Thursday, September 24, 2009

Waktu Tahajjud dan Qiamullail

M
UKADDIMAH

Banyak kali persoalan berkenaan dengan perbezaan tahajjud dan qiamullail diajukan kepada saya. Begitu juga dengan waktu permulaan bagi keduanya. Terbaru adalah soalan yang diajukan di dalam shoutbox. Oleh itu saya akan jawab dengan mengemukakan dalil dan pandangan ulama.

PERBEZAAN QIAMULLAIL DAN TAHAJJUD

Qiamullail: Setiap solat sunat yang dilakukan pada waktu malam.

Tahajjud: Setiap solat sunat yang dilakukan selepas tidur pada waktu malam.

Oleh itu setiap solat tahajjud adalah qiamullail dan tidak semestinya solat qiamullail itu solat tahajjud.

Dalilnya adalah hadis yang diucapkan oleh seorang sahabat Nabi saw , iaitu Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:


بحسب أحدكم إذا قام من الليل يصلي حتى يصبح : أنه قد تهجد؟ إنما التهجد المرء يصلي الصلاة بعد رقدة ثم الصلاة بعد رسول الله وتلك كانت تلك صلاة رسول الله


" Adakah sesorang menyangka apabila dia menghidupkan malam dengan solat sehingga subuh itu sudah dikira tahajjud? Sesungguhnya tahajjud hanyalah solat malam selepas tidur. Kemudian solat selepas tidur. Itulah cara solat Rasulullah saw." (Hr Thabrani )

Daripada Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:


كان رسول الله يتهجد بعد نومه


"Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur." (Hr Ibnu Abi Khaisamah - hasan)

Ulama Syafie dan Maliki memberi definasi solat tahajjud:

"Solat sunat pd waktu malam selepas tidur."

PERMULAAN WAKTU SOLAT QIAMULLAIL

Rasulullah saw bersabda:


لا بد من صلاة بليل ولو حلب شاة وما كان بعد صلاة العشاء الآخرة فهو من الليل


"Solat malam adalah satu kemestian sekalipun sekadar perahan susu kambing biri-biri. Solat yang dilakukan selepas solat fardu isya adalah dikira solat malam." (Hr Thabrani - daif)

Ulama telah berselisih pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:-

Pendapat pertama:

Solat qiamullail adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat isya.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan sebahgian ulama syafie.

Pendapat kedua:

Tidak disyaratkan solat qiamullail itu dilakukan selepas isya'. Waktu solat qiamullail bermula apabila masuk waktu magrib.

Imam Bahuti berkata:

"Disunatkan Qiamullail. Waktunya bermula dari waktu magrib sehingga waktu subuh."

PERMULAAN WAKTU TAHAJJUD

Ada dua pendapat mengenai perkara ini seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Imam Syarwani berkata: Tahajud menurut istilah ulama syafie adalah sembahyang sunat yang dilakukan selepas solat isya sekalipun sebelum masuk waktu isya bagi yang melakukan jamak takdim dan hendaklah dilakukan selepas tidur. Tidak kira apa jua jenis solat sunat samada solat sunat rawatib atau solat-solat sunat yang lain.

Kedua: Mazhab hanafi.

MAzhab hanafi mensyaratkan untuk dikira solat tahajjud hendaklah dilakukan selepas masuknya waktu isya dan dilakukan selepas tidur.

WAKTU QIAM DAN TAHAJJUD RASULULLAH SAW

Aisyah ra telah menjawab soalan tentang solat malam Rasulullah saw:


كان ينام أوله ويقوم آخره فيصلي ثم يرجع إلى فراشه فإذا أذن المؤذن وثب فإن كان به حاجة اغتسل وإلا توضأ


"Nabi saw tidur pada awal malam kemudian bangun diakhir malam dan melakukan solat malam. Kemudian baginda akan berjimak dengan isterinya jika baginda berkeinginan sebelum baginda tidur semula. Bila azan berkemandang, baginda akan bangun dan mandi junub jika telah berjimak dan hanya berwuduk jika tidak berjimak." (Hr bukhari dan Muslim)

WAKTU HABIS QIAMULLAIL

Kebanyakan ulama yang terdiri dari mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali mengatakan habisnya masa qiamulail dan tahajjud adalah bila masuk waktu subuh.

Aisyah ra telah berkata:


كان رسول الله صلى الله يصلي من الليل حتى يكون آخر صلاته الوتر


" Rasulullah saw solat pada waktu malam yang diakhiri dengan solat witir." (Hr Muslim - sahih)

Ini menunjukkan solat Rasulullah saw berakhir sebelum masuk waktu subuh.

Pesanan Penting:

Hendaklan setiap muslim yang telah qiamullail dan tahajjud pada bulan ramadan meneruskan amalan mereka selepas ramadan. Janganlah kita merobohkan binaan amalan yang telah dibina di bulan Ramadan. Nabi saw bersabda:


يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثر ترك قيام الليل


"Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan, dahulu dia melakukan qiamullail. Kemudian dia meninggalkannya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan amalan2 yang lain kita perlu teruskan dengan ikhlas.

Rujukan: Mawaqit Ibadah Zamaniah wal Makaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani.


http://akhisalman.blogspot.com ( Diambil daripada Blog Cina Islam)

Read More...

Thursday, September 17, 2009

WARTAWAN 'BALING KASUT' DIBEBASKAN


B
AGHDAD - Wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush dibebaskan semalam.

Dia pada mulanya dijadualkan dibebaskan kelmarin tetapi ditangguhkan sehari kerana beberapa prosedur undang-undang belum diselesaikan.

Muntazer, 30, dalam satu sidang media selepas pembebasannya semalam mendakwa dia dipukul, disebat dan dikenakan kejutan elektrik selama beberapa hari ketika dalam tahanan.



Pembebasannya itu disambut oleh beberapa ahli Parlimen Iraq yang menyokongnya di luar penjara di Baghdad, kata abangnya, Uday al-Zaidi.

"Hari ini saya bebas lagi, tetapi negara saya masih lagi sebuah penjara," katanya dengan merujuk kepada kehadiran tentera AS di Iraq selepas tumbangnya rejim Presiden, Saddam Hussein.

Rakaman daripada televisyen Al-Baghdadia menunjukkan Muntazer tampil dengan memakai kaca mata hitam dan tubuh dibalut bendera Iraq untuk memberikan kenyataan media pertama selepas dibebaskan.

Kakitangan Al-Baghdadia menyembelih sekurang-kurangnya tiga biri-biri sebagai meraikan kepulangan wartawan berani itu.

Muntazer dihukum penjara tiga tahun kerana menyerang ketua negara asing tetapi dikurangkan kepada setahun selepas mahkamah menerima rayuannya.

Dalam insiden 14 Disember tahun lalu, Muntazer mengutuk Bush dengan berkata, 'ini ucapan selamat tinggal untuk kau, anjing' sambil membaling kasutnya ke arah bekas Presiden AS itu.


Diambil daripada Blog Cina Islam

Read More...

Wednesday, September 16, 2009

JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN - AL - QUDS


K
UALA LUMPUR, 14 Sept: Hari memperingati al-Quds yang diisytiharkan oleh bekas pemimpin Republik Islam Iran, Almarhum Ayatullah Khomeini mampu menjadi wadah untuk penyatuan seluruh umat Islam kerana penyatuan umat menjadi syarat untuk membebaskan Palestin yang ditakluk Zionis.

Ketua pengarah pusat kebudayaan Iran di Malaysia, Hujjatul Islam Mohammad Hassan Vahedi sebagai wakil Iran di Malaysia menegaskan demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dengan media yang diadakan di kedutaan Iran di sini hari ini.


Menurutnya, penyatuan umat Islam seluruh dunia amat penting untuk membina kekuatan menghadapi musuh sebenar yang mempunyai kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan untuk melemahkan umat. "Hari memperingati al-Quds yang diisytiharkan oleh Imam Khomeini berlandaskan falsafah penyatuan umat Islam, kerana melalui penyatuan umat sahaja kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi musuh sebenar, Zionis," kata Mohammad Hassan.

Hari memperingati al-Quds diisytiharkan oleh Almarhum Ayatullah Khomeini disambut pada setiap hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan setiap tahun. "Iran telah mengambil inisiatif dengan menggerakkan usaha penyatuan antara mazhab-mazhab dalam Islam yang bertujuan untuk mencari persamaan dan membina penyatuan umat," katanya.

Menurut Mohammad Hassan, usaha penyatuan ini kini menyaksikan penyertaan hampir 200 orang ulama, iaitu seramai hampir 150 dari Iran dan 50 dari seluruh dunia Islam lain termasuk dari Malaysia. Usaha mengumpulkan cendekiawan Islam seluruh dunia ini diharapkan akan dapat membina jalan ke arah mengukuhkan lagi penyatuan umat, sesuai dengan falsafah yang mendasari hari memperingati al-Quds yang disambut dalam bulan Ramadhan.

Sementara itu di London Tengah, upacara memperingati Hari Al-Quds adalah untuk menunjukkan sokongan dan simpati terhadap rakyat Palestin yang sedang berjuang membebaskan diri dari penjajahan rejim Zionis Israel. Penunjuk perasaan membawa spanduk-spanduk bertuliskan "Keadilan untuk Anak-Anak Gaza yang Dibunuh", "Kami semua adalah Orang Palestin", "Boikot Israel" dan "Yudaisme Menolak Negara Zionis". Mereka juga meneriakan slogan-slogan menyokong perjuangan rakyat Palestin seperti "Akhiri penjajahan sekarang juga" dan "Israel, negara teroris."

"Aksi ini bukan cuma untuk Al-Quds, tetapi menyokong rakyat Palestin yang tertindas. Kami melihat masalah-masalah Palestin dengan lebih luas dan semua hal yang terjadi pada rakyat Palestin. Kami disini ingin mengatakan bahawa kami bersama mereka!" jelas Raza Kazim, kordinator aksi massa peringatan Hari Al-Quds.


Oleh : Shah Bundy ( Diambil daripada Blog Cina Islam)

Read More...

FREE GAZA - AL- QUDS

A
ngkatan Bersenjata Republik Islam Iran menyatakan bahwa Hari Al-Quds Sedunia merupakan bentuk nyata dukungan masyarakat pada bangsa Palestina tertindas dan penentangan terhadap Rezim Zionis Israel. Sebagaimana dilaporkan Kantor Berita IRNA, Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran menjelang Hari Al-Quds Sedunia yang jatuh pada hari Jumat terakhir bulan Ramadhan mengeluarkan statemen resmi yang isinya mengecam brutalitas Rezim Zionis Israel dan mengajak ummat Islam di dunia supaya berpartisipasi dalam Hari Al-Quds Sedunia.


Dalam statemen itu disebutkan, saat dunia Islam menyambut seruan Imam Khomeini ra, bangsa Palestina dan Baitul Maqdis yang merupakan simbul solidaritas dan persatuan ummat Islam, hingga kini masih berada di bawah pendudukan Rezim Zionis Israel.

Teriakan anti zionis Israel, Amerika Serikat dan antek-anteknya termasuk Kerajaan Saudi Arabia menggema di depan Kedutaan AS di Jalan Merdeka Selatan Jakarta. Demikian dilaporkan Tempo Interaktif, hari Senin (14/9).


Panas terik siang isnin itu seolah tak dipedulikan sekitar 1.500 orang yang terdiri dari ; kaum ibu, anak-anak, pemuda dan orang tua. Mereka terus bersemangat mengutuk AS yang selalu melindungi Israel.Kelompok itu mendorong agar merebut Masjid Al-Aqsa (Quds) di Palestina dari tangan zionis Israel.


Acara rutin tiap pekan menjelang akhir Ramadhan itu berasal dari seruan almarhum Imam Khomeini pada 7 Agustus 1979. Dikatakannya, "Saya menyeru seluruh kaum muslimin di dunia untuk menjadikan Jumat terakhir di bulan suci
Ramadhan sebagai Hari Al-Quds, dan melalui demonstrasi solidaritas kaum muslimin sedunia, mengumandangkan dukungan mereka atas hak-hak rakyat muslim."

Selain di depan Kedutaan Besar Amerika Serikat, demonstrasi damai berjalan kaki menuju kantor Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) di Menara Thamrin, Jakarta. Selain membawa bendera merah putih, bendera Palestina, foto pejuang Libanon, Hassan Nasrallah, juga foto-foto anak-anak dan warga sipil yang dibantai tentara Israel. Sambil berjalan kaki massa juga memperagakan aksi teaterikal menggambarkan anak-anak dan perempuan yang teranta digebuki tentara Israeal dengan senjata api modern siap ditembakkan.


Dalam seruan yang dibacakan oleh Mujtahid Hashem dari Voice of Palestina pada akhir acara disebutkan beberapa butir anara lain ; menolak segala bentuk resolusi PBB yang mengingkari hak menentukan nasib sendiri bagi Bangsa Palestina. Ditegaskannya, "Kami juga menolak segala bentuk kerjasama Indonesia dengan rezim illegal Zionis Israel." Pernyataan terakhir itu untuk menegaskan adanya kamar dagang Israel sudah dibuka di Indonesia dan bisnis gelap senjata Pindad - Israel. Selain demonstrasi, Selasa sore, 15 September digelar acara pemutaran film, nasyid, dan seminar tentang perjuangan dan dukungan terhadap Bangsa Palestina di Sucofindo Building, Pancoran, Jakarta Selatan.

Oleh : Shah Bundy ( Diambil daripada Blog Cina Islam)

Read More...

Tuesday, September 15, 2009

SYEIKH YUSUF AL- QARDAWI ; ULAMA AWAM LEBIH BAHAYA DARIPADA ULAMA KERAJAAN

"
فقهاء العوام أخطر من الفقهاء الذين يرضون السلطان؛ لأن من يحاولون إرضاء السلطان مكشوفون ومعروفون، وبالتالي فإن تأثيرهم محدود، خلافا لمن يتطلعون لإرضاء الناس؛ حيث يصعب كشفهم فينتشر الفساد بفعل فتاواهم وآرائهم المدمرة..".

Ulama Awam (ulama yang disukai orang awam) lebih bahaya daripada Ulama Kerajaan (ulama yang ikut hawa nafsu kerajaan) kerana apa yang dilakukan oleh Ulama Kerajaan tersebut akan diketahui dan akan terdedah juga. Jadi pengaruh mereka akan tersekat. Ini berbeza dgn Ulama Awam yg menginginkan reda manusia melalui pendapat-pendapat mereka yg sukar dikesan dan kesalahan fatwa yg dilakukan mereka akan tersebar.

30/7/2009.

Ini dinyatakan oleh Sheikh Yusuf al-Qardawi dalam siaran mingguan yang popular iaitu channel "saya" yang ditayangkan pada 30 Julai 2009.



وشدد القرضاوي على خطورة هذا النوع من الفقهاء والمفتين الذين يتهيبون الجماهير فيفتون تبعا لأهوائهم، محذرا في الوقت نفسه من علاقة الفقيه والمفتي بالحاكم، رافضا أن يقوم المفتي بـ"إنتاج الفتاوى مجاملة للسلطان، ومحاولة لإرضاء هوى الدولة"!.

Beliau menegaskan bahawa bahaya itu merujuk kepada pendapat Ulama Awam yg beri pendapat mengikut nafsu mereka. Pada masa yg sama, beliau juga mengingatkan tentang bahaya Ulama Kerajaan yg berfatwa mengikut hawa nafsu kerajaan pemerintah.

الحلقة التي دار موضوعها حول الاجتهاد وضرورته لتجديد الفقه الإسلامي أوضح فيها القرضاوي أن "الاجتهاد هو الطريق إلى تجديد الشريعة الإسلامية وتهيئتها حتى تحل مشاكل الناس في كل مكان وفي أي زمان".

Siaran tersebut sebenarnya berkisar tentang ijtihad dan kepentingannya untuk tajdid fiqh Islam. Beliau menjelaskan bahawa ijtihad merupakan jalan ke arah tajdid Syariah Islam untuk menyelesaikan masalah masyarakat pada setiap tempat dan masa.

ولفت إلى أن "عصرنا اليوم أحوج ما يكون إلى الاجتهاد، خلاف العصور السابقة التي كانت الكتب فيها تكفي الناس لحل مشاكلهم نظرا لرتابة الحياة حينها، وخلوها من التعقيدات المعاصرة.

Berhubung dengan zaman sekarang ini, ia sudah pasti lebih memerlukan kepada ijtihad tersebut kerana ijtihad-ijtihad terdahulu adalah untuk menyelesaikan masalah ketika itu yang sudah pasti tidak sama dgn masalah pada zaman ini.

ونبه رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين على حتمية التجديد والاجتهاد، مشيرا إلى مخالفة أصحاب أبي حنيفة له في أكثر من ثلث مذهبه وهم الذين جاءوا بعده بـ30 سنة، فكيف لأكثر من 14 قرنا، تغير فيهم وجه العالم بفعل الثورات العلمية والتقدم التكنولوجي الكبير؟!


Beliau juga yang merupakan Ketua Persatuan Ulama Dunia mengingatkan bahawa tajdid dan ijtihad dianggap sangat perlu. Keperluan itu dilihat sebagaimana ijtihad yg dilakukan ulama Hanafiyyah yang berbeza dgn pengasas mazhab tersebut iaitu Imam Hanafi meskipun jaraj masa mereka baru saja 30 tahun. Apatah lagi kita sekarang yang berjarak masa 14 kurun dan dipenuhi dgn pelbagai teknologi.


ووضع القرضاوي بعض الشروط العلمية والخلقية والدينية التي يرى وجوب توافرها في المجتهد مثل: التأهيل العلمي العالي، والمعرفة الكافية بالكتاب والسنة والفقه، والإلمام بالمسائل التي اختلف فيها الفقهاء، والقدرة على تمثل الواقع وتحقيق مقاصد الشريعة.

Dalam berijtihad, beliau meletakkan beberapa syarat, antaranya ialah:
a) Capai darjat ilmu yang tinggi.
b) Fahami secara mendalam terhadap al-Quran, Hadis dan fekah.
c) Memahami permasalahan perkara khilafiyyah di kalangan para ulama.
d) Mengetahui permasalahan terkini dan maqasid syariah.

Kesimpulan:
1) Ulama Kerajaan memang bahaya kerana kekadang pendapat mereka adalah untuk menepati kehendak hawa nafsu kerajaan.
2) Pada masa yg sama, Ulama Awam juga bahaya kerana masyarakat yang bencikan Ulama Kerajaan sudah pasti akan menerima pendapat Ulama Awam itu, meskipun ulama tersebut juga kekadang menggunakan nafsu.
3) Masyarakat perlu berhati-hati ketika meminta pendapat dari Ulama Awam di samping berhati-hati dengan Ulama Kerajaan jika ternyata mereka gunakan nafsu.
4) Ijtihad sangat penting pada zaman moden kerana ia sudah pasti berbeza permasalahannya berbanding zaman ulama terdahulu.
5) Namun, ijtihad memerlukan syarat-syarat tertentu seperti disebut di atas.



Oleh: Hasrul Mohd
http://al-qedahi.blogspot.com/ ( Diambil Daripada Blog Cina Islam)


Read More...

EDISI RAMADHAN : SEMAKIN MENYUSUT?


M
akin nak ke akhir Ramadhan, bilangan tiang pun lebih ramai dari orang”

Inilah fenomena yang biasanya terjadi dalam masyarakat kita di Malaysia, apabila Ramadhan semakin menyusut harinya.

Sekarang sudah hari yang ke-25. Separuh lebih sudah Ramadhan.

Macam mana stamina anda dalam mengejar kebaikan-kebaikan di dalamnya?

Semakin menyusut?

“Tiada sesiapa yang mampu menyayangi Ramadhan dengan sebaiknya, tanpa memahaminya”

Itu satu kata-kata yang saya rasa, patut kita renung-renungkan, apabila hendak mempersoalkan, kenapa kebanyakan kita menyusut keghairahannya dalam mengejar kebaikan-kebaikan yang Allah sediakan di dalam Ramadhan.


Faham.

Di dalam Usul 20 yang disusun oleh Iman Asy-Syahid Hassan Al-Banna untuk organisasi yang dipimpinnya, yakni Ikhwanul Muslimin, dia telah menetapkan Al-Fahmu(kefahaman) sebagai usul yang pertama, mendahului usul-usul lain seperti ikhlas dan sebagainya.

Guru-guru saya, apabila mentakrifkan bagaimana sesuatu kerja itu menjadi amal Islami, mereka menetapkan empat perkara:

1. Perkara itu mestilah selari oleh Syara’

2. Perkara itu mesti dilakukan dengan ikhlas

3. Perkara itu mestilah membangunkan ummah

4. Perkara itu mestilah meruntuhkan jahiliyyah

Kalau dilihat dari empat perkara ini, nombor satunya adalah - mestilah selari dengan syara’ -, dan kita tidak akan mampu menggerakkan sesuatu itu selari dengan syara’, atau mengukur sesuatu itu sama ada ia selari dengan syara’ atau tidak, tanpa kefahaman.

Kefahaman mendahului keikhlasan, kerna dengan kefahamanlah, keikhlasan itu boleh didorongkan ke arah yang benar. Saya yakin, di dalam kefahaman komunis, ada orang-orang yang ikhlas di dalamnya. Kerna itu, mereka mampu berjuang bersungguh-sungguh. Saya yakin, dalam pergerakan zionis, ada orang-orang ikhlas di dalamnya. Sebab itu mereka mampu mendominasi dunia. Saya yakin, dalam pergerakan agama-agama sesat, ramai orang ikhlas di dalamnya. Sebab itu mereka berani menyebarkan kefahaman mereka.

Namun mereka tidak selari dengan syara’. Maka keikhlasan mereka tiada makna.

Begitulah kita dengan Ramadhan. Tanpa kefahaman, tanpa mengetahui apa itu Ramadhan, tanpa mendalami makna kenapa Ramadhan itu dihadirkan, tanpa meneliti betapa besar makna Ramadhan kepada insan, maka manusia tidak akan mampu menggapai satu stamina untuk bersama Ramadhan hingga ke penghujungnya, dengan penuh kesungguhan.

Pepatah melayu menyatakan: Tak kenal maka tak cinta. Begitulah kita dengan Ramadhan. Tak mengenalinya dengan sebenar-benar pengenalan, hanya akan membuatkan kita akhirnya muak beramal di dalamnya. Kita rasa amal kita telah banyak, kita rasa letih bangun tarawih berakaat-rakaat, mulut rasa sengal membaca Al-Quran panjang-panjang dan sebagainya.

Raya semakin hampiar, kerlip-kerlip lampu raya itu juga yang menyenangkan hati kita, kuih-muih raya juga yang menawan hati kita, baju raya, langsir raya, sofa raya, semuanya itu memenuhi pemikiran kita. Seronok memeluk kita, membuatkan pelukan kita terhadap Ramadhan semakin terurai.

Kerana kita tidak kenal dengan Ramadhan.

Pernahkah dalam hidup anda, anda melihat manusia yang menangis apabila Ramadhan meninggalkannya? Kalau anda pernah melihat mereka ini dalam kehidupan anda, maka anda akan nampak betapa besarnya Ramadhan dalam hidup manusia.

Saya baru sahaja menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Dr Isy Lababneh, seorang pensyarah di University of Yarmouk yang merupakan pakar di dalam bidang tafsir. Katanya:

“Kalaulah manusia tahu apa yang ada di dalam Ramadhan, menyedari betapa besarnya ia, maka sesungguhnya manusia akan menangis gembira dengan kewujudannya, dan menangis kesedihan dengan kehilangannya”

Dr Isy Lababneh menerangkan bahawa, kita sebagai insan tidak lepas dari dosa. Manusia saban hari melakukan dosa. Dosa kecil dan dosa besar. Dosa-dosa ini, saban hari kita lakukan, bertimbun ibarat gunung, sehingga mampu menghancurkan akhirat kita. Bagi manusia yang meyakini bahawa akhirat dan timbangan amal itu adalah pasti, maka ini adalah satu kegusaran untuknya.

Tetapi, kata Dr Isy Lababneh, apabila manusia melihat sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(bersungguh-sungguh), maka akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu”

Manusia yang faham, yang beriman, akan menangis kegembiraan dengan hadith ini. Kenapa?

Dr Isy Lababneh kata: “Kerna mereka melihat, jalan keluar untuk mereka menyucikan diri dengan cara termudah. Yakni beramal bersungguh-sungguh dalam 30 hari, dan mereka akan diampunkan”

Besarnya Ramadhan.

Namun, besarnya Ramadhan ini, hanya mampu dirasakan oleh manusia yang inginkan keredhaan Allah SWT. Ramadhan seakan-akan jalan keluar untuk kita yang sentiasa berdosa. Ramadhan seakan-akan talian hayat kita.

Kalau anda melihat ini dengan kefahaman, tidak kah anda melihat betapa Allah SWT itu amat mengasihi manusia? Seakan-akan Allah SWT secara halus berkata kepada kita:

“Aku tahu hamba-hambaKu lemah, banyak berdosa dan sering melupakanKu, maka Aku beri Ramadhan, agar mereka mampu membersihkan diri dan mendekatkan diri mereka kepada Aku”

Tidakkah anda melihat apakah hadiah Ramadhan?

Taqwa…

Besarnya Ramadhan.

Namun siapakah yang merasai?

Semakin menyusutkah amal kita?

Mari kita muhasabah. Ujian Allah terhebat untuk hamba-hamba yang ingin membersihkan diri di dalam Ramadhan adalah, segala hadiah-hadiah besar dalam Ramadhan, diletakkan di penghujungnya, diletakkan pada hari-hari manusia sudah letih beribadah dan hanya nampak hari raya.

Tidakkah anda terfikir untuk mendapatkan Lailatul Qadr?

Dengan kesungguhan anda sekarang, adakah anda layak mendapatkannya?

Mungkin kita kena duduk sebentar, dan muhasabah bersama….


Diambil daripada Langit Ilahi

Read More...

Butiran Hikmah Di Penghujung Ramadhan

Y
a Allah, Ya Ilahi Ya Rabb

Engkau sambut orang yang menentang-Mu dengan santun. Engkau biarkan orang yang berbuat dosa. Engkau tunggu mereka dengan sabar sampai mereka kembali kepada-Mu. Engkau tahan mereka untuk tidak segera bertaubat supaya yang binasa tidak binasa karena-Mu, dan orang yang celaka tidak celaka karena nikmat-Mu. Tetapi hanya setelah Engkau lama membiarkan mereka dan setelah Kausampaikan rangkaian bukti atas mereka, sebagai kemurahan ampunan-Mu wahai Yang Maha Pemurah, sebagai anugrah kelembutan-Mu wahai Yang Maha Santun.



Engkaulah yang membukakan kepada hamba-hamba-Mu pintu menuju maaf-Mu. Engkau namakan pintu itu taubat. Engkau berikan petunjuk dari wahyu-Mu kearah pintu itu supaya mereka tidak tersesat dari pintu itu. Engkau berfirman: “Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus, semoga Tuhanmu menghapus kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia, sedangkan cahaya mereka memancar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka, seraya mereka berkata: Ya Tuhan kami, sempurnakan bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (At-Tahrim, 66: 8)

Apalagi alasan orang yang alpa memasuki rumah itu setelah pintu dibukakan baginya dan petunjuk ditegakkan.

Engkaulah yang menahan harga untuk hamba-hamba-Mu. Engkau inginkan mereka berlaba dalam berniaga dengan-Mu dan beruntung berkunjung kepada-Mu. Maka Engkau berfirman: “Barangsiapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya.” (Al-An’am, 6: 160)

Engkau berfirman: “Perumpamaan infak yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada setiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Baqarah: 261)

Engkau berfirman: “Barangsiapa meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Allah akan melipat-gandakan baginya berkali-kali lipat.” (Al-Baqarah: 245).

Engkau yang menunjuki mereka dengan firman-Mu dan dorongan-Mu yang di dalamnya keberuntungan mereka, yang sekiranya Kaututupkan dari mereka, mata mereka tidak melihatnya, telinga mereka tidak mendengarnya, khayal mereka tidak menangkapnya. Maka Engkau berfirman: “Ingatlah Aku, Aku pasti mengingatmu. Bersyukurlah pada-Ku dan jangan ingkar.” (Al-Baqarah: 152).

Engkau juga berfirman: “Jika kamu bersyukur pasti Aku tambah kamu. Jika kamu ingkar, sungguh azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim, 14: 7)



Shah Bundy ( Diambil daripada Blog Cina Islam)

Read More...

Monday, September 14, 2009

UMNO PARTI ISLAM APA???


E
ntah kali keberapa Umno diisytihar sebagai parti Islam, kurang dapat dipastikan. Mahathir pernah mengisytihar Malaysia sebagai negara Islam, maknanya Umno yang perintah Malaysia adalah parti Islam.

Abdullah pernah popular dengan slogan ‘Islam Hadhari’, maknanya Umno ketika itu parti Islam Hadhari. Suatu masa dulu Umno pernah digahkan sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Malaysia.

Kini Najib pula kata Umno adalah parti Islam. Buktinya, ayahnya pernah buat Felda, tolong orang miskin dan macam-macam lagi. Oklah tu.


Mengapa pada hari ini, Najib perlu beritahu lagi kepada orang bahawa Umno adalah parti Islam? Tentu kerana Najib percaya bahawa orang tidak percaya Umno adalah parti Islam. Beritahu pula bukan sekali tetapi sudah berkali-kali. Walau sudah berkali-kali pun orang tidak percaya juga, tentu ada masalahnya.

Baguslah kalau Umno jadi parti Islam, tiada masalah apa-apa. Walau pun nama dan perlembagaan Umno tidak menyatakan secara nyata komitmen Islamnya, Umno mungkin boleh kata, “Ah, itu nama sahaja, apa ada pada nama. Yang penting amalan….,” Ok, tak mengapa.

Sebahagian besar orang Umno sendiri pun sebenarnya kurang percaya Umno adalah parti Islam. Mereka masuk dan sokong Umno pun bukan kerana Islamnya tetapi kerana habuan dan fulusnya.

Orang memang tidak pertikai Umno yang jadi kerajaan buat baik. Buat Felda, baik. Tapi, cuba Najib jenguk kembali ke Felda pada hari ini. Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiganya? Apa jadi dengan masalah sosial yang membarah di Felda? Pernahkan isu-isu pegangan agama remaja Felda diberi perhatian oleh kerajaan?

Itu masalahnya, Umno yang jadi kerajaan buat baik separuh-separuh atau separuh jalan. Kalau masuk Islam, Umno masuk Islam separuh-separuh atau separuh jalan. Aqad nikah ikut cara Islam, tetapi majlis kendurinya penuh dengan keburukan.

Umno yang jadi kerajaan buat musabaqah al-Quran, itu bagus. Tetapi ditempat yang sama dimana musabaqah dianjurkan, ada pula selepas itu acara-acara lain yang bercanggah dengan al-Quran.

Umno yang jadi kerajaan bagi tanah kepada rakyat, itu bagus. Tetapi masalahnya dalam masa yang sama ada tanah-tanah rakyat yang dirampas dan diambil tanpa pampasan wajar. Bagi tanah memang ikut Islam tetapi ambil dan rampas sebarangan macam mana pula?

Macam mana dengan PKFZ, isu-isu Islam dalam perlembagaan, sikap terhadap Palestin, ISA, isu-isu pendidikan Islam, premis judi dan arak, sikap Umno terhadap golongan anti hadis, sikap Umno terhadap SIS, tidak patuh kepada fatwa dalam isu seperti meletak kalungan bunga dan banyak lagi.

Umno yang jadi kerajaan buat masjid dan surau, tetapi Umno yang jaga kerajaan itu juga yang luluskan lesen judi dan arak.

Kalau Najib kata Umno parti Islam tiada masalah, tapi itulah bentuk Islam yang Umno amalkan. Separuh-separuh, separuh jalan atau serba boleh.

Kalau begitu, Umno parti Islam apa? Parti Islam separuh-separuh, parti Islam separuh jalan atau parti Islam Liberal?

Saya bukan mempersoal keIslaman orang lain, tetapi sekadar untuk beritahu kepada Najib mengenai Islam Umno yang dia laungkan itu.

Diambil daripada Blog Cina Islam

Read More...

RAMADHAN PELUANG MENGISLAH DIRI


U
mat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.




Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.
Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim ( Diambil daripada Blog Cina Islam)

Read More...

TAZKIRAH RAMADHAN ; BURU KEISTIMEWAAN TUJUH GOLONGAN DI SISI ALLAH


B
aginda Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik khususnya dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan dan contoh yang berjaya dalam melaksanakan tuntutan pelbagai jenis ibadat sebagai pengajaran kepada umatnya bagi mendapatkan tempat yang selesa di sisi Allah SWT pada hari kiamat.

Di mana terdapat tujuh jenis golongan manusia yang berjaya mendapat tempat di sisi Allah kerana melakukan amalan berdasarkan ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh baginda kepada mereka..



Kejayaan mereka itu untuk beramal dengan amalan-amalan yang baik menurut syarak adalah disebabkan ketekunan mereka untuk bergaul dengan insan-insan yang memiliki budi pekerti yang baik, apatah hubungan yang intim dengan Allah SWT selaku Pencipta seluruh alam.

Perkara ini ada ditegaskan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya, sama ada di waktu pagi, tengahari, petang, senja dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu kedua matamu berlaing dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu menuruti orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya, kerana sesungguhnya seluruh hidup mereka adalag melampaui batas (agama)."

Itulah jalan bagi memastikan kedudukan iman, pegangan serta kepercayaan terus utuh melalui persahabatan dengan orang-orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah SWT, bukan sekadar itu, malah mencemburui serta memburu tempat di akhirat seperti tujuh golongan yang terselamat daripada ditimpa panas terik matahari sejengkal di atas kepala.

Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Jelas dari apa yang disabdakan oleh baginda dalam hadis tersebut di atas, memberitahu kita bahawa golongan yang disebut itu adalah mereka yang benar-benar melaksanakan tuntutan ajaran agama Islam dalam hidup mereka, justeru mereka dianugerahkan balasan yang baik dari Allah setimpal dengan apa yang telah disumbangkan untuk kebaikan Islam.

Bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang sanggup berkorban demi Allah dalam segenap tuntutan kehidupan, apatah lagi terpaksa berhadapan dengan ujian yang mesti dilalui seperti yang dialami oleh tujuh golongan di atas.

Apatah lagi kepada umat Muhammad masa kini yang tenggelam dalam banyak perkara yang tidak ada hubungan dengan nilai keagamaan, termasuklah gelagat dalam bulan Ramadan dan malam hari raya, mereka memperlihatkan betapa aspek agama perlu dipelihara pada waktu tertentu secara bermusim, sehingga tindakan mereka itu tidak menjadikan mereka mampu untuk menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Golongan yang ketujuh yang disebut oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas iaitu yang mengingati (berzikir) kepada Allah hingga menitiskan air mata bukan mudah untuk ditemui pada zaman ini, kerana manusia pada hari ini tidak memelihara sumber pemakanan yang diambil (hasil pendapatan), tidak mengendahkan pantang larang agama, halal dan haramnya sesuatu yang diperolehinya serta tidak mempedulikan nilai-nilai agama dalam kehidupan mereka, malah Islam dipinggirkan dalam hidup mereka.

Pendekatan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata

Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra’ yang bermaksud : "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyuk."

Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.

Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : "Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata."

Jelas daripada ayat dan hadis di atas, menunjukkan bahawa nilai air mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT diganjari dengan pahala dan menyebabkan si pelakunya akan dimasukkan dalam syurga, begitulah sebaliknya jika seseorang itu yang menangis bukan kerana takut kepada Allah, maka dia akan dimasukkan dalam api neraka, malah air mata yang dialirkan itu akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan selama hidup di dunia, sama ada air mata itu akan menjadi penolonga baginya atau sebaliknya.

Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah

Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT:

1. Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.

2. Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.

3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.

4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.

5. Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.

Sehubungan itu juga, Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan, bahawa terdapat jenis tangisan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya:-

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2. Menangis kerana rasa takut.

3. Menangis kerana cinta..

4. Menangis kerana gembira.

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. Menangis kerana terlalu sedih.

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm:43)

Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Ibadat pada waktu malam

Sesungguhnya waktu malam adalah satu waktu yang disifatkan paling penting dan utama, bukan sahaja ia bersifat hening dan tenang, malah jauh dari sebarang rasa sikap untuk menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada orang lain.

Justeru peristiwa penting dalam sejarah Islam kebanyakannya berlaku pada waktu malam seperti peristiwa penurunan al-Quran malam al-Qadr, peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah dan Abu Bakr, Israk Mikraj dan lain-lain.

Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w yang merupakan hamba maksum yang dijanjikan Allah syurga, tetapi baginda tetap mendirikan ibadat pada malam hari sehingga pecah-pecah kedua-dua telapak kakinya. Demikianlah gambaran hamba yang mampu bersyukur ke atas nikmat anugerah Allah kepadanya.

Hadis daripada Ali Said r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda: Barang siapa terjaga daripada tidur di waktu malam, dan mengejutkan keluarganya, lalu sembahyang dua rakaat, ditulis bagi mereka itu dalam golongan orang yang mengingati Allah lelaki dan perempuan - Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.

Abdullah bin Salam menyatakan kata-kata yang mula-mula sekali beliau dengar daripada Rasulullah s.a.w. ialah sabdanya: Wahai manusia berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim, dan sembahyang malam ketika orang ramai tidur, kamu semua masuk syurga dengan selamat sejahtera - Riwayat Tarmizi.

Sesungguhnya mendirikan ibadat di waktu malam itu amalan para salehin dan muqarrabin. Ia memberi kesan pada pembentukan peribadi, menyumbang kebahagiaan di dunia dan akhirat, menghindarkan penyakit, meraih ketenangan.
Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang melakukannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Ketika sakit atau terasa malas, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. - Riwayat Abu Daud.

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim ( Diambil daripada Blog Cina Islam)

Read More...

Thursday, September 10, 2009

JAMBATAN YANG HIDUP DAN TUMBUH


J
embatan merupakan salah satu hasil rekayasa infrastruktur untuk mempermudah transportasi manusia. Jembatan-jembatan dibangun di lokasi di atas sungai, lembah, atau laut yang memisahkannya. Tetapi, di suatu tempat di dunia ini, jembatan-jembatan yang menghubungkan sungai-sungai itu tidak dibangun, melainkan hidup dan tumbuh!







Tumbuh dari akar-akar pohon karet, orang-orang Khasis di Cherrapunjee menggunakan batang pohon pinang, membelahnya dan mengeluarkan isinya untuk membuat apa yang disebut "penunjuk akar". Saat dibentangkan dan mencapai sisi pinggir sungai lainnya, mereka mulai menyatukannya dengan akar-akar dari tanah. Dengan berjalannya waktu, jembatan yang kokoh dan hidup mulai terbentuk.

Jembatan-jembatan akar itu beberapa di anatarnya mencapai 30 meter, membutuhkan waktu 10 hingga 15 tahun untuk bisa difungsikan penuh, dan menjadikannya sangat kokoh. Beberapa sanggup menahan beban hingga 50 orang sekaligus.




Salah satu struktur yang paling unik di Cherrapunjee dikenal dengan sebutan "Umshiang Double-Decker Root Bridge." Terdiri dari dua lapis jembatan, di atas dan dibawahnya.



Karena jembatan-jembatan ini hidup dan masih terus tumbuh, membuatnya semakin kokoh saja. Beberapa jembatan akar yang tua sudah digunakan tiap hari oleh orang-orang desa di sekitar Cherrapunjee sejak lebih dari 500 tahun yang lalu.

2. Jembatan Tanaman Merambat di Lembah Iya, Jepang


Salah satu dari tiga lembah-lembah "tersembunyi", di Jepang, West Iya merupakan tempatnya ngarai berkabut, sungai bersih, dan atap-atap jerami atau daun, seperti menggambarkan Jepang berabad yang lalu. Untuk menyeberangi sungai Iya yang mengalir di sepanjang lereng lembah, para perampok, para kstria, dan pengungsi membuat sebuah jembatan khusus yang dibuat dari tanaman merambat.

Di bawah ini adalah gambar dari satu jembatan dari tanaman merambat pada tahun 1880:


Pertama, dua tanaman Wisteria - salah satu tanaman merambat paling kokoh - ditanam hingga sangat panjang dari kedua sisi sungai. Saat tanaman itu mencapai panjang yang cukup, lalu dianyam bersama papan untuk membuat suatu rekayasa botani yang hidup, lunak tapi sangat kokoh.


Jembatan-jembatan itu tidak punya sisi-sisi, dan sebuah sumber sejarah orang Jepang menunjukkan bahwa jembatan tanaman ini tidak stabil, dan yang mencoba menyeberanginya pertama kali seringkali membeku di tempat, tidak mampu melanjutkan lebih jauh lagi.

Tiga dari jembatan-jembatan itu masih ada di lembah Iya. Meski beberapa (tidak semua) jembatan-jembatan itu diperkuat dengan kabel dan lajur sisi-sisi, tetap saja menakutkan untuk diseberangi. Panjangnya lebih dari 42 meter, dengan papan yang dipasang setiap 6 hingga 8 inci, dan faktanya satu jatuh ke air dari 4,5 cerita, membuatnya tidak cocok buat pengidap acrophobia (takut ketinggian).

Beberapa orang percaya jembatan-jembatan tanaman merambat yang masih ada itu pertama kali dibuat pada abad 12, yang menjadikannya beberapa di antara contoh-contoh arsitektur hidup tertua di dunia.

Read More...

KISAH SAIDINA UMAR ; KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH


K
halifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.


Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"



Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.


Dipetik daripada laman web Jabatan Mufti Negara Brunei Darus Salam

Read More...

Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain

P
ENDAPAT;

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.


Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya". Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.

Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.

Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

Khalid Samad adalah anggota Parlimen Shah Alam.( Diambil daripada Harakah Daily)

Read More...

Tuesday, September 8, 2009

Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali


K
UALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.


Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.

Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis. (Gambar: Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini)

Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.

Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.

Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.

Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis. _

Hazayani Zakaria ( Harakah Daily)

Read More...

Kita masih terjajah melalui pendidikan?


P
ada 1957, kita bukan merdeka sepenuhnya. Ketua Polis Negara masih lagi dipegang oleh British dan tentera kita masih lagi menurut acuan ketenteraan negara lain.


Selain bidang ketenteraan dan keselamatan awam, ekonomi negara masih terikat dengan beberapa kepentingan empayar British. Tanah Melayu adalah antara penyumbang ekonomi terbesar kepada kemakmuran ekonomi Empayar British.

Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman terpaksa menelan segala syarat yang dikemukakan British jika mahu mendapatkan kemerdekaan daripada British, khasnya yang membabitkan ekonomi negara.

Pendek kata, negara dianggap tidak merdeka sepenuhnya apabila ketenteraan, ekonomi dan lain-lain bidang masih lagi tertakluk dibawah belenggu sistem penjajahan.

Salah satu kaedah meneruskan penjajahan ialah melalui bidang pendidikan. Penjajah mewujudkan dasar pecah dan perintah (divide and rule) melalui pendidikan vernakular bertujuan melebarkan lagi jurang perpecahan antara kaum-kaum di negara ini.

Walaupun British telah meninggalkan negara ini tapi pada hakikatnya pendidikan hari ini turut diwarisi oleh semangat penjajahan tersebut.

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) adalah contoh warisan penjajah.

Tamat segera

Mukhriz Mahathir pernah mencadangkan sebelum ini agar sistem sekolah vernakular ditamatkan segera. Tapi, bagaimanapun mungkin kerana desakan tuntutan politik dan mengambil perhitungan undi, maka pandangan-pandangan semacam ini tidaklah boleh disebarluaskan ke tahap perdebatan yang lebih tinggi.

Sistem vernakular memang amalan pendidikan penjajah British. Anehnya, sistem ini tidak digunakan di negara-negara lain termasuk di Britain sendiri. Malah kebanyakan negara Eropah dan negara-negara lain menggalakkan pendidikan satu aliran sebagai suatu kaedah, guna memupuk perpaduan sekali gus menjalin persefahaman sesama warganegara yang berbilang bangsa.

Mantan Menteri Pelajaran Dato' Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran pada 1956 setelah melihat, bahawa perpaduan antara kaum di Malaysia ini akan berjaya dicapai melalui bidang pendidikan dan sekolah-sekolah.

Maka, lahirlah Penyata Razak 1956 yang secara jelasnya mencadangkan agar ditubuhkan hanya satu jenis sekolah saja yang terbuka kepada para pelajar daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razak adalah seperti berikut:-

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

Bagaimanapun, sistem vernakular tetap wujud dan sekolah satu aliran itu gagal dilaksanakan berikutan beberapa tuntutan tokoh-tokoh pimpinan MCA dan MIC yang tidak senang dengan gagasan untuk mewujudkan sekolah satu aliran itu.

Malah, dikatakan bahawa gara-gara Penyata Razak itulah, maka Dr Lim Chong Eu memilih keluar MCA, lalu menyertai Gerakan kerana tidak bersetuju dengan Penyata Razak itu.

'Satu Malaysia' gagal semai perpaduan?

Setelah 52 tahun merdeka, negara masih menampung segala jenis sekolah jenis aliran kebangsaan, warisan daripada aliran sekolah vernakular ciptaan model penjajah.

Sekolah vernakular sebenarnya, sebuah sekolah untuk bangsa asing. Dan pendidikan yang mahu mengamalkan dasar pecah dan perintah ini banyak menguntungkan British dari segi ekonominya.

Anak-anak Melayu melalui sekolah Melayu dilihat sebagai bangsa yang mestilah meneruskan kegiatan bertani, berhuma dan bertukang. Demikian juga anak-anak Cina dan India, masing-masing diletakkan mengikut pengkelasan ekonomi mereka.

Mana-mana anak Melayu yang terbaik pelajarannya di sekolah Melayu, mereka ini boleh melanjutkan pendidikan di sekolah aliran Inggeris. Ini dilakukan supaya mereka dapat memegang jawatan sebagai kakitangan kerajaan British, kerani serta lain-lain jawatan pentadbiran.

Semua ini dilakukan atas nama ekonomi juga. Kos mengirim orang Inggeris untuk bekerja di Tanah Melayu amat mahal. Jadi menggunakan tenaga tempatan, khasnya anak Melayu akan mengurangkan perbelanjaan tersebut.

Pada zaman ini, cita-cita hendak mewujudkan semula sekolah satu aliran iaitu aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) menjadi semakin sukar bukan kerana desakan kaum bukan Melayu.

Tetapi, hal ini disebabkan oleh politikus Melayu sendiri yang telah memajukan dasar lebih celaru seperti PPSMI.

Mungkinkah Najib melalui slogan Satu Malaysia, dapat mengembalikan semula semangat dasar pendidikan ayahnya Tun Abdul Razak yang mahu diwujudkan sekolah satu aliran kebangsaan pada masa sekarang?

Mari kita andaikan bahawa kaum bukan Melayu pun bersetuju belajar di sekolah satu aliran yang menjadikan bahasa Melayu Malaysia ini sebagai bahasa pengantarnya terlebih dahulu.

Maka, jika keadaan ini berlaku, adakah PPSMI akan dimansuhkan kalau kaum bukan Melayu mendesak agar PPSMI dimansuhkan di sekolah satu aliran tersebut, lalu pengajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu Malaysia?

Penjajah melihat pendidikan sebagai alat meneguhkan ekonomi. PPSMI adalah dasar untuk mengukuhkan ekonomi kroni secara tersirat. Dengan juzuk pendidikan negara yang masih celaru, dibelenggu oleh kepentingan ekonomi peribadi dan gagal juga menyemai perpaduan, adakah negara benar-benar telah merdeka?_


Ali Bukhari Amir ( Harakah Daily)

Read More...

Syurga bukan bagi golongan yang amalkan Islam ala tong sampah


S
ekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Nabi kita dan mendalami ilmu Tauhid yang sebenar-benarnya, mereka tidak akan melenting apabila mendengar kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyatakan Islam UMNO tidak akan ke syurga.


Kita kena ingat dan fahami bahawa Nabi diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan perkara yang benar dan menolak segala fahaman yang sesat dan amalan yang berbentuk kemungkaran kepada Allah.

Allah telah menjanjikan syurga bagi hambanya yang bertaqwa sahaja. Kena ingat, seseorang yang beriman belum tentu dia seorang yang bertaqwa tetapi seseorang yang bertaqwa sudah pasti dia seorang yang beriman.

Taqwa akan lahir setelah manusia benar-benar beriman kepada Allah dengan menolak segala perkara yang berbentuk mungkar, zalim dan sesat.

Seseorang wanita yang menutup aurat mungkin seorang yang beriman tetapi belum tentu dia seorang yang taqwa sekiranya akhlak dan perjuanganya lari dari apa yang diajar oleh nabi kita. Apatahlagi dia menutup aurat bukan kerana Allah tetapi hanya ingin menunjuk-nunjuk saja atau cara penutupan auratnya tidak sempurna seperti yang ditetapkan oleh Allah.

Balasan bagi wanita yang dedahkan aurat telah dijelaskan dalam peristiwa israk dan Mikraj, mengapa masih tidak insaf? Malahan suami atau bapa-bapa mereka juga akan diazab kerana cuai menjalankan amanah Allah supaya anak-anak perempuan atau isteri mereka menutup aurat.

Membina masjid dan Pusat tahfiz mungkin mereka nampak beriman tetapi belum tentu mereka golongan yang betaqwa sekiranya dalam masa yang sama mendirikan dan meluluskan kilang arak, judi dan pusat maksiat yang lain.

Golongan yang memberi rumah dan wang kepada rakyat mungkin mereka beriman tetapi belum tentu mereka itu bertaqwa sekiranya dalam masa yang sama merobohkan rumah dan merampas tanah rakyat secara paksa dan zalim serta menipu harta rakyat seperti rasuah.

Mengadakan Tilawah Al Quran dan hafazan dan dalam masa yang sama menolak dan menghina hukum-hukum Allah tidak mencerminkan mereka golongan yang taqwa. Semua perbuatan ini tidak melayakkan mereka untuk masuk syurga Allah kerana Nabi tidak mengajar Islam cara begitu. Yang Nabi ajar ialah melaksanakan yang makruf dan menghapuskan kemungkaran bukan dua-dua sekali dibuat serentak.

Islam Nabi bukannya Islam yang diumpamakan seperti tong sampah yang bercampur-gaul semua perkara. Tapi Islam inilah yang diamalkan oleh UMNO dulu, kini dan selamanya. Jadi nak masuk Syurga macamana? Itulah Islam sesat dan songsang.

Menyokong atau mengundi golongan yang jelas melaksanakan Islam ala tong sampah adalah sia-sia. Hanya golongan yang tidak boleh menerima kebenaran saja yang akan menentang kenyataan Nik Aziz itu.

Ingatlah, sokong PAS belum tentu masuk Syurga tetapi sokong UMNO cerah ke Neraka. Orang Solat belum tentu ke Syurga tetapi yang tak solat ada jaminan ke Neraka. Wanita tutup aurat belum tentu masuk Syurga tetapi yang dedah aurat pasti ke Neraka. Inilah ajaran Nabi yang sebenarnya.

Kebendaan, kemewahan dan pembangunan tidak boleh mengubah hukum Allah. Oleh itu janganlah menyokong sesuatu pihak kerana melihat jalanraya, sekolah, hospital, masjid dan berbagai-bagai lagi dengan membelakangkan syariat Allah.

Untuk menjamin mendapat perlindungan Allah kelak, pasti hukum atau syariat Allah dulu perlu diutamakan dan diletakkan di hadapan.

Kalau dengan wang RM300 hati sudah lemah untuk memilih atau menyokong golongan yang jelas melakukan kemungkaran kepada Allah, melakukan kezaliman dan penipuan, jelaslah iman dan taqwa telah Allah cabut dari hati mereka itu. Wallahualam.


Tok Janggut,Marang. ( Diambil daripada Harakah Daily)

Read More...

Monday, September 7, 2009

SITI HAJAR - CONTOH PENGORBANAN ISTERI SOLEHAH


A
pabila disebut Makkah, seluruh umat Islam terasa teruja dengan kota suci. Sepanjang masa Makkah dirindui oleh seluruh umat Islam, terutama ketika musim haji. Setiap waktu menunaikan sembahyang pula kita terasa begitu hampir dengan kedudukan Makkah yang dijadikan arah kiblat.

Satu perkara lagi yang paling sinonim dengan kota Makkah ialah sejarah mula-mula ia dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anak mereka Nabi Ismail. Di sebalik kisah pembukaan penempatan Makkah itu terselit pula kisah pengorbanan Siti Hajar. Pengorbanan Siti Hajar sebagai isteri yang solehah amat mengkagumkan dan harus dijadikan contoh kepada semua.


Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Perkahwinan itu direstui isteri pertama, Siti Sarah, sebagai satu usaha untuk melahirkan zuriat Nabi Ibrahim yang bakal meneruskan tugas menyebarkan agama Allah. Siti Sarah tidak mampu melahirkan anak disebabkan usianya ketika itu telah mencecah 70 tahun.

Namun, perasaan Siti Sarah berubah menjadi cemburu setelah Siti Hajar mengandung dan mengambil keputusan tidak mahu hidup bersama lagi dengan madunya. Nabi Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk memisahkan antara kedua isterinya itu untuk mengelak persengketaan. Peristiwa itu sebenarnya menyimpan banyak hikmah yang telah ditentukan oleh Allah. Nabi Ibrahim mendapat wahyu agar membawa Siti Hajar dan anak yang baru dilahirkan, Nabi Ismail, menuju ke satu tempat yang amat jauh dari kampung halaman mereka di Palestin.

Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail ke satu lembah yang kering kontang dan tiada penghuni yang kini dikenali Makkah. Kedua beranak itu ditinggalkan dengan hanya sedikit bekalan makanan dan air minuman. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana mengetahui tindakan Nabi Ibrahim itu satu perintah daripada Allah.

Siti Hajar menyedari jika itulah perintah daripada Allah, sudah pasti Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang taat. Namun hatinya masih tertanya-tanya hikmah di sebalik perintah Allah itu.

Bayangkan perasaan Siti Hajar ditinggalkan berdua dengan anak yang masih bayi di suatu tempat yang tidak berpenghuni dan kering kontang. Pada siapakah dia harus mendapatkan pertolongan jika berlaku sesuatu perkara yang buruk kepadanya?

Dia juga sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih berpeluang menemui suaminya yang tercinta. Sedangkan, dia tahu jarak perjalanan antara Palestin dengan Makkah pada ketika itu mengambil masa kira-kira enam bulan untuk sampai dan terpaksa melalui perjalanan yang sukar.

Siti Hajar memang merupakan wanita terpilih. Zuriatnya melalui Nabi Ismail melahirkan nabi-nabi seterusnya hinggalah Nabi Muhammad. Kecekalan dan perasaan reda berdepan dengan cabaran hidup yang sedemikian tentunya tidak pernah dilalui wanita lain.

Tidak lama selepas tinggal di lembah kontang itu, bekalan makanan dan minuman yang dibawa telah kehabisan. Lebih merungsingkan lagi apabila susu badan Siti Hajar sendiri tidak lagi keluar disebabkan keadaan badannya yang tidak mendapat makanan yang cukup. Nabi Ismail tidak dapat menyusu susu badan ibunya.

Ketika itulah Siti Hajar mula resah. Tidak sanggup mendengar tangisan Nabi Ismail akibat kehausan, Siti Hajar meletakkan Nabi Ismail di satu tempat lalu bingkas bangun mencari ke segenap tempat untuk mendapatkan air.

Siti Hajar mendaki sebuah bukit untuk meninjau dari jauh agar dapat melihat kalau-kalau ada tempat menakungkan air. Dari puncak bukit itu dia melihat dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari sekuat hati ke tempat itu agar cepat dia mendapat air itu bagi diberi minum kepada puteranya.

Namun, setelah sampai di tempat itu, apa yang dilihatnya tadi hanyalah fatamorgana. Dari tempat itu pula dia melihat ada tempat lain seperti ada air bertakung. Lantas dia terus berlari ke tempat itu. Sekali lagi dia kecewa kerana apa yang dilihatnya itu juga fatamorgana.

Tetapi, dilihatnya sekali lagi ada tempat seperti air bertakung. Dia terus berlari tanpa mengenal penat bagi memastikan anaknya dapat minum. Begitu besar sekali pengorbanan seorang ibu. Dia tidak sedar dirinya sendiri semakin lama tidak berdaya lagi untuk bergerak.

Tanpa disedari, Siti Hajar sebenarnya telah berulang alik antara dua bukit iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari sumber air. Perlakuan Siti Hajar berlari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu untuk anaknya.

Sebagai mengingati dan menjadikan kisah ini iktibar untuk seluruh umat Islam, perbuatan Siti Hajar berlari-lari berulang-alik dari Bukit Safar dan Bukit Marwah dizahirkan ketika melakukan ibadat haji.

Berlari atau berjalan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah berulang alik sebanyak tujuh kali adalah antara Rukun Haji yang menentukan sah atau batal ibadat haji yang dilakukan. Rukun haji itu dipanggil saie yang dilakukan selepas melakukan tawaf.

Kembali kepada kisah Siti Hajar, selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak untuk mencari air, dengan rasa hampa dan memikirkan nasib anaknya yang ditinggalkan seketika itu, dia kembali ke tempat anaknya ditinggalkan.

Nabi Ismail yang kehausan ketika ditinggalkan telah menghentak-hentak kakinya ke bumi. Dengan rahmat Allah, tempat hentakan kaki Nabi Ismail itu terpancut mata air.
Melihatkan keadaan itu, Siti Hajar gembira bukan kepalang. Serta merta semangat Siti Hajar kembali pulih. Dia menerpa ke arah mata air yang terpancut itu lalu ditadah dengan tangan terus dititiskan air itu ke mulut Nabi Ismail.

Ketika menadah air itulah terpancul dari mulut Siti Hajar perkataan 'zami, zami, zami yang bermaksud 'berkumpullah, berkumpullah, berkumpullah'. Dari perkataan itulah lahir perkataan air zam-zam.

Tangisan Nabi Ismail reda setelah hilang hausnya. Dan dapatlah Siti Hajar pula menikmati air itu untuk mengembalikan kekuatan dirinya. Tempat air terpancut keluar itu dibuatkan takungan bagi mengumpul lebih banyak air.

Takungan air yang dibina itu bukan sahaja dijadikan sumber air minum Siti Hajar dan anaknya, tetapi dalam tempoh masa yang singkat dikesan oleh burung-burung yang berterbangan. Berkawan-kawan burung datang dan pergi silih berganti minum dan berehat di kawasan itu.
Pergerakan burung itu kemudian dikesan oleh satu kabilah yang melalui kawasan itu. Mereka dapat mengagak bahawa tempat itu ada sumber air. Lantas, mereka mencari-carinya dan terjumpalah sumber air yang tidak disangka-sangka itu.

Dengan itu Siti Hajar pertama kali dapat menemui orang sejak ditinggalkan suaminya di situ. Ada kabilah menawarkan untuk membawa Siti Hajar meninggalkan tempat itu. Namun, dia tetap setia berpegang kepada perintah suaminya agar tetap tinggal di tempat itu.

Selepas peritiwa itu, kabilah-kabilah telah menjadikan kawasan Makkah sebagai laluan perjalanan untuk mendapatkan bekalan air. Setiap kali air dicedok, air yang keluar semakin banyak. Lebih menakjubkan, rasa dan khasiat air zam-zam amat istimewa berbanding air biasa.

Memandangkan ada bekalan air yang terjamin di situ, ada kabilah yang terus menetap di situ. Mereka yakin tempat itu dipenuhi dengan barakah. Tidak hairanlah jika dalam tempoh masa yang singkat sahaja, bilangan penduduk Makkah bertambah dengan mendadak.

Pengorbanan Siti Hajar wajar dijadikan contoh kepada para wanita dalam menghadapi cabaran hidup. Yang penting jangan mudah merasa kecewa dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan sesuatu masalah.

Diambil daripada Blog Cina Islam

Read More...

Newer Posts Older Posts Home