Tuesday, April 22, 2008

SEJARAH KERIS TAMING SARI



Kalau mengikut sejarah dahulu kala, orang yang terakhir memiliki keris ini adalah Hang Tuah di mana ia merupakan keris rasmi kerajaan Melaka dan layak dipegang oleh seorang yang bergelar Laksamana. Keajaiban keris ini seperti yang digambarkan dan diceritakan oleh rakyat-rakyat terdahulu ialah ia boleh berlegar-legar dan mencari mangsanya sendiri. Keris ini digambarkan amat indah kerana hulunya disaluti emas dan diperbuat daripada 20 jenis besi dan sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Ka'abah. Semasa kegagalan Hang Tuah meminang Puteri gunung ledang, beliau telah memulangkan keris tersebut kepada Sultan Mahmud dan kemudiannya Sultan telah membawa keris tersebut bersama baginda ke Kampar. Ada yang mengisahkan keris ini hilang begitu sahaja tapi ada juga yang mengatakan keris ini dibawah jagaan Kesultanan Perak Sekarang…walaubagaimanapun keris taming sari yang kembali di persada siber ini...bukanlah keris yang dimaksudkan..begitulah alkisahnya..

Newer Post Home