Thursday, June 4, 2009

Ulama perlu diprofesionalkan

S
HAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi menyarankan agar para ulama perlu meneruskan usaha meningkatkan ilmu agama dan pengurusan sehingga mereka menjadi golongan kedua iaitu mempunyai ilmu yang tinggi dan tahu mentadbir.






"Usaha inilah dinamakan memprofesionalkan ulama," katanya pada Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.

Beliau turut meminta kepada golongan profesional dan ulama yang kurang ilmunya agar dapat bersama-sama kepimpinan ulamak bagi meneruskan agenda menerapkan Islam dalam kepimpinan parti. "Jika ulama, dalam keadaan tertentu masih belum dapat mentadbir dengan baik, adalah menjadi tugas rakan-rakan professional dalam PAS atau ulama yang kurang ilmunya tetapi boleh mentadbir bersama-sama mendokong kepimpinan ulama," katanya ketika membentangkan ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat serta merasmikan persidangan tahunan itu.

Ustaz Mohd Daud turut menegaskan bahawa PAS tiada masa untuk melayan pihak media yang berperanan untuk melemahkan parti. Kita tidak ada masa bagi melayan media yang memainkan peranan bagi melemahkan saf kita terutamanya dalam suasana genting para perwakilan ingin membuat keputusan bagi meneruskan agenda perubahan dan persediaan menambah bilangan kerusi di peringkat Dun dan parlimen dalam pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Beliau juga menjawab dakwaan bahawa ulama mahu membolot kepimpinan PAS.

"Kita mendengar cakap yang kurang enak mengatakan ulama ingin membolot kepimpinan PAS, tidak mahu berkompromi dengan professional dan macam-macam lagi.

"Di luar sana, ada di kalangan ahli dan penyokong yang mempertikaikan keupayaan ulamak dalam memimpin dan mentadbir," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menyeru agar para ulama meningkatkan ilmu agama dan pengurusan untuk menjadi golongan yang berkualiti. - mks._

Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jun 04, 09 | 1:20:51 pm MYT

0 comments:

Newer Post Older Post Home