Sunday, March 8, 2009

KISAH TELADAN( Lari dari maut)

Tok Kenali pernah bercerita mengenai kisah orang yang ingin lari dari mati. Walaupun pada hakikatnya manusia mustahil dapat lari dari mati tetapi terdapat seorang kaya yang ingin lari dari mati.

Mustahil manusia dapat menghindarkan diri dari kematian yang sedang menunggu kita sebagaimana firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ




"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. " (Ali Imraan : 185)

Lalu beliau pun mencari tukang tilik untuk melihat bagaimana untuk mengelak dari kematian yang akan ditempuhnya. Tukang tilik mengatakan kematiannya adalah sebab digigit oleh jenkingkala, dan cara untuk mengelak gigitan jengking itu adalah membina sebuah rumah dalam lautan. kata tukang tilik jengkingkala mustahil dapat sampai kerumahnya nanti.

Dengan kekayaan yang ada padanya beliau membina rumah dalam laut dengan keyakinan dapat lari dari kematian yang dimaksudkan oleh tukang tilik.

Namun malang tidak berbau, maut datang juga semasa dia sedang tidur nyenyak seekor jengkingkala yang hanyut di atas selembar daun sampai ke istananya. Lalu mengigit kakinya dan membawa kepada kematian.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

0 comments:

Newer Post Older Post Home