Monday, February 1, 2010

Azan dedah UMNO cuba "beli" ahli PR


P
ETALING JAYA, 31 Jan: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR agar sentiasa berwaspada dengan usaha Umno memujuk dan 'membeli' mereka untuk menyertai parti itu.

Ingatan itu dibuat ekoran pendedahan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail bahawa beliau menerima 'pelawaan' untuk menyertai Umno.


Anwar diberitahu Azan bahawa usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Seperti yang dimaklumkan Azan kepada saya, ada percubaan untuk menghasut dan meyogok beliau untuk meninggalkan PKR dan Pakatan. YB Azan sendiri menunjukkan sms mereka untuk tujuan itu," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, dekat sini, hari ini.

Anwar juga berterima kasih kepada Azan kerana memaklumkan perkara itu sebagai bukti terdapat usaha membeli ahli parlimen Pakatan oleh Umno.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Azan yang dedahkan perkara ini. Jadi orang tahu bahawa wujudnya usaha Umno untuk membeli ahli parlimen Pakatan.

"Kita faham modus operandi orang-orang ini yang cuba membuat semua cara yang tidak bermoral untuk menimbulkan masalah dalam Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, saya minta semua rakan dalam Pakatan berwaspada dengan pelancaran pembelian besar-besaran sebelum hari raya Cina ini," katanya.


Hazayani Zakaria
Harakahdaily.net/-


0 comments:

Newer Post Older Post Home