Thursday, May 21, 2009

Status MB: Keputusan rayuan Zambry diketahui pukul 03:30 petang esok


PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada jam 3.30 esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu petang esok.



Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Nizar kelihatan hadir ditemani isterinya bersama penyokong. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf, Sivanesan, Dato' Ngeh dan YB. Nga.

Zambry pula tidak hadir kerana beliau menghadiri upacara pengistiharan Daerah Kampar yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak.

Namun begitu kelihatan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama penyokongnya yang hadir sekitar jam 1.00 petang.

Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.

Peguam Hj. Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pada pukul 5 petang tadi.

Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat dalam satu rampasan kuasa dengan berlakunya pembelian 3 orang ADUN Pakatan rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. malangnya permohonnya tidak secepat yang dilayan kepada Zambry sehingga pada hari ini baru dibicarakan.

Seluruh negara sedang menunggu dengan penuh debaran siapakah yang akan diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dipihak lain yang lebih penting ialah kehendak rakyat untuk mengundi semua apabila belaku pembubaran DUN Perak.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:23 PM

0 comments:

Newer Post Older Post Home