Saturday, April 11, 2009

Pembukaan Mini Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman Terengganu













Perasmian Mini Zoo Bukit Takal Kemaman pada 11/ April/2009 oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman dan juga orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melihat prasarana yang disediakan dan juga flora dan fauna yang masih lagi tidak tercemar lagi.


Orangramai kelihatan berpusu-pusu menghadiri hari pertama pembukaan Mini Zoo ini kerana ianya diberi percuma. Buat masa ini sudah ada beberapa jenis binatang seperti harimau, ular, burung merak, merak hijau yang hampir pupus di negara kita, landak, beruang, burung nuri, kucing hutan dan rusa.

Kerajaan negeri Terengganu akan memperuntukkan RM40 juta untuk menjadikan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman sebagai sebuah Zoo sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata peruntukan itu antara lainnya akan digunakan untuk membeli lebih banyak binatang daripada beberapa buah negara seperti Afrika dan Australia.

Pada peringkat awal ini, dua buah bas dari bandar Chukai disediakan untuk pengunjung yang ingin pergi ke mini zoo di Bukit Takal.

Bayaran masuk yang dikenakan apabila Mini Zoo ini beroperasi ialah sebanyak RM10 seorang bagi orang dewasa, RM5 bagi kanak-kanak dan RM3 untuk pelajar.

1 comments:

Macam ok je mini zoo ni. Dapat naik gajah pun best gak nih.

Post a Comment

Newer Post Older Post Home