Sunday, May 31, 2009

Pakatan Rakyat Tingkat Usaha Gesa Pengundi Keluar Mengundi


M
emandangkan peratus pengundian yang rendah sehingga ini, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata parti itu akan menggerakkan sepenuhnya usaha membawa pemilih keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Penanti hari ini.


"Kita akan pergi ke rumah pengundi untuk membawa mereka ke pusat pengundian," katanya.

Beliau juga berkata, kadar pengundian yang rendah itu mungkin disebabkan pemilih memikirkan bahawa PKR pasti memenangi pilihan raya kecil ini.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 12 tengahari ini adalah 29.86 peratus atau 4,593 orang.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari pusat semakan pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam

11.30 pagi ini, Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) menganggarkan purata 30 peratus telah keluar mengundi di sebahagian besar pusat pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Menurut Penyelaras Wilayah Mafrel, Ong Boon Keong, pusat pengundian di sekolah Jit Sin - kawasan majoriti pengundi Cina - 32 peratus pemilih telah mengundi sehingga ini.

Sedikit kekecohan berlaku di SK Mengkuang apabila SPR mengarahkan sebuah pondok panas yang didirikan oleh PKR dirobohkan. Kekecohan berlaku diantara Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan dengan Penolong Pengurus Pilihan Raya tetapi akhirnya ditenteramkan oleh kepimpinan PKR yang lain.

0 comments:

Newer Post Older Post Home