Thursday, May 21, 2009

Mahkamah Rayuan Sedang Dengar Hujah Peguam Nizar


Mahkamah Rayuan ketika ini sedang mendengar hujah peguam Menteri Besar Perak, Sulaiman Abdullah setelah berehat untuk makan tengahari.

Sebelum itu Sulaiman memulakan penghujahan beliau pada pukul 12.15 sebelum meminta penangguhan sehingga 2.00 petang.

Sejak awal pagi mahkamah penuh sesak dengan pemerhati, anggota media dan peguam daripada kedua-dua pihak sehingga keadaan menjadi sesak dan tempat duduk tidak mencukupi bagi menampung jumlah yang hadir.


Mahkamah Rayuan mula mendengar kes rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada 9.30 pagi tadi berhubung keputusan Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas.

Mahkamah yang sama juga akan memulakan sidang bagi mendengar rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Datuk Seri Nizar adalah Menteri Besar yang sah sekaligus mengisytiharkan Dr Zambry sebagai penyandang haram.

Datuk Seri Nizar semasa membuat permohonan rayuan telah meminta supaya kes beliau didengar dan diputuskan oleh panel lima hakim tetapi ditolak pagi tadi atas alasan permohonan yang dikemukakan pihak peguam Datuk Seri Nizar lewat diterima Presiden Mahkamah Rayuan.

Walau bagaimanapun kes rayuan hari ini didengar oleh tiga hakim iaitu Datuk Md Raus Sharif, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie.

Panel hakim menangguhkan sidang setelah peguam yang mewakili Dr Zambry mengakhiri hujahnya sejak pagi tadi dan kemudian penghujahan dimulakan oleh Sulaiman.

Mahkamah juga membenarkan peguam pencelah, Tan Sri Abd Gani Patail yang juga Peguam Negara mengemukakan hujahnya.

Pada satu ketika beliau telah ditegur apabila salah menafsirkan maksud Menteri Besar pada artikal 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Menurut panel hakim tafsiran sebenar Menteri Besar menurut artikel itu ialah Menteri Besar bersama Exconya.

0 comments:

Newer Post Older Post Home