adalah makruh.”

Pendapat kedua:

Disunatkan menyegerakan solat isya seperti solat-solat yang lain. Ini adalah mazhab Maliki mengikut pendapat yang masyhur dan mazhab Syafie mengikut pendapat yang kuat mereka.

Pendapat ini menyatakan bahawa kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi saw adalah di awal waktu. Hadis-hadis yang menunjukkan perlu dilewatkan adalah perkara yang bukannya selalu Nabi saw buat. Pendapat ini menggunakan dalil secara umum berkenaan dengan kelebihan solat awal waktu.

PENDAPAT TERPILIH

Imam Nawawi berpendapat dalil-dalil pendapat pertama lebih kuat. Beliau berkata dalam kitabnya majmuk:

“ az-Zubairi memilih pendapat yang menyatakan lebih baik melewatkan isya dalam kitabnya (al-Kafi). Pendapat ini adalah pendpaat yang lebih kuat dari segi dalil.”

Disunatkan cepat atau lambat solat isya bergantung kepada perkara-perkara berikut:

1. Ia bergantung kepada berkumpulnya para jemaah. Sekiranya mereka cepat berkumpul maka sunat dicepatkan. Jika para jemaah lambat sampai maka sunat dilewatkan . Realitinya pada masa sekarang adalah jemaah dibuat awal waktu jadi bagi orang lelaki sunat untuk solat Isya di awal waktu berjemaah di masjid.
2. Ia bergantung kepada keredaan para jemaah. Sekiranya sebahgiannya tidak reda maka disunat disegerakan solat Isya.
3. Bagi orang yang solat bersendirian disunat melewatkan solat ke sepertiga malam yang awal sekiranya dia tidak tertewas dengan sikap malas atau tertidur hingga menyebabkan dia solat terlewat sangat.

Waktu yang sunat:

Perlu difahami para pembaca sekalian, waktu yang sunat dilakukan isya adalah setelah sepertiga malam yang awal. Iaitu dengan kita bahagikan malam tiga bahagian. Bila habis waktu sepertiga malam yang pertama dan masuk waktu sepertiga malam yang kedua itulah waktu yang sunat. Kalau untuk di mesir untuk tarikh hari ini 12/5/2010 adalah lebih kurang pukul 10.30 malam.

Iman Nawawi berkata dalam syarh sahih Muslim:

" Melewatkan isya yang disebut dalam hadis tidak lebih dari tengah malam."
"Tidak seorang Ulama pun yang menyatakan afdal melewatkan isya sehingga melebihi pertengahan malam."
Oleh itu tidur lepas magrib sehingga lepas tengah malam baru bangun untuk solat isya adalah tidak afdal menurut semua ulama dan ditambah lagi makruh tidur lepas magrib seperti disebut dalam hadis lain.

Rujukan: Mawaqit al-Ibadah al-Makaniah waz Zamaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Majmuk oleh Imam Nawawi.

http://akhisalman.blogspot.com/ ( Diambil daripada Blog cina Islam)

Read More...

Older Posts