Thursday, May 21, 2009

ADUN Sikamat Nafi Laporan Media Kawalan Umno-BN


Laporan media arus perdana milik Umno dan Barisan Nasional yang mengatakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan akan meletak jawatan hanyalah taktik untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalam BN yang kronik dan serius.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini salah seorang ADUN PKR yang dikatakan ingin meninggalkan parti, Aminudin Harun (ADUN Sikamat) menyangkal berita angin tersebut dan menyatakan BN Negeri Sembilanlah yang kini menghadapi pergeseran dalam yang hebat di antara ketua-ketua bahagian Umno.


Berikut disiarkan kenyataan penuh Aminuddin yang menolak sekerasnya kahbar angin yang disebarkan oleh Umno dan BN:



Hari ini kita sama sama membaca berita yang di paparkan didalam Berita Harian dan New Straits Times yang menyatakan "MB says two PKR reps want to quit".

NST juga ada menyatakan bahawa ADUN yang dimaksudkan adalah Dun Sikamat dan Dun Ampangan, iaitu melibatkan saya dan Sdr Rashid Latiff.

Saya sebenarnya telah menafikan perkara tersebut selepas ucapan Mohammad Hassan di Rembau, 19hb May 2009, setelah saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh MB serta memperolehi maklumat dari jalanan menunjukkan bahawa beliau seperti mempunyai masalah dalaman UMNO yang cukup kronik sekarang. Semua di Negeri Sembilan tahu bahawa sebilangan besar Ketua Bahagian UMNO amat kecewa apabila beliau dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan. Rata rata Ketua Bahagian tidak bersama dengan beliau sekarang.

Kenyatan yang tidak bertanggungjawab itu juga ingin menunjukkan bahawa kami gagal dalam memberikan perkhidmatan kepada pengundi dan penduduk dikedua-dua Dun tersebut. Saya berharap agar MB tidak menjadi hakim, tetapi seperti saya ingatkan dalam setiap persidangan dewan, serah kepada rakyat pada pilahanraya ke 13 nanti untuk menentukan.

Kenyataan juga menunjukkan bahawa MB hari ini cukup khuatir, jika kami benar benar meletakkan jawatan. Beliau khuatir akan diadakan pilihan raya kecil di negeri ini kerana ini akan menguji kewibawaannya yang sudah cukup tercalar.

Dalam riak, ini menunjukkan beliau takut akan kalah lagi serta memalukan dirinya. Saya percaya beliau tahu bahawa kedua kawasan tersebut sukar untuk beliau menangi semula.

Bukan setakat itu, beliau hari ini mulai khuatir bahawa calon calon PKR mempunyai peluang untuk menang di DUN-DUN yang lain pada pilihan raya akan datang. Kekhuatiran ini dibuktikan dengan menyerang PKR khususnya kami berdua.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada pengundi saya di Sikamat dan teman teman yang awal-awal lagi menyatakan bahawa kenyataan tersebut tidak benar. Mereka juga tidak mempercayai bahawa saya akan membelakangkan kepercayaan mereka.

0 comments:

Newer Post Older Post Home