Sunday, March 15, 2009

Pendapatan Bank Dijangka Lemah, Kata OSK

KUALA LUMPUR, 9 Jan - Pendapatan bank dijangka lemah apabila ia memasuki persekitaran makro asas yang lebih mencabar tahun ini, kata OSK Research Sdn Bhd.

OSK dalam nota penyelidikannya hari ini berkata penilaian saham perbankan ketika ini, pada satu penyimpangan standard di bawah keadaan selepas krisis kewangan, nampaknya ditetapkan harga dalam sebahagian daripada risiko pendapatan akan berlaku.



"Kami percaya masih terlalu awal untuk merasa bulis dengan saham perbankan dengan alasan bahawa kami jangka pinjaman tidak berbayar (NPL) meningkat dalam suku-suku akan datang dan kuantum kenaikan terus menjadi kebimbangan utama," kata syarikat itu.

Bagaimanapun, OSK percaya lebih banyak pulangan mampan dijangka diperoleh tidak lama lagi daripada akhir suku kedua apabila risiko bersistematik akan semakin berkurangan ketika pelbagai pakej ransangan mula memberi kesan kepada ekonomi.

"Kami mengekalkan saranan neutral kami bagi sektor ini dengan alasan bahawa penilaian telah jatuh ke paras yang mungkin dianggap menarik bagi pelabur jangka panjang tetapi tidak ditetapkan harga dalam risiko pendapatan berpotensi lebih rendah daripada dijangkakan di masa depan," kata syarikat penyelidikan itu.

Bagi 2009, OSK menjangka kesan tinjauan ekonomi yang lemah, pengguna yang tertekan dan sentimen perniagaan memberi kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana dan pertumbuhan berian pinjaman kredit pengguna.

"Memandangkan kesan penuh kelembapan dijangka dicerminkan daripada suku kedua dan seterusnya, kami kini mengunjurkan pertumbuhan pinjaman turun kepada empat peratus pada 2009," kata syarikat penyelidikan itu.
Dipetik daripada TVantara Mac 15 2009

0 comments:

Newer Post Older Post Home