Monday, December 21, 2009

Sejarah Ekspo Dunia


E
kspo Industri sejagat pada tahun 1851 menjadi ekspo dunia pertama. Ia berlangsung di Taman Hyde, London Britain dari 1 Mei hingga 11 Oktober tahun 1851. Ia melibatkan budaya, industri, sains dan teknologi di seluruh dunia.

Peduduk seluruh dunia berusaha membangun semula kampungan halaman dalam usaha memulihkan pertumbuhan ekonomi selepas Perang Dunia Kedua. Ekspo Dunia pertama telah diadakan di Brussels, Belgium pada tahun 1958, dengan tema "Sains, Tamadun dan Kemanusiaan."


Bagi merayakan ulang tahun ke 300 pembentukan bandar New York pada tahun 1964, diadakan Ekspo Dunia dengan tema " Wujudkan Kedamaian Menerusi Persefahaman". Kemudian ekspo seumpama itu diadakan di Osaka Jepun pada tahun 1970. Ekspo itu disebut sebagai ekspo sejagat dan memperlihatkan "Kemajuan dan Keharmonian Manusia". Perkembangan dan kejayaan dalam pelbagai sektor di Jepun dapat dibentangkan kepada umum selepas berlangsung Sukan Olimpik di Tokyo. Pertumbuhan Ekonomi di Jepun meningkat dengan pesat selepas 10 tahun menjayakan ekspo itu.Bagi merayakan ulang tahun ke 200 pembentukan pusat penempatan warga Britain di Australia, Ekspo Dunia telah diadakan di Brisbane, di bahagian timur Australia pada tahun 1988. Ekspo itu dengan tema "Kehidupan yang Harmoni dan Zaman Sains dan Teknologi. "

Ekspo Bunga Antarabangsa D AI telah diadakan di Osaka Jepun pada tahun 1990 dengan tema " Umat Manusia dan Alam Sekitar". Ekspo Hortikultur ini merupakan aktiviti perayaan ulang tahun ke 100 sebagai permulaan yang baru Osaka. Sebanyak 82 buah negara, 55 buah pertubuhan antarabangsa dan syarikat yang besar dari Jepun telah menyertai ekspo tersebut.

Kerajaan Sepanyol telah mengadakan Ekspo Dunia pada tahun 1992 dengan tema " Zaman Penemuan. Ekspo Dunia Daejeon, Republik Korea telah diadakan pada tahun 1993. Ini merupakan Ekspo Dunia pertama yang dianjurkan oleh negara membangun di dunia dengan tema" Jalan Pembanguanan yang Baru". Kejayaan sains dan teknologi penerbangan, dan projek Tiga Gaung Sungai Yangtze telah dipamerkan dalam balai pameran China yang dikunjungi oleh 3.5 juta orang. Ekspo Dunia juga diadakan di Lisbon, Portugal, iaitu pada tahun 1998.

Ekspo Dunia dengan tema "Manusia, Alam, Sains dan Teknologi" telah diadakan di Hannover, Jerman pada tahun 2000 yang disertai oleh 172 buah negara dan pertubuhan antarabangsa. Ekspo Dunia Aizhi Jepun yang diadakan pada tahun 2005 dengan tema" Kecerdikan Semula Jadi " itu, balai pameran China telah dikunjungi oleh seramai 5.7 juta orang. Ekspo Dunia diadakan pula di Zaragossa Sepanyol pada tahun 2008. Balai Menara Air merupakan bangunan simbol bagi ekspo tersebut dan dianggap bangunan yang paling tinggi di bandar Zaragossa. Menara Air itu merupakan salah sebuah balai yang terbesar daripada tiga bangunan yang tinggi di Taman Ekspo Dunia itu dan disebut sebagai balai menara air.

CRI/-


Diambil daripada Blog Cina Islam

0 comments:

Newer Post Older Post Home