Wednesday, June 10, 2009

Jerebu Kembali….


K
eadaan berjerebu mula dikesan di sekitar negara dengan indeks kualiti udara dan jarak penglihatan merosot.

Status kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara didapati merosot dengan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan adalah antara 51 dan 100, menjadikan keadaan berjerebu.


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), jarak penglihatan di beberapa kawasan seperti di sekitar Prai, Bayan Lepas, Subang, Petaling Jaya, Melaka dan Kuantan merosot iaitu antara 6 hingga 9 km.

Bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar akan terus mengawasi secara rapi bacaan IPU di seluruh negara bagi mengesan sebarang kemerosotan kualiti udara dan jerebu.

Jurucakap Jabatan Kajicuaca berkata angin di Pantai Barat Semenanjung membawa abu daripada pembakaran terbuka di Sumatra.

Kota Kemuning dan Jalan kebun di Shah Alam dikatakan antara yang mengalami keadaan berjerebu.

Keadaan jerebu juga dikaitkan dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri.

0 comments:

Newer Post Older Post Home