Sunday, June 14, 2009

Putera Sultan Kelantan Buat Laporan Polis Terhadap Manohara


T
engku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra membuat laporan polis dan kini menimbang tindakan undang-undang terhadap isterinnya Manohara Odelia yang mendakwa dirinya didera oleh putera Sultan Kelantan itu.


Beliau semalam membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 malam ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay.

Pada sidang akhbar selepas laporan dibuat, Mohd Haaziq berkata: Satu laporan polis telah dibuat petang ini oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan...kami akan menimbang tindakan undang-undang berhubung dakwaan palsu terhadap Tengku.

"Kita tidak mahu mengulas apa- apa, biarlah pihak berkuasa siasat," Tambah beliau.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman dipetik sebagai berkata siasatan akan dijalankan oleh Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan kerana kes itu didakwa berlaku di Istana Kelantan yang terletak dalam daerah itu.

Manohara, bekas model muda Indonesia, pulang ke Indonesia pada 31 Mei lepas dari Singapura ketika beliau berada di republik itu menemani suaminya melawat Sultan Kelantan di hospital Mount Elizabeth.

Beliau mendakwa menjadi mangsa penderaan putera Kelantan itu dan telah membuat laporan polis di Jakarta.

0 comments:

Newer Post Older Post Home