Monday, January 11, 2010

Eksport China mungkin akan menduduki tempat pertama di seluruh Dunia


E
ksport China mungkin akan menduduki tempat pertama di seluruh dunia, kerana perdagangan luarnya meningkat dengan ketara pada hujung tahun yang lalu.

Demikian ditunjukkan statistik perdagangan luar yang dikeluarkan oleh China hari ini.


Berdasarkan statistik kastam, jumlah import eksport China pada tahun 2009 melebihi 2207.2 bilion dolar Amerika, menurun 13.9% berbanding dengan tahun 2008. Walau bagaimanapun, jumlah import dan eksport China pada bulan Disember masing-masing mencipta rekod yang baru. Perdagangan luar China sedang pulih dengan cepat.

Naib Menteri Perdagangan, Zhong Shan berkata, China mungkin akan mendahului Jerman dalam bidang jumlah ekport pada tahun lalu, dan menjadi negara pengeksport terbesar di dunia. Namun, perkembangan antara pelbagai sektor yang bergantung kepada perdagangan luar China kurang seimbang. China perlu mengatur semula struktur perdagangan, dan menggalakkan pelbagai sektor yang terlibat berkembang dengan seimbang. CRI/-

(Diambil daripada Blog Cina Islam)

0 comments:

Newer Post Older Post Home