Monday, May 19, 2008

MERAIH SYURGA DENGAN MENINGGALKAN DENGKI

Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik Radiallahu 'Anhu, dia berkata, "Saat kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, beliau berkata, 'Akan datang kepada kalian sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga'. Tiba-tiba ada seorang lelaki dari kaum Ansar yang datang dengan bekas air wudhu masih mengalir di janggutnya, dan tangan kirinya memegang terompahnya."

"Keesokan hari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengatakan seperti perkataannya yang kelmarin. Lalu muncullah lelaki itu lagi, persis seperti kedatangannya pertama kali. Di hari ketiga Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam berkata demikian lagi, dan kembali yang datang adalah lelaki itu lagi persis kejadian pertama. Setelah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam beranjak, Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash mengekori lelaki itu hingga ke rumahnya. Lalu Abdullah berkata kepadanya, 'Aku telah bertengkar dengan ayahku, kemudian aku bersumpah untuk tidak mendatanginya selama tiga hari. Bila kau mengizinkan, aku ingin tinggal bersamamu selama tiga hari'. Dia menjawab, 'Ya, boleh'."



Anas berkata, "Abdullah menceritakan bahawa dia telah menginap di tempat lelaki itu selama tiga hari. Dia melihat orang itu sama sekali tidak bangun malam (tahajjud). Hanya saja, setiap kali dia terjaga dan menggeliat di atas ranjangnya, dia selalu membaca zikir dan takbir hingga dia bangun untuk sholat subuh. Selain itu; kata Abdullah, aku tidak pernah mendengarnya berbicara kecuali yang baik-baik."

"Setelah tiga malam berlalu dan hampir saja aku meremehkan amalnya, aku terusik untuk bertanya, 'Wahai hamba Allah, sesungguhnya tidak pernah terjadi pertengkaran dan tidak saling menyapa antara aku dan ayahku, aku hanya mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam berkata tentang dirimu tiga kali, bahawa akan datang kepada kalian sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga, dan sebanyak tiga kali itu kaulah yang datang. Maka, aku pun ingin bersamamu agar aku dapat melihat apakah amalanmu itu dan nanti akan aku tiru. Tetapi, ternyata kau tidak terlalu banyak beramal. Apakah sebenarnya yang membuatmu dapat mencapai apa yang disabdakan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Maka dia menjawab, 'Aku tidak mempunyai amal kecuali yang telah engkau lihat sendiri'.

"Ketika aku hendak pulang, dia memanggilku, lalu berkata, 'Benar amalku hanya yang kau lihat, hanya saja aku tidak mendapati pada diriku sifat curang terhadap seorang pun dari kaum muslimin. Aku juga tidak iri pada seseorang atas kurnia yang telah diberikan Allah Subhaanahu Wa Taala kepadanya'. Maka Abdullah bin 'Amr berkata, 'Inilah amal yang telah mengangkatmu pada darjat yang tinggi dan inilah yang berat kami lakukan'."

Read More...

KUMILIKMU (PART 2)

Pulang dari kampung, aku terus ke pejabat. Sunyi. Tak ada sesiapa yang overtime ke? Aku cuba menghubungi Serena. Tiada jawapan. Cuba telefon ke rumah. Bibik Indon itu mengatakan Serena sejak semalam tidak pulang-pulang.Kemana dia? Takkan dia pergi juga ke tempat yang dirancang? Tetapi, dengan siapa?

Lantas aku kembali ke kereta. Menghidupkan penghawa dingin, cuba menghela nafas seketika. Aku teringatkan Serena. Benar-benar merajukkah dia? Bukankah aku ingin bertemunya petang ini, seperti yang telah kujanjikan. Selaju yang boleh kereta kupandu, selaju itulah mulut emak tak henti-henti berbunyi. Gerun benar dia dengan cara pembawaan ku tadi. Seboleh-boleh aku ingin sampai awal. Tapi Serena tidak ada.

Aku mendengus. Terasa berat kepala. Bagaimana harus aku nyatakan kepada Serena. Aku akan pulang ke kampung minggu berikutnya. Ain akan kawin. Minggu depan, ya... minggu depan hari istimewa untuk Ain. Dia akan bergelar raja sehari. Dan aku sebagai seorang sepupu... .amat menjadi harapan Pak Long untuk sama-sama membantunya. Sementelah Pak Long tidak punya anak lelaki, dan sementelah pula emak memang rapat amat dengan keluarga Pak Long. Nenek pun banyak kali mengingatkan. Jangan lupa balik minggu depan. Sama-sama kita rewang.



Menantu pertama, kata Pak Long. Tentulah sambutannya lebih meriah. Dengarnya
2 ekor lembu akan ditumbangkan. Lembu baka paling baik, semestinya yang
diternak Pak Long sendiri.

" Nanti tiba giliran Haiqel... .pilih aje lembu-lembu kat
sini... semuanya tegap-tegap belaka!" Kata Pak Long sambil ketawa waktu
membawa aku melihat kandang lembu-lembunya. Sebenarnya lembu-lembu itu
adalah kepunyaan atuk yang diuruskan oleh Pak Long.

Giliran aku? Bila ? Dengan siapa?... ... Serena? Aku menggeleng. Sudikah
Serena menjadi isteriku. Dia gadis yang bijak, tetapi sedikit kebudakkan.
Manja. Manis. Gadis yang ku temui sewaktu dalam penerbangan pulang ke
tanahair. Waktu itu dia dalam percutian. Mengunjungi keluarga sebelah
bapanya yang berketurunan Jerman. Matanya yang bundar itu hampir-hampir
menafikan darah Cina yang mengalir ditubuhnya. Tetapi, mendengar pelatnya
dia berbahasa Melayu, aku tahu gadis kacukan itu masih pekat dengan darah
nenek moyangnya.

Kalau Serena menjadi isteriku bagaimana. Mahukah Serena. Cinta Serena
kepadaku, walaupun selalu dinyatakannya tetapi benarkah? Adakah ia jujur
atau sekadar kata-kata yang sering menari di hujung mulut seorang gadis
bandar yang lincah seperti dia. Lahir dari hatikah kata-kata itu?

Aku mengeluh lagi. Wajah Ain Fathihah pula yang menerpa. Gadis itu sungguh
lembut. Santunnya membuatkan aku kelu. Benarkah itu Ain Fathihah? Yang
sama-sama berlumba denganku memanjat pokok rambutan belakang rumah nenek.
Sama-sama mengikat batang pisang untuk dijadikan rakit. Kemudian sama-sama
tenggelam ke dalam arus bila batang pisang teroleng-oleng dipukul riak-riak
air yang kecil. Dan gadis itu tercungap-cungap menarik hujung bajuku. Lalu
kubiarkan dia tersadai di tepi tebing dengan esak tangis, dan rambut ikal
yang kusut masai.

" Tu lah... ... dah tahu cengeng... nak ikut orang main!" Aku berlari-
semula ke dalam sungai dengan budak-budak lelaki yang berlenggeng. Bercebur
air sungai sekali lagi. Dan Ain Fathihah hanya memerhati di atas dengan sedu
yang belum berhenti.

He..he..he... .aku tersenyum sendiri. Kelako! hatiku berbisik.

Tersedar dari lamunan terus kakiku menekan minyak. Kereta mula
meluncur. Melewati deretan bangunan yang kelihatan agak lengang. Petang Ahad
yang bingung! Aku menggeleng sekali lagi.

**************************************************

" Anak tolong jerang air dalam periuk ni. Lepas tu bancuh dengan
pati sirap kat atas meja tu " Aku mencapai periuk yang dihulurkan. Hampir
terlepas pegangan dek tanganku yang berminyak.

"Aduuuh... " Aku mengeluh kecil. Mengesat jemari dengan Good morning
yang sudah bertukar warna. Pakcik yang sedang menyalur air paip itu
tersengih-sengih memandangku.
" Rehat la dulu... penat sangat tu nampaknya... "
" He..he..he... " Aku meneguk segelas air..

Orang sudah semakin ramai. Suara riuh kanak-kanak menggamatkan
suasana. Ramai betul budak-budak dikampung ni..kata hatiku . Meriah.
Aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Ruang dapur
dipenuhi makcik-makcik yang sibuk bergotong royong. Beberapa orang adik Ain
yang ternampakku tersenyum-senyum simpul. Mungkin gelihati melihat gaya aku
yang dah macam 'pakcik-pakcik'
" Abang Qel... .nak pegi mana? Suara Saerah, adik Ain yang paling
bongsu menegurku.
" Abang Qel nak relek jap!" Sahutku.
" Curi tulang la tu!" Berderai ketawa mereka. Aku cepat-cepat
menyelinap. Ruang dapur yang sempit itu segera aku tinggalkan. Aku menyusup
ke sebuah bilik yang disusun dengan kerusi-kerusi dari ruang tamu.
Ah... leganya... ..tubuh ku rebahkan. Rasa nak tertidur pun ada.
Pagi-pagi lagi aku dah terjengol di rumah Pak Long. Mak yang gesa
aku pergi awal-awal. Merah padam muka aku dibuatnya . Pagi-pagi lagi rumah
Pak Long sudah penuh. Saudara mara yang aku kurang kenali sudah sampai awal
petang semalam. Berbisik-bisik mereka bila melihatku. Kenapa pulak? Hatiku
mendengus.

Kurma ayam sudah siap, tinggal rempah daging belum ditumis.
Cepat-cepat aku beralih. Tak tahan rasanya mengadap api. Bahangnya bagai nak
terbakar kulit mukaku. Duduk sekejap, dipanggil pula minta dibancuh air.
Jangan aku pitam sudah. Malu mak nanti. Rasa nak tanggal urat aku menggaul
kurma ayam tadi. Lenguhnya sampai sekarang terasa.

Aku terdengar suara Pak Long. Kesian orang tua tu. Sekejap kesana,
sekejap ke sini. Tak menang tangan dibuatnya. Pak Long kata pengantin lelaki
akan sampai sekejap lagi untuk majlis akad nikah. Maka lauk pauk perlulah
disiapkan pagi itu untuk menjamu keluarga pihak lelaki. Aku menguap sambil
mengerling jam di tangan. Sudah hampir pukul 12. Kata akad nikah pukul
10.30?... Pengantin tak sampai lagi kah?

Dua kali menguap, mataku semakin layu. Suara orang ramai semakin
sayup-sayup di hujung telinga.

********************************************
" Qel!..Qel, bangun Qel... " Gegaran dibahuku semakin kuat. Aku
tergegau serta merta mataku terbuka. Wajah mak yang pertama sekali kulihat.
Diikuti Pak Long dan Mak Long.
Aku terpisat-pisat bangun. Sempat menguap beberapa kali.
" Kenapa nie mak? Pak Long ?" Terkocoh-kocoh aku melihat jam. Lama
sangat ke aku tidur. Rasanya baru sekejap aku rebahkan badan tadi.
Pak Long duduk disebelahku. Muka orang tua itu sudah merah padam.
Ada kekeruhan yang jelas terlihat dibalik garis-garis tuanya. Aku pandang
Mak Long pula. Air mata masih berbekas, bergenang di bibir mata.
" Kenapa nie Pak Long... ... .emmm... mintak maaf la Pak Long, saya
tertidur pulak... ." Aku membetulkan duduk.
Pak Long menggeleng. Wajahnya berkerut. Aku buntu. Bila aku pandang
Mak, dia terus menarik tanganku, membawa aku ke satu sudut.
" Apa hal ni Mak, cemas je nampak"
" Pengantin lelaki tak sampai-sampai! Keluh Mak. Aku jeling sekali
lagi jam ditangan. Hampir pukul 2. Lama jugak aku tertidur nanti.
' Kenapa tak sampai lagi. Sesat ker? " Mak mendengus mendengar
soalanku.
Pak Long menghampiriku.
" Pak Long pun tak tahu... ... tapi Pak Long dah cuba telefon. Si Ain
pun ada telefon. Tapi tak dapat-dapat"

Aku terpinga-pinga. Habis, apa yang harus aku lakukan? Aku sendiri
bingung. Bukannya aku kenal pun bakal suami Ain. Kalau aku kenal, boleh juga
aku cari sampai dapat, lepas tu aku sekeh-sekeh kepala dia sebab menyusahkan
orang. Sudahnya, aku hanya mampu memandang Pak Long yang mundar-mandir
gelisah.
Jemputan semakin ramai, tetapi pengantin lelaki masih belum
kelihatan. Suara-suara sumbang sudah mula kedengaran. Masing-masing
tertanya-tanya kenapa majlis akad nikah masih belum dijalankan sedangkan
sebentar lagi orang kompang akan datang. Majlis bersanding pula akan
dilangsungkan.
Aku keluar menjengok ke ruang tamu. Kelihatan tok kadi rimas
mengesat peluh. Merah padam mukanya dikelilingi orang ramai yang setia
menunggu. Pak Long menuruti aku, dia masuk ke bilik Ain diikuti Mak Long.
Emak pun turut serta. Aku jadi termangu-mangu. Nak masuk sama tapi serba
salah. Aku terbayangkan Ain Fathihah. Bagaimana perasaan dia sekarang ini.
Tentu dia bersedih. Bingung, dan malu. Kenapa pengantin lelaki tidak
muncul-muncul. Jauh sangat ke perjalanan dari Melaka ke Johor. Sedangkan
aku yang dari KL pun boleh sampai dalam masa 2 jam... inikan pula Melaka.
Tidak ada panggilan telefon, tidak ada pesanan.

Seorang lelaki , yang aku rasa sedang mencari Pak Long masuk ke
dalam bilik pengantin. Melihat suasana menjadi semakin tegang aku mengambil
keputusan untuk beredar ke belakang. Keenakkan nasi briyani menggamit-gamit
perutku yang berbunyi. Seketika aku melangkah, suara Pak Long menerjah
telinga.
" Ada apa-apa yang boleh saya tolong Pak Long?" Pak Long menarik
tanganku masuk ke bilik tadi.
" Pak Long tak sangka boleh jadi begini... .."Suaranya bergetar,
menahan perasaan.
" Pak Long yang salah... .."
" Kenapa Pak Long... ..apa yang salah... ."
" Pak Long yang tunangkan Ain dengan lelaki tu. Pak Long kenal
lelaki tu. Pak Long percayakan dia... ..tak sangka dia boleh buat macam ni
pada Pak Long sekeluarga.."
Aku jadi bingung. Aku toleh ke pintu, Mak muncul dengan wajah sugul.
" Haiqel tolong Pak Long... .." Pak Long menggenggam tanganku.
" InsyaAllah Pak Long... .kalau boleh tolong, Qel akan cuba... " Aku
bersuara perlahan. Otakku berputar ligat. Memikirkan apa yang boleh aku
lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Takkan aku perlu ke Melaka
untuk mencari lelaki tersebut?
Pak Long tiba-tiba keluar, meninggalkan aku dan Mak. Aku pandang Mak
bingung.
" Kesian Pak Long... ." Aku mengeluh.
" Kesian Ain, Qel... ." Balas Mak perlahan. " Mak harap Qel dapat
tolong Pak Long"
" Tolong macamana Mak... .." Mak menghela nafas.
" Pak Long kau tu malu... ... tak sangka boleh jadi macam ni. Macamana
nak bersanding, nikah pun belum. Orang dah sibuk bercerita." Cemas saja
suara Mak.
" Kami dah berbincang... .." Mak merenungku tunak. " Mak harap kau
dapat selamatkan keadaan ini... "
" Maksud mak? "
" Tolonglah mak, Qel... ..mak tak sanggup tengok Pak Long menanggung
malu... " Esak Mak kedengaran. Terhinggut-hinggut bahunya menahan sebak.
" Mak... ." Hatiku tersentuh.
" Mak harap... ..Qel dapat tolong Pak Long. Tolong ganti pengantin
lelaki!"

" Haaa?? " Tiba-tiba aku rasa bagai nak pitam.

bersambung... .

Read More...

KUMILIKMU ( PART 1)

Aku tak tahu nak cakap apa. Bila mak mati-mati suruh aku temankan dia balik kampung,
aku seboleh-bolehnya tak mahu ikut. Hancus! Habislahrancangan aku hujung minggu ini.
Agghhhh¡Ä..!!!!! Muncung lagilah Serenananti. Tak dapat aku bayangkan mulut comelnya itu membebel macam bertihjagung.

Semalam, Serena telefon aku lagi. Merengek, hendak jumpa. Rindusangat, katanya. Aku?
Rindu juga. Tapi aku tak kisah sangat, kalau seminggu tak jumpa dia. Memang dua tiga minggu ini, aku sibuk sikit. Mak? Ah¡Ä¡Äbila aku dapat cuti, Mak cepat-cepat ajak aku balik kampung. Serenamacamana? Apa aku nak kelentong. Gadis bermata bundar itu bukan bolehdimungkiri janjinya. Mulalah dia buat perangai. Manjanya melebih-lebih.


Memang aku sayang nenek. Sayang sangat. Tapi, untuk tinggal 2-3 hari di kampung itu,, aku tak sanggup. Nyamuk banyak beb! Rasa macam siTanggang pulak aku. Dulu, kampung nenek itulah tempat aku menghabiskan masa setiap kali cuti sekolah. Sekarang ini, lupa daratan pulak. Mana tidaknya, 5 tahun aku tinggal di asrama kemudian sambung pula 4 tahun di UK¡.menghabiskan pengajianku di Nottingham Trent University.Sesekali
balik kampung, pening kepala aku tengok lembu-lembu atuk dalam kandang.Gemuk-gemuk.. tapi bau pehh!!!!. Betullah kata Mak, aku dah jadi Mat Saleh celup. ( Iye ke? )

" Kau nie, kalau mak ajak balik kampung, kemain lagi liatnya.kalau
pasal berjalan.melancong.nombor satu.!" Mak membebel satu pagi. Aku
yang baru bangun tido waktu itu terpisat-pisat. Sekejap-kejap mengangguk,
sekejap-sekejap menguap.

" Mak ni bukannya apa.mak dah tak larat nak drive jauh-jauh ni
.. Kalau ada kau, takdelah letih sgt." Tambah Mak lagi sambil tangannya
ligat mencuci pinggan mangkuk.

Aku hanya tersenyum. Mengangguk-angguk lagi. Apa yang aku anggukkan
aku sendiri tak tahu. Rasanya dah banyak kali jugak Mak membangkitkan hal
tersebut.

Paling aku ingat, peristiwa setahun yang lepas. Mak bukan main naik
angin lagi bila aku tak mahu balik beraya di kampung. Giler! Aku sendiri
pun tak tahu kenapa aku boleh buat keputusan macam tu. Orang lain
mati-mati beli tiket nak balik kampung. Sanggup bersesak-sesak kat
Puduraya untuk dapatkan tiket. Harga melambung ke tahap yang tak logik pun
masih ada yang sanggup nak beli. Tapi aku? He.. he.. he.. Masa tu aku dah
rancang nak melancong ke Phuket. Tak jauh.Tapi ajakan Serena tak terdaya
untuk aku tolak. Ah gadis manis itu.terlalu manis!

" Nenek kau tu dah mula bising. Setahun sekali baru dapat jumpa. Dia
tu dah tua,kalau tak kita yang jenguk .siapa lagi. Pak Long kau
tu, memang la ada, tapi dia pun bukan selalu dapat jengok. Sibuk dengan
lembu-lembunya. Namanya anak kesayangan, nak jengok orang tua seminggu
sekali pun payah."

Ah mak.dah mula nak kait-kaitkan orang lain pulak..Aku diam,
menghirup kopi O panas. Wajah Pak Long serta merta terbayang di fikiran.
Tak berapa jelas. Diganti pula dengan seraut wajah lain. Cukup jelas. Ain?
Anak Pak Long yang seorang itu sudah lama tidak ku temui. Paling akhir
sebelum aku berangkat ke UK dahulu. 4 tahun yang lalu..

" Anak Pak Long yang sulung tu, dah kahwin ke belum, mak? " Tanya ku
tiba-tiba mak menoleh, merenungku

" Kau nie .. lain yang mak tanya lain yang kau jawab"

Aku tersengih.

" Budak tu dah setahun bertunang, tengah tunggu hari je nak
langsungnya." Mak menghampiri aku. Menuang kopi O panas ke dalam cawan.
Lalu menghirupnya perlahan. Aku pandang wajah mak. Sudah ada garis-garis
tua di situ.

Sudah nak kawin rupanya Ain Fathihah. Bagaimana rupa dia? Bertambah cantik
ke? Rambutnya yang ikal panjang itu, masih ikal lagi ke? Ah.mungkin
masih panjang, dan wajahnya tetap cantik, bertambah cantik. Bukankah aku
orang yang paling suka melihat wajahnya dulu?

Tapi itu dulu, suatu ketika dulu yang amat panjang. Kini, segala-galanya
telah berubah.

Ain Fathihah tidak pernah lagi aku temui. 4 tahun di perantauan , aku
tidak pernah langsung pulang. Bukan tidak mahu. Tetapi wang pinjaman aku
waktu itu cukup-cukup untuk menghabiskan pengajianku. Sayang amat rasanya
untuk aku korbankan. Biarlah perasaan ini saja yg menanggung bebanan.
Tidak sanggup lagi rasanya aku untuk menyusahkan emak. Wang yang emak
kirimkan aku pulangkan semula. Bukan tidak menghargai, tetapi aku tahu
emak lebih-lebih lagi memerlukan. Sementelah, wang peninggalan arwah ayah
pun sudah semakin berkurang.

" Sejak balik tahun lepas, jarang benar kau pulang ke kampung. Payah
nak jengok muka. Pak Long ko tu ada juga tanya2 kan kau "

" Pak Long tanyakan saya, tanya apa mak? "
" Iyer la... . dia tanyakan kau... ... kenapa lama tak datang... emm.. dah
ada calun ke belum ... " Mak menjeling.
" He. he. he... ." Aku rasa nak tergelak
" Kenapa... ... . dia nak jodohkan Qel dengan anak dia ke?"
" Ish... . kau ni Qel... .. dengarnyer Pak Long kau... ... "

Aku ketawa lagi
" Allah mak... .. Pak Long tu kan ramai anak perempuan... . si Ain tu
yang sulung kan... ... tak silap Qel bawah si Ain tu ada 3-4 orang lagi... ..
"
" Anak Pak Long kau tu semuanya perempuan... . yang bawah Ain tu baru
lepas SPM... ... cantik jugak tu... ."
" He.. he... mak ni... . siap promote lagi tu"Aku ketawa. Mata
dipejamkan dan serta merta terbayangkan Serena. Gadis itu... . mana mungkin
aku lupakan dia.

*****************************************************

Deringan telefon mengganggu. Aku pandang sekilas. Siapa. Serena lagi? Aku
cuba membayangkan satu persatu kata yang akan dilontarkan nanti.

" Assalamualaikum,Qel ! "
" Wa'alaikumussalam.. ha, mak... .. ada apa mak? " Aku menarik nafas lega.
" Malam ni kita balik kampung !"
" Ha?"
" Mak dah bagitahu Pak Long kau tadi. Nenek kau pun tengah tunggu
tu. Petang nanti balik cepat sikit."
" Mak... ... . alamak mak... ."
" Ha, kenapa pulak... .. tak nak? Kau jangan buat perangai
Qel... .. bulan lepas mak balik sorang-sorang je. Kau tak nak jugak. Bulan
nie kau kena ikut mak. "
Aku ketap bibir. Serena... .. alamak... apa aku nak kelentong. Kejap
lagi gadis manis itu akan muncul... dengan beg besarnya... .. dengan liuk
lenggoknya... .

" Qel... . balik cepat tau.. mak tengah berkemas ni... ."Talian putus.
Aku termangu. Hampir-hampir tidak tersedar ketukan di pintu yang
sayup-sayup menerjah pendengaranku. Dengan malas aku pandang pintu yang
sedikit terkuak. Wajah manis putih melepak terjengol dengan seulas
senyuman.

" Hi Qel... " Serena menguntum senyum.

Wajah dan tubuhnya terserlah kini. Dandanan yang rapi dengan solekan yang
tipis. Satu yang aku suka mengenai gadis ini. Pakaiannnya jarang yang
terlalu seksi. Tidak terlalu terdedah. Walaupun gadis tionghua ini seorang
yang bebas, tetapi dia amat faham dengan permintaanku yang satu itu. Dont
be too sexy okey! Selalu aku mengingatkannya tiap kali dia merengek baju
atau blouse yang tergantung dibutik2 mahal. Bukan aku terlalu berkira.
Tetapi mataku cukup tidak berkenan dengan blouse pendek bertali-tali yang
aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyebutnya. Untuk malam2 indahku
bersama seorang wanita bergelar isteri, mungkin okey. Tetapi untuk dibawa
berjalan2 dengan aku disampingnya... ... aku mungkin tidak akan pernah
berkata 'ya'.

Aku memandang Serena sambil menarik nafas. Kali ini dia benar-benar
memenuhi citarasaku. Seluar labuh paras keting dengan blouse tanpa lengan
yang aku sendiri tahu amat digemarinya.

" How?"
" Cantik... ... good!" Serena tergelak kecil
" I tahu I memang cantik... ."Tawanya terus kedengaran. " I tanya
plan kita petang nie, macamana okey tak... ."
Kali ini aku menarik nafas lagi, lebih dalam. Dadaku sedikit sesak.
Perlahan-lahan aku menggeleng.

"Apa yang you geleng tu... .."
"Kensel!"
" Come on honey... jangan main-main ye... "
" Seriously!" Serena terdiam. Ada tanda-tanda perubahan pada riak
wajahnya.
" But, why?.."
Aku bangkit... . mendekatinya. Wajahnya yg mendung itu kurenung
dalam-dalam. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu adakah caraku ini akan
berkesan untuk memujuk hati gadis kecil itu. Aku rasa, aku cukup lembap
dalam bab-bab memujuk ini.

" Reen, Qel kena balik kampung petang ni jugak, ada family problem.
My mum dah tunggu kat rumah tu... " Aku melembutkan suara... dan dengan
jemari bergetar, aku elus rambutnya yang jatuh di dahi. Serena mengerutkan
muka. Matanya seakan-akan berapi memandangku.
" You told me last time, but you dah janji tak mahu balik kpg,
bukan?... . You nak proceed dengan plan kita.."
" Yup... . tapi kali ni, I tak boleh elak... ."
" You nie!.. selalu sangat ikutkan mak you tu"
" Of course Serene, she's my mum... . I kena dahulukan dia dlm semua
hal."
" Then I macamana... ." Serena menepis tanganku. Dia berpaling.
" Honey, please understand me okey... . I pergi tak lama.. petang Ahad
I jumpa you" Serena menoleh sekilas, menggeleng-geleng kepala.
Pandangannya jatuh ke bawah. Sedih benar gadis ini.

" Petang Ahad kita jumpa, okey... . nanti I drive laju2... . setengah
jam je I dah sampai.." Serena mencebik. Tapi sungguh... .. walau dia
mencebik begitu... .. wajahnya tetap manis pada
pandanganku... ah.. mak... . kenapalah aku terperangkap dalam situasi begini.
Serena berpaling, mengambil tas tangannya tanpa memandangku.
" Well, it's up to you Haiqel, I nak balik " Tombol dipulas, tetapi
terhenti sebentar" U tak nak hantar I ker?
"Ha?... ." Nafasku sesak semula " U datang tadi naik apa?"
"Huh!" Pintu dihempas. Meninggalkan gegaran yang agak kuat.
Terkebil-kebil mataku memandang. Aduh... . terasa kering tekakku menyusun
kata-kata tadi. Aku menyelak tirai, memandang ke bawah. Langkah Serena
laju, tetapi teratur. Dan untuk kali terakhir, aku melihat sekali lagi
pintu keretanya dihempas kuat.


*********************************************************

Emak tersenyum memandangku. Dan bila melihat senyuman emak, aku pun
tersengih-sengih. Entah apa yang lucu, aku sendiri tak tahu. Sebentar
kemudian, Pak Long muncul dengan ketayap di kepala. Dia baru selesai
solat, dan kesan air sembahyang jelas terlihat di wajahnya. Sejuk.

" Ha, Qel... .. datang jugak kau ye... " Pak Long menepuk bahuku.
Cepat-cepat ku sambut tangannya.
" Apa khabar Pak Long?" Tangannya yang dingin itu kukucup.
" Sihat... . Pak Long macam dulu jugak... . kau je ni dah lain benar... .
hampir tak kenal Pak Long tadi... ." Dia duduk di hadapanku selepas
bersalam dengan mak. Aku tersengih-sengih. Sejak sampai pagi tadi, aku
rasa dah macam kerang busuk, asyik tersengih-sengih memanjang.
" Liat Abg Long... ... nak ajak ke mari... ada aja alasannya tu " Emak
bersuara.
" Iyer la... .. dah lama duduk kat negeri omputih tu... .. susah nak
sesuaikan diri... "
" Eh.. takdelah Pak Long... . takdelah macam tu... " Aku teragak-agak.
"Baru dapat keja Pak Long... .. susah nak ambik cuti... " Iyer ke alasan aku
ni?
Pak Long ketawa.. mengangguk-angguk kepala. Dia menjengokkan kepala
bila tiba-tiba seorang gadis berbaju kebaya keluar dari balik pintu.
Dengan tangan yang menatang dulang, gadis itu melangkah sopan menghampiri
kami.
Seketika pandangan bertemu. Aku gigit bibir. Siapa? Ingatan ku
samar-samar
'" Ha Ain, tak keja ke ari nie?" Mak memecah keheningan. Gadis itu
tersenyum.
" Kerja, Mak Ngah... . tapi hari Sabtu keja setengah hari je... ni pun
baru balik kerja" Satu persatu cawan di atur atas meja. Jemarinya yang
putih melepak... . seolah-olah mengganggu pandanganku.
Bila cawan diletakkan di depanku, tiba-tiba renunganku tertangkap
oleh matanya.

Dan tiba-tiba debaran dadaku semakin terasa...

bersambung..

Read More...

Thursday, May 15, 2008

BIDADARI DARI SYURGA

Mukhaddimah..

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi
suaminya adalah di kalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada
agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini
merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan?



Kisah......

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan
bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang
di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama
Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia
syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik
di kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang
yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik
dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu
menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan
'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di
suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat
kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan
dia bertanya andakah itu ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk...
saya khadamnya, Ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati
ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama
tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul mardiah, lalu wanita itu
menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... Ainul
mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga
mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama dan
berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di
dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah Ainul mardhiah, aku diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya
wanita itu menjawab... nanti kamu belum syahid lagiiii......

Tersentak pemuda itu dan dia pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid
barulah boleh diceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang bersama-sama Nabi
telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah mati syahid.

Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak
berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan kepada sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi... Semasa menceritakan cerita tersebut, Nabi menjawab, benar...benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....subhanallah...

Kesimpulan dari cerita ini....

Tiada rehat atau terputusnya kehidupan kita selepas hidup di dunia kerana selepas seseorang itu mati maka kehidupannya akan terus bersambung dengan kehidupan alam barzakh, akhirat etc.... Kehidupan akhirat adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba.... kalaulah suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan di sana menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan yang banyak telah kita buat.... jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta untuk membuat bekalan ke sana kerana kehidupan di sana akan menjaminkan kebahagiaan dan segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua.... maka apatah lagi kehidupan akhirat kerana perjalanannya nun jauh di sana dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwa dan iman yang sempurna serta amal yang soleh... semoga kita semua dapat amal dan sampaikan....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat...

Read More...

DOA MOHON KEAMPUNAN DAN DIJAUHKAN DARI SEGALA KEJAHATAN

Read More...

Newer Posts Older Posts Home