Friday, January 1, 2010

Seni Bina Bangunan Masjid Di China


M
asjid merupakan pusat aktiviti keagamaan utama umat Islam. Dengan menyebaran agama Islam secara meluas ke China, beberapa buah masjid telah terdiri di pelbagai tempat negara itu dan amat diberi perhatian oleh umum. Masjid dibina oleh etnik Hui yang beragama Islam.



Nenek moyang penduduk etnik Hui dari Arab Tengah telah berhijrah ke China menerusi laluan perkapalan dan jalan daratan di pelbagai tempat. Reka bentuk bangunan masjid yang dibina mereka beraneka ragam disebabkan oleh perbezaan ekologi alam sekitar dan bahan-bahan binaan serta budaya negara-negara di Arab Tengah. Masjid tersebut dibahagikan kepada tiga jenis reka bentuk, iaitu bangunan masjid dengan seni bina Arab. Dan ketiga, masjid yang dibina hasil gabungan seni bina klasik tradisional China. Seni bina masjid tersebut berkait rapat dengan seni bina bangunan masjid etnik Hui. Ini memperlihatkan sepenuhnya kepandaian penduduk etnik Hui dan seni bina yang sungguh menawan hati.

Antara Dinasti Tang dan Song (tahun 600-700) hingga awal Dinasti Yuan, masjid di China pada masa itu dibina mengikut reka bentuk struktur masjid di Arab. Masjid yang dipugar semula mulai tahun 1980-an telah dibina mengikut seni bina Arab. Menurut catatan sejarah, kira-kira 30 ribu buah masjid telah dibina di seluruh tanah besar China. Masjid di pelbagai tempat di China mempunyai keunikannya yang tersendiri. Seni bina masjid boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang berbeza, iaitu reka bentuk tradisional China yang mengutamakan struktur kayu dan reka bentuk Arab. Walaupun begitu, kedua-dua bentuk seni bina tersebut merupakan bukti sejarah kepada aktiviti pertukaran kebudayaan dan hubungan persahabatan antara China dengan negara-negara di kawasan Arab selama ini.

Masjid Huaisheng di Guangzhou juga dikenali sebagai Masjid Guangta. Ia juga dipanggil sebagai Masjid Menara Cahaya. Masjid Huaisheng mempunyai sebuah menara yang setinggi 36 meter berbentuk bulat berwarnanya kelabu dan kelihatan agak megah.


Masjid Shengyou di Quanzhou yang dibina dengan seni bina Arab diperbuat daripada batu granit. Pintu gerbang di timur dan barat berbentuk melengkung untuk memudahkan penurapan batu bata itu sangat unik, iaitu menggunakan batu berbentuk panjang dan batu segi empat secara berselang-seli supaya bentuk mukanya lebih cantik. Ia pernah musnah akibat bencana gempa bumi semasa Dinasti Ming, antara tahun 1563 hingga 1620. CRI/-

(Diambil daripada Blog Cina Islam)

0 comments:

Newer Post Older Post Home