Tuesday, July 14, 2009

Lintas langsung proses pengundian di Manek Urai

T
erkini|MANEK URAI, 14 Julai (Hrkh) - Proses pengundian bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bermula jam 8 pagi ini.


7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.

8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.

8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah sedang meninjau di kawasan Peti Undi Peria.

8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.

9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.

9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.

10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.

11.00 pagi:Sekumpulan penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR dengan menggunakan pelekat SPR dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Pihak polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan 'pegawai SPR' dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

11.15 pagi: SPR mengesahkan sehingga jam 11 pagi tadi sebanyak 40 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

11.30 pagi: SPR mengesahkan sudah 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

11.35 pagi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

(Sila refresh untuk maklumat terkini) - mks. _


Mazlan Jusoh
Tue | Jul 14, 09 | 9:32:17 am MYT ( Harakah Daily)


0 comments:

Newer Post Older Post Home