Sunday, June 14, 2009

Tuan Guru Haji Hadi: Tiada Muqabalah Hingga Umno Patuh Perlembagaan, Bebas Media, Pulih Kehakiman


P
residen PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan PAS tidak akan mengadakan sebarang muqabalah, atau dialog, dengan Umno sehingga parti tonggak Barisan Nasional itu patuh kepada Perlembagaan, membebaskan media dari kongkongan dan memulihkan kewibawaan institusi mahkamah.


Selagi Umno terus mencabul prinsip pemisahan kuasa dan undang-undang, sebarang perbincangan adalah sia-sia, kata Hadi .

Beliau menegaskan idea kemungkinan PAS-UMNO mengadakan muqabala hanya dilontarkan sebagai perbincangan dan tidak ada sebarang ketetapan yang diambil oleh parti itu.

“Ia hanya satu perbincangan ilmiah. Sehingga hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan,” kata beliau.

Beliau berkata sebarang rundingan dengan UMNO akan bergantung kepada kesediaan parti itu untuk “memulihkan demokrasi negara kita,” di samping memulihkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya.

“Pemisahan kuasa juga harus jelas dan media harus dibebaskan. Ini merupakan pendahuluan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan” Barisan Nasional, kata Hadi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur hari ini, selepas mempengerusikan mesyuarat 6 jam bersama saf pimpinan
Diapit Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan baru, Idris Ahmad, Abdul Hadi bertegas Umno harus akur pada tuntutan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan reformasi keatas sistem negara, sekiranya parti itu ikhlas mahu memupuk perpaduan.

“Saya mahu melihat kerajaan membuat perubahan terlebih dahulu. kita bincang pasal pemulihan demokrasi, itu agenda yang pertama.” tambah beliau

Menyentuh permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan supaya beliau memperjelaskan isu kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau akan berbuat demikian dalam perbincangan dari hati ke hati dan bebas daripada cubaan media arus tempatan untuk memutar belitkan kenyataan-kenyataannya.

Tambah Hadi, isu kerajaan perpaduan BN-Pakatan ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak dibahaskan secara menyeluruh oleh PAS, mahupun pada peringkat mesyuarat dasar Pakatan Rakyat.

Hadi berkata kepimpinan PAS yang memperolehi mandat perwakilan pada muktamar minggu lalu akan memberi tumpuan penuh memperkukuhkan saf parti disamping memperkasakan pakatan rakyat.

0 comments:

Newer Post Older Post Home