Sunday, December 6, 2009

36 Taktik Peperangan: Tunjuk Kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus

S
alah satu strategi dalam 36 taktik peperangan itu ialah "Menunjuk kepada pokok mulberi, tetapi mengutuk pokok lokus".

Daripada judul taktik tersebut, sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan, iaitu mencela pihak A, tetapi dengan maksud memberikan ancaman kepada pihak B. Pribahasa itu juga mempunyai banyak sinonim dalam bahasa Mandarin, contohnya "menunjuk ayam, tetapi berniat mengutuk anjing".



Taktik itu pada mulanya adalah kaedah untuk memberikan cadangan kepada jeneral tentang cara untuk mentadbir askarnya dalam peperangan. Menurutnya, untuk mewujudkan disiplin yang ketat, jeneral hanya perlu menghukum kes yang tipikal dengan berat, dan tindakan itu boleh memberikan pengajaran yang berkesan kepada askar yang lain. Sekarang, pribahasa itu dianggap sebagai satu kaedah diplomasi dalam komunikasi antara orang moden.

Seseorang itu tidak perlu menyebut nama orang yang dimaksudkannya, cukup hanya dengan menyebut kes orang lain dengan tujuan memberi ancaman kepada orang itu; tidak mengadakan dialog langsung dengan seseorang itu, tetapi menceritakan hal-hal yang lain dengan sengaja dan mempunyai maksud tertentu di belakangnya..CRI/-



0 comments:

Newer Post Older Post Home