Saturday, January 16, 2010

UMNO akan gagal jatuhkan Nil Aziz - Zaid Ibrahim


P
ETALING JAYA, 15 Jan: Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yakin Umno akan gagal dalam usaha untuk menjatuhkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

"Umno mungkin boleh menjatuhkan saya atau Datuk Seri Anwar tetapi saya tidak fikir dia akan mampu berbuat perkara yang sama kepada Tok Guru Nik Aziz," kata Zaid dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.

Wawancara itu diadakan di rumahnya dekat Tropicana pagi tadi oleh wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria dengan dibantu oleh Shukri Mohamad sebagai juru kamera.


Wawancara itu merangkumi pelbagai isu dari penubuhan parti Pakatan Rakyat, Dasar Pakatan Rakyat, sejarah beliau yang pernah menyaman kerajaan Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud serta masa depan Pakatan.

Wawancara penuh akan disiarkan selepas ini dalam bentuk teks dan juga video.

Dalam wawancara itu, Zaid ditanya kenapa beliau mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin atau spiritual leader untuk Pakatan Rakyat.

Menurut Zaid, Nik Aziz mempunyai ciri-ciri pemimpin yang dikehendakli oleh Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. "Saya tidak dapat nafikan Datuk Seri Anwar sebagai ketua pebangkang adalah bakal Perdana Menteri kita jika Pakatan berjaya mengambil alih Malaysia tetapi untuk spiritual leader, sebagaimana yang dimainkan oleh Gandhi di India, saya rasa Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Beliau bersetuju, ekoran cadangan dan isu-isu berkaitan dengannyalah Nik Aziz dan Kelantan kini menjadi sasaran Umno dan medianya khasnya Utusan Malaysia.

"Saya yakin Umno akan gagal," kata Zaid.

Namun begitu beliau berharap isu di Kelantan sekarang dapat diselesaikan segera.

Bagi beliau, dengan kewangan besar yang bakal dimiliki Umno melalui wang ehsan, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bimbang juga.


Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria foto Shukri Mohamad ( Harakah Daily)

0 comments:

Newer Post Older Post Home